Haa?! Cikgu Zack ?!

Alhamdulillah. Hari ni 14 febuari 2011. Tahun ni umur pun da meningkat satu angka. Kerut-kerut dekat dahi ni pon dah mula kelihatan, menunjukkan tanda-tanda awal penuaan. Mujur itu ari akak guwa yang keje dekat damansara tu ada tinggal dia punye SAFI Rania Gold dalam bilik air. Boleh juga guwa lenjan. Tapi tak tau la kalau lelaki pakai ada efek ke tak. Guwa pakai sebat je. Kot kot la berhasil mengurangkan kedutan di muka, lepas ni boleh la guwa pegi reunion bebudak satu batch, sambil senyum, sambil tayang muka. Lepas tu kalau ada bebudak ni tanya "Eh! Zack ke ni??", haaa time tu boleh la guwa jawab sambil senyum, "Usia?? Ramai yang tak percaya..." macam dalam iklan tibi tu... Keh keh keh.


Orite. Laptop guwa dah ok. Line internet pon guwa baru pasang kelmarin. Guwa angkat broadband je pasal senang sikit guwa nak hangkut sana sini. So far, boleh tahan laa laju dia. Tak tau la kan kalau lepas seminggu nanti die buat perangai. Haa time tu memang guwa rebus je modem ni buat sup. Tak percaya tengok la!

******************
Guwa skarang ni dekat Malaysia. Dah dekat tiga bulan guwa rasa. Bulan sembilan nanti insya Allah kalau takde apa-apa, guwa sambung study dekat local uni. So, sementara nak tunggu tu, guwa buat part time sikit cari duit poket. 

Kisahnya bermula bila satu hari guwa dapat tau yang dekat Senawang ada interview nak cari guru tuisyen. Adik guwa punye member nama 'mail' yang rekemen. Guwa time tu dalam kereta on da way balik Seremban dari majlis kawen kawan kakak guwa dekat Melaka. Jadi, sampai rumah je guwa salin baju bagi semenggah sikit, capai file berserta sijil-sijil guwa, then terus pegi interview tu. Bayang la satu habuk pon guwa tak ready apa-apa time tu pasal guwa dah lambat. Interview pukul dua, tapi dua suku baru guwa sampai.

Owner pusat tuisyen tu pompuan. Dalam lingkungan 27-28 guwa rasa. Nak dipendekkan cerita, alhamdulillah guwa dapat keje kat situ. Guwa diberi amanah untuk mengajar subjek chemistry form5, physics form5 dengan science darjah 4,5 dan tingkatan 5. Giler tak giler. Tak pernah terlintas dalam kepala otak guwa ynag guwa bakal menjadi seorang pendidik. Ya! pendidik anak bangsa! Wah. Tetiba patriotik.

Jadi bermula lah kerjaya guwa sebagai seorang guru tuisyen di pusat tuisyen tu.. Pusat tuisyen apa? Haa, itu guwa terpaksa rahsiakan. Kang kejap lagi lu orang tau, dandan tu lu orang nak antar adik lu kat situ. Bukan guwa tak tau tu. Keh keh keh...

Jam pun da pukul 5 lebih. Macam biasa la, bile dekat Malaysia ni langkah guwa panjang sikit. Guwa nak pegi main bola dekat kompleks sukan Paroi. Malam sikit guwa sambung.



Retro Cyber Cafe

Laptop guwa rosak. Die punye windows tak boleh nak running. Nak antar format, malas. Nak tak nak terpaksa guwa abiskan tiga ringgit sedekah kat cina cyber cafe ni. Cilake. Dulu masa guwa zaman-zaman skolah menengah, sejam dua hinggit je. Itu pun kalau cc tu ada aircond. Kalau dapat jenis cc yang barai, tahap kompiter ada 5-6 bijik je, silap-silap boleh dapat singgit setengah sejam. Masa tu, kompiter sume guna windows 95/98. Die punye  monitor tak main la LCD flatscreen macam ini ari. Sume stok-stok microwave punye saiz. Die punye berat, guwa malas nak cerita. Pat lima kilo ada rasanya.


Teringat lagi dulu-dulu masa zaman guwa tingkatan tiga, time tu bebudak baru blajar pegang mouse. Dapat tengok CD hindustan dalam kompiter, itu dah dianggap satu teknologi yang canggih time tu. Dalam tibi, kerajaan sibuk buat kempen 'satu rumah satu kompiter'. Encik ayah sampai sanggup kluar KWSP semata-mata nak belikan guwa adik beradik sebijik kompiter. Bukan apa, karang kalau dekat skolah, kawan-kawan dok nyembang pasal kompiter, at least ada jugak benda nak cerita. Orang kata takde la ketinggalan zaman...

Duit blanja skolah tujuh posen sehari, guwa simpan sampai jadi dua ringgit. Time nak pegi skolah tengahari, sebelum loceng, guwa dengan kengkawan bantai lepak cc barang sejam dua. Zaman tu, game tekken, daytona sama half-life tengah trend. Bebudak cine plak guwa peratikan sibok main game fifa. Guwa jeling-jeling, guwa tengok papan score tu tertera angka 14-2.  Jadah hapa main bola sampai 14 bijik gol?

Tapi guwa sama kengkawan guwa tak berapa nak amik port sangat dengan game-game ni. Lagha! Buang masa. Guwa sama kengkawan lebih gemar habiskan masa dengan melayari laman web-laman web porn. Itu jam, firefox sama chrome takde lagi. Kitorang guna netscape. Kawan guwa panggil 'nescafe'. Skarang dah tak wujud lagi rasanya. 


Time tu baru form three. Vocab pun tak brapa nak tinggi lagi. Kalau nak search gambar-gambar mat salleh tak pakai baju, kitorang taip 'sex' je kat searchbar. Pastu mula la mata seko-seko tak berkelip. Memasing pakat-pakat diam supaya orang lain tak tau. Bile tokei cc mundar-mandir tengok aktiviti bebudak, cepat-cepat kitorang tekan butang pangkah.

Golongan makwe-makwe sama brader-brader pulak time tu lebih cenderung ke arah chat. Zaman tu, takde lagi yahoo mesengger. Kalau nak chat, bebudak masuk ikut MiRC. Die punye oldschool tak payah cerita. Sume style manual. Kene pilih room, pastu tekan connect. Kalau dapat cc yang jenis lembab, memang masak la nak tunggu dapat connect. CC tak provide webcam. So, pandai-pandai lu orang la carik makwe dalam tu. Kene kaki kencing, silap-silap boleh dapat makwe xxl. Kawan guwa nama Epul dulu dah pernah kene skali. Dalam chatroom, makwe tu claim die tinggi, putih, rambut panjang, cutting 35-25-35. Bile da sebulan chatting, tukar-tukar phone number. Dalam tepon, makwe tu tarik suara husky tahap menggoda. Tapi bile jumpa, haram tak lawa. Terus putus.

Guwa rasa macam da sejam lebih guwa port sini. Makwe sebelah guwa ni dari tadi jeling guwa. Nak mintak nombor tepon guwa, tapi die segan la tu. Bukan guwa tak tau. Ok la, guwa nak kene balik dulu. Banyak keje tak setel lagi. Bile ada masa, guwa update lagi. Payah biler laptop rosak ni.


 

Related Posts with Thumbnails