Kelas Sains Darjah Empat

Malam itu cuaca sungguh baik. Nun jauh di langit, bulan sedang rilek-rilek baring diselimuti awan-awan gebu. Beburung yang dari pagi terbang riang tak henti-henti, semuanya sudah pulang ke sarang. Kucing-kucing yang berpeleseran di premis-premis kedai makan, masing-masing sudah mula menjilat bulu di blakang kedai tanda kenyang. Semut-semut yang dari tadi sibuk memikul lebihan-lebihan nasik sorang sebutir atas kepala, kini sekor-sekor dah boleh berlapang dada di dalam sarang. Walaupun hakikatnya mereka tiada dada.

Begitu lah lumrah fitrah kitaran alam. Penat lelah seharian memerah keringat di ofis mencarik sesuap dua suap nasik, kini bertukar santai. Tak kira la penjawat awam, buruh kasar, juru ukur, operator pengeluaran wanita, pembantu makmal, supervisor kilang papan, pembantu tadbir, kerani sekolah, semuanya mengambil kesempatan untuk berehat di sebelah malam. Pon begitu, di saat warga kota bersenang-senang duduk bergelak tawa bersama keluarga tercinta menyaksikan rancangan-rancangan yang disajikan di kaca telebisyen, lain pula senario yang berlaku di Pusat Tuisyen Warisan Pendeta (bukan nama sebenar), Seremban, Negeri Sembilan...

******


Jam 9 malam. Kelas sains darjah empat.

Fail hijau yang tersusun bersama fail-fail lain di atas ruang meja guru, guwa capai kemas. Sahelai demi sehelai lembaran kertas di dalamnya guwa selak ligat. Bebola mata guwa laju mencari helaian bertajuk "attendence form". Sesambil itu, hujung mata guwa melilau sekitar kelas mencongak bilangan pelajar yang hadir satu-persatu di dalam hati.

"Hurrmmm... Baiklah. Nama-nama yang saya sebutkan ni, sila angkat tangan ya?" ujar guwa ringkas sambil jari jemari guwa sudah bersedia menge'tick' nama pada attendence form pelajar.

"Ahmad Takiudin bin Abu Mansur?"

"Saya cikgu."

"Nurul Katriona Nabila binti Tan Sri Megat Tajuddin?"

"Yup."

"Chan Sow Lin?"

"Yes teacher!"

"Puteri Fathiatun Nadirah Syuhada Binti Ali?"

"Yes. Err... teacher!"

"Yup. Ada apa Puteri?" soal guwa.

"Bukan Fathiatun laa teacher.. Jamiatun!"

"Oh.. ok ok. Sori Sori."

Dan begitulah seterusnya sehingga guwa selesai menanda kedatangan memurid. Dari cara mereka menjawab soalan guwa tadi pon, guwa sudah boleh mengagak karektor masing-masing. Guwa sudah boleh mencongak pelajar mana yang agresif, pelajar mana yang pendiam, pemalu, peramah, attention seeker, ngada-ngada dan sebagainya.

"Sebelum cikgu mula kan kelas malam ni, kita baca doa dulu."

"Allah hum maftah 'alaina hikmata ka wanshur 'alaina min khoza iniroh mati ka ya arhamar rohimin...amiiin."

*******

Subjek guwa malam tu - Sains darjah empat. Nampak ringan, tapi guwa sedar guwa tak boleh pandang ringan. Walaupun guwa sekadar guru part time, guwa tak mahu kerjaya seorang guru dicemar dan dilacurkan demi wang ringgit semata-mata. Pada guwa, kerja ialah amanah. Guwa sedar setiap sen yang guwa terima ujung bulan nanti, takkan ada sesen pon yang terlepas pandang untuk dihitung dan dihisab di kemudian hari. Justeru, guwa harus dedikasi dan memberi sepenuh komitmen terhadap kerja guwa. (sambil membetul-betulkan tali leher)

"Orait. So... Hari ni kita akan blaja pasal "Basic needs" atau pon dalam bahsa melayu nya "Keperluan asas". 

"Keperluan asas ni hape mende cikgu?? Ok, die macam ni tau. "Keperluan" tu ialah benda yang kite perlu atau pon benda penting yang mesti ada. Contohnya macam duit. Duit kita perlu tak?"

"Perluuuuuuu...." jawab memurid guwa dengan hujung bibir terjuih ke depan. Die punye "luuuu..." tu doblas harakat ada guwa rasa.

"Ok. Duit tu memang satu keperluan. Tapi kalau kita tengok manusia zaman batu dulu, diorang takde duit pon tapi still boleh hidup. Diorang buat macam mana? Diorang berburu dalam hutan mencarik makanan. Jadi, kita kata 'duit' bukan lah satu keperluan asas bagi manusia. Sebab apa? why? Sebab takde duit pon, manusia masih boleh hiiii...???"

"duppppp....!"

"Pandai... :) "

Sengaja guwa puji diorang walaupun hakikatnya menyambung perkataan yang tak sudah, bukan la benda yang boleh dibanggakan pon. Tapi pada guwa, untuk mengajar bebudak, 1stly lu mesti tackle diorang dulu. Once lu dah dapat perhatian diorang, insya Allah diorang dengar kata. Guwa tak mau garang-garang dan tegas sangat. Ini bukan kelas tingkatan 5. Guwa mau rilek-rilek tapi input tak lari.

"So, 'keperluan asas' ataupon 'basic needs' ialah sesuatu yang kita perlu untuk hidup. Kalau takde je kita mati."

"Faham tak?"

"Faaaahaammmm...."

"Ok, kalau faham, saya nak tanya. Apa benda yang kalau takde je, manusia akan mati? haa, apa dia?"

"Udara cikgu!" jawab salah sorang student guwa yang duduk di barisan tepi.

"Kenapa pulak?" soal guwa sengaja menguji kefahaman beliau.

"Ye la. Kalau takde udara, macam mana manusia nak bernafas??".

"Bagus. Pandai!" 

"Lain?"

Kali ni guwa tengok muka masing-masing macam eksaited nak jawab tapi diorang tak tau jawapan. Jadi, guwa cuba pancing dengan teknik menyambung perkataan.

"Makaaa....??" soal guwa dengan lontaran vokal yang tinggi di bahagian hujung ayat.

"naaannnn!" jawab memurid dengan muka selamba. 

"Makanan... Kan? Kalau takde makanan, manusia boleh hidup tak?"

"Tak boleyyy....."

"Jadi, kita kata makanan ataupun 'food' ialah salah satu  'basic needs' of humans." terang guwa lebih lanjut sambil menulis nota ringkas di white board.

"Lagi, what else?"

"Tempat tinggggg.....??"

"Galllll.....!"

Wah. Tetiba guwa rasa macam tak boleh jadi. Senang bebenar bebudak ni. Takat nyambung perkataan je keje sekor-sekor.

"Eh class!. Kejap! Saya nak tanya satu soalan. Ayah nabi Muhammad bernama Abdul Mutaaa....???"

"libbb....!"

Haa, kan guwa dah agak. (-_-")

"Banyak la kamu punya Abdul Mutalib! Bapak nabi, Abdullah.. Abdul Mutallib tu datuk nabi. Haa, kan dah kena trap? Lain kali, fikir dulu. Jangan main nak senang je. Ok?"

"Teheee!" . Tersengih-sengih muka seko-seko. Mujur la guwa ni tak garang.

********

"Orait, skarang ni kita belajar pasal basic needs of animals pulak. Animals ni sama macam manusia. Keperluan asas dia tadi apa?? Air, food, water and ??..."

"Shelter!" 

"Good."

"Ok, cuba tengok gambar yang cikgu bagi dalam nota tu tadi."


"Haa, kenapa anak ayam tu mati?"

"Sebab mak die takde!" jawab sorang student guwa. Dari raut wajah dia, langsung tak menunjukkan yang dia bergurau. Jadi, guwa cuba tahan marah. 

"Hmm... memang lah mak dia takde. Tapi dia masih boleh hidup kan? Ok, sapa tau jawapan dia? Kenapa anak ayam tu mati?"

"Saya cikgu! saya! saya!"

"Ha, apa jawapan die Balkis?"

"Die mati sebab takde air!"

"Ok. Pandai. :) Binatang kalau takde air, dia akan mati. Sama macam manusia. Sebab apa?? Sebab air ialah salah satu basic needs binatang."

"Awak tau tak, unta kat padang pasir tu boleh hidup selama sepuluh bulan tanpa minum air??" Kali ni sengaja guwa bagi sedikit info buat student guwa yang masih hijau dalam kancah kehidupan.

"Sebabb... dia ada bonggol dekat blakang badan dia. Bonggol ni dalam dia ada air" terang guwa sambil melukis gambar seekor unta di white board.

Tiba-tiba telinga guwa sempat menangkap sesuatu.

"Teacher! Kenapa unta teacher macam zirafah je?" 

Cilake.

********

Jam di tangan guwa sudah menunjukkan pukul 9:45 minit malam. Ini bererti, guwa ada lagi lima belas minit untuk handle bebudak ni.

Guwa skarang dah masuk subtopik "Basic needs of plants" ataupun 'keperluan asas tumbuhan'. Tadi guwa ada terangkan secara details pasal salah satu keperluan asas tumbuhan iaitu sunlight, atau cahaya matahari. Guwa siap lukis gambar daun dan hubungkaitnya dengan cahaya matahari. Guwa cerita yang daun akan absorb cahaya matahari untuk buat makanan sendiri melalui proses fotosintesis. Guwa tanya "faham tak??", diorang jawab "fahammm...."

Jadi, guwa petik satu soalan sebelum mengakhiri kelas malam tu.

credit : Longman, Pearson Essential KBSR Science UPSR


"Ok, apa fungsi daun pada tumbuhan??"

Guwa tengok satu class senyap. Barangkali diorang leka buat latihan yang guwa beri tadi.

"Haa, Fatin. Cepat! apa kegunaan daun?" Kali ni guwa tukar pattern soalan biar senang dia faham.

"Hurmm..... buat herba, cikgu."


**********


Ok.

Minggu depan guwa dah boleh bawak rotan sama pembaris besi.


295 comments:

«Oldest   ‹Older   201 – 295 of 295   Newer›   Newest»
Insan yang serba kekurangan said...

terbaek la lu zack!
i like..~~

tqah.y said...

haha.budak2 memang cam gitu cikgu zack.jawapan diorang selalunya buat kita geli hati.adik tqah ada sorang darjah 4.camtu lah jawapan dia kalau kita tanya pape soalan kat dia. :D

cik beLLanan said...

wah! cik zack pon aja science drjah 4 ye? dulu kte jd cikgu ganti aja sains drjh 4 gak. fenin2

Muhammadnuraizuddin said...

nie yg buat aku rasa nak jadi cikgu nie Zack...ahhaha..

Cikgu Nurin said...

HAH..ni Cikgu sains Tahun empat datang melawat.....

Hmmm...tu baru sikit budak budak tu menjawab...balun je deorang nih...

Zue Sancer said...

uppss!!!!
singgah disini..baru jumpe blog kamu...sy follow.follower ramai msti blog gempak ni:)

sy blogger baru
http://onlymezue.blogspot.com

+ akatsuki + said...

hahaha. mcm shilake lawak2 ko zack.

♥ tiah ♥ said...

mati sbb mak die tade..
Fine,budak tuh mmg innocent!
Hahaha
pmbaris besi,gud job ckgu..hehe

norshakeela said...

beskan jadi cikgu?kekedang aku rasa nak telan2 dgr dieorg bila bagi jawapan.

Anonymous said...

assalam..i love the way u writing..trase sgt dkat ngan ati.n kisah jdik sorg guru pd bdak2 nie mmg bez..yela,diowg kn still bdak..bkan snang nk handle bdak2 nie..bleh pening kpale kite..adehh..

Mutiara Bernilai said...

sy suke..so sy tinggal la komen..eheh~

buat herba cekgu! <-- xtahan bace.. :)

Fara Izzati said...

bkn klu ckgu laky yg ajar kene pggil SIR kerw..?..pggilan TEACHER ue utk pompuan ar..

pak abu said...

ak x boley than nma dak cina 2..bhahaaha..nma lrt station..haha

dwatyKNY said...

ngilu perut gue dengar....

EB said...

Lawak²..
Cerita incik Zack mmg best...
Sasuka...
Murid2 ada mcm2 ragamkn.. hehehe..

Cahaya Kehidupan said...

haha....gelak guling2 baca ang nye citer zack,ok2..sila beli rotan for the next kelas...kuikuikui..tak sabar nak ngk ang jadi guru disiplin plak...=P

cek chun said...

rasa macam dalam kelas aku lak :)

Raden said...

alamak..ramainye org da komen..adekah komen ku akan di layan?
gue nk jd cikgu juge!!

siti_Zueirah said...

cikgu sambilan?...macamana ek nak mohon..macam best tapi tu lah budak2 sekrang bijak dari umur diorang...

nadia said...

nama student nak gempak ja. haha

Mashe said...

wua... comel la anak2 cekgu!~ :P

Mashe said...

wua... comel la anak2 cekgu!~ :P

Wan said...

mmg best skolah rendah

muhammad iqbal hakimi bin tahir said...

cayalah..cikgu yg bagus..hehe

AnakPakZohar said...

dah rase cam bro zack ade depan kiteorang lak tengah mengajar.. hahaha...


teringat lak time part time jadik cikgu tusyen dulu.. huhuhu

Anonymous said...

cikgu zack..nk share ea..tenkiu2 ^_^

.: Si BungaKopi : . said...

wuhu..zack. xde pic tbaharu ke

MANZARINA said...

hahaha.... pecah perut aku.... anak murid ko mmg slumber badak jer kan.... hahahaha... x besalah jer muka jawab :))))

little bloggy said...

ckgu zack brtanye..

"sape y sengal..........?"

"kaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa"

anak murid ckgu zack pon jwb

"miiiiiiiiiiiiiiiiiiii"

mueheeeeeehehehehe

Husna AOmar said...

cikgu punya soalan last susah lah cikgu!
HAHAHA

rasa mcm nak telan je soalan drjah 4 tu. tadi bru hadam soalan form 3 tp trsekat kat trachea lah pulak ==''

Keyrill Eduardo Willeyhem said...

memang bnyak ragam bebudak , pandai2lah handle ... hahahah! :P

WildSeven said...

hehehehehe... apsal banyak sangat iklan maxis dalam thread ko kali neh bro? ko guna maxis broadband ka?

syahiraaghani said...

haha.siutt jew bdk2 skng.cehh.
kite plak kene balik. ;D

Hani Shaklee said...

hehe..comel budak2 ni..nnt citer r nape balik study kat local? ape dh jadi ngan study kt jepon?..

ct N honey said...

bdk zmn sekarang pemikirannya tak sama dgn zmn dulu,itulah cabaran klu jadi cikgu sekarang

ハミザ・ハスナン said...

hahaha.... kelakar... seb bek la ajaq budak drjh 4.. mau ajaq form 4 jawab camtu mau gak tension.. haha pape pon.. chaiyok2 abg zack!!!

Nor Moscow said...

hebat! hebat cekgu sains pandai karang novel..silap..bc adik punya entry seperti bahasa yg digunakan di dalam novel je..sempoi..

Bercakapdengankaki (BDK) said...

kadang ajo budak2 ni memang sonok tapi penat gak.penat nak layan perangai dorang. hahaha..lagi2 kalo ajar non muslim.leh jadik communication error kot.hahah..cth:
aku: mana encik zul?
murid A: o..dia tgah bleak ( break ) down teacher….( slang cina jinjang )
aku: ha?break down???
murid B: dia tgah kua rehat miss

*rupenye dia nak ckp en.zul tgh break T___T*

akufathul said...

best. pandai karang.

WhiTeWiTch said...

aku suke ape yg ko tules!
http://whitewitch094.blogspot.com/2011/02/desperate-housewives.html

Scorpio Warrior said...

hahaha. budak2 skarang, bijak2. nakal2. haha. outstanding pnye thinking. hahahaha. xpenah pikir daun tu dbuat herba. haha. nway, congrates cikgu zack! saya pon penah jd guru part time ngaja science darjah 5. basic needs tu senang bangat. tp dorang amek lengah je. hihi. tp xpe, dorg msih darjh 5, xperlu nak keras2 sgt. nnti budak stress

miss raihan said...

daun?wat herba...boleh la tahan jawapan budak tu =P

K2r~90 said...

siyes detail der citer..

Unknown said...

hahaha.. teringat aku mase sekolah rendah dulu.. :)

Raizophora said...

hahaha! comel gile cikgu cmni..
serba boleh anda neh encik zack!
=)

nnZa said...

Haha . Buat herba . Sumpah lawak !!

akira sendoh said...

hahahah...first comment: dasat teacher zack kiter..budak2 memang jujur ar..

thanks ar zack, hilang gundah kat hati akira bila baca entry kamu..sbb gelak..hehe...


go! go! teacher zack!

zura izlita said...

panjang 12 harkat tu.. kami2 pelajar form 5 ni pun still guna lagi. masa nak ucap selamat pun ada harkat.. e.g seelaamat seejahteraa cikkkkguuuu

Anonymous said...

sabar ye bro
kita mengajo budok2.. biaso la tu
ilmu yang kau bagi tu, kalau digunakan berterusan, insya-Allah pahalanya juga akan berterusan, walaupun kita dah x de nanti.

Teruskan perjuangan kau sebagai pendidik.. walaupun hanya cikgu part time.. tp mengajar tetap mengajar. Insya-Allah adalah ganjarannya di akhirat kelak.

Cik Bucken said...

wahhh..nak apply jdik cikgu tuisyen jugak ah.aku boring gile ngan job aku skng nihhh

.drakula. said...

tersenyum....macam berdrama ....style dan best...

apislerr said...

im new here

apisv3.blogspot.com

yasminsafr said...

that's the beauty of being a teacher. or perhaps, an educator ^^

Di said...

cikgu, cikgu salah sikit lahh .

The humps on a camel's back are actually huge heaps of fat and flesh that can weigh as much as 80 pounds in a healthy camel. These humps help camels survive for weeks without food and water. (: tq .

Anonymous said...

bgus3..

Anie Gurlz said...

hii...juz nk tanya camne kita nk setup blog macam awk punya blog, yg org xdpt copy blog kita?

Anonymous said...

maaf eh, kalau dulu sy mmg xcited follow up blog nie, tapi sbab da jrg buka n then skrg view blog nie, ayat agak kurang sopan, sy da ta minat da. tlg eh..keep up ur good attitude like before..

juju.love.syam said...

haha, gila la bdk2 skg... mcm2 dm pale otak dia. huhu

Hisyamz said...

nasib badan

Anonymous said...

u, are u always busy ?i love to read your blog everyday....;))
so, when u want update your new story?i've been waiting for it..thank you..:D

Ainaa~ said...

x ley thn nk gelak la blog nihhh...hahahahah...

nescafe_ais said...

hahaha...kelakar..aduh...teringat zaman sekolah...huhuhuhuhuhu

Malaysiakini Kena Hacked??

Farhan AJ said...

kahkahkah..lawak giler citer ni..pastu la duk terdengar sayup2 org sebut nama zack zuharie nieh..ok der..lu sudah masuk bloglist gua :D

titan said...

hehe..terbaiklah..budak-budak, memang peelnya macam tu..

nikkasmahafiza said...

apela murid2 hang nih... kalau aku stok maki je...haha

budaq_gemok said...

hahahhaa..
cekgu yg sempoi..

cahayacintarabbi a.k.a atenatra said...

tabik sama cikgu zack:)

tips mangajo bebudak leh amik ni:)

cimi said...

lepas habes bace rase macam baru lepas habes kelas pulak.
=.="

bersama kak Es said...

jadi cikgu ni orang kata senang..
kalau kena nagajar macam ni ..baru la diorg tahu susah senang nak jadi cikgu

budakkuat said...

hahahha sengal betul ..
mlm2 tgh busan2 neh,baca entry2 zack memg best .. wink wink =D

wowa Vee said...

nak share eyh . heee ^^

mardhotillah said...

Assalamualaikum,
Sy pun cikgu gak.Kinder teacher.Private kindergarten ENGLISH ISLAMIC.Emm..walaupun kami ada ijazah dari dalam dan luar negara(lulus dgn cemerlang ye hehe)tapi kami decide utk ngajar di tadika.Pd umur 4 thn student kami sudah menbaca surat khabar.Tiada paksaan dalam pengajaran kami.Bdk2 skrg mmg advance.Ckgu zack boleh ke kursus khalifahmethod mcm mana nak ajar student tanpa marah apatah lagi rotan.Maaf jika salah n3.Bla apply kt anak nt.

mardhotillah said...

Assalamualaikum,
Sy pun cikgu gak.Kinder teacher.Private kindergarten ENGLISH ISLAMIC.Emm..walaupun kami ada ijazah dari dalam dan luar negara(lulus dgn cemerlang ye hehe)tapi kami decide utk ngajar di tadika.Pd umur 4 thn student kami sudah menbaca surat khabar.Tiada paksaan dalam pengajaran kami.Bdk2 skrg mmg advance.Ckgu zack boleh ke kursus khalifahmethod mcm mana nak ajar student tanpa marah apatah lagi rotan.Maaf jika salah n3.Bla apply kt anak nt.

Kembang Perawan 3288 said...

amboih ade org suke ko zack .. atas ni.hoho.

weh cuba ajar kt sekolah. lg mencabar. first time ak ngajo kt sekolah prktikal dulu... mcm ni la.. pas2 xde bg muka dah. mmg kena tegas. jgn samapi tgan naik nk lempang budak2 dah le.. huhuu

Anonymous said...

cikgu baik mula untuk jdi garang ^^

:: cikNuurul :: said...

ye,suke,.hehe,.

msti muke budak tu innesen je kn,.die jwb herba,.adeii,.geram3,.hehe

My Mom's Diary said...

as salam, MMD baca sambil ketawa dan sambil tutup mulut, my hubby and anak2 kehairan.......naaaaaaan. hi hi hi

Ikmal Zainal said...

terbaek lah... best entry so far.. :)

Anonymous said...

minggu depan ta nak dtg kelas cikgu


-_________________________-"

shida said...

ok fine shida org last komen entry ni...hahaha

murid2 tu tau tak teacher depa ni ada blog nih?ahaks...~~

aizamia3 said...

'buat herba cikgu..'

eh.. aku rasa tadi takde pulak aku sub topic pasal herba.. adeh...

iyan shazlind said...

hahaha terbaik la jawapan fatin tu " daun = buat herba...hahaha

jie justin said...

Ok lagi, dieorang cakap lukis unta macam zirafah ... aku lukis star dieorang cakap power rangers, apa barang! kah kah kah! BTW, cikgu Zack, jangan garang!

theflow said...

mengimbau time tusyen dolu2 :)

Anonymous said...

pendekatan yg menarik...aku jarang nk abihkn entry pnjg2 ni...tp x sgka dpt abis baca plak

p/s: zaman bile punye entry ni...hahaha

sangpemimpi said...

best gile kalo dpt cekgu ensem plus baik hati..berkobar kobar la semangat nk blajo..

the sun daily said...

hope u will peace...visit my website the-sun-daily.com

Adi Alida said...

hehe..suke,buat jadi bhn penglipur lara time sdey2.. ^_^

Anonymous said...

haha.. adoiyaaa.. macam-macam gelagat pelajar .. =P

syuhada said...

terangkat rangkat kening mase bace part sambung ayat. ;p

IDA MANSOR / IENA MANSOR said...

haha comel je :)

KANGEN WATER PERAK said...

NICE...haha senyum sesorang baca..haha kidipap

Anonymous said...

2017...and still reading your blog �� mana kau hilang zack???

Anonymous said...

2017...and still reading your blog �� mana kau hilang zack???

Riey said...

zack, aku nak habaq....bonggol kat belakang unta tu terkanding lemak ...bukan air...ang dah ajaq ajaran sesat.... 9 tahun tertipu..hahhaha

«Oldest ‹Older   201 – 295 of 295   Newer› Newest»
Related Posts with Thumbnails