Kisah Malam Sabtu.... (part1)

Bagi bebudak U yang study dekat Malaysia, biasanya malam-malam Sabtu adalah malam yang paling heaven. Malam yang paling ditunggu-tunggu. Abis lecture belah petang, sumer buat hal masing-masing. Yang pakwe-makwe standard, biasanya da plan awal-awal nak tengok midnight movie cerita Lagenda Budak Setan. Minggu lepas lagi si pakwe da book tiket siap-siap. Pakwe janji nak ambik depan hostel pukul sepuloh malam. Siap pesan suruh makwe pakai 'cantik-cantik'. Bukan apa, senang nak menyetan sama. Alah, bukan aku tak tau. Aku dulu pon muda jugak...

Kalau kapel-kapel yang baru nak up pulak, macam biasa dating dekat kedai makan je. Port satu table ujung-ujung, duduk mengadap muka satu sama lain. Order Milo Ais sorang satu, lepas tu discuss pasal masa depan. Masa depan tu pulak dalam erti kata lain, tak la depan mana pon. Biasanya tak lain yang dibincangkan termasuk lah cara-cara bagaimana nak spend duit PTPTN yang bakal masuk bulan depan, halatuju lepas grad, dan diselitkan jugak dengan plan untuk hari esok seperti temankan si makwe beli tudung dan keluar jalan-jalan. 

Bagi golongan skema pulak, lepas maghrib, turun cafe beli nasik. Naik bilik, bukak hot.fm, terus mengadap assignment yang lecturer bagi. Biasanya, golongan-golongan macam ni wajib dapat 4 flet dalam exam. Pendek kata kalau dapat pointer 3.8, malam tu jugak call mak dekat kampong nangis-nangis mintak ampunkan kalau-kalau ada dosa lama yang tak terampun lagi. Punye nerd.

****************************

Bagi student oversea dekat sini, lain pulak halnya. Yang mana muka baik-baik, pukul tujuh da ada dekat International Student House kumpol ramai-ramai baca quran lepas maghrib. Lepas tu ada la sikit tarbiyah dan makan-makan ringan. Nak cerita panjang-panjang pon tak boleh, sebab aku bukannya join pon. Keh keh keh. Sila jangan tiru perangai buruk aku ni. Jadi la insan yang mendekati majlis-majlis ugama ok ?

Ok. So...cerita die macam ni. 

Malam tu aku dengan ex-housemate aku lepak-lepak dekat rumah je tengok buletin utama TV3 secara online. Maka duduk la kami dua beranak depan laptop sambil perati pembaca berita tu baca berita sebutir-sebutir.

Mana-mana berita yang perlukan komen dari kami berdua seperti isu-isu politik dan hal ehwal semasa macam kes-kes buang anak, rogol budak dan lain2, maka aku dengan kawan aku pon mula la masing-masing berkerut dahi dok mengulas sana sini mana yang patut. Tujuan die tak nak bagi rumah tu sunyi sepi je sebenarnya...

"Cilake bebudak sekarang. Beromen pandai! Lepas tu dapat anak, lempaq tepi jalan."

"Entah! Dedulu boleh tahan la lagi. Buang dekat pintu masjid. At least pak imam jumpa, boleh la jugak bela buat jadi anak angkat ke hapa."

"Main tak pakai kondom! Bodoh!"

****************************

Lebih kurang begitu la komen-komen yang sempat diutarakan sebelum fokus kitorang termati tiba-tiba gara-gara iklan ini...


"beruang kutub tak makan penguin..." 

Aku dengan member aku memasing terdiam. Terpaku. Macam kene santau. Eh, bukan santau. Pukau.

Abis je iklan tu, aku terus alihkan pandangan ke member aku. Dan seolah-olah mengerti apa yang tersirat di hati aku, beliau juga berkerut dahi memandang aku. Mata kitorang bertentang satu sama lain.

"Ang tau dak?" tanya aku sejurus kemudian dengan nada cukup serius.

"Apa?"

"Tu..?"

"Mende?"

"Hat tu la! beruang kutub tak makan penguin... Ang tau dak?"

"Hurmmm..."

Jauh jugak beliau termenung. Kelihatan beberapa butir peluh jantan mengalir di pipi beliau. 

"Ntah."

"Ang tau dak?" 

Kali ni soalan yang sama beliau pulangkan kembali pada aku.

"Tak!"

Jawab aku dengan serius tanpa ragu-ragu.

*******************************

(bersambung....)




p/s :
Amacam? Saspen ? Keh keh keh...

.

Tahniah Encik Subkhiddin

Ada orang kata guwa pilih bulu dalam berkawan. Kalau awek-awek comel rambut lurus, pipi kembong-kembong, mata jegil besar-besar, amik gambar 3 inchi depan cam, add guwa dekat facebook, laju je guwa approve. Tapi kalau brader-brader bulu kaki lebat kerinting-kerinting, ada parut kene ekzos moto dekat keting belah kanan yang add guwa, guwa reject macam tu je tanpa banyak bicara.

Ini tidak betul !! Nampak tu ? Ada dua bijik tanda seru guwa bubuh. Serius tak serius guwa berhubung isu ni.

Suka guwa nak ingatkan kepada mereka, guwa bukan begitu orangnya...

Bile masuk bab-bab etika perkawanan ni, guwa tak penah diskriminasi mana-mana. Tak kire la lu gemok ke, obes ke, tua ke, muda ke, tunang orang ke, bini orang ke, kalau lu nak kawan guwa, guwa sambut dengan hati terbuka sambil tulis kat wall fesbuk 'thanks for adding' siap dengan icon comel '=)' sorang sebijik. 

Kalau brader-brader yang add guwa pulak, guwa tukar sikit die punye pattern. Guwa tulis 'thanks dude.' tanpa ada sebarang icon mengada-ngada. Dengan lelaki, guwa kene tulus. 

******************************

Guwa ada sorang kawan umur 44 tahun tau. Segak orang nya. Badan tough, saing-saing Jehan Miskin jugak guwa ingat. Body ketul-ketul, suara lantang. Kalau lu mental tak cukup kuat, guwa rasa baik lu orang jangan carik pasal dengan beliau. Sekali beliau tengking, berterabur lu lari tak cukup tanah. Menggigil satu badan. Balik rumah demam dua tiga hari. Makan nasik pon jadi tak selera. Silap-silap boleh kene parkinson.

Nama kawan guwa tu Subkhiddin. Tapi guwa panggil 'Kidin' je. Mesra sikit. 

Pagi tadi, celik mata, guwa baca paper Kosmo. Tersengih guwa sorang-sorang bile tengok muka member guwa tu terpampang dalam paper, bahagian sukan.  Ari ni beliau diterbangkan khas ke Afrika Selatan atas urusan kerja. Kerja apa? Ha! Part ni yang guwa suka nak cerita.

Incik Kidin merangkap member guwa (kononnya) ni, dapat offer jadi referee world cup two thousand ten! Tu dia! Bukan calang-calang profesyen. Tak main ah tukang selet cat putih buat line atas padang, atau pun tukang bancuh air. Pebarang.

Lu ingat senang ke nak jadi ref untuk game-game besar ni?  Kalau stakat ref perlawanan Kampung Ulu Tiram menentang bebudak Kampung Batu Tiga tu, Subkhiddin senyum nipis je. Lapan belas batu dari kotak penalti, beliau da boleh nampak keting sekor-sekor. Lupakan la hasrat lu orang nak berlakon pura-pura jatuh. Memang percuma beliau bagi kad kuning. Tak cakap banyak punye.

*********************************


Amacam ? Macho kan ? 

Tajuk headline pon da macam AF dah guwa tengok. Tak dapat guwa bayangkan kalau Subkhiddin baring atas pentas sambil menari lagu 'menuju puncak'. Tak tercapai akal guwa nak pikir sejauh tu.

"Kidin...Kidin...You gotta be kiddin' me." 

********************************

Lepas ni guwa ingat nak SMS beliau pesan ole-ole barang satu dua. Paling tidak pon, jersey Messi beserta tanda tangan ke, stokin Drogba ke, sarung tangan Van Der Saar ke...  Orite jugak kan ?



p/s : 
Tahniah kepada Encik Subkhiddin kerana membanggakan rakyat Malaysia dalam arena sukan tanah air. Nanti sampaikan pesan guwa kat Fernando Torres sama bebudak die, cakap "jangan titik lebih-lebih sangat. bagi can la skit kat org lain."

Keh keh keh...




Related Posts with Thumbnails