Bile Cikgu Zack mula mengajar...
blog realiti konspirasi, blog zackzukhairi, cerita lawak, cerita melayu, cikgu zack, joke, kelakar, kisah kanak-kanakNostalgia cuti sekolah (part 2)
cerita, cerita budak budak, cerita lawak, cuti sekolah, karangan, kenangan lama, realiti konspirasi, rombongan sekolah, zackzukhairiIni ari aku ingat tak nak buang masa banyak-banyak la. Buang sikit-sikit je.
Aku pon tak berapa sehat ni. Semenjak dua-menjak ni badan rasa lemah, hingus meleleh macam bebudak lima tahun belum kene injet BCG. Bile bangun tido, nak berdiri tu sikit punya azab. Rasa macam nak tumbang. Kurang bitamin C ke hapa? Ntah la. Sebagai langkah pencegahan, malam tadi panadol 2 bijik aku dah telan. Tapi macam tak jalan. Ubat selsema yang cik awek pos tahun lepas ada lagi dalam laci kalau tak silap. Itu pon aku da telan sebijik. Hingus tetap jugak mengalir macam slim river. Ni kalau esok anak tekak plak buat hal, memang sah-sah petanda nak demam la ni.
Sudahnya, aku off screen monitor, aku duduk sandaq kat kpala katil sambil lunjur dua-dua kaki. Tarik selimut paras dada, tangan letak kat sisi. Mata, aku pejamkan rapat-rapat, otak pulak aku biaq kan kosong. Napas aku tarik dalam-dalam dan aku hembus perlahan-lahan...Sebijik gaya bapak orang lepas kawen tengah pening kpale dok pikir masalah yuran skolah anak-anak.
Dalam seminit dua lepas tu, aku da tak ingat apa-apa... Tido agaknya.
Aku usha tingkap luaq. Cuaca tak berapa nak cantik. Gelap, sejuk dan macam nak ujan. Sebijik macam dalam ramalan kaji cuaca kat tv malam semalam. Sepanjang minggu ni dikatakan mendung berarak kelabu dan kadang-kadang hujan. Suhu pulak berlegar-legar sekitar 10 ke 13 darjah celcius je.
Aku ingat cuaca pon cuba kaw-team dengan aku la.
Konon-konon cuba nak paham emosi dan perasaan aku. Tetengah aku tak sihat, die pon bagi mendung sama hujan. Seolah-olah meratap menangisi keadaan aku buat masa ni. Dan mungkin jugak hujan tu nak bagi laluan supaya aku dapat tidoq dengan lebih selesa agaknya... Kan hujan?
Merepek. Sekian.
Kat mana kite semalam? Oh, ya. Sambung part nostalgia bebudak kecik itu ari. Aku ni, ang tak boleh biaqkan lelama. Kang satgi panjang je benda aku nak tulis.
Ok. Lepas abis tengok crita papa yokies sama mama yokies, tiba la masa untuk mandi. Ha, part ni paling best dalam diari idop seorang yang bergelar budak-budak. Kat rumah mak long aku tu, kolah mandi die besaq tau. Lebar dalam sedepa, panjangnye membawak ke 2 depa lebih. Kedalamannye pulak paras paha orang dewasa. Masa tu orang kampong mandi guna gayong je cedok air. Takdenya nak shower-shower bagai...

( Eh kejap! tapi bile tengok citer Superman part Clark Kent ciom Lois Lane, masa tu aku rasa 'semacam' kot? Ntah la. Aku sorang je rasa camtu agaknya. Abaikan.)
Antara aktiviti menarik yang kitorang buat termasuk lah menyelam sambil tahan napas. Pergh, time tu memasing nak tunjuk hero. Kepit idung guna jari, tarik napas dalam-dalam sampai kembong mulot, lepas tu kira 1,2,3 guna tangan sebelah lagi, then sumer menyelam serentak. Sapa timbul dulu, die kalah! Biasanya aku dapat nombor dua. Kalah dengan sepupu aku yang sorang lagi nama Ijam. Ala, kalah dua tiga saat je... Itu pon sebab die main kotoq! Geletek perot aku masa dalam air. Mana aci.
Ok. Aktiviti diteruskan lagi, tapi kali ni lebih mencabar. Kitorang memasing akan berdiri buat bulatan kat tengah-tengah kolah, lepas tu lawan kentut. Kan kalau kite kentut dalam air, nanti keluaq buih kan? Ha, sapa punye buih/bubble yang paling besaq, die menang! Bile pikir-pikir balik ari ni, sumpah bangang. (-_-")
Merah-merah muka memasing dok teran perot kasi kluaq kentut. Macam cilake perangai sekor-sekor.
Tak cukup nakal lagi, lepas tu masuk part bernapas guna getah paip pulak. Permainan die simple je. Cabot getah paip, lepas tu masuk kat mulot. Hujung getah paip yang satu lagi bagi member pegang. Lepas tu menyelam la macam biasa. Ala...Macam bebudak snorkeling tu... Tau tak?
Aku ingat lagi ada skali tu, bile sampai sepupu aku punye turn, aku punye setan, aku pi sambungkan ujung getah paip tu kat kepala paip, lepas tu bukak air laju-laju! Pergh! Muntah air sepupu aku time tu! Ha-ha.
Lepas agak-agak rambut da basah, badan da bau sabun, memasing kluaq dari bilik air sambil buat muke innocent. Muka tak berdosa.
Bile mak long tanya "Angpa sume da mandi?", memasing jawab "dah maklong."
"Angpa mandi guna gayung ke hapa ni? Kecut smacam ja pipi sekoq-sekoq ni?"
"Guna gayung, mak long..." dengan nada hampir serentak. Padahal air kolah tu da keruh dah. Memang sah-sah kantoi.
p/s :
Sistem komen dikekalkan seperti yang lama. Nak komen, sila la. Taknak komen pon tak jadi hal punye. :) Sekian.
Nostalgia cuti sekolah
cerita, cerita budak budak, cerita lawak, cuti sekolah, karangan, kenangan lama, realiti konspirasi, rombongan sekolah, zackzukhairiTu dia intro.
Alahai. Dah nama pon rombongan skolah. Takde apa yang menarik sangat pon. Yang jadi menarik tu sebab 'feel' nak rasa duduk dalam bas aircond sambil sembang-sembang dengan kengkawan. Tu je sebenaq nya. Slalunya kalau balik skolah naik bas tu, seploh minit da sampai umah. Tak sempat nak nyembang. So, bile perjalanan jauh macam ni la yang buat trip tu jadi best. Dalam bas dok nyakat kengkawan main true-or-dare, main daun terup, dan tak lupa juga bergaduh pasal pengetahuan am berhubung "antara otromen dengan batman, sapa lagi kuat?". Biasa laa... Bebudak. Memasing taknak kalah. Ada ke patut batman lagi kuat? Sah-sah la Otromen yang menang. Takde fight langsung. Itu pon kecoh nak argue ngan aku. Cuba la bagi antara Mak Lampir dengan Niyang Rapik ke? Baru la kena. Susah jugak nak jawab tu.
Cinta aku dan Yukiko
cerita, cerita jepon, cerita lawak, cerita melayu, cerpen, cerpen romantis, dongeng, joke, lawak, romantik, romantisAwal Januari 2009.
Pagi tu macam biasa kaki aku melangkah longlai menuju ke kelas. Subjek 1st period hari tu - quantum mechanics. Subjek yang sememangnya tak best langsung. Lecturer pulak Otsuka sensei. Umur dalam lingkungan 40-an. Pakai spek bingkai hitam, rambut hitam berkilat sikat belah tepi, baju kemeja kemas, tali leher jerut sampai cecah kerongkong. Cukup untuk menggambarkan dirinya seorang lecturer berkaliber.
Dingg dongg...!
Loceng da berbunyik. Senyap sunyi satu pelosok Universiti. Class yang tadinya riuh rendah dengan hilai tawa, semuanya terdiam. Menikus. Langsung takde suara.
Dengan pandangan yang serius ke arah student, Otsuka sensei memulakan lecture pagi tu. "Hait, dewa hajimemashou..." atau dalam bahasa melayu nya "baiklah, kite mulakan skarang.".
Macam biasa, port aku sebelah tingkap, lebih kurang 4 meja dari belakang. Port yang aku rasa cukup selamat. Biasanya kalau sensei nak soal student, die mesti aim sama ada budak yg duduk barisan depan skali atau blakang skali. So, port aku tu kire paling strategik. Sengaja aku pilih sebelah tingkap kononnya kalau mengantuk time lecture, boleh la cuci mata pandang pokok-pokok hijau yang segar kat luar kelas. Tapi biasanya, tak sempat aku tengok pokok-pokok tu, aku da terbungkang atas meja dah.
(soundtrack)
Hari tu hari Sabtu. Cuti.
Yukiko kata die tak kisah aku pakai apa pun. Die senyum je. Aku tarik napas lega.
Tiba-tiba Yukiko tarik tangan aku. Belum sempat aku nak respon apa-apa, die peluk aku. Erat! Suasana sunyi seketika. Aku tak tau nak cakap macam mana. Aku rasa bahu aku basah dengan cecair panas. Aku toleh kepala. Dalam samar-samar, aku dapat lihat Yukiko menangis...
Aku balas pelukannya...dengan harapan tangisannya reda...
"Daisuki yo...Zack kun..."
( I like u so much, zack )...
Semuanya datang terlalu pantas. Aku tak tau apa yang patut aku buat...
Yukiko tarik aku masuk ke ruang kamarnya... Aku sendiri tak pasti kenapa aku tak mampu untuk menolak. Semuanya bagaikan sudah tertulis! Aku seolah-olah merelakan apa jua yang dia buat.
Yukiko menolak aku perlahan ke atas katil empuknya. Dalam sayup-sayup cahaya, aku dapat lihat susuk tubuh Yukiko yang mengiurkan. Seketika kemudian aku rasakan badan aku ditindih. Aku rasa aku tewas malam ni... Serius!
"Zack, bangun! Makan jom? Aku lapaq ni."
Aku bukak mata. Housemate aku tercongok kat ujung katil. Celaka! Aku mimpi je rupanya!














