Dua Jiwa

(SoundTrack)


P/s :




I'm like a shadow. I'm always here to accompany you every step of the way. But do you know the difference between a shadow and me? I'd still be here even if there's no light to shine anymore...


********************
Soundtrack : 
Dak Mie - Dua Jiwa

Note:
Please Linkback when sharing my work. Thanks.


Kicap, Soya dan Pantang Larang

Orang melayu kita sememangnya kaya dengan adat resam dan pantang larang. Asalnya, benda ni dari pengalaman diorang sendiri, seterusnya disampaikan dari mulut ke mulut, dan last sekali diwarisi dari satu generasi ke generasi yang lain, sampai la ke ari ni...

"Apa hal pulak nak kene dengar cakap orang tua-tua? Dah nama nye pon orang tua? Bukan betul sangat. Entah-entah masa die pesan tu, die tengah nyanyok?"

Ok. Tak boleh macam tu. Kita bukan disuruh untuk ikut segala apa adat resam dan pantang larang yang diorang pesan. Bukan. Bukan macam tu! Nehhi! - bak kata orang industan dalam cerita 'panggung sabtu' tv3,  sambil sengguk kepala sikit.

Actually, apa yang orang tua-tua dulu sampaikan tu sebenarnya adalah satu 'hint' kepada kita. Tinggal lagi dalam bentuk yang tersirat je. Orang dulu-dulu memang suka berkias dalam bahasa. Sebab tu kalau lu orang perasan, masa zaman mak ayah lu orang bercinta dulu-dulu, fuhh! die punye surat cinta, macam sajak sempena hari guru! Sikit punye tinggi bahasa dia.

Lirik lagu dulu-dulu pun sama jugak. Berkias dan berseni. Lu orang mesti pernah dengar lagu Saloma tajuk Perwira. Kan? Kalau sapa kata tak pernah dengar tu, guwa rasa ada dua possibility je. Sama ada sejak kecik die duduk oversea. Atau pun die memang pekak sejak lahir. Kalau ada alasan lain, memang membongak. Gentle guwa cakap!


"Kekanda di medan perang.. Adinda di medan seri... Sama-sama berjuang, Sama sama berbakti... Untuk ibu pertiwi..."

*tetiba rasa patriotik gile*

Kan cantik lirik dia? Baru ada art value.

***********************

Ok. kembali ke pangkal jalan cerita. 

Pasal pantang larang yang guwa terangkan awal-awal tadi... Orang tua-tua kita dulu sebenarnya bukan bodoh. Diorang terlebih dulu makan kepsi garam berbanding kita. Dia sengaja bagi pantang larang dalam bentuk yang unik dan ada 'hint' untuk cucu cicit dia pikirkan di masa akan datang. 

Contohnya, pesan orang tua-tua dulu, 'anak dara tak elok menyanyi dekat dapor, nanti dapat laki tua'.



Kalau sekali dengar, memang lu orang akan rasa macam "kejadah apa??"

Celah mana lu try connect skali pon, takkan jumpa hubung kait antara nyanyi dekat dapur, dan kawen dengan orang tua. In fact, guwa rasa ziana zain dulu pon nyanyi juga dekat dapor masa zaman dia muda muda. Tapi laki die standard je. Tak tua pon? 

Siti Nurhaliza? Err... Lain cerita.

Sebenarnya, orang tua cuba nak sampaikan dekat lu orang bahawa sesungguhnya tak elok nyanyi dekat dapor bukan apa, tujuan die supaya lu orang tak leka. Karang nanti lu orang sibok nyanyi, nasik abis hangus. Lepas tu, silap-silap bile lu orang tarik part korus lagu tinggi, takut-takut air liur lu terpercik dalam kuah kari. Itu saja...

Orang dulu-dulu cukup masak dengan perangai anak dara yang susah nak dengar kata. Jadi, diorang kias dengan bahasa. Katanya kalau nyanyi jugak, nanti dapat laki tua!

Anak dara mana yang tak takut kalau dapat laki tua? Kalau laki tua berharta, takpe juga. Kalau yang tua kerepot, takde sen haram pon dalam poket, mau? 

*************************

Berpandukan basic dan tujuan yang sama, orang tua-tua pesan pada anak cucu diorang. Antara lain, 'jangan duduk atas bantal, nanti bontot bisul'. Padahal, maksud tersirat dia, bantal tu tempat letak kepala. Tak elok la kalau nak bubuh punggung.

Hurrmmm.. apa lagi? Ha, 'tak elok termenung depan muka pintu. nanti lewat dipinang orang'.

Lagi? 'Jangan bukak payung dalam rumah. Nanti ular masuk.' 

...dan macam-macam lagi.

Tapi yang paling 'rare' pernah guwa dengar masa kekecik dulu, "Jangan tunjuk pelangi dengan jari tangan, nanti kudung." 



Dulu masa kecik-kecik, guwa tak banyak songeh sangat. Guwa dengar kengkawan cakap macam tu, terus guwa jadi tak berani nak tunjuk dengan jari. Tapi guwa tunjuk dengan cara juih bibir. Macam cilake. Punye semangat nak tunjuk jugak.

Sampai ari ni guwa masih buntu memikirkan maksud tersirat di sebalik kata-kata ni. Antara lain yang guwa pikir lojik, mungkin sebab diorang takut kalau-kalau time kita ghairah angkat tangan tuding ke pelangi tu, tak sengaja tercocok mata kawan? Bebudak kan memang eksaited lain macam kalau jumpa benda-benda pelik macam pelangi? Entah lah.

****************************

Tengahari tadi dalam pukul dua, guwa gayut dengan cik awek dekat skype. Cik awek tak mengajar ari ni. Dia dapat MC. Doktor tak bagi puasa sebab dia gastrik muntah-muntah semalam. Kalau puasa juga, dikhuatiri akan pengsan. Lebih kurang begitu la.

Jadi, sebagai bakal ketua keluarga yang bertanggungjawab, guwa suruh cik awek rehat saja di rumah. Berikut adalah antara lain isi kandungan perbualan guwa sama cik awek.

"Esok awak tak mengajar kan?" - soal guwa, merujuk pada sistem pendidikan malaysia yang mengenakan cuti di setiap skolah di kedah pada hari jumaat.

"A'ah." - Jawab cik awek lemah.

"Awak rehat dulu.. nanti petang sikit awak balik rumah mak. ya? at least dekat sana ada orang boleh tengok-tengok kan awak. Abang risau nanti awak pengsan sorang-sorang dekat rumah..."

"Itah ok je..." 

Cik awek masih mahu berpura-pura sedang sihat.

"Dah makan ubat?" soal guwa lagi.

"Belum..."

"Knapa?"

"Tak larat..."

"Laaa.. awak tak puasa kan? Kenapa tak makan?" - ujar guwa dengan nada cemas bercampur resah.

"Itah tak larat la abang..." - jawab cik awek dengan nada sayu.

Kalau di ikut kan naluri lelaki guwa, mahu je guwa bergegas ke sana tapau kan kepsi untuk cik awek. Tapi apakan daya. Jepon dan malaysia bukan la seperti seremban-kl. Guwa perlu berenang merentasi laut cina selatan terlebih dulu sebelum sampai ke cik awek. Dan andai kata guwa mampu berbuat begitu, by the time guwa sampai, cik awek da lama sembuh. Silap-silap guwa pulak yang sakit-sakit badan.

"Macam ni...Awak pergi goreng telur. Lepas tu kacau-kacau bagi hancur. Buat masak kicap. Senang je. Tak sampai lima minit pon. Ya?" - usul guwa pada cik awek sambil kecur air liur guwa terbayangkan telur masak kicap.


"Kicap takde..." -jawab cik awek sejurus kemudian.

"Takpe la abang. Itah nak makan telur dengan roti je lah.." - sambung cik awek dengan nada yang masih lemah.

"Awak tu tak sihat... Kena makan benda panas-panas sikit..."

"Lagipun Itah tak nak makan kicap..."

Tiba-tiba guwa jadi blur. Sejak bile pulak cik awek tak makan kicap ni? Getus guwa dalam ati.

"Kenapa pulak?" - Soal guwa ringkas, minta penjelasan.

"Dari dulu lagi Itah selalu terbayang, kalau makan kicap, nanti jadi hitam..." -jawab cik awek serius.

Dan serentak dengan itu juga guwa ketawa berdekah-dekah sambil menumbuk-numbuk dinding sebelah guwa.




"Siapa ajar awak ni?"

"Ntah.. Tapi betul la abang! Cikgu-cikgu dekat sekolah pon cakap macam tu? Diorang kata kalau makan kicap masa pregnant, dapat anak kulit hitam."

Yang guwa heran, jawapan cik awek tu macam takde langsung riak-riak bergurau. Sikit punye serius.

"Abis tu kalau makan sos, dapat baby kulit merah ? macam tu ?" -soal guwa dalam nada ketawa bercampur air mata.

"Abang niii!!"

"Ok ok.. sori sori..." pujuk guwa setelah perasan cik awek diam tak berkata-kata..

"Cikgu-cikgu dekat sini cakap, kalau makan soya, nanti dapat baby kulit cerah..." 

Dengan tak semena-mena guwa letak kan headphone ke meja dan guwa ketawa kuat sambil tangan kiri menutup corong microphone, tak mau cik awek berkecil hati.

"Dah jauh benar awak sesat ni... Kembali la ke pangkal jalan wahai sayangku.." Bisik guwa dalam ati.

"Lagi, cikgu awak cakap apa?" -soal guwa setelah berjaya mengawal keadaan.

"Kalau abang nak tau, abang pon nanti tak boleh makan kicap! tau?"

"Haaa?!"

"Ye laaa... Abang kan lelaki. Sperm donor... Nanti abis baby semua itam..." -jelas cik awek serius.

Menggeleng guwa dua tiga kali sambil mengurut-urut dada mintak bertenang. Ini macam punye style, kilang kicap boleh melingkop!

"Kalau macam tu, awak makan la soya. Biar abang makan kicap. Nanti anak kita standard standard. Tak hitam, tak putih."



++++

Cik awek diam, sejurus sebelum beransur ke dapur menggoreng telur.

*************************

Jadi sekarang ni macam mana? Setahu guwa, takde pula guwa dengar pesan orang tua-tua, "jangan makan kicap, nanti dapat anak itam". 

Cikgu mana punye teori ni? 

Err... Mungkin lu orang boleh bantu?



Kisah Bulan Puasa #2

Hidup ni kata orang, macam satu perjalanan. Maksud kata, dalam perjalanan tu, ang akan jumpa dan belajaq beribu macam benda baru yang akan mendewasakan ang. Contohnya, katakan la jangka hayat ang tamat masa umur ang mencecah 63 tahun, maknanya dalam tempoh 63 tahun tu la ang akan melalui fasa baby, bebudak skolah, pelajar sekolah menengah, student U, dewasa dan tua...

Kekadang pernah tak ang pikir macam mana ang tau sebut perkataan "terpesona", "perpustakaan", "peperiksaan" dan lain-lain vocab yang ang tau ari ni? Adakah ang tau semua tu dari buku teks yang ang baca dekat skolah? Kalau ang tanya aku, aku jawab tak.

Ingat lagi tak masa kekecik dulu, bila ang suma keluaq dari pangkal rahim mak ang, time tu ang kosong. Blank & blur. Yang ang tau, cuma menangis ja. Tapi bila lama-lama sikit, bila mata ang da boleh nampak orang, time tu mak ang dah start ajaq "ini emak, sayang...! sebut? apa? emaaakk! Pandai~" *sambil cubit pipi ang*

Lama-lama lepas tu, ang da pandai merangkak, time tu dunia ni ang explore sendiri. Semua benda yang ang capai, ang akan masuk mulut. Lets say ang capai remote tv, lepas tu ang masok mulut, gigit punye gigit tapi tak lut. Nak telan apatah lagi. Then, baru ang realize, "ohh...remote tv ni tak boleh makan rupanya.."


Sama jugak bile ang da besaq sikit boleh cakap, time tu secara otomatik ang tau perkataan-perkataan seperti "mesin basuh", "pencuri" dan lain-lain secara pemerhatian dan naluri. Walhal, ang tak penah diajaq pon pasal benda-benda tu suma? Tak tau la aku kalau-kalau ada mak yang hari-hari dok panggil anak dia, lepas tu habaq lagu ni...

"Ahmad. Mari ke sini anak ku.."
"Ya mak. Ada apa?"
"Baiklah. Hari ini emak akan ajar kamu perkataan baru."
"Ohh. Apakah dia emak?"
"Hari ini perkataannya ialah 'bodoh'. Tau tak bodoh tu apa?"
"Tak tahu..."
"Bodoh tu sama la macam stupid. Bebal."

Ada mak ang ajaq lagu tu? Takdak kan? 

********************

Aku pon sama macam ang. Life aku bermula dari fasa baby. Omputih kata, starting from zero.

Lepas tu, pelan-pelan aku blajaq satu demi satu...

Satu petang sekitar tahun 1999 kalau tak silap, time tu bulan Ramadhan. Balik skolah, macam biasa, lempaq beg terus lari pi dapoq tengok menu berbuka puasa yang puan emak masak. Tiba-tiba, aku ternampak akak aku tengah gigit tembikai sikit punye feel, tanpa ada sebarang keraguan di wajahnya. Eh, apa hal ??


"Mak!! Akak tak posa!" - jerit aku pada puan emak, tak puas ati.

Tapi reaksi dari puan emak amat mengejutkan. Beliau tak marah langsong. Malah dengan selamba beliau menjawab "Oh..akak ang tu uzoq."

Time tu aku cuma tau yang 'uzur' tu ertinye sakit. Dengan tak berpikir panjang, aku terus menjawab "Uzoq menda nya? sihat ja orang tengok?!"

Puan emak tak tau nak cakap lagu mana sampai la one day bila aku naik skolah menengah, ustaz dekat skolah ajaq tajuk 'bersuci dalam Islam'. Time tu baru la tau yang 'uzur' mak aku cakap tu sebenaqnya merujuk pada 'period orang pompuan'...

Ohhhhhh.......

************************

Kalau nak diikutkan, memang banyak benda yang menarik aku dapat dalam life aku masa kecik-kecik dulu. Ingat lagi satu ketika time aku mula berjinak-jinak dengan solat. Dekat rumah, incik ayah dah ajaq siap-siap "lepas imam abis baca fatihah, ang amin sama macam orang lain. paham?" Aku jawab "ok."

Bile sampai masjid, incik ayah suruh port saf paling blakang skali. Katanya aku tak sunat lagi. Tak boleh dok saf depan. Saf depan hat orang dewasa dan brader-brader saje.

Bile dah port saf blakang, toleh kiri toleh kanan, alih-alih ada Amai dan kengkawan lain dekat situ. Keh keh keh! *gelak setan*. Depa ajak pekena mercun roket setangkai dua. Aku tegak kepala usha incik ayah. Nampak ketayap dia dalam 2-3 saf depan aku. Nak menyetan pon jadi tak berani. Terus cancel niat jahat nak main mercun.

Tapi esoknya, aku da plan siap-siap. Lepas ja bukak puasa, bagi incik ayah isap rokok sepam dua, pastu terus ajak incik ayah pi masjid. Incik ayah tak syak apa-apa.. time tu dalam hati dia mesti dok ingat "baguih anak aku ni! ada semangat nak pi masjid awal."

Padahai dia tak tau yang aku sengaja atoq supaya dia datang awai, supaya boleh dia semayang saf paling depan. Senang sikit aku nak menyetan dengan kengkawan dekat blakang.

Plan aku berjalan lancaq. Incik ayah dapat saf betul-betul blakang pak imam. Keh keh keh...

Time semua makmum berdiri nak smayang tarawih, time tu aku, Amai, Apis, Ino dan beberapa member setan yang lain mula la membuka langkah. Pelan-pelan kluaq pintu blakang masjid, pekene mercun roket sama mercun papan. Yang paling tak boleh blah, bile dengaq imam abis baca fatihah, kitorang pakat-pakat dok jerit "Aaamiiinnn" kuat-kuat sambil sambung main mercun. Tujuan dia bukan apa, konon-konon nak bagi ayah memasing dengaq suara anak depa. Biaq depa tak syak... Haha. 



Dan part yang paling stupid ialah bila imam masuk tahiyat akhir, kitorang pon cepat2 lari tinggaikan mercun, terus masuk saf blakang, otomatik duduk tahiyat akhir. Lepas imam bagi salam, kitorang pun bagi salam sama.. Incik ayah jenguk dari saf depan, nampak aku tengah dok khusyuk smayang. Dia senyum bangga. Keh keh keh... 

Aku cita kat ang ni takat share pengalaman aku ja.. ang toksah ikut tau! 

Ok la. Aku nak siap-siap. Satgi nak pi buka posa kat masjid Nagoya. Sini buka posa dalam pukui 6.40 macam tu. Selamat berbuka posa aku ucapkan kat ampa suma! =)

Renung-renungkan dan selamat beramal~

Kisah Bulan Puasa

Dua tiga hari ni aku ada perasan jugak. Dekat wall fesbuk aku tu penoh dengan gambaq ketupat sama kubah masjid beserta kata-kata secangkir sirih menyambut Ramadhan. Satu gambaq, bebudak tag sampai lima puloh orang. Bile penge'tag' dan orang yg kena 'tag' dok balas-balas komen berborak macam jumpa kengkawan lama dekat kedai mamak, nak tak nak, tempias dia sampai jugak la dekat aku. Tak sampai setengah jam, ada lima puloh notification yang masuk, sekadaq nak bagitau yang besok posa. 

Itu baru satu tag. So far, aku kira-kira ada la dalam tujuh lapan tag yang aku kena. Tolak campoq sama tag pada gambaq biskot almond london dengan kuih samperit orang buat niaga, dalam sejam tu, boleh la dapat agak-agak dalam semilan puloh notification. Tapi takpa la. Aku ok ja... 

Setahun sekali, ada apa hal sangat ye dak? 

Tapi yang paling hebat nya, kekadang nama aku kena tag dekat gambaq "kain songket mak ngah", "shawl corak-corak" dan tak kurang jugak "kerongsang baju kurung". Keh keh keh. Cinabeng! Pandai sungguh ampa orang pompuan buat bisnes na? :p 

Tak memasai orang dok ingat aku juai kain...(-_-")

Orite. Tapi takpa!

Muka ensem-ensem lagu ni, tak kacak sangat kalau marah-marah. Tak cool.

Ini ari kita sembang pasai puasa. Ok? 

****************************

Dulu masa aku kecik-kecik, time umoq nam tujuh taon, cikgu tadika dekat skolah cakap bila masok bulan puasa, setan suma abis kene tambat. Time tu, bebudak lagi... Lurus bendoi. Bila dengaq perkataan 'tambat', dalam pala otak aku dok bayang setan kena tambat leher macam kambing yang kene tambat dekat pokok...


Bile dah besaq sikit, baru tau yang rupa-rupanya setan tu kena "rantai", bukan kena tambat. Haish!

"Apabila datang Ramadhan, pintu-pintu Syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan Syaitan dirantai" [Hadith Riwayat Al-Bukhaari dan Muslim]

Jadi, by the time aku tulis entry ni, aku tengah dok senyum bayangkan nasib depa dekat sana, la ni. Ish ish ish.. Kesian.. Kene ikat ya? Padan muke kau! *wah. semangat gile aku.*


Sama macam kes anak bulan. Dulu masa kecik-kecik, tiap kali nampak muka atok ni dekat tibi, time tu mesti excited tahap loncat-loncat depan televisyen. Penah skali tu aku tanya dekat incik ayah, "macam mana orang ni buleh tau esok posa?"

Jawab incik ayah, depa teropong tengok anak bulan dekat langit. Kalau nampak anak bulan, ha, esok tu posa la tu. 

Maknanya selama ni yang dok kat langit tu apa? Bapak bulan? Mak bulan? Time tu, aku ingat kan mungkin  bulan ni ada salah silah family sama macam maknusia. Ada bapak bulan, mak bulan, anak bulan...


Jadi, bile dengaq perkataan 'anak bulan', kalau nak di ikot kan lojik, mesti la bulan yang paling kecik. Ya dak? sebab dia masih 'anak' lagi... Ngeng! 

*************************

Teringat lagi masa umoq aku lima enam taon, time tu puan emak sama incik ayah ajaq aku puasa separuh ari ja. Sebab masa tu budak-budak lagi. Mana boleh pisah dengan jajan sama eskrim...

Lepas tu, bile da lama-lama sikit, baru start blajaq puasa full satu hari. Demi nak bagi aku semangat untuk posa, depa buat satu sistem "puasa sehari, dapat upah lima kupang". So, menjelang satu hari raya, aku dah boleh ketawa besaq pasai dalam kocek ada lima belas hinggit! Boleh buat beli mercun bola sama mercun naga.

Tapi macam biasa, puan emak dengan incik ayah bukan bodoh orangnya...

Depa tambah lagi satu syarat. Kalau ang tinggai posa walau sehari sekali pon, segala upah posa ang sebelum-sebelum ni kira burn! Kiranya kalau ang da puasa 29 hari, tup-tap-tup-tap hari terakhir tu ang tak posa, kira satu sen pon ang tak dapat. Cerdik kan?

Tapi, bile dah cukup puasa satu bulan pulak... bila pagi raya tu salam-salam nak tuntut upah puasa penoh, ha masa tu jawapan incik ayah simple ja...

"Ayah da masok dalam account bank ang.."

Ceh! Padahai umoq lima tahun mana boleh bukak account bank lagi ? Politik!

*********************

Bile ingat-ingat balik kenangan berpuasa zaman bebudak dulu, memang boleh tersenyum sorang-sorang dibuatnya... =)

Awai-awai puasa ni, nak bangun sahur takdak masalah lagi. Kena lauk telo masak kicap sama kuah kangkong goreng pon jalan! Tak banyak karenah sangat. Adik aku pulak lagi style. Sahur nak omputih aje. Kalau takdak coco crunch, liat nak bangun. Mengada-ngada. 

Time tu, pepagi selera tak brapa nak panas lagi. Kekadang, pandang lauk ayam masak merah pon macam tak brapa sangat. Orang kata selera tengah tumpoi...

Tapi sat lagi bile masok tengah hari, pi dapoq nampak lauk tu dalam piuk, mula la dalam hati dok cakap "menyesalnya aku tak makan ayam ni pagi tadi..."

Kan kan? Tehee!

*****

Eh! Bersambung lah. Aku nak kuaq sat... Ada hal.


p/s : 
sesapa yang belum join 'group ni' baik pi join cepat! Keh keh keh...


Pelangi Pudar Warna...

[SoundTrack]





p/s :

If only I could reach the rainbow, I would pull it down and put your name on it, then put it back in the sky so people would know how colorful my life has been with you in it...

********************************

note : 
[entry kartun berehat setakat ni dulu...]


Saya Kenal Sayang Saya...

(SoundTrack)





p/s:

If Death would need one more soul and he asks me to choose between you and me, what I’m gonna do is ask him for one more minute then I’ll hug you as tight as I could and tell Death, “Let’s go. I’m ready!”

***********************

special thanks :
ost:
Dak Mie - Yang Terindah

Related Posts with Thumbnails