Showing posts with label jin. Show all posts
Showing posts with label jin. Show all posts

Movie review : Jin Notti

Wah! hari ni baru dapat chance tengok movie. Aku blasah dok depan pc sejam lebih ngadap mende alah ni. Citer da lama, tapi baru jumpa kat torrent. Aiya!

Film : Jin Notti (2009)
Starring : Mawi, Fara Fauzana, Cat Farish, Adibah Noor, Sazzy Falak
Director : Azhari Mohd Zain
Producer : Norman,Yusry & Edry Abdul Halim



Synopsis :
 Notti (farah fauzana)merupakan seorang anak jin yang  di kenakan hukuman yang sangat berat dan dikurung dalam penjara yang di panggil “All Alone” oleh Majlis Penghakiman Jin yang di ketuai oleh Jin Samsu.  Kesalahan die adalah kerana dia terlalu baik. Sebagai hukuman, Notti di hantar turun ke dunia manusia untuk bergaul dengan golongan yang melakukan perkara-perkara yang keji dan mungkar.

Comment :

  • Start2 je citer da kene hadap muka fara fauzana yg kiut.
  • Scene mengadap Majlis Penghakiman Jin. Dia punya Majistret sumpah lawak!
  • Ada watak yg tak boleh blah, muke macam kantung skrotum (telo) 

  • Dialog sesama jin yg menarik. Spontan dan klakar.
  • Ada sazzy falak! aku memang minat gile suara dia ala-ala husky
  • Adegan gaduh kat club tu macam haraaam...ada pedang2 bagai
  • Adegan kat sungai. Mawi buat muke kiut. Rasa nak hantuk kpala kat dinding.




  • Eh, tetiba heroin jatuh cinta kat mawi kat sungai. Mawi pon sama. (dasar citer mlayu)
  • Scene mawi gadoh kat sungai. Jerit2 macam silat depan orang kawen.
  • Eh, tetiba david teoh pon nk tunjuk muka gak. Oh,ok.
  • Happy ending. (cam biasa)
My Review : 




My Rating :

 




Overall, okay la citer ni. Not so bad. 


p/s : Bile la melayu nk produce citer macam transformers. Mesti robot die guna kreta proton. vroom vroom!




Cerita hantu mak aku!

Masa kecik2 dulu, mak slalu tak bagi aku main kat luar especially time tengah ari. Kata mak, kalau aku main kat luar, nanti ada hantu kopek (ada org pggil hantu tetek) datang. Hantu kopek ni kononnya akan tangkap budak-budak dan sorok bawah kopek (tetek) die selama berhari-hari...



Sebagai seorang kanak-kanak pintar yg sudah mengenal erti pornography di awal usia 7 tahun, pada masa tu aku bayangkan antu kopek itu adalah seperti ini : 


Kalau ini la rupa hantu kopek yg mak cerita tu, aku tak kesah di'sorok' selama beberapa hari. Malahan seminggu pon aku rela.  Maka gagal la misi mak aku untuk memperdaya aku supaya tak main di luar rumah. 

Tapi tunggu dulu... Mak aku bukan begitu orangnya. Dia penuh dengan tricks dan konspirasi sulitnya. 

Die mula menceritakan cerita hantu yg lain. Kali ni hantu susu


Hantu susu ni dikatakan berasal dari seorang perempuan tua dan hodoh. Demi nk mencantikkan wajah die, die terpaksa minum darah budak-budak yg belum baligh. Kononnya die ni menyamar sebagai seorang wanita yg pakai purdah. Datang dari rumah ke rumah menjual susu sambil usha line kalau2 ada kanak2 dalam rumah tu. Hantu ni jugak menaiki kancil merah. (Kirenya hantu ni da femes la smpai ramai org tau jenis kreta dia.)


Bagi budak yg innocent seperti aku, kata-kata mak tu aku terima bulat-bulat. 

Sampaikan satu hari, ada sorang mak cik datang dengan kereta kancil, berkaca mata dan bertudung purdah! (lengkap pakej seekor seorg hantu susu). Time tu, mak masih di dapor. Dengan spontannya aku jerit "Mak! antu susu datang!" sambil berlari ke dapor. 

Mak aku bergegas pegi ke luar dan aku nyorok blakang kain batik mak. 

Time tu aku tengok makcik tu tersengih.
" Mak cik bukan antu la. Mak cik datang nak bayar duit kutu mak kamu."

Rupanya mak cik tu ustazah kat taman aku. Mana aku tau. Aku ngaji ngan bapak aku.

*********************************************************************************

Sejak tu, aku da tak takut antu susu.

Rupa-rupanya, cerita antu mak tak abis kat situ je. Kali ni die larang aku main time senja2. 
"Ang main la senja2, sat lagi terlanggar anak jin, padan muke ang! biar lebam satu badan ang!"

Konon-kononnya time2 senja atau maghrib, jin-jin akan bertempiaran lari ke rumah masing-masing. Time ni kalau ang lari-lari, terlanggar diorg, silap aribulan diorang (jin) akan cakar badan ang sampai lebam2.



Tapi, kali ni aku takkan tertipu lagi ! Jin konon. ces! 
Aku dengan yakin nya main sampai senja. Standard la budak2. Main memang tak ingat dunia. 

Sampai2 depan pintu rumah, orang da abis azan manghrib. Bapak aku da tunggu depan pintu. Stanby ngan tali pinggang kat tangan. 


Zaaassss! 

Hinggap kat kaki aku. Sebagai seorang kanak-kanak normal, ini adalah amat sakit dan boleh mendatangkan lebam. Ya, memang lebam pon...

Malam tu mak aku sapu minyak gamat kat kaki aku. Aku lihat mulut mak terkumat kamit.
Dengan selamba nye die cakap... 



"Kan mak da kata, jgn main senja2....nanti terlanggar 'jin'... tengok? kan dah 'lebam'..."




p/s : jangan lawan cakap mak.




Related Posts with Thumbnails