Showing posts with label cerita kawen. Show all posts
Showing posts with label cerita kawen. Show all posts

Cerita Kawen (part1)

Jumaat malam sabtu, macam biasa malam paling heaven bagi bebudak student. Aku ingat nak rilek-rilek je dok kat bilik. Movie 'pisau cukur' yang aku download itu ari pon tak tengok lagi. Aku dengar bebudak sibok kata citer tu best. Ada fazura. Pergh! Cun jugak tu.

Kebetulan cik awek pon da tido. Tak larat katanya. Esok die kene bangun awal pagi, student ajak hias kelas. Ada pertandingan kelas tercantik. Aku pikir-pikir balik, susah jugak jadi cikgu kan? Cuti ari sabtu ahad pun bebudak nak ngacau. Pada hal, stakat nak decorate kelas, gantung-gantung langsir, tampal poster "ilmu pelita idup" sumer2 tu, tak payah libatkan cikgu pun takpe kot? Nak kata bebudak kecik, memasing da tingkatan empat. Hurrmm...takpe la cik awek. Bersabar la ya? Hehe. Saya nak gi tengok fazura!

*******************************************

Lampu bilik da padam, nescafe panas da standby, mood nonton movie dah meluap-luap. Baru je aku nak tutup fesbuk, alih-alih tengok kat fanpage, bebudak tanya aku "zack,mana entry ini ari?".

Cet! Ang memang tak bagi aku rilek langsung. Hakhak!

Tetengah aku dok pikir nak tulis apa, terpandang 'recent activity' member aku kat fesbuk.
Photobucket

Bla bla bla...

Fakhrul. Member aku kat fesbuk. Blaja lagi, tapi buat part time jadi photographer. Die punya artwork, pergh! Cun. Tak tipu. Tak percaya, aku bagi ang usha skit hasil keje die.

Photobucket
Photobucket
Photobucket

Amacam? aku nak bubuh banyak-banyak kang, abis penuh pulak entry ni. Ang boleh usha sendiri kat blog dia. Agak-agak berkenan dengan hasil kerja dia, esok-esok ang kawen boleh ar call dia upah wedding photographer. Harga boley settle tepi.

Umur die baru nak masuk 20, tahun ni. Baya adik aku. Muda belia lagi. Tapi die punya keje, takde main-main punye. Aku ingat lagi 2-3 tahun, bertambah pro dia ni. Aku promote ni bukan sebab die member aku. Tapi aku promote sebab bakat dan kesungguhan die. Aku yakin die boleh pegi jauh. Tinggal lagi usaha kene bagi lebih je.

**************************************

Ok, tutup bab photographer. Ini ari aku ingat nak sembang pasal kawen la.

Maklum la, bile da masuk umur dua pulohan ni, apa-apa pun kene pikir ke depan je. Tak boley main-main dah. Sebab tu aku slalu pesan kat memember aku yg pempuan, "ang esok-esok kalau nak carik boyfren, carik yang umur die dua puluh dan ke atas. Kalau stakat umur baru belasan tahun, jangan memandai nak kapel-kapel. "

Dari apa yang aku perhatikan, lelaki ni ada satu perangai tau. Bile umur die 17 nak naik 19, ha time tu zaman gatal die. Semua awek die nak usha. Lelebih lagi kalau awek yang die usha tu pon macam syok kat die. Kalau dapat dia adjust, jalan! Sebab time tu memang zaman die baru nak 'up'. Lepas couple setahun, biasanya die akan bosan, pastu bye-bye. Kalau tak percaya, ang boleh tanya kengkawan ang yang lain. Ramai memember aku yang camni.

Tapi, bile laki tu da masuk usia dua puluhan, dia da puas main-main, da puas enjoy sumer-sumer, it comes to a point yang die realize die da besar. Dah brader-brader. Ha,time ni die akan lebih serius dalam hubungan. Sejauh mana betulnya, aku tak brani jamin ar. Tapi itu apa yang aku nampak.

******************************************

Bercakap pasal kawen, ada banyak sangat benda aku nak story. Baik dari persediaan awal menjelang hari bahgia tu, masuk ke bab akad nikah, malam pertama, sampailah la beranak pinak, cerita memang takkan abis punye. 

Kalau ang perasan, kehidupan kite ari ni dah banyak sangat yang da berubah sebenarnya.

Kalau dulu, sebulan sebelum kawen, mak ayah pihak pengantin da sibuk bertandang dari satu rumah ke rumah semata-mata nak jemput datang majlis kenduri kawen anak diorang. Memana jiran yang rapat skit, dapat la kad. Memana yang macam ada bau-bau bacang, boleh call je dari jauh. 

Ini jam, tak payah susah-susah, invite pakai facebook pon jadi. Esok-esok, zaman anak-anak kite, ntah macam mana la agaknya. Silap-silap sms je. "sila datang majlis kawen aku minggu depan".

**********************************

Trend kad kawen pon satu hal. Aku perasan something tau. Ada skali tu, ayah aku ajak pegi kenduri kawen anak member die. Die tunjuk kad kawen yg die dapat tu kat aku. Pergh! Kad kawen die sikit punye canggih. Ada kulit siput, kulit kerang, serbuk pasir kilat-kilat (gold dust) segala bagai lekat kat situ. Pastu ada renda-renda kaler merah jambu lagi. Nak tergelak aku tengok. "Ini paling tidak mau singgit sekeping ni yah" - aku cakap kat ayah aku.

"Ang esok kawen, toksah la dok loklaq. Ala kadar cukup. Ni kawen sampai abis kulit kerang, kulit siput kat laut ang tibai, buat naya binatang ja." 

Terkekek-kekek aku bantai gelak ngan ayah aku. Tapi kadang-kadang tu la, dari kad kawen je kite da boleh nilai orang. Tengok cam kertas mahal, wangi, ada reben-reben, da boleh agak yang pengantin die mesti golongan kaya-kaya.

Aku ingat nanti kalau aku kawen, aku nak design sendiri la kad kawen. Amacam, ok tak? Save skit. 

Photobucket

Ha, camni la lebih kurang kad kawen aku nanti. Simple je. Dalam die lagi sempoi ! 

Klik untuk baca

Photobucket


Ok, nanti smbung part 2. Aku nak kuar.



p/s : Ada sesapa kat sini anak tok kadi ? Boleh geng ngan aku! Jimat skit duit upah kadi aku nanti. Haha.




.

Related Posts with Thumbnails