Showing posts with label cuti sekolah. Show all posts
Showing posts with label cuti sekolah. Show all posts

Nostalgia cuti sekolah (part 2)

Ini ari aku ingat tak nak buang masa banyak-banyak la. Buang sikit-sikit je.

Aku pon tak berapa sehat ni. Semenjak dua-menjak ni badan rasa lemah, hingus meleleh macam bebudak lima tahun belum kene injet BCG. Bile bangun tido, nak berdiri tu sikit punya azab. Rasa macam nak tumbang. Kurang bitamin C ke hapa? Ntah la. Sebagai langkah pencegahan, malam tadi panadol 2 bijik aku dah telan. Tapi macam tak jalan. Ubat selsema yang cik awek pos tahun lepas ada lagi dalam laci kalau tak silap. Itu pon aku da telan sebijik. Hingus tetap jugak mengalir macam slim river. Ni kalau esok anak tekak plak buat hal, memang sah-sah petanda nak demam la ni.

Sudahnya, aku off screen monitor, aku duduk sandaq kat kpala katil sambil lunjur dua-dua kaki. Tarik selimut paras dada, tangan letak kat sisi. Mata, aku pejamkan rapat-rapat, otak pulak aku biaq kan kosong. Napas aku tarik dalam-dalam dan aku hembus perlahan-lahan...Sebijik gaya bapak orang lepas kawen tengah pening kpale dok pikir masalah yuran skolah anak-anak.

Dalam seminit dua lepas tu, aku da tak ingat apa-apa... Tido agaknya.

****************************

Pagi ni aku celik mata, lepas menggeliat lebih kurang, aku ke dapoq bancuh alicafe 3-in-1 sebungkus. Stok  nescafe yang mak aku kirim itu ari da abis. Stok maggi lagi la toksah cerita. 30 bungkus aku lenjan dalam masa 3 minggu lebih. Mau tak abis? La ni aku dok rolling makan roti ngan biskut je. Pagi roti, tengahari biskut. Petang biskut, malam pulak roti.

Aku usha tingkap luaq. Cuaca tak berapa nak cantik. Gelap, sejuk dan macam nak ujan. Sebijik macam dalam ramalan kaji cuaca kat tv malam semalam. Sepanjang minggu ni dikatakan mendung berarak kelabu dan kadang-kadang hujan. Suhu pulak berlegar-legar sekitar 10 ke 13 darjah celcius je.


Aku ingat cuaca pon cuba kaw-team dengan aku la.

Konon-konon cuba nak paham emosi dan perasaan aku. Tetengah aku tak sihat, die pon bagi mendung sama hujan. Seolah-olah meratap menangisi keadaan aku buat masa ni. Dan mungkin jugak hujan tu nak bagi laluan supaya aku dapat tidoq dengan lebih selesa agaknya... Kan hujan?

Merepek. Sekian.

**************************

Kat mana kite semalam? Oh, ya. Sambung part nostalgia bebudak kecik itu ari. Aku ni, ang tak boleh biaqkan lelama. Kang satgi panjang je benda aku nak tulis.

Ok. Lepas abis tengok crita papa yokies sama mama yokies, tiba la masa untuk mandi. Ha, part ni paling best dalam diari idop seorang yang bergelar budak-budak. Kat rumah mak long aku tu, kolah mandi die besaq tau. Lebar dalam sedepa, panjangnye membawak ke 2 depa lebih. Kedalamannye pulak paras paha orang dewasa. Masa tu orang kampong mandi guna gayong je cedok air. Takdenya nak shower-shower bagai...

gambar hiasan

Tapi dah nama pon bebudak. Bile dah reramai bekumpol tu, maka skop kejahatan kitorang biasanya akan lebih terbentang luas. Masa tu memasing dok tanggal baju sluaq bogel macam anak toyol, gedeburrr!! masok dalam kolah. Ada la dekat 5 ke 6 orang jugak time tu termasuk aku. Stakat tengok 'anu' sepupu sendiri, ada apa hal? Time tu baru darjah tiga. Istilah 'stim' pon belom ada lagi dalam kamus idop.

( Eh kejap! tapi bile tengok citer Superman part Clark Kent ciom Lois Lane, masa tu aku rasa 'semacam' kot? Ntah la. Aku sorang je rasa camtu agaknya. Abaikan.)

Antara aktiviti menarik yang kitorang buat termasuk lah menyelam sambil tahan napas. Pergh, time tu memasing nak tunjuk hero. Kepit idung guna jari, tarik napas dalam-dalam sampai kembong mulot, lepas tu kira 1,2,3 guna tangan sebelah lagi, then sumer menyelam serentak. Sapa timbul dulu, die kalah! Biasanya aku dapat nombor dua. Kalah dengan sepupu aku yang sorang lagi nama Ijam. Ala, kalah dua tiga saat je... Itu pon sebab die main kotoq! Geletek perot aku masa dalam air. Mana aci.

Ok. Aktiviti diteruskan lagi, tapi kali ni lebih mencabar. Kitorang memasing akan berdiri buat bulatan kat tengah-tengah kolah, lepas tu lawan kentut. Kan kalau kite kentut dalam air, nanti keluaq buih kan? Ha, sapa punye buih/bubble yang paling besaq, die menang! Bile pikir-pikir balik ari ni, sumpah bangang. (-_-")

Merah-merah muka memasing dok teran perot kasi kluaq kentut. Macam cilake perangai sekor-sekor.

Tak cukup nakal lagi, lepas tu masuk part bernapas guna getah paip pulak. Permainan die simple je. Cabot getah paip, lepas tu masuk kat mulot. Hujung getah paip yang satu lagi bagi member pegang. Lepas tu menyelam la macam biasa. Ala...Macam bebudak snorkeling tu... Tau tak?


Aku ingat lagi ada skali tu, bile sampai sepupu aku punye turn, aku punye setan, aku pi sambungkan ujung getah paip tu kat kepala paip, lepas tu bukak air laju-laju! Pergh! Muntah air sepupu aku time tu! Ha-ha.

Lepas agak-agak rambut da basah, badan da bau sabun, memasing kluaq dari bilik air sambil buat muke innocent. Muka tak berdosa.

Bile mak long tanya "Angpa sume da mandi?", memasing jawab "dah maklong."

"Angpa mandi guna gayung ke hapa ni? Kecut smacam ja pipi sekoq-sekoq ni?"

"Guna gayung, mak long..." dengan nada hampir serentak. Padahal air kolah tu da keruh dah. Memang sah-sah kantoi.

**************************

Lepas mandi, memasing masuk bilik pakai baju. Ha, sebut pasal baju, time tu bebudak lagi. Spender pon tak brapa pakai sangat. Kalau rasa nak pakai, pakai. Kalau tak pakai pon tak jadi hal. Spender plak stok pasar malam, singgit dapat selai. Cukup sebulan pakai, getah pinggang die dah terburai. Tak tau la kalau ang kecik-kecik da start pakai Renoma, Levis, Padini sumer-sumer kan? Well...aku tak hipokrit ok? Hehe.

Trend masa tu, kalau tak silap, seluaq adidas panjang hat ada butang tepi. Tak tau apa nama die.


Femes weyh sluaq ni masa tu. Kire sapa yang takde tu, memang outdated la. Ala, tak semestinya nak kene brand Adidas. Selai sampai doploh hinggit. Mana mampu. Pasaq malam punye barang, dapat yang lebih kurang, tapi brand ABIBAS pon kire ok laa.

Time tu tak pandai nak bergaya sangat pon. Ala, baju melayu kuning, sluar baju melayu kaler biru. Jalaan! 

Bile mak long aku tanya "mana pi sluaq dia hat kaler kuning tu?" 

"Ntah la maklong. Celah kangkang die koyak. Tak boleh pakai."

"Laa...pasai pa jadi lagu tu? Meh sini mak long jahit!"

"Takpe maklong. Lagi pon seluaq tu getah die da longgaq. Cangkuk die pon nganga"

Menggeleng orang tua tu dengaq jawapan aku. Eh, tapi aku rasa bukan aku sorang je alami masalah ni. Ramai gak sepupu aku yang hadap benda yang sama. Dulu-dulu, asal sluaq baju melayu je, mesti celah kangkang die cepat koyak. Lepas tu cangkuk die mesti tak tahan punye. Apsal ek? Tukang jahit sila ambik perhatian.

************************

Ok. Lepas sarung baju pakai sluaq sumer, wajib kene bubuh bedak sikit. Maklong aku marah kalau tak bubuh bedak. Time tu kire dia macam warden asrama laa.. Kitorang wajib la mendengar arahan die. Time tu bedak macam cilake. Bedak cina opera. 


Bau die wangi sikit je dari kapor barus. Skarang ni ada lagi ke? Ntah. Aku pon tak sure. Tapi sumpah aku benci bedak ni. Busuk. 


Lepas tu, kalau part rambut plak, zaman aku dulu-dulu, pakai tancho. Pergh, menda alah ni sumpah legend! Kalau kat skolah, dalam sepuloh orang budak laki tu, paling tidak mesti ada 2-3 orang yang pakai. Pastu baru boleh jalan mendada sambil tarik muke konfiden. Sebab tancho ni punye handal, ang pi skolah main bola, main galah panjang sumer-sumer, ang balik mandi, rambut ang maintain je macam biasa! Kalau yang belah tengah tu, memang tak lari pattern die. Kalau sikat belah tepi toksah citer la. Tak tipu punye. Sebotol kecik tu dua ringgit setengah. Isik die kaler ijau macam minyak gosok tiger-balm. Tapi satu je slack die. Bau die agak kurang menyelerakan. Ntah la. Tak tau macam mana nak describe bau die.

Lepas da siap wangi-wangi semua, mak long ciom sorang-sorang. Lagaknya mengalahkan pegawai imegresen kat KLIA hat buat spot check depan gate berlepas. Lepas puas ati, baru la boleh dok depan tv sambil makan nasik kosong lauk telur goreng sama kicap tamin. 

Pergh! Nostalgia beb. Kite stop kat sini dulu.




p/s :
Sistem komen dikekalkan seperti yang lama. Nak komen, sila la. Taknak komen pon tak jadi hal punye. :) Sekian.

Nostalgia cuti sekolah

Dalam pada kesibukan kite sehari-harian mengejar cita-cita, tak kire sama ada bekerja di pejabat, di rumah mahu pun di kampus universiti, kekadang tanpa sedar, kite da terlupa dari mana asal segalanya bermula.  Penah tak ang terpikir macam tu? Ye lah, maksud aku kekadang tu kite asyik dok pikir benda yang akan datang je...Bile la aku nak kawen ni? Bile la aku nak ada rumah sendiri ni? Bile la aku nak ada Harrier sebijik ni? dan macam-macam lagi.

Padahal, belum tentu 'esok' tu masih ada. Dalam kalender memang la da siap-siap tulis tarikh dari 1 januari sampai 31 disember lengkap 365 hari, tapi belum ada jaminan yang ang akan lalu every single day dalam lembaran kalender tu. Kan?

So,daripada ang dok pening pikir benda yang belum pasti datang, baik ang lepak baca entry aku dulu. Kite sembang-sembang pasal benda-benda yang dah tentu arah kite lalu satu masa zaman bebudak dulu. Lagi syok kan?

Tu dia intro.

******************************

Aku kalau bab menyembang ni memang champion. Tapi kalau dalam blog ni payah sikit sebab takde intonasi, mimik muka dan feel die pon agak 'lari tune' kalau nak banding ngan sembang dekat mapley. Pergh, kalau sembang kat mapley, ang toksah citer la. Ang orderkan aku roti canai telur bawang lebih satu, milo ais segelas. Pastu ang open je apa-apa topik, insyaAllah aku boleh goreng sampai pagi! Takde hal punye. 

Ok. Masih lagi dalam mood nostalgia zaman bebudak dulu-dulu. Omputih kata apa? Reminiscence the old days? Ha, dekat-dekat la tu. 


Tapi ini ari kite pi tajuk yang agak common sikit. Sambungan kepada entry "nostalgia rombongan skolah rendah" yang lepas. Aku perhatikan dari komen-komen yang ang bagi, ada yang cakap "zack, ang sambung la citer! Nak tau jugak apa yang ang buat masa rombongan tu! Citer la! Citer la!". Sambil nangis guling-guling hentak dua-dua kaki kat tanah. Ok, yang tu tipu.


Alahai. Dah nama pon rombongan skolah. Takde apa yang menarik sangat pon. Yang jadi menarik tu sebab 'feel' nak rasa duduk dalam bas aircond sambil sembang-sembang dengan kengkawan. Tu je sebenaq nya. Slalunya kalau balik skolah naik bas tu, seploh minit da sampai umah. Tak sempat nak nyembang. So, bile perjalanan jauh macam ni la yang buat trip tu jadi best. Dalam bas dok nyakat kengkawan main true-or-dare, main daun terup, dan tak lupa juga bergaduh pasal pengetahuan am berhubung "antara otromen dengan batman, sapa lagi kuat?". Biasa laa... Bebudak. Memasing taknak kalah. Ada ke patut batman lagi kuat? Sah-sah la Otromen yang menang. Takde fight langsung. Itu pon kecoh nak argue ngan aku. Cuba la bagi antara Mak Lampir dengan Niyang Rapik ke? Baru la kena. Susah jugak nak jawab tu.



Bile da sampai Melaka, macam biasa la. Pelok meriam sebelah A-Famosa, lari-lari keliling beca, ambik gambaq posing gaya tugu negara dan macam-macam lagi benda wajib bagi seorang yang bergelar bebudak skolah rendah. Lepas abis keliling stadhuys, zoo melaka sumer-sumer, petang skit balik la. Ha, time tu bebudak mula la sebok dok beli tshirt hat tulis "MELAKA" dua tiga lai konon-konon nak buat souvenir bagi kat mak ayah. 

Bebudak pempuan plak macam biasa beli keychain, frame gambar, dan ntah hapa-hapa cenderahati tanda kenang-kenangan. Aku? Aku takdak duit sangat. Beli penanda buku lima posen sekeping hat ada ikat reben tu satu, pastu beli besi berani hat tepek kat peti ais tu satu. Dah! setel. Jadi la kan? Kira orang kata ada la bukti yang ang tu penah sampai Melaka... (-_-")

***************************

Hat tu crita rombongan skolah time cuti penggal. La ni kita tengok lagi apa yang menarik sekitar cuti skolah tu ok? 

Macam biasa, bagi kes family aku, bile cuti skolah panjang, mak ayah aku akan kumpolkan anak-anak beliau kat ruang tamu. Masa tu, kitorang akan diberi dua option sama ada untuk meneruskan cuti di bandar atau di kampong. Kalau nak bercuti di kampong, nanti mak ayah aku akan tinggalkan aku adik bradik kat umah mak long aku kat Melaka tu. Bungkus baju stok pakai sebulan, lepas tu beliau akan tinggalkan duit belanja kat Mak long aku. Mak long aku pulak jenis lurus bendul dan amanah serta istiqomah. Stiap ari die bagi sorang dua posen je buat belanja. Aku ingat lagi sumer-sumer ni. Ha, jangan main giler! Ingatan aku boleh tahan jugak tajamnya.

Biasanya aku adik beradik akan memilih untuk bercuti kat kampong je. Bukan apa, kat sana lagi best dan thrill, tambah-tambah sepupu-sepapat pon ramai yang balik kampong time tu. Bile dah bekumpol reramai tu, senang sikit nak menyetan. Mak long aku plak sibok dengan menjahit die je. Pak long aku? Huh, setakat ayam sereban boleh la die kejaq. Ayam tu pon satu hal. Lempaq dedak sikit, dah tertipu. Senang benar terpedaya. Tapi kitorang, sorry laa..!  Lagi dijerit "Jangan!", lagi la kitorang buat! Haha. 

Ada sekali tu, aku ngan sepupu-sepupu aku pakat reramai kejaq anak-anak ayam kat reban. Takde apa pon tujuan nye, saje je jahat nak menyakat. Riang hati dapat tengok anak-anak ayam tekedek-kedek lari ikot mak die. Mak die plak jenis ayam betina yang garang. Ha, jangan memain. Bukan sebarang punye ayam. Orang melaka cakap, "pantang diusik, nak mencakau je kejenye!". 


Pak long aku dari jauh dok jerit "Jangan dikejau anak ayam tu! Lailahaillallah! Degil! Kang kot dicakau dek mak die karang, pak long tak kuasa nak ngantau gi spital."

Kitorang memasing buat dekkk jer. Amik kayu, sambung kejar anak-anak ayam tu. 

"Cip cip cip cip" bertempiaran anak ayam tu lari. Anak ayam ni kalau ang nak tau, die ada satu habit tau. Mana je mak die pegi, die mesti nak menuing (follow) blakang bontot mak die. Kalau mak die kais-kais tanah jumpa cacing, anak die berebut la amik. Kiranya memang unite la. Takkan berpecah. Sebab tu kalau ang ingat lagi, masa kekecik dulu kan ada ada lagu,

"Anak la ayam...anak ayam turun sepuloh. Mati seekor...Mati seekor...tinggal sembilan! "

Nak dijadikan cerita, masa tengah kitorang dok kejaq anak-anak ayam tu, ada la sekor anak ayam ni terpisah dari group die. Comel! Warna oren-oren, besaq penumbuk org dewasa. Die dok menggalabah lari, tu yang terpisah dari group die tu. Cuak abis muke anak ayam tu. Aku tengok peluh da menitik dah kat dahi die masa tu. Punye trouble.

Sepupu aku sorang ni nama Aie, budak KL. Die punye setan, atas sikit je pada aku. Dia ambik anak ayam tu, die genggam, pastu die hayun-hayun macam kipas helikopter. Berdecit-decit anak ayam tu menangis. Eh, ayam boley nangis ke? Ntah. Tapi dari riak suara ayam tu, boleh tau la die dalam kesusahan. 

Tiba-tiba... Tak semena-mena mak ayam tu lari datang lompat kat sepupu aku ni, die cakau (cakar) nye muke Aie. Berdarah calar-balar! Hakhak! Masa aku taip ni, sumpah aku ketawa terkekek-kekek. Klakar bile ingat balik macammana muka Aie bile kene cakar time tu. Dah macam Rambo pencen pon ada. Masa tu die darjah 4 kalau tak silap. Paling lawak bile die jerit "Aduh! Pak long, mata Aie da buta!!" 

Kitorang yang reramai ni punye la cuak. Terhegeh-hegeh pak long aku datang dengan kain pelikat die. Skali tengok, xde apa-apa pon. Calar sikit je tepi mata. Kalau bawak jumpa doktor pon, buat kena gelak je. Tapi berdarah-darah jugak la. Pak long aku amik minyak gamat, sapu kat muka die. Time tu pak long aku mula la nganjing, "Ingatkan samseng sangat tadi, dengan ayam pon kalah~"

Kitorang memasing menikus je. Duduk berteleku. Mata tak kelip-kelip tengok muke Aie yang calar balar tu. Time tu bebudak lagi, mana berani sangat dengan darah. Sudahnya, sehari suntuk memasing jadi budak baik dok depan tv tengok citer katun mama Yokies sama papa Yokies. Trauma punye pasal.


Ok. Nanti sambung, Jari da melecet menaip.


************************


p/s : pasal sistem komen tu. buat masa ni ang terima la dulu ok? aku pon tengah semak kepala ni.

Related Posts with Thumbnails