Vending Machine di Jepon

Dari pukul doblas tengah malam tadi bawak la ke subuh, aku bantai port depan PC tak berganjak seinchi pon semata-mata layan bola punye pasal. Dari game Arsenal, turun ke MU sampai la ke Barca. Maraton tiga game sekali harung. Agak-agak brapa jam tu ek? Katakan satu game lebih kurang 100 minit termasuk masa rehat 1st half dan extra time. So, tiga game dah 300 minit. Giler. Layan cerita industan Mohabaten hat tiga keping CD tu pon tak lama macam ni. Punye lagha.

Bebudak pempuan kat twitter pulak lain hal nye. Selang lima minit dok update status pasal cerekarama "Dalil Cinta" lakonan Fahrin Ahmad sama Sharifah Amani. Dari awal crita sampai la ke sudah, lengkap segala scene sumer direview nye. Aku kat sini hanya perhati diam-diam sambil tarik senyum nipis je. Apa mau heran? Aku ari-ari celik mata, tengok cermin nampak Fahrin. Tinggal lagi body je takde ketul-ketul. Kalau tak, sebijik macam Fahrin! Ok zack. Sudah-sudah la perasan tu. Simpan untuk esok plak.

*****************************

Ini ari kite tolak tepi dulu cerita-cerita nostalgia dulu kala. Aku nak sambung cerita pasal jepon plak. Banyak betul entry tertunda. Dah tu nak buat maca mane? Tangan yang menaip cuma ada dua je. Tapi takpe, kite slow-slow ye? 

Bulan lepas, aku ada bawak ang sumer jalan-jalan sekitar rumah aku. Ingat lagi tak? Dalam entry tu, aku ada bagi intro skit pasal vending machine kat jepon ni. Lepas pada tu, banyak jugak komen yang aku dapat. Seperti yang aku jangka, akan ada komen yang kata "ala zack, vending machine hat tu, kat malaysia pon ada!".  Hehe.

Ok. Fine. Ari ni aku bagi details sikit pasal vending machine or dalam bahasa jeponnya "自販機” (jihanki) ni. First skali, macam yang aku cakap tu, vending machine diorang ada dua kaler. Merah untuk air panas, biru untuk air sejuk. Memang tak canggih mana pon. Tapi, yang canggih nya ialah bile ang boleh beli coke guna handphone.


Yup. Dekat jepon ni, ada satu smart card system nama die FeliCa (Felicity Card) yang mana membolehkan urusan pembayaran dibuat through handphone je. Tapi tengok jenis henset jugak la. Tak semua company henset ada sistem ni, tapi kebanyakannya kat jepon ni memang ada. Ang just dekatkan henset ang pada scanner kat vending machine tu, and then kluaq la air apa yang ang nak beli. Kire macam credit card arr.

Lepas tu, kadang-kadang ada company yang buat promotion bagi air percuma. Tapi, untuk dapatkan air yang free ni, ang kene subscribe kat website diorang. Bile da subscribe, diorang akan hantar email kat henset ang bila tiap kali diorang ada produk baru. Lepas ang baca iklan produk tu kat website diorang, ang akan dapat satu barcode khas. Barcode ni kire macam kupon la. Ang scan barcode ni kat vending machine tu, nanti baru dapat air percuma.

Tapi kalau tanya aku, pendapat aku lain skit. Ok, lets say air percuma yang ang dapat tu harga die 100 yen. Ang kene log in, masuk website diorang kat handphone, click sana sini, paling tidak mesti mau seminit dua jugak kan? Nak surf internet tu plak guna duit. Kos untuk tu je da sama dengan harga satu tin air 100 yen yang kononnya percuma tu. So, better aku guna syiling je kan? Ni sumer permainan marketing jer. (-_-")

*********************************

Next, kite masuk bab rokok plak. Eh, ang tau tak rokok kat jepon ni boleh beli ikut vending machine? Awal-awal dulu, isik je duit syiling, ang da boleh beli rokok. Tapi skarang ni krajaan diorang macam da serius skit. Nak beli rokok kene pakai kad 'Taspo' atau singkatan pada 'tabaco no pasupoto' (passport rokok -_-")

picture via wired.com

Fungsi kad ni macam Mycard la lebih kurang. Masa nak apply card ni, diorang akan mintak driving license, IC sumer-sumer yang mengesahkan umur ang 20 tahun dan ke atas. So, kalau bebudak skolah, memang tak lepas ah. Tapi sistem ni aku rasa takleh pakai kat Malaysia. Ini ari ang pacak vending machine rokok ni, esok lusa tinggal wayar je. Memang jahanam punye. Tak percaya boleh cuba. Konfem! Sedangkan ATM sebesar alam tu pon ada orang nak tibai. Inikan mesin rokok.


Kat jepon ni jugak ada sediakan perkhidmatan makanan panas dalam vending machine. Biasanya ang boleh jumpa dekat R&R. Ada french fries, taiyaki (wafer inti kacang merah bentuk ikan), nugget dan macam-macam lagi. Sumer panas-panas. Tinggal lagi beberapa menu je yang kurang. Lepas ni aku ingat nak usul kan kat kerajaan jepon supaya tambah satu dua menu lagi la. Karipap sardin sama goreng pisang. Amacam? Baru style!

*********************************

photo via 47news.jp

Apa lagi? Sayor? Sayur pon ada vending machine tau! Haha. Tapi so far, tak pernah jumpa lagi la kat nagoya ni maybe sebab banyak kedai sayur kot. Eh jap! Orang utagha panggil sayur apa? 'Sayuq' ?

Walau pon tak fresh macam ang beli kat kedai, tapi bayangkan la kalau terdesak tengah malam nak tumis sayur goreng tetiba takde bawang, at least takde la susah sangat. Memalam buta, mana ada kedai yang bukak. Time tu perut tengah lapaq. Segar ke tak, blakang kira. 


Tak cukup taiko, telor pon diorang jual guna vending machine. Yang ini, aku no komen. Tak tau la kenapa isu telor pon macam satu yang penting pada diorang.

photo via daninjapan

Beras kampit tak ketinggalan jugak untuk di'vending' machine kan. Yang ni aku tak penah jumpa lagi la so far. Maybe kat sesetengah kawasan je kot yang mana susah nak dapat beras.


Payung pon tak nak kalah. Boleh beli ikut machine jugak. Tapi aku rasa yang ni tak perlu ada kat Malaysia. Sebab kat Malaysia bebudak mana brani pakai payung. Tak macho, katanya. Kalau kat jepon ni lain ah. Ramalan kaji cuaca diorang pon boleh kata 80 peratus tepat. Stakat nampak brader pakai kot lengkap dengan necktie, naik basikal sambil pegang payung nak pegi ofis - itu biasa.

photo via photomann

Ok. Yang ni pulak boleh jumpa kat stesyen kretapi shinjuku. Vending machine jual bunga. Puas gak aku pikir apa rasional die. Last-last aku buat andaian sendiri. Macam ni, stesyen kretapi shinjuku ni kalau ang tau, antara stesyen kretapi tersibok kat jepon. Sgala macam train kat Tokyo tu semua berkumpol kat sini. Kire macam KL Central la. Kan ada ktm, putra, klia express segala bagai kat situ?

So bile da reramai tu, maybe ada yang nak hantar awek balik kampong naik ketapi kan? Tak nak bagi awek nangis punye pasal, hadiahkan la bunga tanda perpisahan. Amacam? Lojik?


photo via sunoja.jp

Surat kabar? Pon ada vending machine jugak.

Ok la. Kalau nak suruh aku senaraikan semua, memang boleh buat dua-tiga entry. Antara lain termasuk la kondom, majalah porn, battery, ais, ramen, dan macam-macam lagi.

Aku ingat kalau Malaysia buat macam ni, statistik rakyat menganggur meningkat naik kaw-kaw punye. Sumer orang da takde keje. Goreng pisang jual ikut mesin. Sawi sama sayur bayam pon jual ikut mesin. Nak beli beras pon da tak payah pergi Giant atau Tesco dah. Guna mesin je. Mak-mak sama ayah-ayah kat rumah boleh duduk depan tv sambil gilir-gilir cabot uban je. Punye senang idop.


p/s :
kalau burger mekdi sama ayam kentaki di'vending machine' kan, nice jugak tu.


.

Nostalgia cuti sekolah (part 2)

Ini ari aku ingat tak nak buang masa banyak-banyak la. Buang sikit-sikit je.

Aku pon tak berapa sehat ni. Semenjak dua-menjak ni badan rasa lemah, hingus meleleh macam bebudak lima tahun belum kene injet BCG. Bile bangun tido, nak berdiri tu sikit punya azab. Rasa macam nak tumbang. Kurang bitamin C ke hapa? Ntah la. Sebagai langkah pencegahan, malam tadi panadol 2 bijik aku dah telan. Tapi macam tak jalan. Ubat selsema yang cik awek pos tahun lepas ada lagi dalam laci kalau tak silap. Itu pon aku da telan sebijik. Hingus tetap jugak mengalir macam slim river. Ni kalau esok anak tekak plak buat hal, memang sah-sah petanda nak demam la ni.

Sudahnya, aku off screen monitor, aku duduk sandaq kat kpala katil sambil lunjur dua-dua kaki. Tarik selimut paras dada, tangan letak kat sisi. Mata, aku pejamkan rapat-rapat, otak pulak aku biaq kan kosong. Napas aku tarik dalam-dalam dan aku hembus perlahan-lahan...Sebijik gaya bapak orang lepas kawen tengah pening kpale dok pikir masalah yuran skolah anak-anak.

Dalam seminit dua lepas tu, aku da tak ingat apa-apa... Tido agaknya.

****************************

Pagi ni aku celik mata, lepas menggeliat lebih kurang, aku ke dapoq bancuh alicafe 3-in-1 sebungkus. Stok  nescafe yang mak aku kirim itu ari da abis. Stok maggi lagi la toksah cerita. 30 bungkus aku lenjan dalam masa 3 minggu lebih. Mau tak abis? La ni aku dok rolling makan roti ngan biskut je. Pagi roti, tengahari biskut. Petang biskut, malam pulak roti.

Aku usha tingkap luaq. Cuaca tak berapa nak cantik. Gelap, sejuk dan macam nak ujan. Sebijik macam dalam ramalan kaji cuaca kat tv malam semalam. Sepanjang minggu ni dikatakan mendung berarak kelabu dan kadang-kadang hujan. Suhu pulak berlegar-legar sekitar 10 ke 13 darjah celcius je.


Aku ingat cuaca pon cuba kaw-team dengan aku la.

Konon-konon cuba nak paham emosi dan perasaan aku. Tetengah aku tak sihat, die pon bagi mendung sama hujan. Seolah-olah meratap menangisi keadaan aku buat masa ni. Dan mungkin jugak hujan tu nak bagi laluan supaya aku dapat tidoq dengan lebih selesa agaknya... Kan hujan?

Merepek. Sekian.

**************************

Kat mana kite semalam? Oh, ya. Sambung part nostalgia bebudak kecik itu ari. Aku ni, ang tak boleh biaqkan lelama. Kang satgi panjang je benda aku nak tulis.

Ok. Lepas abis tengok crita papa yokies sama mama yokies, tiba la masa untuk mandi. Ha, part ni paling best dalam diari idop seorang yang bergelar budak-budak. Kat rumah mak long aku tu, kolah mandi die besaq tau. Lebar dalam sedepa, panjangnye membawak ke 2 depa lebih. Kedalamannye pulak paras paha orang dewasa. Masa tu orang kampong mandi guna gayong je cedok air. Takdenya nak shower-shower bagai...

gambar hiasan

Tapi dah nama pon bebudak. Bile dah reramai bekumpol tu, maka skop kejahatan kitorang biasanya akan lebih terbentang luas. Masa tu memasing dok tanggal baju sluaq bogel macam anak toyol, gedeburrr!! masok dalam kolah. Ada la dekat 5 ke 6 orang jugak time tu termasuk aku. Stakat tengok 'anu' sepupu sendiri, ada apa hal? Time tu baru darjah tiga. Istilah 'stim' pon belom ada lagi dalam kamus idop.

( Eh kejap! tapi bile tengok citer Superman part Clark Kent ciom Lois Lane, masa tu aku rasa 'semacam' kot? Ntah la. Aku sorang je rasa camtu agaknya. Abaikan.)

Antara aktiviti menarik yang kitorang buat termasuk lah menyelam sambil tahan napas. Pergh, time tu memasing nak tunjuk hero. Kepit idung guna jari, tarik napas dalam-dalam sampai kembong mulot, lepas tu kira 1,2,3 guna tangan sebelah lagi, then sumer menyelam serentak. Sapa timbul dulu, die kalah! Biasanya aku dapat nombor dua. Kalah dengan sepupu aku yang sorang lagi nama Ijam. Ala, kalah dua tiga saat je... Itu pon sebab die main kotoq! Geletek perot aku masa dalam air. Mana aci.

Ok. Aktiviti diteruskan lagi, tapi kali ni lebih mencabar. Kitorang memasing akan berdiri buat bulatan kat tengah-tengah kolah, lepas tu lawan kentut. Kan kalau kite kentut dalam air, nanti keluaq buih kan? Ha, sapa punye buih/bubble yang paling besaq, die menang! Bile pikir-pikir balik ari ni, sumpah bangang. (-_-")

Merah-merah muka memasing dok teran perot kasi kluaq kentut. Macam cilake perangai sekor-sekor.

Tak cukup nakal lagi, lepas tu masuk part bernapas guna getah paip pulak. Permainan die simple je. Cabot getah paip, lepas tu masuk kat mulot. Hujung getah paip yang satu lagi bagi member pegang. Lepas tu menyelam la macam biasa. Ala...Macam bebudak snorkeling tu... Tau tak?


Aku ingat lagi ada skali tu, bile sampai sepupu aku punye turn, aku punye setan, aku pi sambungkan ujung getah paip tu kat kepala paip, lepas tu bukak air laju-laju! Pergh! Muntah air sepupu aku time tu! Ha-ha.

Lepas agak-agak rambut da basah, badan da bau sabun, memasing kluaq dari bilik air sambil buat muke innocent. Muka tak berdosa.

Bile mak long tanya "Angpa sume da mandi?", memasing jawab "dah maklong."

"Angpa mandi guna gayung ke hapa ni? Kecut smacam ja pipi sekoq-sekoq ni?"

"Guna gayung, mak long..." dengan nada hampir serentak. Padahal air kolah tu da keruh dah. Memang sah-sah kantoi.

**************************

Lepas mandi, memasing masuk bilik pakai baju. Ha, sebut pasal baju, time tu bebudak lagi. Spender pon tak brapa pakai sangat. Kalau rasa nak pakai, pakai. Kalau tak pakai pon tak jadi hal. Spender plak stok pasar malam, singgit dapat selai. Cukup sebulan pakai, getah pinggang die dah terburai. Tak tau la kalau ang kecik-kecik da start pakai Renoma, Levis, Padini sumer-sumer kan? Well...aku tak hipokrit ok? Hehe.

Trend masa tu, kalau tak silap, seluaq adidas panjang hat ada butang tepi. Tak tau apa nama die.


Femes weyh sluaq ni masa tu. Kire sapa yang takde tu, memang outdated la. Ala, tak semestinya nak kene brand Adidas. Selai sampai doploh hinggit. Mana mampu. Pasaq malam punye barang, dapat yang lebih kurang, tapi brand ABIBAS pon kire ok laa.

Time tu tak pandai nak bergaya sangat pon. Ala, baju melayu kuning, sluar baju melayu kaler biru. Jalaan! 

Bile mak long aku tanya "mana pi sluaq dia hat kaler kuning tu?" 

"Ntah la maklong. Celah kangkang die koyak. Tak boleh pakai."

"Laa...pasai pa jadi lagu tu? Meh sini mak long jahit!"

"Takpe maklong. Lagi pon seluaq tu getah die da longgaq. Cangkuk die pon nganga"

Menggeleng orang tua tu dengaq jawapan aku. Eh, tapi aku rasa bukan aku sorang je alami masalah ni. Ramai gak sepupu aku yang hadap benda yang sama. Dulu-dulu, asal sluaq baju melayu je, mesti celah kangkang die cepat koyak. Lepas tu cangkuk die mesti tak tahan punye. Apsal ek? Tukang jahit sila ambik perhatian.

************************

Ok. Lepas sarung baju pakai sluaq sumer, wajib kene bubuh bedak sikit. Maklong aku marah kalau tak bubuh bedak. Time tu kire dia macam warden asrama laa.. Kitorang wajib la mendengar arahan die. Time tu bedak macam cilake. Bedak cina opera. 


Bau die wangi sikit je dari kapor barus. Skarang ni ada lagi ke? Ntah. Aku pon tak sure. Tapi sumpah aku benci bedak ni. Busuk. 


Lepas tu, kalau part rambut plak, zaman aku dulu-dulu, pakai tancho. Pergh, menda alah ni sumpah legend! Kalau kat skolah, dalam sepuloh orang budak laki tu, paling tidak mesti ada 2-3 orang yang pakai. Pastu baru boleh jalan mendada sambil tarik muke konfiden. Sebab tancho ni punye handal, ang pi skolah main bola, main galah panjang sumer-sumer, ang balik mandi, rambut ang maintain je macam biasa! Kalau yang belah tengah tu, memang tak lari pattern die. Kalau sikat belah tepi toksah citer la. Tak tipu punye. Sebotol kecik tu dua ringgit setengah. Isik die kaler ijau macam minyak gosok tiger-balm. Tapi satu je slack die. Bau die agak kurang menyelerakan. Ntah la. Tak tau macam mana nak describe bau die.

Lepas da siap wangi-wangi semua, mak long ciom sorang-sorang. Lagaknya mengalahkan pegawai imegresen kat KLIA hat buat spot check depan gate berlepas. Lepas puas ati, baru la boleh dok depan tv sambil makan nasik kosong lauk telur goreng sama kicap tamin. 

Pergh! Nostalgia beb. Kite stop kat sini dulu.




p/s :
Sistem komen dikekalkan seperti yang lama. Nak komen, sila la. Taknak komen pon tak jadi hal punye. :) Sekian.

Related Posts with Thumbnails