Dekat seminggu jugak rasanya aku menghilang ye tak? Bebudak sibok dok tanya "zack, ang bile nak update ni?". Pada semua, aku mintak maaf banyak-banyak. Bukan tak nak update, tapi masa dan kesempatan tu tak berapa nak ada. Sibok dok ulang-alik setelkan hal kemasukan rumah baru aku 26 Mac ni. Sebelom berambus, rumah lama ni mesti mau clear bersih-bersih. Ha, itu jepon punye style. Kang, sat gi kalau rumah ni tak kemas, nanti owner die claim duit repair rumah pulak. Kalau setakat singgit dua, takde hal. Tapi kalau sampai beratus-ratus, sakit jugak ye tak?
Tak cukup tangan aku dengan housemate aku menyental satu rumah. Nak tanggalkan daki kat dinding bilik air je sikit punye azab. Mengemop lantai, buang sesawang, dan lap cermin tingkap lagi la toksah cerita. Baru aku realize rupanya susah jugak keje seorang 'suri rumah' ni. Selama ni aku ingat macam kacang goreng je. Ye la, tengok mak aku handle rumah aku kat seremban tu slambe je... Siap boleh baring guling-guling depan tv layan sinetron indonesia lagi! Apa la sangat setakat masak nasik ngan sapu sampah ye tak? Tapi, bile kena batang idong sendiri, tu dia! nak patah tulang belakang ni. Keh keh keh.
*********************
Ok. So, kat mana nak mula ni? Banyak benda nak habaq sebenaqnya ni. Seminggu tak update, macam-macam benda dah jadi. Dengaq-dengaq crita, AC Mizal kene titik ngan MU, 4-0 ? Eh, silap. AC Milan. Ok, hat ni tak nak komen bebanyak. Cerita da basi.
Lepas tu pulak, aku terbaca paper Utusan itu ari, Skolah aku (SASER) dapat anugerah sekolah terbaik Malaysia sempena result SPM tahun lepas. Pergh! Dasyat beb junior guwa. Memang sempoi. Nanti ada masa, kalau guwa turun Seremban, kite roger-roger ok? Pekena chicken rice shop, celebrate sesama junior-senior nice jugak tu.
Actually, Ini ari baru dapat ruang sikit nak menulis. Bohong la kalau nak kata sebelum ni busy sesangat sampai tak dak masa nak update. Kekadang, masa tu ade. Cuma timing tak berapa nak cun. Tetengah free, dandan tu la ada bola. Man U punye game pulak tu. Mana boleh miss kan? Satgi tengah takdak match, memember pulak ajak main futsal. Tak join kang, tak best pulak. Idup ni mesti mau balance. Depan komputer 24 jam tak campoq orang pon tak cun jugak. Macam mak aku penah cakap dedulu, "ang ni sibok dengan bola ja...nak mintak pi kedai sat pon tak boleh. Nanti ang lapaq, ha pi goreng bola tu! jangan makan nasik dah." Heh! Sorry ye mother?
So, macam ni la rupa dalaman rumah baru aku. Kecik ja. Sebab kali ni aku tak dok berdua dah. Dok sorang ja. Senang sikit kot. Sewa tak mahal, makan pon tak susah. Tengok blue pon tak dak orang kacau. Teett! Itu tipu.
Itu ari, ejen syarikat rumah tu ada call mintak setting tarikh melawat tapak rumah baru aku. Lepas adjust sana sini, dalam pukul doblas tengahari macam tu kitorang gerak ah. Dekat je rumah baru ni rupanya. Lebih kurang 5 minit dari Universiti. Sampai-sampai je, ejen tu melutut huluq selipar kat kaki aku. Ceh! Macam anak raja pulak layanan die. Maklum la, servis berbayar...
Well, benda pertama yang aku check - toilet. Aku kalau bab-bab toilet ni, aku cerewet sikit. Aku usha toilet die macam baru je. Wangi. Ada bath tub sama shower lengkap dengan water heater. Ok. Lulus! Bukan apa, dok negara bermusim ni, bath tub tu penting woo. Kene pulak kalau tengah musim winter. Memang taknak keluaq dari 'ofuro' (bath tub) rasanye. Punye feel.
Lepas usha satu rumah dalam seminit dua, aku pon setuju untuk sain agreement. Aku punye style, aku tak suke buat keje lambat-lambat. Kalau benda tu dah ok, grab je. Tak payah nak pikir-pikir sangat. Tak macam 'orang pempuan'. Kalau kata nak beli kasut tu, lima enam bijik jugak kedai kasut habis di tawaf nye. Sudahnya, kasut yang dibeli tu balik-balik kat kedai yang first tu jugak! Buat lengoh kaki je ke sana sini dok compare kasut mana lagi best. Tapi nak buat lagu mana, dah namanye pempuan memang lumrah kejadiannya macam tu. Terpaksa la temankan jugak. (-_-") boyfren mithali macam ni mana nak carik?
So, lepas dengaq taklimat dari ejen syarikat tu dalam setengah jam, tiba la masa untuk sesi pembayaran.
Tu dia! 118,525 yen total. Bersih. Cash.
Kalau convert dalam ringgit malaysia, sama dengan 4 ribu lebih. Giler.
Duit sewa rumah 31,000 yen (RM1100) ja, tapi die punye servis, campoq duit kos baiki rumah, duit insurans kebakaran ntah hapa nenek moyang lagi ntah, tup tap tup tap cecah 4 ribu. Mengeluh jugak la aku time bayaq tu. Aduhai...
bersambung...
**********************
p/s :
sorry kalau lewat update. sila doakan incik zack dipermudahkan urusan dunia dan akhirat hendaknya.
sorry kalau lewat update. sila doakan incik zack dipermudahkan urusan dunia dan akhirat hendaknya.

