Saya Bukan Orang Jepon Ok?

Tahun ni aku berkesempatan untuk beraya bersama keluarga tercinta dekat Malaysia. Alhamdulillah, tiket flight pon da beli, la ni tinggal dok pangkah kalender ari-ari ja sampai ujung bulan lapan ni. Tak sabaq rasanya. Dia punye feel sama macam tengah tunggu bini yang sarat mengandung anak sulung, keluaq baby pertama. Hari-hari dok bubuh telinga dekat perot bini dok ulang ayat yang sama "Hai anak papa! lekas-lekas keluaq ya?". 

Happy tu memang la happy. Sapa yang tak happy bile dapat balik beraya dengan keluarga, ye dak? Tapi, ang tak tau sebenaq nya ada beberapa perkara yang tak berapa nak best bile balik bercuti ni. 

Tak best lagu mana? Ha, meh aku nak habaq.

Setiap kali aku balik Malaysia sempena cuti panjang, aku terpaksa berdepan dengan tiga golongan yang tak jemu-jemu dok tanya soalan-soalan yang hampir sama, setiap tahun. First skali, golongan bebudak kecik anak jenjiran hat umoq lima ke enam tahun. Tiap kali nampak ja muka aku tengah rilek-rilek dekat serambi rumah, mula la memasing dok pakat-pakat kerumun ramai-ramai.

"Abang ju! dekat jepon tu selalu tak jumpa otromen petang-petang?"

Demi tak nak menghampakan hati depa, kengkadang aku layankan jugak. Maklum la, bebudak... Orang kata memasing tengah nak membesaq. Semangat ingin tau dalam diri tu tengah 'peak'. Semua benda pon depa nak tau.

"Dak aih! Otromen dah takdak. Resaksa semua da mati!" 

Lepas tu mula memasing dok tarik muka, jawab "Owww...." sambil angguk kepala gaya paham.

Kalau abis takat tu ja, takpa jugak. Kena pulak jenis bebudak yang tak paham bahsa, mula la depa dok argue jawapan dengan aku.

"Abis tu, yang dalam tibi tu??"

Ah, sudah!

"Dalam tibi tu diorang berlakon ja, sayangggg...." 

"Oowww..."

Depa punya "oowww" sikit punye panjang. Bunyik macam paham. Aku pon baru nak tarik napas lega, sambung main gosok-gosok kepala kucing, tetiba ada pulak suara liar dari kelompok yang sama...

"Ada jumpa Doremon tak??"

Ha, mula la darah aku nak mendidih. Tanya macam lah doremon tu kucing biasa hat jilat bulu tepi jalan. Kalau ada, dah lama aku culik bawak masuk luggage, tambat depan rumah! Ha, tengok la sangat puas-puas.


"Takdak. Doremon tak keluaq siang-siang." 

"Owwwwh..."

"Tapi kenapa??"

"Sebab siang-siang banyak anjing! Doremon takut."

"Owwwh..."

"Dah, pi main sana! abang nak baca surat habaq ni."

Biasanya depa dengaq cakap kalau kita dah puaskan ati depa. Time tu, memasing mula bersurai sambung main lari-lari depan rumah. Baru lah selesa sikit aku nak rilek-rilek tanpa gangguan. 

Tapi esoknya, di tempat yang sama, masa yang hampir serupa...

"Abang ju! dekat jepon ada jumpa Shin Chan tak?"

Gampang.

***********************

Golongan kedua yang terpaksa aku hadap pulak terdiri dari kengkawan rapat yang umoq hampir sebaya. Golongan brader-brader. 

Biasanya, kalau tengah bersembang dekat mapley sambil pekene roti canai telor sama milo tabur, diorang mesti petik punye soalan-soalan bangang untuk 'hiburkan' hati aku.

"Zack, lu dekat sana ada jumpa Maria Ozawa tak?"


Untuk menjawab soalan-soalan dari golongan pertengahan yang aku kire sebagai golongan cerdik pandai ni, jawapan aku harus tajam. Tak boleh silap langkah. Depa penuh dengan trick dan tipu muslihat. Kadang-kadang depa bukan nak tanya sangat pon, saje nak menganjing lebih. Ada satu kali, aku dah terkena dah. Tetengah minum, ada sorang member aku tanya "Zack, lu rasa apa beza antara orang jepon dengan orang melayu?".

Soalan nampak macam simple. Macam tak payah pikir. Aku pon dengan laju dan konfiden terus jawab "Orang jepon rajin bekerja. Tak curik tulang macam orang melayu..."

Tetiba, memasing dekat table tu semua senyap macam ada malaikat lalu. Memasing saling berpandangan. Cilake. Aku dah syak mesti ada something wrong dengan jawapan aku. Nak tarik balik rasa dah terlambat.

"Salah... jawapan die, orang melayu suka kondem bangsa sendiri..."

Jahanam. 

Percuma guwa kene bahan malam tu.

*****************************

Ok. Last sekali, golongan yang paling super annoying, iaitu golongan pakcik makcik.

Bangun tidoq, ang cuci muka nak pi beli sarapan, sat lagi sampai depan pintu pagaq, jiran depan rumah bagi morning greet, "Budak jepon, bile balik?"

"Baru sampai petang semalam..."

"Cuba cakap jepon sikit?"

Aku cukup menyampah dengan soalan macam ni. Bukan tak nak jawab, tapi ang bayangkan lah. Tak terasa bodoh ke speaking jepon pepagi buta dengan orang yang tak paham bahse jepon? Nak cakap jepon, bukan satu benda yang boleh disuruh-suruh. Kalau orang tegoq ang dalam bahse jepon, buleh la jugak balas dalam bahse jepon. Baru la kene.

Senang cerita macam ni la... Ang lelaki. Lepas tu sat lagi ang kluaq rumah, ada sorang pakcik tahan ang dok tanya "Eh, ang laki kan?". Lepas ang jawab "ya", tetiba die suruh ang tanggai sluaq untuk buktikan ang lelaki. Tak ke pelik bunyik nye? Tak tau la kalau ang jenis lurus bendol pi tanggai sluaq jugak. Keh keh keh..

Lebih annoying bile aku balik kampong time raya, tiap kali mak ayah aku perkenalkan aku dekat kengkawan lama depa, ha time tu memang masak la... Kene tiga buah rumah aku pegi, tiga-tiga kali jugak aku kene hadap soalan yang sama. 

Penah jugak aku try melawak sekali sekala.

"Cuba cakap jepon sikit, makcik nak dengaq!"

Sambil tersenyum, aku jawab...

"Jeppppooooon!"

Ha, setel.

Tapi kang takut kene cop biadap pulak. Tapi tu la... Kalau depa baca entry ni, aku harap depa paham la perasaan aku. Bukan aku sombong tak nak jawab.. cuma aku tak boleh. Kalau aku study dekat England, lepas tu depa suruh aku speaking omputih, ha takpe jugak. At least bahse inggeris dah selalu dengaq dekat tibi. Setakat cakap "good morning uncle" ada apa hal sangat... ye dak?

Tahun ni aku harap takde lagi soalan-soalan macam ni. Tolong lah... Bagi can la aku nak beraya dengan hati yang senang dan gumbira.

Atau perlu ke aku buat macam ni?

Image and video hosting by TinyPic

Tambat dekat batang leher, lepas tu jalan macam biasa. Style jugak kan?

Dah macam orang gile. Tak wajib puasa.

******************

English is Fun.

Guwa ingat lagi waktu guwa dekat sekolah asrama dulu. Beberapa bulan sebelum menjelang SPM, kaunselor skolah dah pesan siap-siap dekat bebudak supaya isik borang kemasukan ke kolej matrikulasi. Time tu rancak la beliau ke sana-sini bagi ceramah motivasi berhubung kesan melengah-lengahkan pengisian borang kemasukan ke IPTA dan lain-lain institusi. Antara lain termasuklah gagal mendapat tempat belajar, gagal mendapat course yang diminati dan akhir sekali  mengundang kegagalan dalam hidup.


Begitu la lebih kurang kerjaya seorang cikgu kaunselor di sekolah guwa. Nak harap bebudak datang bilik beliau mengadu ada masalah cinta dengan makwe, guwa rasa jangan mimpi la. Dah sah-sah la sekolah guwa tu semuanya jantan-jantan belaka. Kalau ada makwe pon, setakat anak makcik dewan makan skolah yang guwa rasa adalah dalam lingkungan dua belas tahun.. Cutting tak brapa nak naik lagi. Muka kosong macam takde pengisian rohani. Nak senyum pon macam satu pekerjaan yang sukar pada dia.. Apatah lagi nak mintak kiss. Pendek kata, nak buat makwe pon tak sampai hati...

Jadi, tempat guwa dan kengkawan tumpang bermanja, akan jatuh pada cikgu-cikgu perempuan di skolah tu. Seingat guwa, antara cikgu yang boleh tahan manis dan jelita nya termasuk lah cikgu add math sama cikgu bahase inggeris. Huh! cikgu bahse inggeris toksah cakap la. Kalau lu orang perasan, dalam sesebuah skolah, biasanya yang paling cun dan vogue tak lain tak bukan mesti cikgu bahse inggeris. Dressing cikgu bahse inggeris ni lain macam sikit. Tak skema sangat macam cikgu-cikgu subjek lain. Maka, memang bebudak cepat manja lah dengan cikgu bahse inggeris.

Belajar di skolah asrama penuh ni memang tak sama macam belajar di skolah harian. Dekat sini, kita orang memang dimanja kan sepenuhnya. Hampir setiap hari cikgu-cikgu balik lambat sebab kene stay back dekat skolah in case ada bebudak tak paham soalan masa prep tengah hari, boleh terus naik bilik guru. 

Time tu, guwa punye bahse inggeris barai tahap ya rabbi... Jadi, guwa nak berdampingan dengan cikgu bahse inggeris pon jadi segan. Karang buatnya dia bantai borak dengan guwa dalam bahasa inggeris, satu hal pulak guwa nak menyelak kamus sambil berborak. Dan andai kata guwa dah jumpa perkataan yang guwa carik tu pon, belum tentu lagi beliau paham struktur ayat guwa yang grammernye tahap oxford. Silap-silap aribulan, terkeluar juga ayat-ayat seperti "teacher, u has been looking little beautiful today. not like yesterday. what your secret?".Ah, bukan boleh percaya sangat lidah melayu guwa ni.

Kekadang guwa berbulu juga dengan sesetengah classmate guwa yang cakap omputihnya berhabuk tahap baca majalah CLEO macam baca majalah Mangga. Sikit punye style. Biasanya golongan-golongan begini seringkali dilihat berdampingan dengan cikgu bahse inggeris di kantin skolah, di library, dan juga di kepsi atau mekdi, time outing. Kire tempat orang standard-standard la...


Guwa? Oh, guwa pon baca juga majalah CLEO tu. Malah, setiap page tu guwa selak dengan laju sambil sesekali menyeka rambut yang turun menjurai ke paras dahi. Kaki pulak, guwa silangkan gaya mat salleh. Duduk harus lah bersandar. Confidence level guwa tarik pada peringkat paling tinggi. Padahal, bukan guwa baca pon. Skadar tengok-tengok gambar paha sama betis makwe dalam tu je. Nak menampakkan ke'omputih'an lagi, sesekali guwa sebut la "hey! nice boobs, bitch!". Bile nak ketawa pulak, guwa sebut "ahaks!". Jadi, kengkawan yang perati guwa pon rasa macam ada sedikit respect la. Nak tegor guwa pon dioarang jadi tak berani. Takut kalau-kalau guwa bidas dalam bahasa inggeris.

**********************

Satu petang, beberapa hari setelah result trial SPM bagi sekolah-sekolah di Negeri Sembilan dikeluarkan, guwa didatangi mak dan ayah guwa dengan membawa sedikit juadah minum petang. Mak dan ayah guwa memang begitu. Sebulan sampai dua-tiga kali dia orang datang jenguk guwa tolong hangkut baju-baju busuk guwa bawak balik cuci dekat rumah. Maklum lah, jarak rumah guwa dengan skolah asrama tu tak sampai 5 kilometer pon. Enjin kereta tu kalau boleh bercakap, guwa rasa mengeluh panjang juga dia nak datang ke sekolah guwa pasal tak sempat panas lagi, tapi dah sampai.

"Hurrmm... parah ni..."

Incik ayah mengeluh perlahan sambil menghembus asap rokok Suria perlahan-lahan, gaya macho.

"Kenapa bang?"

Tiba-tiba puan emak menyahut dari tepi, hairan melihat air muka Incik ayah.

"Nah, awak tengok la sendiri."

Slip keputusan trial SPM guwa dihulur kemas oleh Incik ayah. 

Guwa hanya diam membatu sambil terus leka mengunyah goreng pisang yang mereka bawak. Sesekali, pandangan guwa berpaling pada beberapa orang member guwa yang lalu lalang di situ lengkap dengan jersi sama boot masing-masing, bersiap-siap untuk beraksi di padang. 

"Hurrmmm..."

Kali ni giliran Puan emak pula mengeluh panjang tak panjang sangat.

"Mak rasa kadang-kadang kau kene slowdown sikit..."

Guwa hanya diam dan meneruskan kunyahan goreng pisang nipah. 

"Macam mana boleh jadi macam ni?"

Puan emak bersuara kembali setelah melihat respon guwa yang tak berapa acuh nak acuh.

"Teruk sangat ke mak?"

Dengan berhemah, guwa capai semula slip result trial guwa dari tangan Puan Emak.

Guwa belek satu persatu atas bawah.



Hurmm....

"Macam mana bahse melayu kau boleh dapat B ni? Melayu apa macam ni?"

Puan emak ketawa berdekah-dekah diikuti senyuman sinis dari Incik ayah. Dan guwa cukup masak dengan senyuman tu. 'Senyuman menyindir makan dalam' nama dia.

"Apo la ekau ni.. Bahaso yang kau cakap haghi-haghi  dokek ghumah pon buleh dapek B ko? Buek malu boto la... Keh keh keh..."

Incik ayah meriah ketawakan guwa petang tu. 

"Entah! Bahse inggeris pulak kau boleh dapat A. Macam tak pecaya je... Meniru ke? hakhak! "

Sahut Puan emak tak nak kalah.

"Cubo try speaking sikit ayah nak donga."

Cilake.

Guwa terus jadi moral down lantas menelan bijik pisang nipah yang guwa kemam dari tadi.

"Ni nak sain ke tak nak ni?! "

**********************

Related Posts with Thumbnails