Dalam pada kesibukan kite sehari-harian mengejar cita-cita, tak kire sama ada bekerja di pejabat, di rumah mahu pun di kampus universiti, kekadang tanpa sedar, kite da terlupa dari mana asal segalanya bermula. Penah tak ang terpikir macam tu? Ye lah, maksud aku kekadang tu kite asyik dok pikir benda yang akan datang je...Bile la aku nak kawen ni? Bile la aku nak ada rumah sendiri ni? Bile la aku nak ada Harrier sebijik ni? dan macam-macam lagi.
Padahal, belum tentu 'esok' tu masih ada. Dalam kalender memang la da siap-siap tulis tarikh dari 1 januari sampai 31 disember lengkap 365 hari, tapi belum ada jaminan yang ang akan lalu every single day dalam lembaran kalender tu. Kan?
So,daripada ang dok pening pikir benda yang belum pasti datang, baik ang lepak baca entry aku dulu. Kite sembang-sembang pasal benda-benda yang dah tentu arah kite lalu satu masa zaman bebudak dulu. Lagi syok kan?
Tu dia intro.
Tu dia intro.
******************************
Aku kalau bab menyembang ni memang champion. Tapi kalau dalam blog ni payah sikit sebab takde intonasi, mimik muka dan feel die pon agak 'lari tune' kalau nak banding ngan sembang dekat mapley. Pergh, kalau sembang kat mapley, ang toksah citer la. Ang orderkan aku roti canai telur bawang lebih satu, milo ais segelas. Pastu ang open je apa-apa topik, insyaAllah aku boleh goreng sampai pagi! Takde hal punye.
Ok. Masih lagi dalam mood nostalgia zaman bebudak dulu-dulu. Omputih kata apa? Reminiscence the old days? Ha, dekat-dekat la tu.
Tapi ini ari kite pi tajuk yang agak common sikit. Sambungan kepada entry "nostalgia rombongan skolah rendah" yang lepas. Aku perhatikan dari komen-komen yang ang bagi, ada yang cakap "zack, ang sambung la citer! Nak tau jugak apa yang ang buat masa rombongan tu! Citer la! Citer la!". Sambil nangis guling-guling hentak dua-dua kaki kat tanah. Ok, yang tu tipu.
Alahai. Dah nama pon rombongan skolah. Takde apa yang menarik sangat pon. Yang jadi menarik tu sebab 'feel' nak rasa duduk dalam bas aircond sambil sembang-sembang dengan kengkawan. Tu je sebenaq nya. Slalunya kalau balik skolah naik bas tu, seploh minit da sampai umah. Tak sempat nak nyembang. So, bile perjalanan jauh macam ni la yang buat trip tu jadi best. Dalam bas dok nyakat kengkawan main true-or-dare, main daun terup, dan tak lupa juga bergaduh pasal pengetahuan am berhubung "antara otromen dengan batman, sapa lagi kuat?". Biasa laa... Bebudak. Memasing taknak kalah. Ada ke patut batman lagi kuat? Sah-sah la Otromen yang menang. Takde fight langsung. Itu pon kecoh nak argue ngan aku. Cuba la bagi antara Mak Lampir dengan Niyang Rapik ke? Baru la kena. Susah jugak nak jawab tu.
Bile da sampai Melaka, macam biasa la. Pelok meriam sebelah A-Famosa, lari-lari keliling beca, ambik gambaq posing gaya tugu negara dan macam-macam lagi benda wajib bagi seorang yang bergelar bebudak skolah rendah. Lepas abis keliling stadhuys, zoo melaka sumer-sumer, petang skit balik la. Ha, time tu bebudak mula la sebok dok beli tshirt hat tulis "MELAKA" dua tiga lai konon-konon nak buat souvenir bagi kat mak ayah.
Bebudak pempuan plak macam biasa beli keychain, frame gambar, dan ntah hapa-hapa cenderahati tanda kenang-kenangan. Aku? Aku takdak duit sangat. Beli penanda buku lima posen sekeping hat ada ikat reben tu satu, pastu beli besi berani hat tepek kat peti ais tu satu. Dah! setel. Jadi la kan? Kira orang kata ada la bukti yang ang tu penah sampai Melaka... (-_-")
***************************
Hat tu crita rombongan skolah time cuti penggal. La ni kita tengok lagi apa yang menarik sekitar cuti skolah tu ok?
Macam biasa, bagi kes family aku, bile cuti skolah panjang, mak ayah aku akan kumpolkan anak-anak beliau kat ruang tamu. Masa tu, kitorang akan diberi dua option sama ada untuk meneruskan cuti di bandar atau di kampong. Kalau nak bercuti di kampong, nanti mak ayah aku akan tinggalkan aku adik bradik kat umah mak long aku kat Melaka tu. Bungkus baju stok pakai sebulan, lepas tu beliau akan tinggalkan duit belanja kat Mak long aku. Mak long aku pulak jenis lurus bendul dan amanah serta istiqomah. Stiap ari die bagi sorang dua posen je buat belanja. Aku ingat lagi sumer-sumer ni. Ha, jangan main giler! Ingatan aku boleh tahan jugak tajamnya.
Biasanya aku adik beradik akan memilih untuk bercuti kat kampong je. Bukan apa, kat sana lagi best dan thrill, tambah-tambah sepupu-sepapat pon ramai yang balik kampong time tu. Bile dah bekumpol reramai tu, senang sikit nak menyetan. Mak long aku plak sibok dengan menjahit die je. Pak long aku? Huh, setakat ayam sereban boleh la die kejaq. Ayam tu pon satu hal. Lempaq dedak sikit, dah tertipu. Senang benar terpedaya. Tapi kitorang, sorry laa..! Lagi dijerit "Jangan!", lagi la kitorang buat! Haha.
Ada sekali tu, aku ngan sepupu-sepupu aku pakat reramai kejaq anak-anak ayam kat reban. Takde apa pon tujuan nye, saje je jahat nak menyakat. Riang hati dapat tengok anak-anak ayam tekedek-kedek lari ikot mak die. Mak die plak jenis ayam betina yang garang. Ha, jangan memain. Bukan sebarang punye ayam. Orang melaka cakap, "pantang diusik, nak mencakau je kejenye!".
Pak long aku dari jauh dok jerit "Jangan dikejau anak ayam tu! Lailahaillallah! Degil! Kang kot dicakau dek mak die karang, pak long tak kuasa nak ngantau gi spital."
Kitorang memasing buat dekkk jer. Amik kayu, sambung kejar anak-anak ayam tu.
"Cip cip cip cip" bertempiaran anak ayam tu lari. Anak ayam ni kalau ang nak tau, die ada satu habit tau. Mana je mak die pegi, die mesti nak menuing (follow) blakang bontot mak die. Kalau mak die kais-kais tanah jumpa cacing, anak die berebut la amik. Kiranya memang unite la. Takkan berpecah. Sebab tu kalau ang ingat lagi, masa kekecik dulu kan ada ada lagu,
"Anak la ayam...anak ayam turun sepuloh. Mati seekor...Mati seekor...tinggal sembilan! "
Nak dijadikan cerita, masa tengah kitorang dok kejaq anak-anak ayam tu, ada la sekor anak ayam ni terpisah dari group die. Comel! Warna oren-oren, besaq penumbuk org dewasa. Die dok menggalabah lari, tu yang terpisah dari group die tu. Cuak abis muke anak ayam tu. Aku tengok peluh da menitik dah kat dahi die masa tu. Punye trouble.
Sepupu aku sorang ni nama Aie, budak KL. Die punye setan, atas sikit je pada aku. Dia ambik anak ayam tu, die genggam, pastu die hayun-hayun macam kipas helikopter. Berdecit-decit anak ayam tu menangis. Eh, ayam boley nangis ke? Ntah. Tapi dari riak suara ayam tu, boleh tau la die dalam kesusahan.
Tiba-tiba... Tak semena-mena mak ayam tu lari datang lompat kat sepupu aku ni, die cakau (cakar) nye muke Aie. Berdarah calar-balar! Hakhak! Masa aku taip ni, sumpah aku ketawa terkekek-kekek. Klakar bile ingat balik macammana muka Aie bile kene cakar time tu. Dah macam Rambo pencen pon ada. Masa tu die darjah 4 kalau tak silap. Paling lawak bile die jerit "Aduh! Pak long, mata Aie da buta!!"
Kitorang yang reramai ni punye la cuak. Terhegeh-hegeh pak long aku datang dengan kain pelikat die. Skali tengok, xde apa-apa pon. Calar sikit je tepi mata. Kalau bawak jumpa doktor pon, buat kena gelak je. Tapi berdarah-darah jugak la. Pak long aku amik minyak gamat, sapu kat muka die. Time tu pak long aku mula la nganjing, "Ingatkan samseng sangat tadi, dengan ayam pon kalah~"
Kitorang memasing menikus je. Duduk berteleku. Mata tak kelip-kelip tengok muke Aie yang calar balar tu. Time tu bebudak lagi, mana berani sangat dengan darah. Sudahnya, sehari suntuk memasing jadi budak baik dok depan tv tengok citer katun mama Yokies sama papa Yokies. Trauma punye pasal.
Ok. Nanti sambung, Jari da melecet menaip.
************************



