Kereta Ford tua warna perang meluncur laju meredah keheningan malam kampung Petualang. Di kiri kanan bahu jalan, pelepah pokok kelapa sawit meliuk lentok melambai-lambai ditiup angin. Sesekali, kedengaran bunyi anjing menyalak dari atas bukit, membuatkan suasana malam bertambah seram...
Di kala semua insan sedang nyenyak lena dibuai mimpi, Hussin dan kengkawannya masih lagi gagah bersengkang mata bertemankan asap rokok dan lagu-lagu retro Sinar.fm.
"Jauh lagi ke Sin?" - ujar Adi sebaik sahaja DJ radio selesai memutarkan lagu "Bossanova" nyanyian Wann.
"Tak jauh dah. Depan tu je..." - balas Hussin sambil menuding jari telunjuk ke arah ladang getah yang tak berapa jauh dari situ.
"Kau yakin ke Sin dengan apa yang kite buat ni?"
Mat Top bersuara dari tempat duduk belakang.
Adi memulas volume radio hingga ke paras boleh berborak. DJ radio menjadi kecil hati, lalu memperlahankan suaranya.
"Entah la Mat Top... Tapi kalau ikut dari apa yang aku dengar, Wak Argus tu handal orangnya tau!"
Jawab Hussin seraya menoleh ke arah Mat Top dengan raut muka bersungguh-sungguh. Mata nye terjegil besar seolah-olah melihat kelibat anak dara salin baju belakang langsir berkain jarang.
"Handal?" - soal Mat Top lagi, tak berpuas hati dengan jawapan Hussin.
"Engkau ingat lagi tak kes anak Haron yang kene baham dek rimau itu ari?" - sambung Hussin mula open cerita, cuba untuk meyakinkan Mat Top. Sementara itu, Adi masih lagi menumpukan perhatian pada pemanduannya. Sesekali mata Adi menjeling pada cermin sisi, lihat kalau-kalau ada pontianak yang terbang cuba mengekori kereta nya dari belakang.
"Ha?! Tak tau pulak aku. Apa cerita?" Mat Top tarik muka pelik, meminta penjelasan lanjut.
"Lepas dua hari dari tarikh kebumi arwah, orang kampong heboh kata diorang nampak Wak Argus berkelahi dengan harimau tu belakang kebun getah..."
"Ha?! dah tu, apa jadi?! "
"Apa lagi, menggelupor la rimau tu di terajang dek Wak Argus... langsong takde can rimau tu nak keluar kuku..."
"Kau yakin ke Sin dengan apa yang kite buat ni?"
Mat Top bersuara dari tempat duduk belakang.
Adi memulas volume radio hingga ke paras boleh berborak. DJ radio menjadi kecil hati, lalu memperlahankan suaranya.
"Entah la Mat Top... Tapi kalau ikut dari apa yang aku dengar, Wak Argus tu handal orangnya tau!"
Jawab Hussin seraya menoleh ke arah Mat Top dengan raut muka bersungguh-sungguh. Mata nye terjegil besar seolah-olah melihat kelibat anak dara salin baju belakang langsir berkain jarang.
"Handal?" - soal Mat Top lagi, tak berpuas hati dengan jawapan Hussin.
"Engkau ingat lagi tak kes anak Haron yang kene baham dek rimau itu ari?" - sambung Hussin mula open cerita, cuba untuk meyakinkan Mat Top. Sementara itu, Adi masih lagi menumpukan perhatian pada pemanduannya. Sesekali mata Adi menjeling pada cermin sisi, lihat kalau-kalau ada pontianak yang terbang cuba mengekori kereta nya dari belakang.
"Ha?! Tak tau pulak aku. Apa cerita?" Mat Top tarik muka pelik, meminta penjelasan lanjut.
"Lepas dua hari dari tarikh kebumi arwah, orang kampong heboh kata diorang nampak Wak Argus berkelahi dengan harimau tu belakang kebun getah..."
"Ha?! dah tu, apa jadi?! "
"Apa lagi, menggelupor la rimau tu di terajang dek Wak Argus... langsong takde can rimau tu nak keluar kuku..."
*********************
"Eh, Sin! Kau nampak tak apa yang aku nampak?..."
Pertanyaan Adi mematikan perbualan Hussin sama Mat Top. Serentak itu juga, Hussin berpaling ke depan melilau mencari benda yang dimaksudkan oleh Adi.
Dalam jarak lebih kurang sepuluh meter, kelihatan sesusuk tubuh berbaju putih, berambut panjang berdiri tegak di bahu jalan. Lagaknya tak ubah seperti lakonan maya karin dalam cerita hantu.
"Eh, bukan kah itu pontianak?" - tanya Hussin lantas menggosok-gosok matanya berulang kali.
Mat Top menggangguk-angguk kepala tanda setuju.
"Barangkali dia nak menompang agaknya..."
"So, macam mana cerita ni Sin? Nak berhenti ke tak?" -tanya Adi, sambil tangan kiri memegang tombol gear, bersedia untuk memperlahankan kereta.
"Hurrmm... berhenti la kejap. Kesian pulak aku tengok." jawab Hussin tenang.
Kereta Ford tua mula menghampiri makhluk berbaju putih. Serentak itu juga, cermin kereta dturunkan perlahan.
"Cik adik nak tompang kan?"
Adi menyapa, ramah.
Makhluk berbaju putih diam tak berkata-kata. Mengangguk tidak, menggeleng pon tidak.
"Naik lah. Tapi dengan satu syarat! " sambung Adi.
Gadis berambut panjang memandang Adi tak berkelip-kelip menanti kata-kata Adi yang seterusnya.
"Kalau nak menompang, buat cara menompang. Jangan nak ngengada berubah wajah dari cantik-cantik macam ni, tetiba nak jadi hodoh. Dan lagi satu, aku tak lalu tanah perkuburan depan tu. Jauh...! Tapi kalau kau tak kesah nak menapak sikit, aku boleh drop kau dekat simpang depan tu. Orite?" - terang Adi satu persatu.
Gadis berambut panjang buntu dan terus ghaib dari pandangan...
"Lah?! Cilake punye antu. Penat je aku explain panjang lebar."
Adi memaki hamun gadis berambut panjang sambil menumbuk stereng kereta. Hussin sama Mat Top menggeleng-geleng kepala, beristighfar dalam-dalam...
**************************
Akhirnya, setelah lebih kurang dua jam perjalanan, kereta Ford akhirnya tiba di perkarangan rumah Wak Argus, bomoh terkenal di kampung Pendeta Zulkarnain, bersebelahan dengan kampung Petualang...
"Ada orang ke ni, Sin? Macam rumah tinggal je ni... ?" - soal Mat Top sambil menampar nyamuk yang tompang berehat di lehernya.
"MASOK!"
Tiba-tiba kedengaran satu suara garau dari dalam. Adi dan Mat Top saling berpandangan. Terpancar wajah cuak dan cemas di muka masing-masing. Hussin memulakan langkah menaiki tangga rumah Wak Argus. Berderap bunyi lantai kayu rumah Wak Argus tiap kali tapak kaki Hussin mencecah lantai.
Daun pintu diselak kemas. Bau kemenyan memenuhi rongga hidung. Hussin mengibas-ngibas asap yang menghalang penglihatannya dengan menggunakan tangan. Sayup-sayup di celahan asap tebal, Hussin boleh nampak sesusuk tubuh lelaki lingkungan 40-an sedang duduk bersila di hadapan kemenyan dan alat-alat perbomohan lain seperti keris, limau purut, telur ayam, tengkorak, dan jam randik.
"Nama saya Hussin... Saya..."
"Takpe. Duduk. Wak tau semuanya..."
Suara garau Wak Argus sekali lagi mematikan suasana.
"Wah! Bukan calang-calang bomoh, Wak Argus ni!" - bisik Hussin dalam hati sambil tersenyum nipis. Kali ni dia benar-benar yakin Wak Argus mampu membantu dia mendapatkan Misya, anak gadis Mak Esah yang digila-gilakan nya sejak kecik.
"Engkau orang datang nak jumpa Wak, kan? Betul tak? Wak tau tu..."
Luluh remuk hati Hussin mendengarkan firasat Wak Argus yang baru sebentar tadi dipujinya.
*****************************
"Saya datang ni ada hajat, Wak..."
Hussin cuba menerangkan niat dan matlamat nya pada Wak Argus sambil menjeling pada Adi dan Mat Top yang dari tadi duduk diam membatu.
"Hurrrmmmm..."
Wak Argus mendengus sambil tunduk bertafakur dengan bahasa yang tak pernah Hussin dengari sepanjang 27 tahun penghidupannya.
"Saya nak Wak tolong buatkan saya Minyak Pengasih! Saya nak biar si Misya tu melutot dekat saya ni Wak! Baru dia tau siapa saya! Apa dia ingat dia cantik, dia boleh senang-senang tolak cinta saya?! "
Hussin meluahkan perasaannya pada Wak Argus.
"Ada bawak gambar?" -tanya Wak Argus, malas untuk mendengar masalah Hussin dengan lebih lanjut.
"Err...takde la Wak..." jawab Hussin selamba.
"Lerr.. engkau ni tak pernah tengok tibi ke? Nak bomoh kejadah mende kalau takde gamba?? Dah tu, datang berlenggang je la ni ??"
Soal Wak Argus dengan muka tegas, mengalihkan pandangannya pada Adi dan Mat Top.
"Kalau lukis, boleh tak Wak?"
Hussin bersuara memberi usul.
Terbeliak bijik mata Wak Argus mendengar cadangan bernas dari Hussin. Rasa nak dilemparnya Hussin dengan tepak sireh depan mata, tapi Wak Argus cuba untuk bersabar...
"Hurrmmm... takpe lah. Wak ada cara lain..."
Akhirnya, Wak Argus bersuara cuba merungkai permasalahan Hussin.
"Nah. Sapu minyak ni pada badan engkau dan pejamkan mata. Bayangkan wajah Misya dalam hati..."
Ujar Wak Argus sambil menghulurkan sebotol kecil minyak sebesar ibu jari kaki orang dewasa.
Tanpa berlengah-lengah lagi, Hussin terus menanggalkan baju dan menyapu dengan rakus sebotol minyak itu ke badannya. Tersengih-sengih Hussin sambil memejam mata membayangkan tubuh badan Misya yang montok, di dalam kepala otak nya.
Dengan tak semena-mena, asap kemenyan depan muka Hussin berkepul-kepul naik sehingga Adi sama Mat Top tak dapat menahan diri dari batuk bertalu-talu.
Samar-samar, Hussin dapat lihat wajah Wak Argus bertukar perlahan-lahan menjadi wajah mirip Misya! Hussin tak percaya dengan apa yang dilihatnya lantas melempar kemenyan yang sibok berasap dari tadi.
Tak silap lagi! Wak Argus kini sudah berubah wajah menjadi Misya.
Cuma... yang merunsingkan hati dan benak Hussin adalah, Misya yang di depan matanya ini mempunyai misai dan khalkum. Dan yang pastinya ia adalah milik Wak Argus.
"Jom kawen! Hikhik"
ujar Misya Jadian dengan suara garau, sambil tersenyum manja.
"DUUSSHH!!"
Hussin menerajang rusuk Misya Jadian dengan sepenuh hati jantannya, lantas berlalu pergi...
************************
Sekian.
63 comments:
Hahah...Rajen sungguh sambung cerita ni..
Smpai pontianak pon deberi syarat..^^
keep writing!
ala..br nk jd 1st person to coment..alaa
macam ap lagi...
ending tak umpph sgt bro..
tapi time adi sound pontianak tu mmg style..haha
tahniah2
HAHA, tak boleh blah pergi sound pontianak .
:DD
aku memang suke part ko reka-reka sound cik ponti tuh... kalau depan mate berani x? hahaha
ala. dah habis ke? mcm tergantung je. ;)
cis, penat2 aku tunggu smpai episod akhir, ini upenyer pengakhiran dier...ang memang r z..saja ja kan wat aku kuciwa...uwaaaaaaaaaa...
bhya ooo kna myk pengasih..org ppuan take care la ye..kna myk pengasih ni bhya tau..ak de kesah gak psl minyak pengasih ni..tp x pe la..biarlah rahsia..huhu..nice story to share zack..wpon lawak gampang tp ade moralnya kn kan..^__^
ang ni zack wat sy terkejut je....tetiba nmpk gmbr tutt...da trauma jdnya..huhu..pape pun..keep on writing..nak bc lagi pas ni..=P
da ending ek? haha~ terajang dibagi! usin ni brutal tak hingat! haha~ nice work zack!
gila lawak. ada ke patut sporting betul nak bagi pontianak tumpang. siap sound lagi tu XD
nice bro! keep writing! :)
paling suka part dia bagi describe panjang2 kat cik ponti..suwit!
mmg stlye ar cara adi sound pontianak tu..buleh wat panduan klu jmpa sekor kt jalan..kekeke
btw, bgs cara penulisan ni cuma ending dia x cukup terkesan kt hati.. keep on writing bro..
hahaha..klaka la wei...adehh...trgelak sorg2 bca cita hg ni zack..
dah abis ker bro??
mcm bkn ending jer
mcm memerlukan part5 (b) mungkin
:))
Laaaaa...weh, takkan habeh cm ni ja..gila. frustrated aku !!
lagu kau tak boleh bla ;D
-_____________-"
ramai tak puas hati ending ni. tp best gak cite dia. follow dari part1 smpai last.. :D
Dari gopeng ke taiping. oh kisah bas lompat
just nak bagitahu,
name arwah atuk aku md. top.
ok bai.
'Aduh,sakitnya..tadi kau kata kau nak sama aku,sekarang kau teranjangi aku pulak',kata misha Jajadian kepada Husin
(sanbungan kepada cerita diatas..huhu)
Adess..Ending kureng ar..
yeyeoo je crite .. kekeke .. ni lama x update .. skali update marabahaya panjangnye ..
lucu seyh~~ :DDD
len kali jmp ponti nk kasi syarat gtu gakla..hehe
weh.. smbg la lg.. pasni klu aku jumper antu aku nk sound gak la.. hikhikhik
lagu retro habis cam gampang =.=
mahal sangat suara pontianak tu.....
aku gelak besar baca scene pontianak tu
hahahahahhahaha
ending ko x bley blah..tgelak sorg2 ak..
Lawak yg rse nk terajang je..
Keep writing :)
ending ko x bley blah..tgelak sorg2 ak..
Lawak yg rse nk terajang je..
Keep writing :)
haha..bomoh yang agak melampau...
bahahaha ! :DD
hahaha serius kelakar!
mau pontianak tu bla!byk songeh sgt..:))
wow..1st tyme bace..beshh333
ending nye frust sikit...sikit jew tapi cara penulisan sgt best...hehehe...nak lagi!
laaaaaaaaa....lain kali nak happy ending please!!!
http://twinkywinkystars.blogspot.com
hahahha ...c00l gile ko nye story ni !!
setelah penat lelah tunggu..ending mcm ni je..ceh...
Haha! mmg terbaek ending cerita ni.. ini baru betul dengan tema blognya yang tak serius... haha...
aku agak ko mesti tatau nak buat ending camne kan?
macam senang ko nak abiskan cte tu camtu je.. ;p
huhuhu
Terbaik!!
hahaha~~~ aku dok layan lgu ni jew dr td...sdp plak dgr..plus tingat kt akak aku...**lagu faveret dia kalu karoke..hakhak~~~**
ngok ngek toiii...hak3....pa2 pown besh2...xsia2 ku tggu hg zack..wakakaka....
aduhhh!!! bace cte seram time memalam bute tgh xd org dalam rumah nie.. gamba cam tutttttt.. mengucap 3 harkat den!!! :D:D:D:D gile r
gelak guling2 ble kt part sound pontiANAK tuh..xleh blahh..wakakakaka
huhu..walaupon ending die not bad la..tapi besh..ader ayat yg mcm xkene tp kelakar..suke2..huhu..keep in touch..dan boleh wat cerite lawak nih....hope sudi wat pembaca lg enjoy...
^_^
huhu..walaupon ending die not bad la..tapi besh..ader ayat yg mcm xkene tp kelakar..suke2..huhu..keep in touch..dan boleh wat cerite lawak nih....hope sudi wat pembaca lg enjoy...
^_^
Ya ampun...ni dh abis ke x??
wiiii
menarik yoo..
tp lau kembang kn ag bakat nih...
msti syok..
x terpk ker nk jd penulis..
ala-ala novelis g tuh...
buat yg lwk2..
kompom laku ar.
seyes...
wink2.. ;)
wah!!! seyes best cter nie....
tp aku kompius nk gelak ke nk rase seram.... wakakakaka!!!
anyway, nice r cter ko bro....
lawak laa..tp x berapa nk seram..aku paling suke part adi sound antu tuh..x leh blaa...ending lagik best lau husin kawen ngan antu pompuan yg first td...ha3x
ooooo....
pontianak kene sound?rare gle z!! hahaha
hahahaha..berdekah2 aku gelak..gilo..hahahaha...
hahaha...
crita nie sgt bgonk, tp besh........!!
ahahaa.. gempak douh cite nieee. hahaha.
best giler baca.. menarik sangat.. patut lah follower ramai..penulisan mantap kot
ending buat aku panas ja. hahahahaha
seram ada, klaka ada, mengong pun ada...best2....
part pontianak kene saound mmg TERBAEEEEK!! cam ape jer sound antu..wakakakakaka
Post a Comment