Memori berkhatan

Bile ingat-ingat balik, time aku kekecik dulu, bile nak masuk part bersunat, aku la orang yang paling liat sekali. Bile incik ayah mengutarakan hasrat beliau untuk menghantar aku pegi sunat, maka bermacam-macam alasan aku akan bagi. Tunggu adik laki aku besar skit, lepas tu sunat sama-sama la... 'Pipit' tak ready lagi la... dan seribu satu macam alasan lain yang kalau dipikirkan, memang tak masuk akal sama sekali. Paling tak lojik ialah alasan kononnya taknak bebankan keluarga menampung biaya upah doktor tukang sunat. 

Walhal alasan sebenarnya sebab takut. Mana tak nya, barua mana entah kencing aku dekat skolah kononnya ada kes orang mati time bersunat. Darah memancut-mancut kluar time sunat sampai abis kering darah satu badan, lalu mati. Aku pulak punye stupid, boleh bantai percaya bulat-bulat. 



***************************

Jadi, demi memotivasikan aku supaya bersunat, incik ayah berkata...

"Jadi laki-laki ni bukan susah sangat macam orang pempuan. Orang pempuan ni, sakit die datang tiap-tiap bulan. Lepas tu pulak kene beranak lagi. Sikit punye seksa! Orang laki-laki senang. Sakit die sekali je seumor idop. Time sunat je. Lepas sunat, dah tak payah susah-susah lagi dah..."

Aku jawab "oooow..."

Incik ayah berkata lagi,

"Lepas sunat, baru la jantan!"

Aku angguk perlahan.

"Alah, bukannye luak pon doktor tu potong. Sikit je...buat syarat. Tak sakit langsung la. Bukan die potong guna parang pon. Takyah risau laa..."

Itu macam punye motivasi, sdikit sebanyak termakan jugak la aku. Maka, setelah berunding lebih kurang, aku pon bersetuju untuk bersunat sama-sama dengan adik aku. Adik aku tak banyak karenah time tu. Dia bebudak lagi. Jiwa tak pandai memberontak lagi. Kalau orang kata 1+1 sama dengan 2, ha memang itu la die telan bulat-bulat. Takde banyak komplen. Tak macam abang dia. Banyak cekadak. Pendek kata, selagi boleh argue, slagi tu die tak nak kalah. Entah perangai sapa aku ikut, aku pon tak tau.

Penah satu kali raya, tv main cerita silap mata. Satu family tak jadi keje port depan tv. Nak dijadikan cerita, magician dalam tv buat satu trick. Masuk kain tuala dalam topi, tiba-tiba keluar burung. Masuk kan burung, tiba-tiba pulak kluar arnab! Wah!

Aku tanya puan emak, "kenapa orang tu tak buat bisnes jual arnab je? lagi kaya? tak payah susah-susah nak buat show. Masuk je tuala banyak2, lepas tu kluar arnab berpuluh-puluh ekor, boleh jual ? "

Puan emak tarik dahi kerut seribu.

Hurmm....

"Ntah."

Jawab beliau malas sambil sambung kunyah biskut samperit laju-laju.

**********************

Sambung cerita. Kat mana tadi?

Oh, ok. Hari tu masuk lah hari dimana mahkota kelelakian aku akan diserahkan. Eh, macam tak kene je ayat ni.

Pagi-pagi lagi incik ayah da kejot bangun. Katanya nak sunat kena mandi pagi awal-awal. Air sejuk bagus untuk kulit. Nanti 'anu' tak liat. Senang nak potong. Ngeng!

Puan emak kat dapor pulak dah standby kuih muih manis. No roti canai, no nasik lemak, no minyak-minyak. Katanya kalau makan minyak-minyak, nanti lepas sunat, 'anu' bentan. Bentan tu kire macam pantang ah. Kononnya luka lambat baik kalau terlanggar pantang. Sejak bile puan emak belajar ilmu perubatan, aku pon kurang pasti.

Bile masuk bilik doktor, doktor suruh baring. Incik ayah da standby sebelah aku siap-siap in case kalau-kalau  aku buat perangai nangis-nangis hentak tanah, senang beliau nak bagi sekeping penampar.

Doktor kata "Pejam mata adik...baca selawat ya? ..."

Tapi aku tak pejam mata pon. Aku tengok every single thing yang doktor tu buat dari awal sampai akhir. Awal-awal masa die capai gunting, aku da pesan siap-siap "doktor, bius lebih sikit ya?". Doktor tu senyum sambil terus mengerjakan kemaluan aku. Wah! Macam lucah pulak bunyi nya.

Lebih kurang lima belas minit macam tu, gunting sana gunting sini, jahit sana jahit sini, Alhamdulillah semuanya settle. Tak la sakit mana pon. Sakit lagi kene hadiah tali pinggang incik ayah gara-gara bergaduh dengan anak jiran masa main galah panjang petang-petang.

*****************************

Masa on da way nak balik rumah, dalam kereta, aku sama adik aku wah bukan main rancak bersembang. Bangga la konon-konon tak nangis pon masa sunat macam kengkawan yang lain. Ada tu dengar cerita sampai demam-demam gara-gara bersunat. Terkekek-kekek aku ketawa. Eceh! Padahal, sebelum sunat tadi bukan main senyap. Menikus. 

Tapi gelak tawa kitorang tak lama... Sampai rumah, memasing dah berpeluh. Kesan ubat bius doktor injit tadi da abis. Baru 'true' die punye penangan. Bile terlanggar dengan kain pelikat, rasa macam karen die punye ngilu! 

Kengkawan yang datang melawat, sekor-sekor perangai macam cilake. Ada yang nak campak kucing dalam kain pelikat. Aku mula la tanam nawaitu dalam ati, nak perembat sekor-sekor lepas baik sunat nanti.




*************************

Tapi yang syok nya, sepanjang tempoh berpantang tu, aku dua beradik dilayan macam raja! Nak makan apa? cakap je. Agak-agak tekak kering nak minum air, cakap je "mak, nak milo ais satu."

"Jap, mak buat."

Tu diaa! Tak main ar air kosong. Pebarang.


Bila da semboh, "mak, nak milo ais satu."

Jawapan puan emak :


"wah! banyak besar kau punye pangkat ?? "

Ikhlas dan padu.
Tepat ke hulu hati.



Kisah Malam Sabtu.... (part2)

Ok. Kite sambung  entry yang lepas.

Sebenaqnya, sengaja aku stop cerita takat tu tadi sebab nak tengok lagu mana tahap pemikiran ang. Alhamdulillah, cerdik-cerdik belaka pembaca blog aku. Sampaikan beruang kutub yang 'rare' tu makan apa pon, angpa amik tau ek? Keh keh keh.

Kiranya aku sorang ja la yang kantoi geografi nampak gayanya. Cet! Ini tak lain mesti Puan Emak yang tak kasi aku minum susu Anmum masa kekecik dulu! Kalau tidak, jangan kan nak tanya beruang kutub makan apa, siap dengan populasi singa laut perkapita pon aku boleh jawab dalam sekelip mata la!. Hebat tak hebat susu punye power.

Photobucket

Aku bukannya apa, cara aku berfikir mungkin tak sama macam ang. Aku jenis tak suke nak terima sesatu benda tu tanpa alasan dan teori yang kukuh. Macam kes beruang kutub ni, aku selalu menggambarkan yang beruang kutub tu makan ikan. Sama macam beruang kutub dalam iklan ubat gigi 'fresh & white'.

So, kalau die makan ikan, why not die makan penguin ? Kan dua-dua pon sumber daging (protein) ? Tambahan pulak, menangkap penguin yang terkedek-kedek berlari atas bongkah ais adalah jauh lebih kacang kalau nak dibandingkan dengan menangkap ikan. Ye dak ? Setakat penguin, sekali lempang da pengsan kot ?

Tapi tak terpikir pulak aku yang penguin tak bermastautin di kutub utara.

Meh sini aku nak tanya balik bebudak yang minum susu tin masa zaman kekecik,

"Agak-agak singa  makan anak unta tak?"

Keh keh keh...

*******************************

Actually, ini bukan kali pertama aku pertikaikan benda-benda lagu ni. Kalau nak diikutkan, banyak lagi benda yang aku tak berapa puas ati. Dan adakalanya ia membelenggu dan merungsingkan jiwa nurani ini. Oh, sungguh cilake ayat ku.

Dulu-dulu, masa kat sekolah, cikgu ajaq peribahasa "ada udang di sebalik batu...". 

Kalau ang nak tau, waktu first time aku dengaq peribahasa tu, aku da terbayang dalam kepala otak aku gambaran seekor udang yang tengah sembunyi di sebalik batu. Puas jugak aku bayangkan... Tapi aku still tak dapat connection die. Maksud kata, apa kaitan udang di balik batu ? kenapa mesti udang ? Anak ikan pon main-main belakang batu apa? ketam ke? unggas air ke? Kenapa mesti udang jugak yang dipilih ? Racist ke hapa? Haha.


Udang kaler pink, style jugak kan ?

****************************

Ok. Aku ajak ang berpikir lagi...

Kali ni kite pegi advance sikit.

Penah dengaq tak peribahasa "biar mati anak, asalkan jangan mati adat." ? 

Sama konsepnya macam kes udang ni tadi, kita cuba gambarkan dengan objek yang nyata. Baru nampak sikit maksud tersirat die. 

Orang kite selalu sebut 'menjunjung adat'. Kan? Jadi, dalam kepala otak aku, aku gantikan 'adat' ni dengan something yang boleh dijunjung. Senang cerita, kite tengok gambar lah ya? Baru nampak sikit.



Orite. Cerita die macam ni. Ada dua orang anak beranak, si bapak dan si anak. Mereka berdua tinggal sebumbung.   Satu ari, dua beranak ni merantau untuk memulakan hidup baru setelah kematian emaknya akibat barah payudara.

Dalam perjalanan, mereka terserempak dengan seorang pencurik yang ada parut di pipinya. Pencurik itu mahu membunuh si bapak, tapi setelah puas merayu, pencurik tu bagi dua option.

"Kau pilih anak, atau adat?"




Di saat yang genting tu, si bapak teringat pesan tok gurunya "biar mati anak, jangan mati adat!"...

Maka, dengan berat hati, die memberi anaknya kepada pencurik sebagai ganti nyawanya.

******************************

Sepurnama telah berlalu dan akhirnya si bapak ni tadi meninggal dunia...

Kini, yang tinggal hanya la si Adat seorang diri. 

Persoalannya, kalau dah anak tadi pon mati (dibagi pada pencurik), apa guna nye adat? siapa yang nak junjung adat yang slama ni diwarisi turun temurun kalau bukan si anak ? 




Maka, mati la adat tanpa diwarisi sesiapa...

Amacam? Keh keh keh...

*********************

Kata incik Albert Einstein, 'imagination is more important than knowledge...'

Aku rasa ada betulnya. Kadang-kadang, ber'imaginasi' macam ni akan buat ang pikir luar dari takuk pemikiran lama. Baru otak ang berkembang skit.

Cakap pasal kembang, ada satu teka-teki lama yang selalu menjadi siulan bebudak dulu-dulu.. Bunyiknya macam ni,

"Anak rusa Nani, baru kembang ekor... Apa salah kami, lalu tidak tegur..."

Ok. Jom kite try imagine !




Nampak tak ? Sikit punye kembang ekor anak rusa Nani. Maka tak hairan la kalau beliau berlagak sekampung sampaikan lalu pon tak tegur. Bukan senang nak ada rusa ekor kembang lagu tu! Keh keh keh.



Ok. Tamat sesi merepek untuk kali ini.

Sekian.

.

Related Posts with Thumbnails