980 yen

Lebih kurang dua bulan lepas punye cerita. Petang tu angin bertiop sepoi-sepoi bahasa... Bahasa apa, tak payah la ang tanya. Bahasa melayu la kot. Mana la aku tau.  (-_-") Dah cikgu aku ajaq kalau angin bertiup je, mesti bubuh "sepoi-sepoi bahasa" kat belakang ayat tu. Kire macam nak bagi cantik ayat ar katanya.

Jam Fossil di tangan, aku jeling laju. Kelibat jarum pendek pada angka dua  diikuti jarum panjang yang seakan hampir bertindih dengan kedudukan jarum pendek jelas menggambarkan suasana waktu itu cukup sibok bagi umat bergelar manusia. Tak kire penjawat awam kerajaan, cikgu sekolah, peniaga buah-buahan, posmen, mau pon pelajar universiti, semuanya sedang sibok dengan kerja masing-masing.

Kalau dalam drama melayu, yang pastinya ada beberapa scene saja pada waktu-waktu petang macam ni. First, scene dalam pejabat (office) yang mana si Hero akan berpura-pura sedang bercakap di telefon dengan ntah Tan Sri mana ntah. Dan yang pastinya dialog itu akan berbaur isu-isu bisnes seperti "Ya Tan Sri. Macam mana dengan tender kite dengan Wira Holding tempohari... I dah mintak Lisa siapkan portfolio..." bla bla bla...

Kalau drama tu berkisarkan percintaan, waktu-waktu macam ni, scene di mana si Hero dan si Heroin sedang makan-makan di sebuah restauran pastinya tak asing lagi. Antara isik kandungan perbualan termasuklah "Mommy I da bising tau. Bile U nak pinang I ? Daddy I tu, U bukan tak tau... Beriya-iya dia nak U ambik alih syarikat dia tu... Dia dah tak larat nak handle syarikat tu sorang-sorang. Mommy I tu pulak tak sabar-sabar nak timang cucu! "...



Drama liku-liku kehidupan keluarga si miskin pulak, waktu-waktu lewat tengahari macam ni, si Ibu (biasanya dengan kain batik dan baju kurung lusuh corak bunga kecik2) sedang menarik muke sadis sambil menggoreng ikan masin di kuali. Lepas tu, akan ada babak si anak kecil yang baru balik dari skolah dengan baju sekolah yang wajib koyak-koyak dan comot-comot gara-gara di buli di skolah tadi, balik dan terus ke meja makan. "Ibu, hari-hari makan lauk ikan masin je...Ali da jemu la...". respon si Ibu? "Sabar ya sayang...nanti ayah dapat gaji, kita makan sedap-sedap ya?" sambil mengesat air mata... Sekian.

Oh drama...drama...

**********************************

Ok. Berbalik pada cerita asal. Petang tu cuaca baik. Tambahan pulak tengah cuti semester. Membuatkan petang tu bertambah baik. Ya, at least bagi seorang student macam aku.

Sliding door yang memisahkan bilik aku dengan housemate, aku selak perlahan. Pandangan mata aku menerawang sekitar bilik. Pegun. Statik. Takde sebarang objek bergerak. Mungkin beliau keluar dengan minah japanese lagi la ni... bisik hati aku.

Bersiap lebih kurang, aku sarungkan jeans berserta tshirt nipis lengan panjang warna hitam. Aku capai jaket tebal, terus keluar dari bilik. Destinasi aku tak jelas. Takde hala tuju. Yang pasti, aku mau keluar memanfaatkan cuaca petang yang baik tu. Duduk sorang2 depan pc pon bukan boleh mendatangkan keuntungan. Kekadang terpikir jugak, kalau lah komputer aku ni diibaratkan seperti seorang awek cun yang perlu difahami isi hatinya, maka aku yakin by the time aku tulis entry ni, aku sedang bahagia bersama awek tu dan mungkin silap-silap kitorang ada baby comel-momel macam Amani dalam crita Adamaya...


Mau tak nya? Kalau dah berjam-jam setiap ari aku abiskan masa ngadap muka dia, jangankan kata isi hati, isi perut, isi   limpa semua aku da boleh faham kot ? Ah. Merepek.

Setibanya di stesen keretapi bawah tanah (subway), aku jadi buntu kejap. Tak tau mana aku nak pergi. Tika itu, aku bayangkan kalau la aku di stesen KL Central, mau je aku tekan butang KLCC. Tak pon, aku jalan kaki sikit ke Monorel, dan beli tiket ke IMBI. Timesquare maybe? Tapi tu semua takde kat jepon ni...

Akhirnya, aku buat keputusan untuk jalan-jalan sekitar 'Ousu Kannon' yang terletak lebih kurang 15 minit dari situ. Ousu Kannon tu kire macam Petaling Street jugak ah. Tapi tak semeriah mana. Suam-suam kuku je. Boleh la sekadar jalan-jalan memerhati sekeliling... Takde apa pon yang menarik petang tu. Sekadar kelibat remaja-remaja jepon yang dating dengan fashion yang ntah hape2, makcik-makcik 40an yang window shopping dan beberapa foreigners lain.

Merasakan perut ini seakan-akan ditendang dari dalam, lalu aku menyinggahkan diri ke kedai makan Turkey yang berhampiran. Aku usha mamat Arab tu senyum-senyum semacam je... Aku cuba positif. Aku senyum semula dan terus amik port kat meja bar tepi dia.


"Irasshaimase! Douzo!" (Slamat datang. Sila2.) ujar mamat Arab tadi dengan pandangan tepat ke muka aku bersama sekeping senyuman.

"Kore wo, potato setto de... onegaishimasu.." (this one, with potato set please...). Jawab aku setelah beberapa saat membelek menu yang tertera di depan mata.

"Onomimono wa ?" (drink?)

"Kekko desu." (no thanks.). Sengaja aku malas order air sebab aku tak dahaga pun time tu. Sekadar singgah pekena kebab je.

"Haaiitt...kore agemasu." Mamat Arab tu tersenyum sambil menghulurkan aku segelas air teh percuma. Celaka. Ini mesti nak menganjing aku ler ni. Ingat aku tak mampu beli air ke hapa? Tapi aku cuba bertindak positif dan rational... Cool...

"Ah, Arigato..." (thanks) - jawabku penuh budi bahasa di samping senyuman yang aku sendiri tak pasti sejauh mana keikhlasannya. Bukan apa, cerita mamat Arab 'tido' dengan awek member aku dulu still terngiang-ngiang lagi dalam kepala aku. So, aku macam trauma plak bile berdepan dengan pak Arab. Maybe aku kena tukar mindset aku. Sigh*

Sambil membelek-belek pamphlet/risalah berkenaan Turkey dan Istanbul yang ada kat situ, aku sempat menjeling pada mamat Arab tadi. Tersengih-sengih die sambil menghiris daging kebab yang aku order. Entah apa dalam pala otak die, aku pon tak tau.


"So..U Malaysian?" 

"Hait! Err... I mean Yes." Jawab aku sedikit terkejut.

"I've been there, once. Nice country huh?" 

Aku senyum sambil mengangguk perlahan. "How long have u been workin here?" Kali ni aku cuba bermesra sedikit dengan harapan dapat kebab free. Walau pon aku tau english aku agak ke laut...

"Two years."

"I see..."

"Is that your cam?"  ujar mamat Arab tu sambil menuding jari ke kamera aku.

"Yup."

"Nice cam."

"Well, thanks."

Perbualan kitorang berpanjangan lebih kurang 15 minit jugak la. Macam-macam jugak yang dibualkan. Dari topik yang common macam gaya hidup, masuk ke bab pekerjaan sampai la ke bab pembangunan negara. Punye excited die bercerita, aku layankan aje.

Demi menambahkan lagi kebarangkalian untuk dapat makan kebab free, aku cuba pancing dia buat kali terakhir.

"Hey, mind if i take ur picture?"

"No problem man!" Jawab dia sambil posing gaya tak nak kalah. Aku menggeleng dalam hati.


"Maybe I'm gonna introduce u to my girl friends. In case...ya, u know... maybe u guys can hav a date later... party... sort of things..." (pancing)

"Cool!".

Wah. Die punye senyum... Macam pengantin laki malam pertama! Berseri-seri!

**************************************

"I think i have to go now. Soo..." (sambil berpura-pura menyelak wallet dengan harapan tak payah bayar.)



"980 yen desu!"



Oh. Ok.


.

Kembali merapu

Aku ingat kalau la blog ni diibaratkan macam umah papan mak long aku kat kampong nun, sah-sah dah reput tiang kayu die dibaham dek anai-anai, mengkarung, tenggiling dan segala macam hidupan liar yang lain. Bersawang. Tinggal tunggu masa nak roboh je.

Lama jugak ek aku tinggalkan blog ni? sebulan? dua bulan? Entah la. Aku pon tak brapa nak sure.

Ok la. Cerita banyak tak guna. Aku tak brapa gemar nak bagi excuse itu dan ini. "Sorry, aku busy lately dengan kerja bla bla...study lagi bla bla bla..". Cukup la skadar aku habaq yang aku ada problem skit dengan life aku kebelakangan ni. Tapi ang toksah dok kalut la. Aku ok ja. Idup aku dengan ujian, umpama beras dengan air. Kalau tak jumpa air, toksah arap beras tu nak jadik nasik. Ye tak? Macam tu la jugak idop aku. Sentiasa kene uji. Tak penah lari.

Mak angkat aku slalu dok pesan "Ang toksah down sangat zack, tuhan tu sayang kat ang. Pasai tu DIA uji ang macam-macam. Supaya nanti ang jadi kuat. Jadi maknusia berguna..."

Tu dia! Mungkin jugak ada benarnya kata orang tua tu. La ni, aku taknak emo panjang-panjang. Kita ceria-ceria macam biasa ok? Keh keh keh.

********************************

So...Dari mana nak mula ek? Lama tak menulis. Banyak citer nak story sbenaqnya. Tapi kite kayuh slow-slow orite? The best thing skang ni, i'm back! Hakhak! Aku kembali menceriakan idop ang yang sememangnya tak berapa nak best itu. Wah!

"Zack, ang pi mana? Bile nak update?! "

Keh keh keh. Baik ngaku sapa punya ayat tu? Cinabeng! aku kekadang jadi takut nak bukak fesbuk aku sendiri. Takut nak berdepan dengan soalan-soalan macam ni. Sayang gak ang suma kat aku ek? Seminggu aku takdak, ramai gak dok kalut carik aku. Sorry ar. Aku jarang online la lately. Tapi tu la... Best gak ek ada blog? Terasa agak glemer di situ. Kekadang duduk-duduk depan pc ngadap fesbuk, aku jadi konpius jap. Aku ni fahrin ahmad ke? Apsal ramai yang dok concern pasal aku ni? Ok zack. Cukup-cukup la perasan tu. Sekian. ( _ _ " )

Lepas ni aku update lagi. Nak pi masak maggi. Cik awek punye parcel sampai kelmarin. Ada 3 buku maggi asam laksa. Terbaik ah!

********************************

p/s :  Guwa punye fesbuk la ni ada seratus lebih orang beratur mohon nak jadik geng guwa. Amacam ? keh keh keh!






.

Related Posts with Thumbnails