Ntah apa slack nye, ari ni awal pulak aku bangun. Celik-celik je bijik mata, tengok jam da pukul 1 tengahari. Kalau dapat tau dek mak aku kat Malaysia tu, nahas! Beliau cukup anti kalau aku bangun time-time cam ni. Sat lagi dengaq la mulut beliau membebel. Ayat yang paling basic akan beliau cakap termasuk lah,
"kau ni takdo apo guno eh laaa... camno nak buek laki nih ?! tongahari buto baru nak colik... Peghangai tak somonggah!"
Kalau kena tang bapak aku pulak, bahasa beliau lagi puitis dan lebih bersifat 'makan dalam'. Beliau jarang nak membebel, tapi sekali beliau bersuara, pergh! mau berdarah telinga, tercucuk pangkal hati rasanye.
"Eden bosa kau ni, dah ke sawah dah nolong omak den. Ni kau, tongah aghi baru nak bangun! Buek malu yo jadi jantan. Memang takdo hapah guno eh! Buek ompang pon tak buleh! "
Ang paham tak? Ha, meh aku translate skit. Maksud die lebih kurang gini ah.
"Ayah masa besar kau dulu, dah ke sawah dah tolong nenek kau. Yang kau plak, tengahari baru nak bangun! buat malu je jadi laki. Hapah tak berguna. Satu keje pon tak buleh arap!"
Amacam? Pedih tak? Tapi tu laa... Nak besar kan aku ni, bukan senang beb! Degil macam setan. Bak kata orang negeri sembilan, 'Bega yang amek!". Atau dalam bahasa melayu nye "Degil sesangat! ".
Oh, lupa nak bagitau ang. Ramai jugak yang konfius dok tanya aku "zack, ang ni orang utara ka ?"
Sebenarnya aku lahir kat Melaka dan membesar di Negeri Sembilan. Tapi dalam blog ni aku convert semua ke bahasa utara sebab aku suke bahasa utara. Macam fun je. So, kalau ada salah silap memana, orang utagha sila tegoq cheq naa ? Cheq budak baru belajaq...
*********************
Cecelik mata, aku usha luar. Alhamdulillah, cuaca cantik ari ni. Cerah. Takde sebarang petanda nak ujan.
Perut dah berbunyik. Aku jeling kotak parcel yang mak ayah aku kirim bulan lepas. Maggi tinggal sebungkus! Tak boleh jadi. Kene simpan buat stok last minit. Kot-kot tengah malam perut buat hal, ada jugak benda nak isik. Ye tak?
So, no choice. Nak tak nak, kene pegi 7E gak ni. Capai roti dalam sebuku dua ke... Baru ada tenaga. Baru boley buat keje!
*******************
Aku ingat ini ari nak bawak ang jalan-jalan sekitar rumah aku, sepanjang nak ke seven eleven. At least, ang dapat gambaran sesikit macam mana keadaan idop kat jepon ni. Amacam? Ok?
Yang tu lah rumah aku. Tempat aku ngan housemate aku mengabiskan sisa-sisa idop kat sini. Rumah ni kecik je. Ada 2 bilik. Sewa sebulan 67000 yen. Kalau convert, bersamaan dengan RM2400. Bahagi dua ngan housemate aku, sorang RM1200 sebulan. Gile. Tu belum masuk part bil api, bil internet sumer-sumer.
Ha, nampak tak lot parking basikal tu? yang tu pon kene bayar 300 yen sebulan! Pada hal bukan berbumbung pon. Kalau basikal aku kene tibai pon, bukan aku boleh claim se sen pon. Tapi nak buat macam mana? Tanah kat jepon mahal. Ikut kan aje la.. Tempat orang... Kan?
Ok. Yang ni pulak pemandangan salah satu lorong berdekatan rumah aku. Sempit kan? Ngam-ngam boleh muat satu kerete je. Tapi belum penah dengar lagi jiran-jiran berkelahi rebut jalan. Memasing boleh mengalah. Diorang kalau bab pemanduan ni, memang berhemah. Sebab tu jarang dengar japanese mati eksiden. Dan sepanjang aku dok jepon ni, belum penah sekali pon aku terserempak ngan polis trafik. Ntah-ntah jawatan tu tak diwujudkan langsung kot? Tak sure.
Cuba tengok tiang letrik tu. Berserabut kan? Sebijik macam dalam citer otromen masa kecik-kecik dulu ! Situ la diamnye wayar telepon, wayar api, wayar internet dan segala macam tok nenek moyang wayar lagi ah. Agak-agaknye kalau macam ni la tiang letrik kat Malaysia, aku ingat isu gaji pekerja TNB pon boleh naik dalam pembentangan bajet belanjawan 2011 kot? Mana taknye, selang sepuluh meter, sebijik tiang letrik. Kejadah apa?
Ok. Selang beberapa langkah je dari rumah aku, da boleh nampak port buang sampah macam dalam gambar ni. Ha, cakap pasal sampah ni satu hal gak. Kat jepon ni bukan macam kat Malaysia yang boleh buang sampah ikut suke ati ang. Kat sini undang-undang die lain skit. Sampah yang boleh dibakar (combustible garbage) macam kertas, kulit telor, kulit bawang sumer2 tu, kene buang pada hari Isnin ngan Khamis je. Hari lain tak boleh! kalau ang buang jugak, nanti kene denda.
Tapi yang peliknya, tak penah lagi ada masalah bau busuk walaupon tempat buang sampah betul2 selang 2 meter dari umah aku. Mungkin sebab faktor kelembapan udara kot? Tak pon, sebab orang jepon jarang buang perut ikan, sumer2 kot? Orang jepon ni kalau ang perhatikan menu harian diorang, bukan macam mak-mak kat Malaysia. Diorang masak simple je. Sayur ngan air, pastu tambah telur skit. Nak malas lagi, makan ramen je. Pendek kata, masakan diorang macam masakan orang pemalas. Tapi healty sebab kurang guna minyak, santan sumer-sumer. Teh O pon tak guna gula.
Kat Malaysia? Jangan mimpi! Celik mata, teh o segelas, gula 2 sudu. Tengahari sikit, kari ayam santan setengah liter. Nak goreng ikan, minyak sekuali. Malam kang, pasar malam pekene roti John pulak. Pergh, mau tak berkelahi isik perut?
Selang beberapa langkah lagi, ada vending machine plak. Kat jepon ni, orang kata selang 500 meter ang boleh jumpa vending machine. Punye la banyak! Nampak tak anak panah dalam gambar tu? Yang kaler merah tu maknanya air panas. Contoh macam coffee ngan teh. Kalau yang kaler biru pulak maknanya air sejuk. Nak citer pasal vending machine ni je dah boleh bikin satu entry. Takpe, aku story lain kali ok?
Kite teruskan perjalanan lagi. Kali ni sampai kat subway plak. Kat jepon ni tak guna sangat sistem putra LRT macam kat Malaysia tu. Diorang banyak underground je. Yang ni pon kalau nak cerita, memang penuh satu entry. Takpe, kite skip dulu.
Lepas stesen minyak ni, maka sampai la kat 7E. Ha, part ni aku da boleh skip kot, sebab aku da story dalam entry aku yang lepas-lepas kan ?
Ok, lepas beli roti, aku pon balik.
Duduk depan pc sambil menaip, sambil makan roti.
Taraa! Da siap satu entry!
Sekian.
**************
p/s : Aku ingat lepas ni Tourism Malaysia boleh amik aku keje ngan diorang ah. Gaji boleh runding kemudian. Harga kawan-kawan.
89 comments:
hahaha gaji bleh plak harga kawan2... aku nk tau la cite pasal subway tu.. cam mnarik..
hahaha..sila apply..sgt dialu2kan..=D
itu beskal sgt chumell..hikhikhik :)
hehehe..ape daaa..tu je?? lagi...lagi...
agak2..kalo jalan2...ade terserempak ngan juon tak?? fuhh..akak dulu2, takot gile ngan ju on..haha..
mesin beli air tu kat malaysia da ade da..cume panas sejuk takde lagi kot..
Mahal cam lahanat ko punya sewa. Tapi rumah kan? Oklah. Selesa pun selesa. AKu kat sini bilik jer. Share dua orang. Kalau nak selesa lagi sewa apartmen sendiri, seribu sebulan.
gila ah kos sara diri kat jepun, mau kena penyakit osteoporosis tulang empat kerat aku nak bekerja keras carik pitih...
hoh
ayah sy dok melaka
wahahahahaha
tgk tmpt buang sampah tu , teringat pulak kartun atashinchi
menarik2....
semua main duit ek...
xleh ke parking basikal dalam umah???
serba serbi mahal la kat sana. zack, pernah tak ko alami masalah kesempitan wang sebab semua barang mahal ?
mmg sangat mahal
berbaloi ke>
uish tourist guard :))
banyak cite skip ni
lg banyak entry nak hasilkan
hee
ku de dengar kisah pompuan dalam vending machine
buat la kisah tu ya
mak aii .. sewa .. mahal giler ..
haha..entry kali ni menarik gler..suke yg part awk membebel pasal mskn tu..hahaha..mmg bkelahi la isi perut kalo sumer sumbat dlm 1 hr..kikiki
zack, sebulan anggaran berapa agaknya ya kos sara hidup..hmm..
rm1200 sebulan mak aihhh masak gak la kan...aku nak taw pasal siaran televisyen kt jepOn...nk taw depa pny siaran byk ngarot2 ka ataw more too discovery channel...atawpon hang mmg xtgk tv dok sana???klu xtgk xpa la...
best. ang cita ni, aku rsa mcm ang dok bwk aku jalan2 kt jepon ;pp
p/s; aku dgar ubt kt jepon xpahit. nk jugak.. ngahahahaha mandai je aku.. ;pp
ma aihhhhh!! 2x ganda mahal dari rumah sewa abang aku. rumah banglo abang aku 6x ganda besar dari rumah sewa hang. sewa baru rm600+ je kot.
aku membayang2kan tempat2 dalam gambar ko ni dikala malam
macam seram pun ada
mahal juga barang2 dkt jepun
mau kurus aku kalau dkt sana
nanti aku datang jepun hang jadi tour guide aku ye..hehe
mOLLie ada la mesin air sejuk panas kat malaysia ni. anda ja yg x pernah perati kot. cuma air tu dia xda la pack, dia ala2 bancuh kot, masuk dlm paper cup. kat kafe kilang selalu ada, mocha ais dia ngancam siot! ^_^
mati2 aku igt hg org utara. haha.
ahai,
nasib baek aku tak jadi adik zack,
kalau tak mesti berdarah telinga kena sound anak dara bangun lambat.
adik beradik sama je.
wakakakaka.
rumah chomel.
vending machine selang 500m??
Kalau kat malaysia ade,bahagie gile hidup aku.. ^.^
rumah sewa hang 18x ganda dari umah sewa aku..yohoho~
eh..tanah kat jepun mmg mahal ek? aku ingat juz tanah diorang tak subur jer...
Haha. Nanti ko jadi tour guide, sah2 dah ekonomi pelancongan Malaysia meningkat secara mendadak! haha
ra..kt mlysia ade..
tp kt tmpt ak jek~hahaha
bro..
cite psl nite aktvt kt sne lak~
ngeee~teruja nk tau!hehehe
giler.. mau mati aku nak byar spai 2 ribu sbln umah.. korang duk 2 org jer?? lagi giler~!
mak aihh! sewa sbln 2400?!! pehh! mahal yooo.. parking basikal pun kne byar sewa? hahaha..
*law pmpuan tk bgun2 sblom pkol 10, mmg taleh wt bini yoo.. hahaha..
wakakaka... parking beskal kene sewa, da la lg mahal dr arge minyak seliter... klu camni, japan govern. kene bg subsidi ntok tmpt letak beskal kot? hak3
wakakaka gila bankrap duk jepun. br jek apply jepun. aishh cancel ah gini
kagum!bersihnye port buang sampah.
zack,tetiba rase mcm da pnah stay kat umah u jerk..
hihihi..
tandas umah xnk tunjuk?wakaka..
whoa. mmg boley jadik tourist guard lah! haha. aku bawu baca blog hg. besh! tetiba boleyh taw pasai jepun kan. heheh.
nway, aku owg utagha. sg petani, kedah.
so far, loghat hg tuh boley blah lagi laa. haha ;p
laaaa mati2 ingat owg kedah tadi,
ghupa2nya owg nogoghi ka....huhu
haaa ni owg kedah mai nih..hahaha
u budak meidai kan?1st year kew???
tetiba rasa nak pegi jepun. hahaa..
hahahak..
best lak aku tgk..
xyah g jpun dah..
si zack ni da bwat tour da~
gilak punye mahal sewa bilik! =_="
pengembaraan ke 7E guinewr beskal ekk,,,wahh,,jimat minyak betul laa!
2 entri masuk buku..
mmg jepun spt yg di bygkan. hehe.
well, entri ko memang tak pernah menghampakan selama aku follow..
for vending machine tu..
penah tak ko rasa pizza yang dibeli dari vending machine pizza...?
aku penah dpt video vending machine pizza kat jepun..dan dan tu jugak dia sapu sos..tabur cheese sumer tu..halal ke?
well, entri ko memang tak pernah menghampakan selama aku follow..
for vending machine tu..
penah tak ko rasa pizza yang dibeli dari vending machine pizza...?
aku penah dpt video vending machine pizza kat jepun..dan dan tu jugak dia sapu sos..tabur cheese sumer tu..halal ke?
Tuuu dia! Sewa RM2400 sebulan. Duk 2 org je ea?? Huhu..
Zack! Mane tmpt plg lawa kt jepun tu klu nk g lapang2kn fikiran smbl2 tgk pemandangan? ;)
besh nyer...
teringin na pegy..
waaaaa...
camner la result atyn nnt :(
erm....ido n9....
mengahabieh an boreh yo..
hak3...
boleh lak u cite pasal jenjalan kat tpt u tuh.
eahahaha.
sad lah kene say good bye to japan next week.
:(
apsal ade zirafah kt dlm pic subway tuh.. ada zoo berhampiran ke??
zack nnti boleh la tolong review gmbr matahari terbit... nak jugak tgk gmbr matahari terbit kt jepun tu... ke zack dh penah wt entry ni... hehehe
zack nnti boleh la tolong review gmbr matahari terbit... nak jugak tgk gmbr matahari terbit kt jepun tu... ke zack dh penah wt entry ni... hehehe
giler aku teruja nak g jepon weyh..huhu
ibu! cancelkan flight org nak ke jepun tau!
tak payah pegi sane..ni ha dah boleh tawu sume bende,,
haha melampau plak.
pakcik zack, buat entry pasal supermarket kat jepun bule?bule?bule?
Kat sana senang tak nak jumpa masjid, zack? sama dengan malaysia punya ke lain sket? tunjuk la sket, japanese muslim..tingin nak tengok.. :)
Like :)
kena forward kan blog ni kat tourism nye opis... mesti diorang setuju... sonang, suma da ada dalam blog nih.. :p
Husband saye dulu dok Tokushima. Dia kata rumah dia cam kontena, besar sket je.
mahal gilak..
parak duit dok jepun..
=.='
syok no dok tempat org
izyan colep ke ape tah name..ooo,,mesin yang kopi teh tu eh....yang tu ade la...igtkan yang macam dalam gamba tu ade panas sejuk gak...
hoit2~
kata kaki dah sakit?
haha lawak bace blog abg zack..yg sdey jdik epy..haha..nk p japan gak!!wuwu
haha.
lepas ni kalau sesapa nak pegi jepon, panggil ang je la zack.
tudiaaa, rm 1200 sebulan. boleh mampus hidup sana weh
tudiaaa, rm 1200 sebulan. boleh mampus hidup sana weh
sangat la mahal..
hurm.
Hidup kat Malaysia pon macam hape..
Btw..Jepun memang nampak sangat bersih!
dorg mmg jarang mati pasal eksiden..sbb tu byk yg bunuh diri je..
nk tggu eksiden, mmg xmatila kan..haha ;D
patot mak & ayah ang ckp "peghabihkan boghah jo ko ni"...haha
ada gaya tourist guide...huhu
betul la cakap nand tu, sbb asek dgr orng sana kalo frust ke rugi ke tensen ke kena buli ke terus terjun jek x piker ape dah. Betui ka zack?
pelik gak . upenyer org N9 . npe lg suke bhs utara ? best ar bce dialog N9 tuh ! i like <3
bro, tengok cam besh je kan dok kat jepon tu.. hehe
tp pelik.. jap, pelik yg amatla sebab suke loghat utara.. hahaha
loghat utara, cheq leh paham tapi loghat nogori, ya ampun.. mmg hampehla den ni.. hahaha
susah kan loghat nogori? sebab tu aku x guna. hehe
mak ai..mahal nye kos idop kat jepon..patut la my sensei cakap die xmau balik jepun..duduk kat labuan best kata die..tenang je..kat jepon tensen..idop bz dgn kerja je manjang..
erk..ade zirafah lerrr... kat ctuu
ko lahir Melaka?? bangga plak aku ada kelahiran Melaka kat sana... Mahal giler sewa rumah.. kalau kat sini boleh duk bungalow pe.
bumimelaka.blogspot.com
okeys, oleh sbab ska ngan post ni + ak pure Kedahan + ak stdy kat Mantin...so juz nk shout...trimas coz bnyak story bout Japan..
nk pg xda rzki, from da view given...hope one day so0n ak bley jgak rs experience nek beskal kt kt sna!!! Arigatou gozaimasu!!
air kat dalam mesin 2 dah de dah..yg panas yg sejuk pon dah de..kat um ni pun de gak..hihi
Zack..nape kt pic subway tu ade 2 eko zirafah?? pelik pulaks...zirafah bekeliaran ke???
best nya dgr cite pasal negara jepun nie..ntah bila zaman bleh sampai sana...huuhhuhuuhu..
ha sama la farralyssca, ak pun bru nk tny knp ade 2 ekor zrfh kat subway 2??? ke patung 2???
bangga beb bila ang suka bhasa utara..-terkesima--haha
bangga beb bila ang suka bhasa utara..-terkesima--haha
mesin air 2 yg pns sejuk pn da ada la..kalo nk try bole g cari kt library utama Univ.Malaya...Incik Zack xkn xpnh jmpa kot dulu masa study kt UM..ke..
1)ang dh xstudy ctu bila mesin 2 wujud..erm..
2)or ang ja yg mls p library??ha..ha..
3)bukan jwpn di atas...
hak3...aku tau..mst ang bulat jwpn no.2 kn??kn??haha..
(2 sbb ja aku suka p lib UM 2.. 1.nk xperimen mesin air 2 la..hehe.. 2.tiap2 hari slasa nk p usha sorg foreigner yg ensem tahap model antarabangsa..haha..)
terima kasih sudi menjadi pemandu pelancong saya :)
dah la i ni minat gila2 Japan..
leb u
to k33t:
kau mesti budak junior kan? sbb kau masuk UM tau2 mesin tu dh ada.4 ur info,mesin air pns sejuk tu br start "wujud" kt UM masa aku tahun 3 sem 2. so taun lepas okeh. encik zack ni blaja pasum pstu ke jepon. pasum tau kn? asasi UM..tu da taun bila tah dek oi. berzaman kot. hee~ :)
akhirnye entry ni terjawab jugak en.zack..puas saya pikir en.zack ni orang mana sebenarnye..kejap melaka,kejap n,9,kejap utara...rupe2nye begini sejarah anda..
akhirnye entry ni terjawab jugak en.zack..puas saya pikir en.zack ni orang mana sebenarnye..kejap melaka,kejap n,9,kejap utara...rupe2nye begini sejarah anda..
memang aku takpayah pergi jepun dah pasni~ ok? hahahahahahah terbaik la lu brader~
Post a Comment