Lelaki, Wanita dan Cinta... part2

Ok. So, hari ni kita sambung cerita pasal entry yang terbengkalai itu ari. Pasal cara-cara memahami si pakwe dan cik makwe. Memana yang belom ada makwe, boleh gi amik pen sama kertas sekarang. Salin buat nota. Esok-esok kalau kapel, takde la kelam kabut. Ini tidak, baru makwe merajuk tarik muncong sikit, dah panik tak tau nak buat apa. Nak dipujuk tak reti. Nak belanja teddy bear, gaji tak masuk lagi. Nak carik makwe baru, muka pulak tak berapa nak ensem. Ha, time tu mula la salahkan takdir, "kalau la aku edward cullen..."



Berikut adalah antara soalan-soalan yang aku dapat dekat Formspring. Giler. Menitik-nitik peluh jantan nak menjawab satu-satu. 

Kalau ini macam pattern soalan hari-hari, cukup ujung tahun, rasanya aku da boleh mintak kerja sama fadilah kamsah kot? Silap-silap, boleh masuk segmen Wanita Hari Ini tv3 slot kaunseling rumah tangga. 



Tapi takpe. I'm cool.

Soalan-soalan cinta macam ni, eleh! macam makan nasik je. Bukannye tahap nak kene tekan kalkulator pon. Ye tak? Not a big deal, kata omputih.

Cuma.. tinggal lagi jawapan yang bakal korang dengar tu, tak tentu la betul ke tidak. Ha-ha.

Aku jawab based on pengalaman dan pemerhatian aku je after all.

=)      (rasa macam cool gile bubuh icon ni.)

****************************

1) Zack, macam mana ek nak bagi boyfren I sayang dekat I ? I risau la kalau-kalau die carik lain... hukhuk. 

Ok. Die macam ni tau. Ada satu famous quote yang pernah aku baca dulu. Katanya "Woman are meant to be loved, not to be understood.". Atau dalam bahasa melayu nye, "pempuan dicipta untuk disayangi, tapi bukan untuk difahami." Kalau dipikir-pikir, memang ada logik nya. Bukan la maksud kata pempuan ni tak perlu difahami langsung. No. Bukan macam tu. 

Maksudnya pempuan perlu lebih disayangi atau lebih diberi perhatian. Contohnya, pempuan suka bila dapat mesej dari pakwe die yang berbunyik seperti "I love u sayang..", atau "Please take care syg. Jangan lupa makan ubat tau?"...

Macam laki-laki, kitorang perlu lebih difahami rather than to be loved. Berbeza dengan kaum Hawa. Lelaki tak perlu sangat kata-kata "I love U" ni. Sekadar masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Sebab die tau pempuan memang sangat mempamerkan kasih sayang die dengan kata-kata.

Lelaki suka kalau si gadis tu boleh memahami life dia. Contohnya kalau lelaki tu minat bola, bile masuk musim-musim worldcup macam ni, die akan lebih banyak habiskan masa dengan tv dan kengkawan. So, kalau pempuan tu tak faham die, pempuan tu akan cakap "U ni tak abis-abis dengan bola...boring lah."

Sebaliknya, kalau pempuan tu cakap "Its ok syg. U tengok la bola. I nak keluar tgk movie with my housemates. Make sure SPAIN menang tau! Hikhik.", biasanya lelaki tu mesti akan happy gile babi. Terasa bertuah ada awek yang memahami macam tu.

Sebab tu kalau korang perasan, bile ditanya pada lelaki, "apa ciri-ciri pempuan yang kau carik?"

Dalam banyak-banyak jawapan dia, last sekali mesti die cakap "aku nak pempuan yang boleh faham aku".

Kalau tanya pempuan pulak... jawapan die? "I nak lelaki yang boleh sayang I sepenuh hati!"

2) Zack, kenapa lelaki ni nak awek yang cun-cun je ? abis tu, orang tak cun macam aku ni nak buang mana? Ah, nak bunuh diri la camni! 

Yes. Lelaki memang suka awek yang cun-cun. Ini fakta.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda, 
“Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana harta, kerana keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka hendaklah diutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia.”


Kalau dah nama nye lelaki, mesti die nak yang cantik-cantik jugak. Tak dapat Lisa surihani, Tiz zaqyah pon layan juga. Lelaki memang macam tu. Err, gay lain cerita.


Pon begitu, kecantikan ni subjektif. Maybe pada aku, Lisa surihani tu cun. Tapi tak pada sesetengah lelaki.

Sama jugak kes nye dengan jacklyn victor. Pada brader-brader india, jacklyn victor tu mungkin habis cun la agaknya.  Saing-saing Lisa surihani jugak tu. Tapi dalam versi lain laa.. Lebih kurang gitu la perumpamaannya.

Dari apa yang aku perasan sepanjang pengalaman aku, lelaki ni pada peringkat awal perkenalan, die memang akan pilih yang cantik-cantik. Tapi lepas lima enam bulan kapel, bile die tengok perangai awek die tak elok, die terus jadi tak kesah dah pada kecantikan.

Back then, aku pernah ada sorang awek cun. Cukup cun sampai memember aku pon naik berbulu bile aku dating dengan die. Lebih kurang Nora Danish jugak la kalau nak dikira-kira. Tapi yang slacknye, die ramai kawan lelaki. Slalu bertenggek atas moto jantan, selalu gayut dengan laki lain, dan terlalu sosial. Mana boleh tahan bai? Memang la setakat berkawan tu tak salah, tapi kalau dah sampai date dengan aku pon nak bantai SMS dengan jantan lain, baik tak payah kapel. Mana lebihnya aku sbagai boyfren kau kalau nak dibandingkan dengan kawan lelaki kau yang lain ? Tu semua la tu...



3) Zack, awek aku kuat membebel la! Mana boleh tahan dowh.

Standard tu bro. Takde hal tu.

Perempuan memang satu makhluk yang banyak cakap. Aku sendiri pon, sejak kapel dengan macam-macam makwe, apa yang aku nampak, dalam 10 orang makwe, 8 daripadanya banyak cakap.

Tapi bile fikir-fikir rasionalnya, mungkin kaum hawa memang dicipta sebegitu. Kebolehan banyak cakap tu perlu ada dalam diri diorang untuk mengajar anak-anak nanti. Contohnya, masa kekecik dulu, puan emak selalu membebel "Jangan main jauh-jauh ya? Pakai selipar tau.. Nanti cacing masuk kaki. Kalau ada orang tak kenal ajak naik kereta, jangan ikut tau?"...

Incik ayah tak banyak cakap. Cecah maghrib kang kalau takde kat rumah, tali pinggang je ubat die. Setel.

Ada jugak kengkawan aku yang komplen katanya pakwe diorang berubah bile lepas kawen. Sebelum kawen, cakap banyak. Lepas kawen cakap sikit. Mungkin ada betul nya jugak.

Sebelum kawen si pakwe cakap "Yang, hari ni U cakap je nak makan apa. I belanja! Tomyam ? Kepsi? Mekdi? Satay ? Cakap je! anything for u..."

Si makwe balas " I ikut U je..."

Lepas kawen, si isteri cakap "Bang, dah lama kita tak makan luar...malam ni kite makan luar ya?"

Si suami balas " Jangan membazir..."

4) Zack, boyfren I selalu lupa birthday I !! Menci menci menci! 

Biasa la tu. Aku pon macam tu jugak! Hakhak. Kalau tak percaya, pi tanya cik awek. Berapa banyak kali dah aku lupa tarikh aniversary we all. Lelaki memang macam tu.

Atas dasar lelaki yang tak berapa nak peka, sebab tu perempuan dijadikan dengan kebolehan semulajadi which is they are very particular. Makhluk yang sangat details dalam kerje.

Sebab tu jangan marah kalau pempuan bersiap lama gile. Dengan eye shadow nye lagi, dengan lipstick nye, dengan mascara nye... Solek muka je mau makan setengah jam! Tu belum masuk part baju sama tudung lagi. Selagi baju tak sama tune dengan tudung, jangan arap die nak kluar. Lelaki ? Baju melayu dengan seluar jeans pon takde hal. Jalan!

Pempuan memang dicipta dengan sifat detail macam tu sebab supaya die boleh detect kalau-kalau ada ruam atau kudis-kudis kecik dekat badan anak-anak dia, or mungkin juga guna untuk mengingati benda-benda kecik dan remeh macam contohnya bawang kat dapo da abis ke... garam tak cukup ke.. apa ke..

5) Zack, macam mana nak tegor lelaki ek ? Kang kalau salah tegor, takut die kecik ati pulak...

Nak tegor lelaki ni kene ada cara die. Bak kata Dr Fadhilah Kamsah, 7 kali puji, 1 kali kutuk.

Contohnya, si makwe nak tegur incik boyfren supaya tukar fesyen rambut yang sikat belah tepi tu kononnya nampak skema. Tak boleh nak cakap "U, rambut U tak cantik la sikat macam tu...". Memang sah-sah kecik ati si pakwe. Lelaki memang tak boleh dikondem terang-terang macam tu.

Sebaliknya, die kene tegur slow-slow dan berhemah..

"Yang, U tau tak muka U ni skali pandang macam Fahrin Ahmad ? Serius! I tak tipu ni. Kawan-kawan I pon cakap macam tu... Bertuah I ada boyfren macam U. Tapi, kalau rambut U tu, U bagi style skit, pergh! Memang ensem abis!"

Tu cara dia.

6) Zack, apa lagi yang lelaki suka dari sorang pempuan tu ? nak tau jugak sebab I  baru bercinta. Tak tau sangat pasal lelaki...


Lelaki suka pempuan yang merangsang kehebatan die. Ini membuatkan die rasa ada high level of confidence. Pendek kata, die rasa sedikit macho la...

Contohnya, lepas selesai tengok si pakwe main futsal, si awek datang duduk sebelahnya dan terus puji die. "Wah! terer la U main bola tadi. Macam Messi !"

Maka, akan kembang lah si pakwe tadi sambil ada bunga-bungaan di hatinya.

Lelaki tak suka kalau awek tu suka kondem keje dia. Rasa moral down gile-gile.

"U ni bola je... Main bagus-bagus pon bukan boleh wakil Malaysia!"

******************************

Cukup la kot. Guwa nak tengok game England pulak ni. 

Oh ya, lelaki tak suka dipujuk. Kalau team die kalah, jangan cakap apa-apa. Diam je. Ok?

Keh keh keh...

106 comments:

sweet life said...

ok.. dah bace sumer karangan anda...
skrg dah leh follow :D

fANa said...

pandauan boleh di guna pakai,,,heheh..

kenapa england dh 2kali seri,,,
cis la... kali ni kene menang jugak!!

cikgadis konfiuss said...

ekekeke
best la....
doktor cinta, terima kasih!
hikhik

ariz azali said...

gilo, habes satu post ko yang berjela aku baca...
tahniah untuk aku..
1st time komen blok ko.

cikgadis konfiuss said...

tapi llki ego mcm mn pula? ngeeeeee~~~

lelaki=ego
ego itu llki
llki itu ego
bahahaha

nursarah said...

haha, pasni kalau team Zack kalah lagi mmg aku nak hingaq kat FB tuh, ekeke

ieQa sWetLuv said...

dalam banyak2 entry zack dr dulu ika bace, entry ini paling ika suke.. panduan semua bagus3.. tapi kalo si awek or bf memang jenis x paham n x de toleransi payah gak ek.. kena sama2 balance dalam hubungan ngee~

Cik Bucken said...

terbaek sangattttt

pearl apple said...

huhu..ilmu baek nih...thanks ya bro..

joegrimjow said...

aurat tu zack
hehe

joegrimjow said...

nampak lutut.
hehe

xfatynx said...

Hahaha. Gile zack. Tabik springggg. Hehehe

myzairdina said...

wohoo..survey yg terbaik ahh ^__^

syaqirin said...

thniah utk aku juga..
1st time bace blog ni,
1st time nyelit cni..
hehe

faRahAdILa said...

rasa mcm baca buku MEN ARE FROM MARS, WOMEN ARE FROM VENUS la plak. haha.. gud job zack. sume tuh betul. :))

J. Love said...

*YAWN*


gua rasa budak-budak yang tanya soalan-soalan ni kene abes blaja dulu.

okeh bye.

dollygurlella said...

suke.,,
sume yg u tulis ade betolnye..!=)

Alyssa Villamor said...

doctor love lulusan mana ni zack ? ;p

farah said...

wahh bagus33!! da bley jdi dr fadilah kamsah dh ni~~ tapi ak xbace pon coz pnjg sgt.muahahaha.

@yuE said...

Annivesary aku kapel...


dua2 lupa...dah seminggu baru kami perasan...hakhak

Emora Valeria said...

ha betul2! ^_^
Tapi camane eh..aku dah takde feel nak in love dah.erk.. T_T

aion said...

suka tang perempuan memang camtuh :)
benda cmnih kengkadang kita kene cari sndiri how to solve it. tapi since zack-the-dr-love dh ade, tu yang semua pakat anta soalan tuh

P/S : lepas ni mau penuh lagi formspring zack zukhairi :D

nadia-ady said...

ahahah dah macam doktor cinta dah ni. Semua datang minta nasihat. Pasni leh la jadi kaunselor cinta eh =D

merduwaty said...

bgus la en.zack ni..da boleh masuk wanita hari ni tv3 slot kaunseling pasangan bercinta..hehe..=)

mimi saidi said...

hahaha...lawak la kaw ni! btw..spain kejenye kalah je.ape hal bro??

@juera said...

sedikit sebanyak ak dh byk blaja drpd pakwe ak..ak rse bertuah sbb pakwe ak jnis yg btrus trg apa yg dia suka dan apa yg dia tdk suka. so,mna2 yg ak rasa dia x suka ak ubahlah. cthnya mcm dia kata ak suka bebel..skrg ni ak dh krgkn. klu ak rse x puas hati sklipon ak akn bebel jgk tp depends keadaan la. so skrg kami ok. dia plak mmg jnis paham gak ak cmne.apa yg ko ckp mmg btol. pling ak stuju psl nk ingt tarikh2 pting mmg pakwe ak kdg2 x ingt. tp ak psycho dia spy dia leh ingt. alhamdulillah skrg bufday ak dia ingt. itu pon dh ckup. hehe..

Anonymous said...

suka blog u..menarik!!

MiSs LyN said...

wah..hebat2..hehe

zither said...

wah hebat lah kata2 awak nih, buat saya tertarik nak follow tahu?

jgn bagitau sesape ; saya bookmark page ini. kahkahkah.

Lyana Marzuki said...

TERBAIK! :D

SPAIN! HAHA *tetiba

virulent lolita tan benihime said...

terbaikla abg~!!@hehehe

fikah mus said...

syok baca.
sebab situasi menang-menang.
sebab incik zack paham dua2 pihak, baik laki2 atau pempuan.

syahliezza said...

cam kenal je tips2 ni...owh, mesti tgk gak kan...hihi...

wanie. said...

betul ke normal laki lupa trikh2 pntg cm tu. brthday pun lupa padahal fb bgtau.

what if the boyfriend sms lucah dgn kawan baik si girlfriend tu ?

you mmg pakar cinta incik zack :)
hahaha

nrliyana rdwn said...

AILAIKEE =)

Cik Nad said...

angkara fwc.. cth gne pakai bola je.. hahaha~

Tapak Kaki said...

semuanya benar belaka..

SweetyMui2 said...

incep zack..guwe pun punya soalan nih..jawab2..
knapa lelaki kadang2 gedikss??
haha :P

Razman said...

perghh..terbaek bro..tapi kau baru 19 akak angkat jatuh cinta, tak master lagi..aku rilek je dlu tukar2 21 orang.. hingga umor 21 jelah, masuk 22 thn, aku setia la skrg..haha

Misz ZeEE_Z0nE said...

aku nk taw la... nape der laki suke ckp syg syg but msg pown dlm 2 mgu sekali??? nk kate aku x phm dia sbk.. aku phm la dia sbk.. klw ak x msg dia.. smpi sdh x msg aku.. klw aku msg pown.. nth zmn bila nk bls.. kat ym pown x nk tgr aku.. tut tut msg kate rndu... errrrr... apakah mksdnye tu??

iJa said...

da bley gnti dr fadilah kamsah nih..;P

fizabakeman said...

waaa.. suke3... nk lagi..hee

are_nyss said...

best artikel ni..huhu..jadi org laki ni mmg sensitif cket la ea?huhu..emm..camne ea nk pujuk org laki tu cte pasal mslh dia?kdg2 ade kn laki yg ske pndam mslh..

y i en j r said...

I really lurve this entry!!!!! ;)
zack, nanti sambong lg yer ;p

~mAsItAh fUaAd~ said...

hahaha!klakar gile entry nie..wlpun rase cm nk wt muke siyes tp xleh r..mmg klakar...!!hahaha!!

nice entry...psal puji 7 kali n kutuk 1kali je bg idea lah plak an..

kalo puji sekali but kutuk 7 kali bole??hahaha!
bole aaaaa.......

za salehan said...

terbaek ah citer die
haha trimas la,aku pun baru nak blaja bercintan
tips bergune betoi!

y i en j r said...

zack, I Lurve this entry!!! harap ada sambungan lagi Part III ;))

y i en j r said...

zack, I Lurve this entry!!! harap ada sambungan lagi Part III ;))

chekgu Moe said...

hahaha~
aduh..banyak pengalaman.

alhamdulillah..laki akak tak mcm kupasan no 3 tuh..

dia enjoy makan kat rumah, then bila akak penat, bawak makan kat luar.

terbaiklah!

tulis lagi okeh!

artkaiser said...

tibe2 hati rase berbunga..haha

Shahira said...

okeh okeh terbaik!!!
mmg karya kau ni buat aku tergelak2 haha.
padahal tension n nervous for my research presentation esok.
btw ape yg kau ckp ni btol la.
hehe ko ni mcm nak jd Mr.K lak.
;pp

Ainee Cumi said...

wah! katam i baca.. BESH! BESH! BESH! tang perempuan ada banyak kawan laki tu I sokong sangat wooo

eiyda said...

nice job bro! =)

afifmohamad said...

bagus zack..mmg brguna tips ang..kalau bley bg lagi tips2 yang bes...

moshintamo said...

hhahaha..nice2..tp bab difahami n disayangi tu aku dah tebalik dah ngn bf aku..hakhakhak..

Huda Luna said...

99% hampir tepat
huhu

miere said...

wa caya sama lu,Zack

Ada tak cara supaya jadi lelaki pilihan hati?

theHusnaM said...

terrrrrrrbaik gila!
mmg btol lah semua isi dan contoh.
>.<

chekgu ct said...

mcm dlm forum petua mencari pasangan yg dato' dr masyitah ngn dato' dr fazhilah kamsah..hehe

/Dayah//Nurul/ said...

keh3. incik zukhairi bakal menggantikan dr fadhilah khamsah. risau la belum mula bercinta lagi, thanks fr the sharing entry notes. ko bia betul xsuka dipujuk. . "jgn membazir" , same abah ku kata

taufufamaniac said...

haha...i like...=)

Linglung said...

lu dah boleh jadik doctor love dah niee derr.. :))

hazwah amin said...

cool giler u ni zack!!! macam dah tua..byk pengalaman...hehe..

ravishingpeacock said...

gmba ang n statement 2 paling xleh blah LOL..papepn best :)

heart~ said...

mak oii pnjang giler karangan tp tak bosan pon baca hahaha...

btw nice story =)

first time ni baca entry yg pnjang berjela cmni...kekekeke

iekaaziz said...

wah.. best.. sempoi..
sgt berguna.. :)

Invince_Z said...

betul kata2 incik zack tu...

muzakkir said...

tak sangke abg aku macam nie!!haha

haway mutasawwil said...

wait for part 3

si lisot said...

zack. selame ni aku silent je. tapi kali memang terbahak gile la. ang ni kan.. hahahahahahahahaaa... tu je yang cek mampu komen.

althafunisa said...

salam...almost 3 weeks tak buka blog...n bila buka mmg bnyk lar yg sya tertinggal...n ta taw cam ner nak cover blik..ceywah..da jdi doktor cinta lak eak...
hmm...alang2, saya pon baru clash..
syg sgt kat dia lagi..tpi dia lak da tak syg sya..so, bgi lar tips skit cam ner nak lupakan org terssyg yer doktor cinta..

Seri said...

tips berguna

Miss Faazleenz said...

ceyes bes...ahahaha..:)

farha said...

youssshhhhh,bwu try bace entry blog nieyh 2 ary lepas~
dah bace sume entry dlm 2 ary!
SUPER BEST BLOGGER,yeah!

amzah ian said...

realiti mmg saket kan...

Mama Yuki said...

ooo ok.

incik, linkwithin incik x berfungsi...sekian

Ery Farieha said...

alamak
terlambat lak bace entry ni
huhuh~
nice.
dr cinta jage cik awek lek lok ye
hahaha

miss faten said...

seorang follower baru. cuma nak cakap, this entry attracts me so much, best baca :))

rhapsody LiN said...

haha... memang pro lah! ^_^

Mommy Pinky said...

haisyh, tak perasan lak dah berupdate..byk betul pesanan berguna nih..hehe XD

myonyu said...

hahahhahaha....lau jenis cam aku lak cam mana cik zack...ku hap hap...haha..

myonyu said...
This comment has been removed by the author.
FiqaSaleh said...

boleh ganti dr.fadzilah kamsah.. thumps up

Anonymous said...

minta izin share. =)

merryworld said...

boleh diguna pkai gak apa yg zack bgtau....kekdg tu btul gk....thumbs up for u....

ZURAIDA said...

zack bg lg tip byok2....hu3....

Anonymous said...

mula2x mcm poyo... lame2x ckit kira best lah.. hebat..

Anonymous said...

mine punye love story laen plak.ak snanye yang tak particular dlm rship kitorg.nak di kire ratio ckp i love you btween ak dgn bf ak.dlm sehari tu kire cm 5:1 je.ak xske ckp i love you.klu ckp pun lepas tu mesti berbulu tekak ak.tp ak syg dea.cme klu time2 dea na manje2 ak xle layan sgt.heheh.pastu klu bab2 anniversary dea snguup habis duit.tp ak xplak.and ak x ske share duit/dea tlg byrkan brg2 ak or belikan ak benda merepek2 spt bola kristal or teddy bear.bunga2 an tu bole la diterima akal.hoho.cmne tu?

zackey said...
This comment has been removed by the author.
zackey said...

menarik posting ni..mau ambik sket part dr posting nk publish kt blog.tq

Na'Q said...

pendapat aku la an.. balak style sempoi, aweks style lecey.. tp tanpa aweks, balak mmg tada guna.. so, terima la seadanya.. waahahaha.. *pasni aku nk ganti Dr Fadzilah Kamsah..

masshie mastura said...

heeeeeeeeeee so true la zack. about both. boys n girls ;)

Bello said...

i suke ur blog .
slalu guleng2 bacehh .
ngee =)
neway , na amek sked part dlam blog u buleh ta ?

...miSS fAi... said...

ish, ko nie kan zack... aku musykil betol la... mcm ne la ko leh nak jadik engineer nie...?? cube jadik dr love ke... heheheh

sherry said...

tp zmn skrg ni, rmai yg mcri psgn tgk paras rupe n seksi2 compare 2 agama....

anyway, entri ni best, byk input bguna...sgt2 suke =p

TaRaBaS said...

erm...mmg mcm byk yg betul la..esp bab tegur nak kene ade cara...ptt la cik abg majuk..maybe aku tegur janggut dia yg pjg n serabai tu kot...ahahhaha....hush~~~kene pujuk la ni yerk (-_-")

lemon said...

fakta yg awk beri ada logiknyer..contoh bab lelaki lebih cri gurl yg memahami..memeng betul selalu dgr lelaki ckp ble blaku perpisahan or pnceraian msti dy kata gurl tu xpham aku..huhuhu..menci that fakta but good..chaiyok2...nice ur blog=)

ZeLa said...

bukan sume tu indah...
aku masih ingat lagi.. masa tu aku baru jer kawin mid year 2008. next year tu bulan 1 tanggal 16 besday aku.. klu dia tak ingat xper la tak kisah sgt.. tp yg pedihnya tu apsal la masa tu gak nak citer pasal ex-gfnya dulu.. tht was suppose to be my day ok... start ari tu la aku tak berapa apy sgt nak celebrate besday aku.. klu bleh nak lari je klu dtg ari tu... benci sangat2.. sedih aku.. ko jahat wat aku nangis.. hate u...~~~

noneyloveswhite said...

woo..ape yg zack ckp tu sume btul cuz da pnah tnye kt bf.die nak org yg faham die..bkn yg jeles n kongkong xtntu pasal..~

nad_dd257 said...

bgsnye en zack ni...
bole aq cedok ckit some info tk dri aq.. ^_^ n balak aq gak.. he3..

adib said...

salam..aku nak share kat fesbuk boleh x?? info yang sangat2 berguna. thanx buat topik ni

anisizzati said...

salam brader.ak ada copy icon hg tu,decorative purpose.mintak izin ea.haha!

anisizzati said...

salam brader.ak ada copy icon hg tu,decorative purpose.mintak izin ea.haha!

anisizzati said...

salam brader.ak ada copy icon hg tu,decorative purpose.mintak izin ea.haha!

vpcea45fg_90 said...

bgus entry ni..bg fhm kat pmuan yg ngada2 2..

sakit telinga aku tiap2 mlm dengar merajok2 kat balak dia..
mende simple je,nk meletop..

ak(lau laki la) lau macm uh tinggal je

Anonymous said...

best la bro !!
mmg sama cm BF aku ckp ! ^^

Related Posts with Thumbnails