Lebih kurang dua bulan lepas punye cerita. Petang tu angin bertiop sepoi-sepoi bahasa... Bahasa apa, tak payah la ang tanya. Bahasa melayu la kot. Mana la aku tau. (-_-") Dah cikgu aku ajaq kalau angin bertiup je, mesti bubuh "sepoi-sepoi bahasa" kat belakang ayat tu. Kire macam nak bagi cantik ayat ar katanya.
Jam Fossil di tangan, aku jeling laju. Kelibat jarum pendek pada angka dua diikuti jarum panjang yang seakan hampir bertindih dengan kedudukan jarum pendek jelas menggambarkan suasana waktu itu cukup sibok bagi umat bergelar manusia. Tak kire penjawat awam kerajaan, cikgu sekolah, peniaga buah-buahan, posmen, mau pon pelajar universiti, semuanya sedang sibok dengan kerja masing-masing.
Kalau dalam drama melayu, yang pastinya ada beberapa scene saja pada waktu-waktu petang macam ni. First, scene dalam pejabat (office) yang mana si Hero akan berpura-pura sedang bercakap di telefon dengan ntah Tan Sri mana ntah. Dan yang pastinya dialog itu akan berbaur isu-isu bisnes seperti "Ya Tan Sri. Macam mana dengan tender kite dengan Wira Holding tempohari... I dah mintak Lisa siapkan portfolio..." bla bla bla...
Kalau drama tu berkisarkan percintaan, waktu-waktu macam ni, scene di mana si Hero dan si Heroin sedang makan-makan di sebuah restauran pastinya tak asing lagi. Antara isik kandungan perbualan termasuklah "Mommy I da bising tau. Bile U nak pinang I ? Daddy I tu, U bukan tak tau... Beriya-iya dia nak U ambik alih syarikat dia tu... Dia dah tak larat nak handle syarikat tu sorang-sorang. Mommy I tu pulak tak sabar-sabar nak timang cucu! "...
Drama liku-liku kehidupan keluarga si miskin pulak, waktu-waktu lewat tengahari macam ni, si Ibu (biasanya dengan kain batik dan baju kurung lusuh corak bunga kecik2) sedang menarik muke sadis sambil menggoreng ikan masin di kuali. Lepas tu, akan ada babak si anak kecil yang baru balik dari skolah dengan baju sekolah yang wajib koyak-koyak dan comot-comot gara-gara di buli di skolah tadi, balik dan terus ke meja makan. "Ibu, hari-hari makan lauk ikan masin je...Ali da jemu la...". respon si Ibu? "Sabar ya sayang...nanti ayah dapat gaji, kita makan sedap-sedap ya?" sambil mengesat air mata... Sekian.
Oh drama...drama...
**********************************
Ok. Berbalik pada cerita asal. Petang tu cuaca baik. Tambahan pulak tengah cuti semester. Membuatkan petang tu bertambah baik. Ya, at least bagi seorang student macam aku.
Sliding door yang memisahkan bilik aku dengan housemate, aku selak perlahan. Pandangan mata aku menerawang sekitar bilik. Pegun. Statik. Takde sebarang objek bergerak. Mungkin beliau keluar dengan minah japanese lagi la ni... bisik hati aku.
Bersiap lebih kurang, aku sarungkan jeans berserta tshirt nipis lengan panjang warna hitam. Aku capai jaket tebal, terus keluar dari bilik. Destinasi aku tak jelas. Takde hala tuju. Yang pasti, aku mau keluar memanfaatkan cuaca petang yang baik tu. Duduk sorang2 depan pc pon bukan boleh mendatangkan keuntungan. Kekadang terpikir jugak, kalau lah komputer aku ni diibaratkan seperti seorang awek cun yang perlu difahami isi hatinya, maka aku yakin by the time aku tulis entry ni, aku sedang bahagia bersama awek tu dan mungkin silap-silap kitorang ada baby comel-momel macam Amani dalam crita Adamaya...
Mau tak nya? Kalau dah berjam-jam setiap ari aku abiskan masa ngadap muka dia, jangankan kata isi hati, isi perut, isi limpa semua aku da boleh faham kot ? Ah. Merepek.
Setibanya di stesen keretapi bawah tanah (subway), aku jadi buntu kejap. Tak tau mana aku nak pergi. Tika itu, aku bayangkan kalau la aku di stesen KL Central, mau je aku tekan butang KLCC. Tak pon, aku jalan kaki sikit ke Monorel, dan beli tiket ke IMBI. Timesquare maybe? Tapi tu semua takde kat jepon ni...
Akhirnya, aku buat keputusan untuk jalan-jalan sekitar 'Ousu Kannon' yang terletak lebih kurang 15 minit dari situ. Ousu Kannon tu kire macam Petaling Street jugak ah. Tapi tak semeriah mana. Suam-suam kuku je. Boleh la sekadar jalan-jalan memerhati sekeliling... Takde apa pon yang menarik petang tu. Sekadar kelibat remaja-remaja jepon yang dating dengan fashion yang ntah hape2, makcik-makcik 40an yang window shopping dan beberapa foreigners lain.
Merasakan perut ini seakan-akan ditendang dari dalam, lalu aku menyinggahkan diri ke kedai makan Turkey yang berhampiran. Aku usha mamat Arab tu senyum-senyum semacam je... Aku cuba positif. Aku senyum semula dan terus amik port kat meja bar tepi dia.
"Irasshaimase! Douzo!" (Slamat datang. Sila2.) ujar mamat Arab tadi dengan pandangan tepat ke muka aku bersama sekeping senyuman.
"Kore wo, potato setto de... onegaishimasu.." (this one, with potato set please...). Jawab aku setelah beberapa saat membelek menu yang tertera di depan mata.
"Onomimono wa ?" (drink?)
"Kekko desu." (no thanks.). Sengaja aku malas order air sebab aku tak dahaga pun time tu. Sekadar singgah pekena kebab je.
"Haaiitt...kore agemasu." Mamat Arab tu tersenyum sambil menghulurkan aku segelas air teh percuma. Celaka. Ini mesti nak menganjing aku ler ni. Ingat aku tak mampu beli air ke hapa? Tapi aku cuba bertindak positif dan rational... Cool...
"Ah, Arigato..." (thanks) - jawabku penuh budi bahasa di samping senyuman yang aku sendiri tak pasti sejauh mana keikhlasannya. Bukan apa, cerita mamat Arab 'tido' dengan awek member aku dulu still terngiang-ngiang lagi dalam kepala aku. So, aku macam trauma plak bile berdepan dengan pak Arab. Maybe aku kena tukar mindset aku. Sigh*
Sambil membelek-belek pamphlet/risalah berkenaan Turkey dan Istanbul yang ada kat situ, aku sempat menjeling pada mamat Arab tadi. Tersengih-sengih die sambil menghiris daging kebab yang aku order. Entah apa dalam pala otak die, aku pon tak tau.
"So..U Malaysian?"
"Hait! Err... I mean Yes." Jawab aku sedikit terkejut.
"I've been there, once. Nice country huh?"
Aku senyum sambil mengangguk perlahan. "How long have u been workin here?" Kali ni aku cuba bermesra sedikit dengan harapan dapat kebab free. Walau pon aku tau english aku agak ke laut...
"Two years."
"I see..."
"Is that your cam?" ujar mamat Arab tu sambil menuding jari ke kamera aku.
"Yup."
"Nice cam."
"Well, thanks."
Perbualan kitorang berpanjangan lebih kurang 15 minit jugak la. Macam-macam jugak yang dibualkan. Dari topik yang common macam gaya hidup, masuk ke bab pekerjaan sampai la ke bab pembangunan negara. Punye excited die bercerita, aku layankan aje.
Demi menambahkan lagi kebarangkalian untuk dapat makan kebab free, aku cuba pancing dia buat kali terakhir.
"Hey, mind if i take ur picture?"
"No problem man!" Jawab dia sambil posing gaya tak nak kalah. Aku menggeleng dalam hati.
"Maybe I'm gonna introduce u to my girl friends. In case...ya, u know... maybe u guys can hav a date later... party... sort of things..." (pancing)
"Cool!".
Wah. Die punye senyum... Macam pengantin laki malam pertama! Berseri-seri!
**************************************
"I think i have to go now. Soo..." (sambil berpura-pura menyelak wallet dengan harapan tak payah bayar.)
"980 yen desu!"
Oh. Ok.
.
74 comments:
macam baca novel lak ayat2 dlm entry neh. hehe :p
kesimpulannya... kalo laki pergi kedai laki yang jaga mmg tak dpt pree. ayat la macam mane pun.
kalo berbeza jantina mesti dapat pree.. tapi mesti kena pandai ayat
kahkahkahkahkahkah..adoii laaa..
aku cam konpius ngan intro yg panjang berjela jela tu..
ulasan drama yg menarik..dh brapa lama bergiat dalam bidang ni?? haha~ =D
boleh tahan pak arab tu zack, HAHA! eii. part drama takleh blah. leh jadi penganalisis kowt.
macam tak caya zack update blog cam biasa. kelip2 mata baca entry nih. haha!
lisa aku punya
hahaha
ang jangan nk perasan ang akan dapat kebab free la bro...hahhaa..
melainkan ang wat muke jambu kat depan mamat arab tuh..hahaha
wakakakaka..
boletahan gedik pak arab tu.
eh macam mamat arab ja.?
huih, xdpt gak kebab free. xpa lain kali cuba lagi. XP
aku rasa ang kene guna skil lain lah...hahaha..;p
lu mungkin dapat free kalo mamat tu gay...haha.. ayat lu kurang manis kot.
hahahaha.
punya mengayat,kena bayar jugak last2.
heee.
wahahhaa....taktik anda x menjadi..mungkin perlu lebey er0tik untuk buat mamat arab itu cair...btw intr0ducti0n yg sgt bagus...ha2...
hehehehe..skill x mnjadi..sila cube lg..hehehe
Ahhh ! Bahasa Malaysia time Spm kau mesti dapat A kan ? A1 kan ? hehe
awat ak rasa ayat hg cam len mcm ja..hehe..
hg kna bljaq mngoda geng spsis (laki) hg ni..kot la nnt2 berguna for kebab free kat2 ms2 dpn..hehe
p/s: update sllu noh...hehe
kau salah cakap, ada ke kau nak introduce dia dkt girl friends,
kau patut introduce dia dkt boy friends.
atau kau sendiri ajak dia date
macam tu baru dapat minum free
patut selak seluar sket, kasi nampak betis-sure dpt free utk dinner skali!! heh!
hahaha dh makan bayar ye brother. :p
bayaq bro, jgn tak bayaq..
pancing tak menjadi ler hehhee
cuba kau ckp kt dia kau empunya blog realiti konspirasi. mgkin bleh dpt free. sapa tahu kan? haha.
hahaha..teknik salah!
hahahah..
skali dye xmakan umpan daa..
entry yg panjang lebar, entri yg terbaaeekkk.. tp, salah teknik la.. klu x, sti x payah bayar... ^_^
hahahhaa zack.. ada rasa nk bunuh diri tak?? ekeekee...
pak arab.. hai... pak arab... hahahaha
nape ayat2 mu ini persis cerita novel wahai zack?aku terkesima sebentar.ngaha!dollah tol la ang nie,pandai eh nak bodek pak arab tuh.padan muka tak dapat makan free!
style..terbaekk ah punye cter
wakakaka waklu! tak dapat kebab free :P
nampaknye tactic ang kali utk dpt kebab free kureng menjadi...walaopon dah nyaris2 ingat dpt free ;p kena try skill baru neh ;))
p/s: semalam aku mimpi dpt entry baru baru dr ang, harini "ting" nampaknya zack dah kembali!! yeayy~~
haha ;DDD susah skunk ni nak dapat benda free2. even masuk tandas pun kena bayar 30sen. lepas ni kena byr posen pulak? huhu
hakhak kesian tak dapat kebab free...xpe cube len kali je la..lu silap ayat tu...
sedap ke kebab tu? ^^
haahahhahah
tu lah
jangan harap sangat dkt pak arab tu
kedekut tu
wakakakaka
tapi kebab tu nampak sedap
p/s : pak arab tu posing lawak la...wakakaka
penat je kau pancing. tak menjadi pancingan kau.
haha hensem wooo~
dia ada fb x?
haha
kahkahkah! tak menjadi taktik T__T
eh,aku mmg teringat harga kebab ni bila tgk tajuk. hahahah.
hensem nowh pak arab tu . haha
gay stories in japan.
haha!! gile la.. da tau mat arab gila seks, duk tangkap2 gambar ngan die tak paham tuh.. =.="
kau gay ke zack?
hahahahahaXD
oke gurau. pftt T____T
haha.. len kali nk kebab free kena pancing bwk awek jepun sorang kat sebelah kot.. bru leh dpt free.. laki mn dia mau bg free.. haha
bajet tak yah bayar la tu..poiyo..
zack kalau tak ingat ika lagi memang KONFEM nak kena ketuyk laju2!! huh~
tak perlu nak tukar mindset tentang diorang rasanya.
sebab memang most arab guys perangai memang haram jadah.
based on my own experience, and friends'.
PS: mereka tidak akan suruh kau bayar kalau kau busty and bootylicious, i believe. :p
bes speakin jepun.. cam mau praktis bahsa jepun jap. dah cek harga kebab mahhal maa, tp kalo sedap xpelahh mkn je
part atas,
sepoi-sepoi bahasa jepon la sebb kt jepon hehe
part tengah,
tipikal drama melayu mmg mcm tu
part second last,
cacing dlm perut menendang mntk mknn pree dr pak arab
part last,
penat hang pancing pak arab tu, last2 980 yen jugak
senyum sampai ke telinga pak arab tu dgn buat muka paling comel
wah~~ haku rase gelak2 gak sket.. walaupun haku baru bace 2 3 ayat.. haha..
la..igtkan dpt free tadi.. XD
haha bisnes tetap bisnes ma! ;P
kena blaja lg cara2 nk ngumpan pak arab..hahaha ksian ang kan!
980yen. silakan bayar. haha.
sila bayar yew ;)
hai jek.
hmm...
kalo jek tulis novel...
mesti laku habis nih...
tanak try ke dik?
ataupon compile sume cite dalam blog...(mebi part kartun comel2 tu hangat gile!!)
whaahaha~~ mcm best jeh!
lawak2
woit, 980 yen? dekat RM35 tuh dekat Malaysia...
memang mahal macam tuh, ke sebab hang menganjing dia nak bagi awek apa segala?
ke tak pun air tuh bukan air pree? air yang rege 280yen = RM10?
hehe
mungkin dah nak jadi rezeki dia kan, nak buek macamana.
lain kali kena ayat lain skit...
anyway, great to see you back Zack :)
assalamualaikum
haha...berangan je la nk mkn free....nk nk kt jepun.... bole bankrupt kalo de 10 org cm ang..haha
ko xleh offer girlfriend ko...ko kene offer diri ko, baru die kasi free...hahaha~~
konon2 nak makan free la eh ang ni..wakaka..
hehe..ko mengayat lelaki zack,memang la fail..cuba kalau tukang jual tu pompuan..confirm dapat 2 kebab
akhirnye lu kembali bai!
hahaha~
rmi yg tggu nie bro~
cite sket mne ko mhilang??
ko ni boleh jadi penulis novel terkenal. pasti laris novel ko.
haha nak bodek pak arab x jadi lol
haha.
buang masa je berbual mesra,
takde hasil.
=p
ahaha
kat jepun ada roti canai dak?
ingat dia gay.. sebab sengih2 semacam je pndang kamu zack? :P
aiseh...xdpat gak makan free...^^
http://halusinasi90.blogspot.com/
akhirnya kena bayar gak.. ingatkan tak kena bayar. hehe...
pssst.. baby comel macam amani tuh habis semalaya pakat dok ngidam tak zack wakakaka... aku pon terikut sama
heheheh..nak mkn pree..hehehhe...
wahahahahhahahaha..!!!!
gelak guling..!! lawok xhengat punye le kan mengayat nak makan pree las2 kene bayo gaks..agagaggaga
sah mamat arab tuh sengih2 sal de owg nak mam kebab die..muahahaha..xpon mmg die murah ngan senyuman.kikiki
keh3, umpan x mengena..
Aku fan baru ko..
Seriously ak enjoy baca segala entries yg ada dlm blog ni..troskn usaha bro..
Lawak plak kisah 980yen ko ni..
tp mmg slalu mcm tu pon..bila kita xexpect org blanja..free je dpt kan..haha
hahahahha, laen kali ko kena wat tips tok makan free... heheheheh...
haha.. klaka2..
haha...mcm novelis...
dah..agak dahh..kalu zack ayt msti xdpt free pnye...msty smgt bile nk mik pic tue knon dpt free..tgok2 kne byar gak..cmpom blik tros nk dlte pic tue..kehkehkeh..pape pun nice stry lah zack..^_^
wow, rm38++ kan? mahal la jugak ye sara hidup kat jepun.
If you would like an alternative to randomly approaching girls and trying to find out the right thing to say...
If you would rather have women pick YOU, instead of spending your nights prowling around in filthy bars and nightclubs...
Then I encourage you to view this eye-opening video to find out a shocking little secret that has the potential to get you your very own harem of hot women:
Facebook Seduction System...
Post a Comment