Anjakan Paradigma

[ note : ini adalah entry selingan. ]


*********************************************************************************

Entry malam ni takdak kaitan langsung dengan tema blog ni. Aku bagitau awal-awal sebab aku taknak nanti bile ang da abis baca the whole entry, dalam hati ang terdetik "ceh! sengal la zack ni! buang masa aku je baca. entry tak best langsung!"

Kalau ikut kalender, skarang ni da masuk awal bulan tiga. Sekaligus menandakan dah genap 3 bulan umor blog ni. Mentah lagi. Bebudak baru lahir dari perut mak die pon, agak-agak umor 3 bulan tak boleh merangkak lagi kot? Ye ke? Entah. Tak penting. Yang aku tau kalau umor 3 bulan, masa tu bebudak tak pandai sebut "mak" lagi. Apatah lagi ang nak suruh diorang eja "perpustakaan". Memang la sah-sah budak tu akan maki ang dalam bahasa baby.

Macam tu la perumpamaannya.

Menandakan betapa mentah nya usia blog ni. Masih banyak yang aku kene blajaq. Bukan senang nak bagi semua orang puas ati dengan apa yang ang tulis. Tersilap tulis, orang akan label ang "sombong", "berlagak" dan macam-macam perkataan lain yang tak brapa sedap nak dengaq.

Satu persatu pembaharuan aku cuba lakukan kat blog ni semata-mata demi memenuhi citarasa dan kehendak ang sebagai pembaca. Kalau ada di kalangan ang yang follow perkembangan blog ni sejak dari awal, ang akan perasan cara dan style penulisan aku pon da berubah. Bahasa-bahasa yang kesat, aku dah cuba tapis sehabis baik. Beberapa entry aku yang agak-agak panas dulu pon aku da buang. Semuanya demi memuaskan hati semua pihak. Taknak ada yang tersinggung. 

Tapi norma seorang manusia, die takkan terlepas dari melakukan kesilapan. Takkan!


Aku tak nafikan dalam penulisan aku terselit beberapa perkataan dan ayat-ayat yang tak terkandung dalam buku teks bahasa melayu darjah tiga KBSR mahupon dalam sukatan matapelajaran bersepadu sekolah rendah sepertimana kementerian pelajaran tetapkan. Perkataan-perkataan seperti "menganjing", dan "cilake" tu memang sengaja aku tulis demi memberi kesan dan impak sebenar dalam penceritaan. Tujuan cuma satu. Agar korang feel apa yg aku cuba sampaikan. 

Aku mensasarkan pembaca blog ni di kalangan umur sekitar 17-30. Tak tau la kalau-kalau ada nenek atau opah hat dudok bersimpoh tepi serambi sambil ngunyah sireh sambil baca blog aku. Tak tau juge kan ?

Yang penting kat sini, cara ang berfikir dan cara ang menerima. Itu je. Simple. Memana yang ang rasa tak baik, toksah tiru. Memana yang ang rasa aku tulis ni macam betul dan macam best ja, nak ambik, sila ambik. Takdak hal punya.

********************************

Ok. Aku taknak sembang banyak-banyak. 

Konsep blog ni pon bukan blog untuk bagi tutorial atau blog hat ajaq cara-cara memakai eyeliner dan compact powder. So, aku straight to the point je la ek.

Ada orang tanya "zack, macam mana ang pasang lagu kat blog?".

Soalan ni da dekat lima belas ratus kali aku dapat. Tak kire dari chatbox, ym, sampai la ke inbox fesbuk. Mana yang sempat jawab, aku jawab. Mana yang tak sempat ambik note, ni aku bagi jawapannye. Jangan kata aku sombong pulak.

Aku ni baik orangnya... Eceh.

Tutorial memasang Flash Mp3 pada blog : 

Lepas tu, ada orang tanya lagi. "Zack, macam mana ang lukis katun-katun kat blog ang?".  Aku jawab aku lukis guna photoshop. Then, die tanya lagi "Zack, aku teringin nak lukis macam tu. Ang boleh buat tutorial tak?"...

Suka aku nak jelaskan kat sini bagi ang clear betol-betol. Blog incik zackzukhairi ini bukan blog tutorial. Oleh sebab tu, aku sediakan Fanpage sebagai medium untuk aku jawab segala soalan-soalan ang. Video tutorial lukis katun tu aku da publish awal-awal kat situ. Tak percaya, ang pi selongkaq situ. (link)


Aku buat Fanpage tu bukan sebab nak glamour. Terus terang cakap, kalau la aku diberi kuasa untuk ubah perkataan 'Fanpage' tu, akan aku edit supaya jadi "FRIENDpage". Sebab aku taknak ada isilah FAN ni. Aku bukan artis nak kene ada Fan. Aku lebih selesa dengan istilah FRIEND je.


Ang tanya la bebudak yang da join situ, macam mana aku interact ngan diorang. Aku rasa tempat tu paling best untuk sembang-sembang. Kalau-kalau ada video menarik, aku share kat situ. Koleksi gambar kucing yang comel pon aku bubuh kat situ. Tak cukup dengan tu, kalau aku ada info especially bab-bab agama, aku forward kan kat situ jugak. Untuk apa? Ang jawab sendiri. Aku tak dapat satu sen pon dari situ. Nawaitu aku memang nak anggap ang sumer macam kengkawan aku. Kengkawan yang mana tempat aku share suka dan duka aku...


*************************

Ok, sekarang ni kite masuk bab klimaks.

Setelah aku teliti betul-betul, aku rasa kali ni aku kene buat sikit pembaharuan pada blog ni. 

"Pembaharuan macam mana plak tu zack? Kene bayar ke kalau nak baca ?!"

Teettt. Bukan.

Pembaharuan pada 'sistem komen.' Dari apa yang aku perhatikan, ada beberapa komen yang perlu aku jawab, tapi aku terlepas pandang. Dan kalau pon aku reply, si empunya soalan takkan perasan jawapan aku sebab 'sistem komen' aku yang macam sedia ada ni.

Jadi, ari ni aku nak perkenalkan sistem komen yang baru dan aku harap pada ang semua yang rajin drop komen kat blog aku, agar luang sikit masa untuk follow beberapa step yang mudah ni. Please? Boleh kan? Aku tak penah mintak apa-apa dari ang kan? Hehe... (Pancing)

Bukan nak menyusahkan ang tapi actually, sistem komen yang baru ni ada satu kekurangan. 


Macam yang ang tengok, die takdak gambaq profile. Sangat la tidak cantik ok? Incik ZackZukhairi sangat suka kan kekemasan dan gambar-gambar. Ini ang kene tau.

Maka, untuk membetulkan nya, mudah je. Ang follow step-step ni ya? Senang je. Aku guide satu persatu.

Memula sekali, sebelum ang komen entry ni, ang pi sini dulu.

Lepas tu, ang click pada "Get your Gravatar Today" macam dalam gambaq bawah ni.


Step kedua, ang kena letak email ang.


Lepas tu, ang akan dapat satu confirmation email untuk next step. Sila check inbox ang ok? Lepas ang klik pada link yang die bagi dalam email tu, nanti die kluaq lagu ni.

Photobucket
Ang bubuh la username apa yang ang suka, pastu ang letak password macam biasa. Dah settle sumer, ang klik 'Signup'.



Langkah seterusnya, ang klik pada link macam kat dalam gambaq atas ni. Tujuan die supaya ang boleh set gambaq pada profile picture ang nanti. Lepas ni, kalau ang komen kat entry aku, maka terpampang la gambaq yang ang dah set ni. Baru la cool !

Gambaq yang ang nak set tu pulak, ang boleh ambik dari PC/laptop ang. Cara die macam kat atas ni.

Photobucket

Ok. Nanti die kluaq macam ni. Dah siap dah pon.


Lepas siap sumer-sumer tu, ang pi kat blog aku, ang refresh page. Pastu nanti kat ruang komen, ang akan nampak sistem komen yang baru macam ni.


Photobucket


Skarang ni ang boleh komen dengan selesa dan bergaya!


Oh ya, jangan lupa untuk isi email yang ang guna masa register tadi. Dont worry, aku tak boleh nampak email ang. Takdenye aku nak spam benda bukan-bukan. Incik Zack bukan cap ayam punye orang.


Then, ang pilih "Replies" kat bahagian 'Subscribe to.' Ini supaya, kalau ang tanya aku apa-apa, bile aku balas, secara tak langsung, ang akan dapat notification mail dari aku. Macam tu la lebih kurang. Function ni yang aku nak sebenarnya.


Photobucket


Ok, macam ni la result yang sepatutnya. Ada gambaq! Baru la nampak professional.

Senang kan? Dah habaq awai-awai tadi daaaa...


Aku harap ang sudi teruskan bagi sokongan kat blog ni. Jatuh bangun, hidup mati blog ni semua kat tangan ang. Kalau ang rajin bagi komen kat aku, baru aku rasa feel sikit nak menulis. Dunia blogging memang macam tu. Kalau banyak komen masuk, maka si penulis akan rasa teruja nak buat entry baru.

Kalau ang malas drop komen, aku akan rasa tak best. Rasa macam ada yang tak kene pada entry aku. Umpama ang masuk "Raja Lawak Astro", pastu bile ang buat lawak atas stage, penonton sumer diam je. Takde sorang pon yang ketawa tepok tangan. Mesti ang rasa moral down giler-giler kan? Hakhak! Ha, macam tu la rasanya.

Sekian. Tima Kasih.

********************

p/s :
Aku da plan siap-siap. Kalau aku balik Malaysia nanti, ingat nak jumpa ngan bebudak kat Fanpage la. Kite buat gathering mandi laut reramai ke? Amacam? Baru style!


.

37 comments:

tujuhhariseminggu said...

mandi manda... huhhh... menarik... :)

eZaT eLaNo said...

gle ah canggih..mmg bdak engin vetol..eah,ko amek kos ape..civil kah??..

Unknown said...

h0ho~ besh3x.........!

W3 tOgetHer said...

sempoi sei ayat..heeheh...suka baca..hahhaha

C!k LaYLa PiPi GeBu said...

aku sokongs yg ang nye p/s tu..hehehhe

atein said...

pa pasai xjdik pon incik zack?

atein said...

pa pasai xjdik pon incik zack?

Anonymous said...

ni nak try jd ke x...arap2 jd

Anonymous said...

aq x dak google akaun..aq ada yahoo akaun ja..nak wat cam na ni...?

Anonymous said...

samala...ak pn xde google akaun..nk ikut gk p mndi-mnda ni...huhu

Sky Nur said...

huhhu... nak pi mandi manda... bla la dia blik cni...:p

far_eastmlk@yahoo.com said...

aq baru wat ni test jap leh ea jgn marah plak kang aq jual ko dpt 3 kupang

mimimemo said...

zack try sat na!

anyssnyssa said...

zack, correction.. bkan ang semua tp ampa semua..ok.

Anonymous said...

huhu syok~

Ana said...

wah besnye gathering..nnti jgn lpe ajak eh..hik3

abosdagreat said...

test3..

chep said...

best la..leh tmbah ilmu di dada..hahah~good boy!

Unknown said...

test~

Anonymous said...

klu buat gathering ni kompem menarik! aku rasa 80% adalah gadis2 .hahhahaa..

Anonymous said...

nape x jadi pun??

Unknown said...

try..try..

Unknown said...

try..

Unknown said...

nape x kuar pun pic tu..

ary said...

zach,, ak bkan na wt ang cuak naa. tp ak mmg lmah kalo ang tles pasai bathtub~ ak a mngken brani na mndy lam tu,, sokmo jek t'pkey de cacing kerawit ke lipas ke pape laa yan akn kuaq dr lubang tu even ang ttop pn. sumpah ak gli.!

Anonymous said...

weee,best2

Anonymous said...

saya budak baru

Cik Nurul Yatie said...

:) great... ;)

...miSS fAi... said...

oooooo.. akan ku praktikkan nanti... pc opis aku nie xde speaker nak dgr.... hehehehhe..

nak jumpe2x...

ahhahahaha

redspana said...

gud job ah bro..

norhazwani said...

z,awat xjd pom??? da bt ikut step da~~

Anonymous said...

baguih na blog nih!

Ummi Nurmasyitah said...

testing

mizzdiela said...

hye incik zack...
sy org bru kt cni...
best lh baca bolg awk...
keep it up..~!!

Anonymous said...

ang ni ensem+best+sempoi..ak puji ang ni..tp yg best ang xblagak..hee..bguih!

EiFa CuteatLast ♥SUMM3R Love♥ said...

umm aku ase dah lme ottt wat bende alah nih..huhuhuu ^_^

asmalina92 said...

thx !

Related Posts with Thumbnails