Lelaki, Wanita dan Cinta... part1

Semalam. Macam malam-malam sebelumnya, aku memang takde kat rumah. Mana lagi kalau bukan worldcupping dekat rumah memember. Maklum saja la, menonton bola sorang diri adalah tak ubah seperti menonton wayang sorang-sorang. Celah mana nak datangnya feel tu, ye tak ? 

Nak dijadikan cerita, lepas abis game Italy menentang New Zealand malam tu, aku port dekat meja study member aku, mengusha status awek-awek fesbuk barang seminit dua. Mana la tau untung-untung ada awek-awek upload gambar pakai baju topless sama skirt, boleh jugak buat cuci mata. Segar la sikit untuk bertahan sampai jam 3 stengah pagi sementara nak tunggu game Brazil dengan Ivory Coast. 

Musim cuti sekolah macam ni, biasanya fesbuk la yang paling meriah. Selang sejam bebudak dok upload gambar kawen. Tolak campur gambar pengantin bersanding atas pelamin sama adegan guling-guling atas rumput karpet saja, dah dekat lima ratus enam puluh tujuh keping. Giler.

Ada satu lagi trend pulak, tajuk album yang diupload tu "kenduri kawen Esah sama Manap", tapi gambar-gambar yang diupload hanya 3 keping je yang mengandungi muka Esah dan Manap. Selebihnya, muka si tukang upload dengan kengkawan beliau aje yang buat semak. Keh keh keh... Bukan guwa tak nampak tu semua. :p

*****************************


Tetengah melayan status makwe-makwe fesbuk, pandangan aku jadi terpaku sekejap pada status fesbuk ex-girlfren aku. Dalam status tu jelas menggambarkan beliau akan menjadi tunangan orang tak lama lagi...

Termenung sekejap aku depan komputer. Rasanya macam cepat sangat waktu yang berlalu. Detik-detik perkenalan di matrikulasi dulu, macam baru tahun lepas berlaku. Semuanya segar lagi dalam ingatan aku. 

Aku senyum.

Sebagai kawan, aku happy bagi pihak dia. Takde la lain yang aku harapkan melainkan melihat dia bahagia dengan pasangan dia... InsyaAllah giliran aku dengan cik awek akan menyusul tak lama lagi. =)

Bergegas aku mengayuh basikal balik ke rumah malam tu. Sampai bilik, aku terus dail nombor telefon dia. Kebetulan die tengah makan malam dengan bakal tunang dia. Dari riak percakapan dia, ternyata die happy dengan life die sekarang. 'Bagus lah...' bisik hati aku.

Sempat jugak aku bercakap sepatah dua kata dengan bakal tunang dia. Pesan aku pada dia, jaga la kawan aku tu bebaik. Jangan mainkan hati dan perasaan dia. Sesungguhnya die berhak untuk bahagia.

Aku akhiri panggilan telefon malam tu dengan ucapan tahniah.

Di kejauhan celah corong telefon, bibir aku skali lagi menguntum senyuman...

Ikhlas.

********************************

2.30 pagi.



Kotak kasut converse yang sarat dengan surat-surat cinta zaman muda-muda dulu, aku gapai penuh cermat. 


Banyak jugak surat-surat cinta yang aku dapat sepanjang aku duduk jepon ni. Baik dari cik awek, bawak la ke ex-ex girlfren lama, sampai la ke skandal-skandal zaman remaja dedulu. Itu belum lagi termasuk surat-surat cinta zaman sekolah dulu. Kalau nak dikira-kira, boleh cecah ratus-ratus keping jugak aku rasa.

Satu persatu isi kandungan surat-surat tu aku baca teliti...

Rata-rata daripadanya meluahkan rasa isi hati masing-masing yang berbaur kasih sayang dan cinta.

Bila pikir-pikir balik, betapa banyaknya hati-hati yang dah aku kecewakan sepanjang 24 tahun hidup aku... 

Tak kurang banyak nye cinta-cinta sementara yang pernah singgah kat hati aku...

Cukup lah...

Biar lah cinta aku dengan cik awek kali ni menjadi cinta dalam erti kata lain sebenar-benar cinta. Cinta yang mengharapkan jinjang pelamin sebagai matlamat utama...

***************************

Kalau nak ditulis satu persatu sejarah cinta makwe-makwe yang pernah aku kenal, memang makan dua tiga hari jugak baru setel. Jujurnya, dalam hidup aku, aku dah terlalu banyak mencari cinta. Dah macam-macam perempuan yang aku dampingi. Sejak dari zaman abis tingkatan lima, naik ke universiti, sampai la sekarang.. Awek kilang, Awek kaki kikis, awek kaki jantan, awek yang diabaikan pakwenye, dan macam-macam jenis awek lagi yang aku dah kenal.

Sepanjang pencarian aku tu, banyak yang dah aku belajar dari insan bergelar wanita ni.

Ada yang cantik, tapi perangainya liar... Tak kurang jugak yang comel, tapi mengongkong. Serba-serbi punye kelebihan dan kelemahan masing-masing.

Perempuan cantik, baik, tinggi pendidikan agamanya, memahami lelaki, dan pandai memasak? Ok. Itu cuma wujud dalam drama-drama tv. Seriously.

Apa yang sebenarnya yang lelaki carik dari sorang pempuan?

Apa sebenarnya yang perempuan nak?

Ha, kite sambung esok. Aku nak tengok bola. Dari tadi puas tahan ni!

Keh keh keh...

************************


p/s:
tak suke sebenarnya nk tulis pasal cinta ni, tapi sebab ramai yang bertanya kat formspring, daripada jawab satu-satu, baik aku tulis dalam entry. ye tak?

69 comments:

Cik Bucken said...

bace laju2! uhuhuhuu

suria said...

hye zack..ok 1st

Unknown said...

huh... boring...
cinta, cinta, cinta.... erkkk...

Unknown said...

wahahaha
surat2 cinta zaman skola dulu mak dah buang =(
kalau x leh bace2 lek wat kenangan.
huhuhu

Saya Ira said...

zack,aku bace blog ko kn,,da macam aku bace buku cerita taw.
even esok ada paper,malam ni sanggup jap bukak laptop.
nk sambung bace blog ko.
haha.nice zack! :)

faramira said...

xde surat cinte pon.. main sms je.. haha

joegrimjow said...

hehehehe

molliesa said...

hahaha..sweet...
tak sangke eh z pon simpan...
akak pon simpan gak..surat cinte dolu2 berlambak kat rumah...hehe..
sweet gile.

mesti rindu kat itah kan..^_^

Shahada Fauzi said...

loooo..baru nak tangkap feeling baca entri ang..bersambung pulak..ceit!!

p/s:: dasat gak ang eh..byknye surat cintun..hoho..

yAnKuchIki said...

cinta itu subjektif

IRAH HAJERAH AZMAN said...

mak penah kata" Jodoh ajal dan rezeki semua allah yang tentukan. Kalau bukan hak kita, macam mana kuat kita kejar pun tak kan dapat"

member pulak kata, cinta, semakin kau carik, semakin kau tak nampak. Tapi kau tak boleh berdiam diri.

oh ayat tu aku tak faham :|

jadi aku pilih jadi si bujang yang single.
-first time dtg sini-

Miss Shizu said...

bro, cmner nk masuk lagu kat setiap en3 ek?
perghh..kire ang dolu2 ramai awek gak ek bro...player gak r nh...hee

dina diana said...

alo..lagu tak habis lagi..tapi story dah habis...

sile update secepat mungkin yer...

terima kasih...

heeeee~~

Anonymous said...

zack... lagu memang layan ~~

vanillaOyen~ said...

ngaaaaa....snguh malu mengingati cinte zmn mude mudi dlu.sgt keanak2an...huhu...

Rara said...

sambung2..
btw,aku doakan kau ngan kak itah kekal sampai perkahwinan.Aku pun tumpang gembira.
<---Still mencari cinta tapi kadang2 give up macam tu saje.

nursarah said...

doakan zack dan itah berkesudahan baik n happy sokmo.

aku suka la ko wat entry cinta sekalisekala. masyuk gak wo.!!

Anonymous said...

nko mmg pencinta sejati lh bro... sampaikn surat cinta zaman ex2 pown nko simpan...nice!

nadtravellerina said...

surat cinta bakar! haha~ takut org len jumpa.. simpan dlm hati je.. cheewah!

student said...

rasa tacing lak membaca entry ni..cepat-cepat buat sambungan k?:)

Dekna said...

bnyknya surat cinta zack..:)

btw.smoga zack n cik awek bhagia hngga ke akhir hayat tau..

:)

MissHyde said...

weh aku tengok wayang sorang sorang feel je.


tengok shrek pulak tu.siap nangis lagi.penuh penghayatan.

ismimaizura said...

perghh!!lgu jiwang x hengat..ekeke..cpt ek smbung story..best bc..^__^

fikah mus said...

ramai peminat betul incik zack ni.
tak tau la surat2 tu semua ada lagi ke tak.
takut dah dibakar bapakku kot.

e-liex said...

wahla~~ banyak gle surat cinta hang zack!

tergolong dalam yang upload2 gambar kawen.. huhu. tapi bukan3 keping jak gambar depa... :)

semoga ko ngan cik awek sampai ke jinjang pelamin... ajak readers sume x? haha

Fatimah -Riiko- said...

byknye...

eiyda said...

cepat sambung entry neyh!!hee~ =D


semoga berbahagia dgn kak itah ye!=))

syazwan safwan said...

sambung2..buat saspen je..

Mysara Newrie said...

zack ! tulislah pasal cinta kau yang dulu2 ! nak baca ! hehe ;D mesti ada yang tangkap leleh ke ~ ada yang kelakar kan? hehe. zack, kau tulis ok? hehe ;D aku tunggu ni ! sabtu ni dh nak masuk u dah

Neyra Shazeyra said...

kau ni mcm aku jugak simpan dlm kotak. tp aku ada 3 kotak hahaha

Mohd Fakhrurazi Jamaludin said...

Itu tak campur lagi dgn cinta songsang dengan Mat JB,Mamalobo,Faiz Hulk...haihs~

ardinihumaira said...

susah nak cari pempuan dalam drama tu. huhu... aku bab tinggi agama, tak bape lagi. tinggi pelajaran pun tak juga. lom ada 3 jenis phd. bab memahami lelaki lak, tak jugak. asal cik abang aku pegi ke laut, ada je aku bebel. asal aku pegi shopping, ada je dia heran. ala.. fair aaa gtu kan kan kan. haha. kalo pandai masak lak, yang aku tak penah masak memang konfem aku hendap buku. cmana nak dikata pandai masak sedangkan bukan semua resipi kat dunia ni leh dihafal. huhu. nak kata aku cantik, cantik lisa surihani lagi. tu pasalla kan.. yang perfect tu wujud dalam drama je.. okeh panjang aku ulas ayat ang yang tu. baik aku lariiiii skang. wakakakaka... ;p

Nadia said...

waahhh kalau sy da lama jeles if bf still simpan sume surat cinta lama dia. :p

Nadia said...

waahhh kalau sy da lama jeles if bf still simpan sume surat cinta lama dia. :p

Anonymous said...

banyak point gua nak menyirap dengan lu before tengok spain menang ni.

1. sape kate tengok wayang sorang-sorang takdak feel? pada gua tengok movie sorang-sorang lagi banyak feel. kalau tak asek ade feel nak tampar orang yang dok sebok komen2 sebelah lu i.e. kawan-kawan lu.


2. "awek kilang, awek kaki kikis, awek kaki jantan, awek yang diabaikan pakwenye.."

amvoiii! dabel stended ni! kah kah kah kah!


3. cantik perangai liar, comel pengongkong..

ha yang tak comel mane? yang tak cantek lu date tak?



okeh sekian dari gua. babai!

PS: cheh takdelah menyirap mane akshully.

Unknown said...

Lelaki ni kalau nak mencari nak yang sempurna..tapi bila dah ada depan mata...buat2 tak nampak pula.

Hehe!!!

sinagarimba said...

playboy jugak kau zack.
jumpa ngan playgirl baru bertemu buku dengan ruas.
tapi aku suka la entri ni. Ingat zaman menggatal dulu2.

Whitey Mommy said...

dah lama jadi silent reader...hari ni nak mula komen... betul! tak kan ada perempuan yang complete set macam tu... so, wahai lelaki... terimalah perempuan seadanya...

Anonymous said...

..ayat dekat2 last tu...'perempuan cantik, baik,...' bla2 tu...mcm tak stju la..masih ada lagi kot pompuan baik, cantik dan pandai masak..kesian kalau ada tapi org ckp dlm drama aje....

fiqkbe said...

hehe...

Unknown said...

Isyh, mcm geli je, zack…keh keh.. XD
sambung cpt sket ye..hua hua~

cik nurulain said...

hoi. aku dah lama tak jenguk blog kau tau. excited gila nak baca bila baca tajuk entri. sekali bersambung? cis betul kau ni.

Ann said...

byknyer koleksi ex-gf eh...hrpnyer jmpe yg kekal abadi nti...

afifmohamad said...

zack..ang cuba try bg tips nk cari awekz yg mna..

kacap terlabik said...

banyak kot koleksi ex-ex hang..tapi klu at last jumpe yang terbaik, berbaloi kot putus dengan yang lain2 heheh
bru tangkap feel, cepat2 sambung ah

Anonymous said...

Camne nak pahami lelaki? Apa yang lelaki nak sebenarnya? Lelaki sgt complicated.

afro said...

zaman aku bercinta da xpakai surat.. sms je.. sume delete.. haha..

yienjr said...

zack, tak sabar nak tunggu sambungan entry ni ;)

cik bahulu oren said...

byknye surat cinta..:p

rhapsody LiN said...

haha.. bnyak btul pngalaman!
however, experience is the best teacher :)

ravishingpeacock said...

mlm ni ang serius r Z..lyn blues kaa?huhu

Tapak Kaki said...

sms cinta ang ada simpan tak?haha

http://livehellorlivewell.blogspot.com/ said...

salam...tadew eyh pompuan yg cukup sume tue??penah jumpe kowt..bab nak mengerti sal laki shud be subjektif..=p

Nana Farhanna said...

hi z..

saw smthing familiar..

rofl..

the good old dayss :)

Anonymous said...

mcm kenal jea one of the surat tuh,hehehe~

Anonymous said...

nk tnye, awek ko ok ke bila ko cite pasal scandal2 ngn awek2 ko yg dulu2? besenye pompuan ni sensitip sket tang tu, tp agknye, die dh tau dulu kot, hehe.. let by gone, be by gone.. =))

tujuhhariseminggu said...

adus lagu.. xmenahan.... :p

Emira Darmia said...

read ur blog..nice bro..biler nk terbitkan buku
mcm kartunis malaysia sorang tu..terbitkan buku blog..
all the writing lam blog dia..dia publishkan lam buku...hahaha...
i'll b the first to buy it...
:)

haway mutasawwil said...

Cinta itu adalah kita hendak bersama dengannya ke syurga.-hilal asyraf.

semoga cepat kahwin abg zack

sasuke said...

yuhuu..aku pernah pasal nangis gf aku... sampai telefon adek dye mintak pertolongan ..
lemah ke aku ini... tak salah ke..

masshie mastura said...

huaaaa hotnye dye ;) yup3 hopefully u n ur gf smpi jinjing pelamin :)

...miSS fAi... said...

giler nakal ko... zaman2 darah manis nie, byk giler surt cinta ko dapt

hazreen said...

zack, akak nak tanye.. kenapa lelaki masih suke simpan surat cinta lama walaupun diye dah bertunang or kawen? just nak tanye pendapat u..

nad_dd257 said...

peh.. gle playboy.. he3..
aq slalu dgr an.. laki berubh lps kwen. tol ke??
sblm kwen jnji len.. lps kwn jdi len.. huhu..

zety said...

banyaknye la dapat surat cinta.tapi ni nak tanye satu benda kenapa lelaki susah nak bagi surat dekat cik awek die?atleast kad raya pun jadi lah kan..

little bloggy said...

:)ok,,,i like your blogg,,,,what else to say,,,,dah rmai pn being your follower,,,huhu

Unknown said...

mcm gamp!!! syok2 baca leh nak bantai tgk bola lak..huh!!

Anonymous said...

ade jmpe la pmpuan yg baik,kuat agama,pham laki...m=yg ckp mcm drama tu la..tp da wt silap dgn lepaskn dye...mcm ane lau nk wt dye kmbli smule????

zahar said...

terbaik!

Related Posts with Thumbnails