Bile Cikgu Zack mula mengajar...


Satu malam sekitar tahun dua ribu berapa entah, kebetulan malam tu aku duduk-duduk dekat serambi rumah. Biasa nya time-time Buletin utama jam 8 malam begini, aku da lesap dah. Kalau tak motor honda Ex5 Amai yang menjemput aku pi minum-minum, boleh jadi  memember yang lain sms ajak pekene futsal barang sejam dua dekat Seremban Dua.

Tapi hari tu lain sedikit. Mungkin faktor cuaca malam tu yang semacam hendak hujan membantutkan niat mereka untuk mengajak aku keluar berseronok-seronok. Atau mungkin juga faktor ketiadaan wang untuk mengisi tangki minyak motor masing-masing.. Atau boleh jadi Amai sedang khusyuk mendengar tarbiyah lepas maghrib di surau?. Ok, itu mustahil..

Melihatkan respon aku yang tak tentu arah sekejap berdiri sekejap duduk itu, akak aku yang sedang tekun mengajar budak-budak tuisyen ketika itu menjadi fed-up, seraya berkata...

"Ang ni pasai pa? Macam orang mati bini ja? Tak nampak ka aku tengah mngajaq ni? Ang pi masuk dalam ah. Tak bole fokus la aku lagu ni! "

Dan bagaikan orang nyenyak tido dicubit pahanya, kata-kata beliau tu telah mematikan lamunanku. 

Oh, Sungguh bangang ku rasa tulis begini...

****************************************************

"Alahai, apa la yang susah sangat stakat mengajaq budak-budak tingkatan satu dua tu?..." bentak hati aku. Tapi tak brani la aku nak cakap depan-depan takut-takut sat gi pen marker dakwat permanent beliau singgah kat dahi. Maklum la, bukan boleh 'cucuk' sebarang-sebarang cikgu skolah ini ari. Hangin beliau susah diduga.

Sambil mengeluh perlahan, aku bangkit dan terus ke meja makan tempat budak-budak tuisyen tu mentela'ah.

"Bak mai tengok apa yang angpa blajaq ni..."

Dengan gaya seorang lecturer lepasan universiti luar negara, aku terus  membelek buku latihan anak murid akak aku sepintas lalu. 

Ada satu rajah bulatan beserta segitiga di dalamnya yang mana ketiga-tiga bucu segitiga tu tepat mengenai dinding bulatan. Satu sudut segitiga tu tertera angka 30 darjah, dan satu lagi sudutnya yg lain tertulis 60 darjah. "Find x..."



***************************************

Suasana ketika tu sunyi sekejap. Aku usha sumer mata bebudak tuisyen tu merenung tepat ke arah muka aku. Ada jugak yang kelihatan seolah-olah menganjing aku dengan pandangan mata yang kononnya aku baru pertama kali jumpa soalan macam tu. Dan besaq kemungkinan kalau aku tak dapat selesaikan masalah tu, aku syak mungkin diorang akan menyuruh aku join tuisyen bersama-sama diorang. Oh, itu tidak wajar sama sekali.

Kali ni, pandangan aku alihkan pada akak aku pulak. Dari raut wajah dan senyuman nipis beliau, ternyata beliau juga meragui kewibaan aku dalam ilmu kira-mengira. Cilake. Apa tidak kah beliau sedar kewujudan sijil johan kuiz matematik peringkat sekolah-sekolah sekitar Negeri Sembilan berwarna biru dalam fail aku kat bilik tu ? 


****************************************

"Nampaknya aku tak boleh silap ni..." bisik ati kecik aku sambil mencongak jawapan soalan tadi dalam kepala. Dua tiga kali jugak aku congak. Kesilapan yang kecik boleh mengundang kemaluan yang besaq. Aku sedar tu.

Dengan riak muka yang tenang, aku capai pen marker hitam atas meja. 

Leher aku telengkan kiri dan kanan. Berderap derup bunyik sendi tulang leher tanda langkah awal persediaan sudah pun complete. Jari jemari kedua-dua belah tangan aku temukan dan graaappp! 

Sepelosok ruang beranda rumah tu dipenuhi dengan aura suspen... Cicak yang dari tadi riuh berbunyik, mula senyap. Kucing yang khusyuk menjilat-jilat bulu bawah meja pon turut sama berhenti menjilat. Semut-semut itam kat dinding yang dari tadi mengangkat lebihan butiran nasik, semua lepas tangan. Siap ada dua tiga ekor yang jatuh berguling-guling gara-gara hilang pertimbangan.

"Ehemm..."

Aku mulakan langkah dengan penuh keyakinan. Walaupun agak fifty-fifty jugak sbenaqnya di pressure sebegitu rupa, aku tetap maintain cool.

Sambil menconteng rajah segi tiga yang dah pon aku hafal siap-siap, aku membebel sorang diri mengadap whiteboard menerangkan introduction soalan dengan sedikit terperinci.

"What we have here is a simple trigonometry problem..."

Jelas aku dengan lantang sambil menyudahkan lukisan segitiga.

"So, first of all, what u need to know is..."

"Cikgu, boleh terang dalam bahasa melayu tak?"

Tiba-tiba sorang budak pempuan spek bingkai itam di ujung meja bersuara mematikan presentation aku.

"Oh, okay...sorry."

Mana la aku tau kene cakap bahasa melayu. Sebab soalan dia tulis "Find x" ?

"Ok macam ni, firstly ang kena tau sudut pendalaman sebuah segi tiga, kalau dijumlahkan semuanya adalah sama nilainya dengan 180 darjah." 

"Soo... Sudut yang ini 60 darjah di campur dengan sudut satu lagi 30 darjah bersamaan berapaaa?"

Soal ku dengan meninggikan sedikit kadar desibel dan frekuensi suara di hujung ayat, lagak seperti guru tadika mengajar bebudak 6 tahun.

"90 darjah kan?" Ujar aku sendiri lepas melihat reaksi yang kurang memberangsangkan dari bebudak tu. Rasanya takde apa yang susah pon stakat suruh campur 60 sama 30. Aku pulak yang jadi konfius.

"So...kalau total sudut segitiga sama dengan 180 darjah, tapi kite dah tau dua dari tiga sudut tu 90 darjah, maka, sudut yg satu lagi iaitu 'x' mesti lah 180 tolak 90 ! sama dengan 90 darjah..."

"x=90"

Aku tulis besaq-besaq kat whiteboard.

**********************************

Suasana hening seketika. Masing-masing berpandangan satu sama lain.

Aku dengaq ada yang mengeluh... Real punye mengeluh.

"Cikgu, soalan tu kitorang dah buat laaa... Soalan nombor 9 ni yang kitorang tak paham. Macamana nak kira bucu segi lapan ni! "

Aku perhatikan semua mata bebudak tu da tunduk kebawah dengan bahu bergoyang-goyang, tangan pekup mulut menahan ketawa. Ada jugak dua tiga kerat yang kurang pendidikan moralnya dah mula barai ketawakan aku. 

Lantas, aku seluk poket seluaq belah kanan dan berpura-pura menekan button "call".


"Ha Amai! Guwa on da way la ni... Lima minit lagi guwa sampai !! "



*****************************

115 comments:

..nOj.. said...

hahah terbaik ah. so bebudak tu dh beso mane skang ni?

Ijat chomeii said...

kahkah..terbaek ah..cikgu zack!!

Melz said...

Awat ang tak jawab soklan 8 buju tuh zack ? cis

Adam said...

Undercover yang baek untuk mengelakkan kemaluan besar. hahaha

meiceya myh said...

haha...lawak-lawak...

~blog walking

syahira ariff said...

larrrikkkkkkssssssssssssss
hehehehe

faramira said...

hahaha... MALU nyerr...

*gelak guling2*

wah! first tyme komen..

aBoi said...

haha...malu jugak akhirnya...

Othman Juliana said...

haha~ good one!!

saffachok said...

hebat ilmu hisap ang dlu2..dlu2 slalo je cikgu puji aku.."ang mmg budak Cemerlang la.."hakikatnya "C" untuk cemerlang!!!hampeh je...

Miro Armyrule said...

wakakaka...skit lagi gelak..wakaka..ang mmg sempoi zack..cover tuh yg sggh nice wa ckp sama lu

Fatin Al-Rajeh said...

mak aih, segan doe. ! perghhh.. kalo aku dah lari, blah dari rumah.

. . . said...

hahahaha :D the best post kot xD love ur blog gile2 ouuh .. haha

waniey said...

thp konfiden ngaja ko mmg xle blah..hahaha

Syasya Imani said...

suspen je bace..
wahhaha..
cikgu lari!!

e~car182 said...

boleh tak nak cakap:padan muke! ;D

otak ketat said...

kalau aku jd salah sorg budak tuh mmg aku dah campak pen kt kau dah. haha.

Encik Tikus said...

tulah membabi buta lagi menjawab dan memberi presentation, haha peace no war ! :)

[ : emyqa: ] said...

kahkahkah..
cilaka..

darn2 ko nak lari erk....

suria said...

zack, pasni kalau jd macam tu lg, xpayah call amai. ko call je aku, xpun aku yg ajak ko kuar..
hahaha

nand nasyari said...

hahaha..blagak lg..padan muke ang..wakaka

fikah mus said...

kah..kah..kah..
aduhai..
gelak besar sorang2.

yang tak tanya dorang dulu tu, kenapa??

bARdbOO said...

hahaha...lawak gila...aku pun boleh jwb soklan tu...hehe

☺[ai][sUmi]☺Chan said...

hahahaa.. kan dah kena.. :P

@juera said...

adusss!!malu nya weiiiii...........

lots_of_hatred said...

hahaha.. ang memang pandai control macho.

m. said...

hahaha,ada2 jeelah ko ni zack.

berangi je aku baca pasal cicak n semut tu.

ada masa lak ko nk perhati semua tu.

terbaikla cikgu zack!
nanti suruh cikgu itah ajar ye.(:

Wan Perlis said...

awat ZACK ??
zip lupa tutup ka

ismishahril said...

haha. aduhhh. nasib baik masa ko pura2 call tu, tkda call masuk. kalau tak lagi sekali kau kena gelak.

saMASkuTUraRA said...

ahahahhaa
seb bek kucing semut cicak sume xpandai gelak..
kaloo x da join budak2 tuisyen tu sekali...
wahahaha

nursarah said...

kahkahkah!

apepun persembahan kena terbaik. yang lain amik pi la. haha

Farid Fernandez said...

siot jer!!!

hahahaha

♥CIK SHA♥ said...

ahaha..macam2..len kali jangan nak nyebok time orang dok mengajaq..kan dah malu sendiri..kui3..

eh zack..ang ni memang terer ar mengarang..p wat novel sebijik..konpom laku..

Emora Valeria said...

konfiden je..bukan nak tanye diorang soalan nombor berapa. ^_^ guling2~

Rozana Razali said...

muahaha, silap soalan daa.. =P

syarifah radiah ibrahim said...

harharhar~~
silap ghopenye~~

♪7teenz♫ said...

ekekekeke...
terrrbaeekk larh!

izzuzachi said...

kelakar giler...(gelak guling2)...
siap cicak,kucing semut skali beri perhatian kt ckgu zack...hahaha...

Anne Boleyn said...

hahahahahahah..gelak besar baca entry ni. mengong! tapi siye doe.gaya penulisan macam ayat novel. Adey, penat den baca. tapi best. btw, ekau bilo nak comar duli datang blog den? hakhak :p

R.R said...

haha malu gila :D
bagus cikgu, bagus.

ciKeju said...

hahaha

aku zaty said...

hahahahha..
aduhhh.. gelak guling aku bace citer nie..

ha, lepas nie encik Zack bole la apply jadi cikgu kat skola sy ye..
hee~ ade bakat kut..

cume..
len kali tanye dulu soalan mane yg murid xpahamm..

oke, cikgu Zack?
hee~

nman said...

hahahaha lucu la..terBAEK!

aku dh jangka happy ending memang jarang ada utk watak dlm blog nih hehehe..

lucu ar~

Judiene said...

hahaha
xbleh blah
taktik basi dah tu bro

XP

AyuE said...

hakhak...len kali jgn bongkak zack..tuhan marah...


lg satu dlm bahasa kedah..ehem2.. bukan ANGPA la tapi HAMPA...

sebutan dia len sket bukan mcm hampa kecewa merana tu...hang pi amik tuisyen len la..hehe

aku plak yg lebih2...=p jgn marah ha..

Fazira said...

hahahhahaha....
kelakar-kelakar.....
dari tak nak malu...
mmg terus dapat malu...hihihihi

virulent lolita tan benihime said...

comel giler bang..hahaha

ardinihumaira said...

hehe ang ni zack.. sengih2 aku baca.. :p tp ok ape ko ngajar ado bakat apo.. hik3...

^__^

z i e s y a said...

wahaha..
taktik bkesan

joegrimjow said...

8 bucu?

(n-2) darab 180

kan?

entah
aku pon xingat dah

pk punya pk

buat ape la blaja benda ni kat skolah dlu
hehe


weh
ku kira ko senyap tanda stuju la tu
hehe

pikaka said...

ang memang terrar!! hak2

me and always ME... said...

terbaiklah!!cara cover yg memang mujarab kalau bab2 depan org...fon tak bunyik pun buat2 bunyik..wahahahahha.

SweetyMui2 said...

u kena prctice awal2 jadi cikgu..mane tau kot2 nti cik awek xdpt nk trun mngajar u blh ganti kejap..ekkekekee :p

cikgadis konfiuss said...

haha pandai tu cover!

Yorke Kun said...

awat hang lari bai?..xreti kira sudut bucu segi lapan ke?..hahahaha..kantoi!

Mohd Adziim said...

Real punya story ?
hbsi cmne ...dpt ke ko setelkan soalan next tu?

mimi saidi said...

ok fine..sgt lawak ok..!!

Kiddo. said...

cover baek punyee. :)

Anonymous said...

haha...rse nyer budak2 tu un nk knekn z..
ye a.. da terang z lukis kt whitebod..
sorg pn x tgur bkn soklan yg tu..
gler kesian..
hua3... =p

kembatolo™ said...

terbaek ah kau nye cover..hahaha

soclose2213 said...

dari blog joe terus ke sini..besh gak sini erk..followla..

anies_5566 said...

hg kena bljaq leklok kat 'cikgu' ni..hehe
(ptut la hg carik 'cikgu'..ada sejarah rupa2nya..ahaks..)

Loyar Lawa said...

hahhahahah bebudak diam je sampai habis... kan dh kena bahan ngn bebudak...lawak2...

neyra shazeyra said...

HAHAHAHAHHAA

Mysara Newrie said...

haha ;DDD sabar je lah ~ tp mmg malu giler ar. haha ;DD

alah zack, soalan tu senang, sbb tu dorang leh jwb kan? hehe ;D

khairolghani said...

terbaik la cikgu..hehe..kalau bucu lapan,berapa jumlah darjah dia?

cik nurulain said...

zack..

ure losing ur touch. what happen?

gaya menulis kau dah tak macam dulu. ke kau tak perasan?


aku bharap kau dpt kmbalikan gaya yg dulu. gaya yg buat aku wajib klik bila nmpk ada entri baru.

nevertheless, maybe its just me. sbb aku tgk peminat kau makin rmi.

good luck. :)

student said...

hahahaa..

adesss...lawak2..:)

kagenobuya said...

biasa2, tapi malu ko tahap gaban ni, hehehhe

fakhrulmon said...

takde moral barai gelakkan ko? hahahaha

.............................................. said...

haha biasa la tu dunia cikgu...cikgu dulu2 anak murid takut kat diorg...cikgu skarang berani wat silap cikit terus kena bomm ngan student hati2 mengajar ya cikgu

mOLLie said...

len kali tanye dulu.
kan da kene.
kuang3..

sekarang lagi mencabar ok.
dorng saje test cikgu..

-_-"

epalejau said...

haha. cantek style helah bela diri?

Anonymous said...

kikiki...hahaha..sakit perut. sakit perut. hahaha

Mommy Pinky said...

haha..best la ayat-ayat ko ni..terhibur rasa.. :)

* mEsSy * said...

sorok muke lam poket la cm niey.. opsss!! lalala~~

^^,

althafunisa said...

hik9...moral of the story, jgn kacau klu ckgu len sdg mengajar..wink9...

lavea said...

ahhaha klakar2x~

faiz said...

ala nak dpt jwpan tu kn ke sng?
klau da line straight tu touch O, bucu triangle yg kt ats skli automatically jd 90 :)

nissa said...

klo aku ade la antre bdk2 tu,konfem aku ingt muke ang sampi aku tue!kuikuikui

LaYLadaMaTaTakBoOLaT said...

haaaaa...kan dh petak mengalahkan spongebob...
malu..malu..heheh..ape2pon..ilmu yg cbe disampaikn itu..itu..yg pntg..

haway mutasawwil said...

taun bile n?

vanillavengeance said...

terbaik! hahah

FiqaSaleh said...

hahahahha..serius lawak..dpt ku bygkan dlm versi kartun.. hahhahaa

lya said...

haha.. lau lecturer calculus nis, dia xde men cover2 malu ni. cam xde malu lgsg. even dia buat salah, dia akan cakap kitorang yg salah walau apa pun terjadi.

harap2 tak jadi la kat nis.. huhu.. seram gak. start minggu ni kne ajar bebudak pra diploma. tengok markah test dorang tadi.. aiyark! mmg teruk ah.. doyai..

Nia_KaoruKamiya said...

1st time comment nie..sgt suke bace blog bro z.. :)
u r super damn cool..ahahhaha.. :D

Anonymous said...

baguih la hang punya blog

sitimashitah said...

hahahahaahahaha~~

Ana said...

har3..cikgu zack mmg terbaek r

Anonymous said...

bha3!gelak t'guling2 ak kt sni weyh..malu siot!!tp lu mmg t'baek ar bai

CiziWejes said...

Oh my God!! I had such a good laugh reading this. Tahap gelak guling2 nyer.
Maybe sume orang tau jawapan pada satu2 masalah, tapi tak sume tau nak terangkan penyelesaian kepada masalah tu...cikgu2 pun kadang2 stress gak bila tgk anak2 murid yang ternganga masa diajar. Bila ditanya

"paham tak?"

diorang jawab...

"pammm..."

cikgu nak cakap camne lagi la kan.

Anonymous said...

wakakakaka...mmg best laaaa....mmg lawak...~gelak goloeng2 sampai aras 1-9~

Miss F said...

lawakla ang ni..haha..wat malu btui seb pndai kntrol...huahuahua...

kingandqueen said...

hahahaha....
malu giler bila dah tersalah aja...
huhuhuhu

...miSS fAi... said...

ahahahhahahahahahhahahhahahaahahahhahaahahaahha..............

Anonymous said...

haha.. kalau jadi kat aku dah lama aku rebah kat situ..

MIRALUNA ZAINI said...

hahahak ! terbahakk !!

jannah said...

cikgu zack!

boleh dak ceq nak amek cite nih? plz2..bule an?? sgt ;awak..mcm hape..pandai no kaver line..:) tq..

budak kaca mata. said...

ko nie sama macam cekgu math aku!
CEKGU IPIN!
:)

nad_dd257 said...

ckit pnye cnfdt ang ajaq..
upenye slh soklan..
lwk r ang..

hamomada said...

gua xjd bdk yg setable tgk lu terangkan pon wa da tgelak..pelagi klu wa jd sala sorg student tu...hoihoihoih

hamomada said...

gua xjd bdk yg setable tgk lu terangkan pon wa da tgelak..pelagi klu wa jd sala sorg student tu...hoihoihoih

battrique^sya' said...

cet!!! tergelak aku berayaq mata kat opis ptg2 ni baca post ni.. opis mate aku ingat aku nangis lak kang..

zakiah said...

adohai.............malu besar..dah la dpn bdak2 sekolah

buuwa said...

hahaha.terbaek!! ;p

abil rahmat said...

suke ! suke ! suke ! ^_*v

kampung mali said...

weh zack.. kalu ko bt novel.. au org first beli.. bt novel weh!! klakar sia...

Anonymous said...

OMG!!!!oh menarik giler!!!!

Anonymous said...

OMG!!!!oh menarik giler!!!!

Anonymous said...

OMG!!!!oh menarik giler!!!!

hanya suara said...

nasib baik betul dowh~ klu x, x tahu la mcm mana...huk3...;p

nialurun said...

hahak kelakor..dah lame x baca blog ang..ok gak la meningkatkan mood aku sblm ngadap dak2 kt sekolah ptg ni...thanks a lot... :D

.Jai Ma. said...

hahahhahahahahahahahahahahahahha.. (ni je mampu aku komen!!!)

teacher anis said...

hahaha..dah tak larat gelak dah...dari sembang kacang den jalan sampai sini,muke dah letih asyik gelak...haha..terbaek lah...

Anonymous said...

hahah , syok . nice !

Related Posts with Thumbnails