Showing posts with label skill. Show all posts
Showing posts with label skill. Show all posts

Berperang dengan lipas

Ahad, 12 am, bilik aku.


Itu hari, time aku tengah syok-syok menaip, tiba-tiba beliau lalu depan keyboard aku buat muka bodo je. Muka tak berdosa. Ok, fine. Mood aku baik time tu. Aku maafkan je la dosa beliau.

Selang beberapa ari lepas tu, sekali lagi kesabaran aku diuji. Kali ni lebih hebat. Aku tengah sedap-sedap tengok movie kat pc, alih-alih beliau datang buat catwalk atas screen monitor aku. Ok, aku da mula fed-up.

Tapi, sebagai seorang lelaki yang berfikiran matang dan rasional, aku masih mampu bersabar. Aku percaya setiap makhluk yang tuhan jadikan tu punya sebab dan alasan yang munasabah. Jadi, aku berfikir apa rasionalnya tuhan menjadikan lipas ni... Mungkin sebab nak menguji kesabaran manusia? Or mungkin jugak nak menyedarkan manusia yang leka dalam menjaga kebersihan ?

Justeru, aku mengambil langkah positif dengan mengemas kawasan sekitar meja study aku. Dengan harapan, beliau tak mengganggu gugat hidup aku lagi.

Tapi, ternyata harapan aku punah sama skali! Baru aku nak meneguk air nescafe yang aku bancuh sejam yg lalu, tiba-tiba aku ternampak kelibat beliau berenang-renang di dalam Mug aku. Terus aku campak air nescafe tu ke dalam sinki sambil menyumpah seranah makhluk hitam berkaki lapan tu. Maafkan aku ya Allah, aku gagal dalam ujian Mu.

Ok,ini tak boleh dibiarkan. Memang tak boleh diberi muka. Satu langkah drastik perlu diambil.

Setelah puas menggeledah almari dan kotak2 lama, akhirnya aku jumpa jugak perangkap lipas yang aku beli tahun lepas. Buat pengetahuan korang, kat jepon ni, lipas-lipasnya kecik2 belaka. Comel. . Tak sebesar dan segarang lipas di Malaysia. Maka, ubat gegat yang bulat-bulat dan berbau extreme macam kat rumah korang tu memang tak dijual di pasaran jepon.



So, ini la rupa perangkap lipas yang aku maksudkan. Terdiri dari tiga komponen utama. Perumah, alas kaki dan umpan. Jom follow aku pasang jerangkap samar ni. (Wah! bunyiknya macam gaya uncle seekers yg serius)


Langkah pertama, bukak perumah tadi dengan cermat.



Langkah kedua, lekatkan alas kaki di tempat yang disediakan. Ini bertujuan memastikan habuk-habuk pada kaki lipas akan tertinggal di sini sebelum beliau memasuki perumah. Sekaligus menyebabkan possibility untuk beliau melepaskan diri menghampiri sifar.


Next step, tanggalkan pelapik pada perumah. So, akan wujud permukaan ber'gam' yang melekit pada bahagian lantai perumah. Gam ni sangat kuat ok?! Err...at least kuatlah bagi seekor lipas yang kerdil.


Seterusnya, buka paket umpan/makanan lipas tadi. Makanan lipas ni dikatakan mampu menarik perhatian lipas dalam lingkungan setengah meter persegi.


Ok, next. Letakkan makanan tu di tengah-tengah perumah.


Kemudian, tutup perumah tu tapi make sure tingkap-tingkap rumah tu dibuka supaya lipas boleh masuk ke dalam rumah.

 
Siap! seterusnya, letakkan perumah ni di tempat yg mana selalunya berlaku kes-kes biadap seperti yang dinyatakan pada awal entry ni tadi. Macam kes aku, aku letak kat tepi Mug aku. Konon-konon kalau beliau nak singgah minum air aku lagi, beliau sure nak jengah perumah tu skali ye tak? Haha.

Okay, lepas tu biarkan dalam beberapa jam.



Tadi, dalam pukul 4 petang waktu jepon, aku da try bukak dah. Hehe. Ada dua ekor lipas comel sedang terkapai-kapai nak melepaskan diri. Hehe. Gasak kau la! Sapa suruh kacau aku. Padan muka kau.

Biasanya, kalau dibiarkan seminggu, korang akan perhatikan terdapat lebih kurang  20 ekor lipas dalam perumah ni lagaknya seperti sedang menyambut 'open-house' di hari raya.

Owned!


p/s : Sorry lipas. Lu yg bikin wa panas dulu...



.

Teknik mengorat 2010 part 5

Dari chatbox, sampai ke ruangan komen, bawak la ke fecbuk, korang sibok carik aku.

"Zack, buat la entry pasal cara nak tackle lelaki pulak!"

Tetiba aku rasa aku ni macam Fadilah Kamsah plak. Lawak la lu orang. Aku tulis entry merapu pun, korang still nak baca. Dah tu, siap request plak tu! Steady lah! Hakhak.

Okay, takpe-takpe. Ini hari aku nak share pasal cara-cara menambat hati lelaki. Tapi siang-siang aku bagitau, ini semua adalah sekadar dari pengalaman dan pandangan aku je. Tak semestinya betul ya?

Actually bukan aku taknak tulis pasal cara-cara nak pikat lelaki. Just aku rasa benda ni terlalu common or dengan kata lain, terlalu basic dan mudah. Tak percaya? Kalau korang perhatikan, baik dari iklan awek topup dalam entry aku sbelum ni, bawak la ke iklan syampu, sampai ke iklan pencerah wajah, hingga la ke iklan gincu, semuanya da bagi hint awal-awal kat korang macamana nk tambat hati guys tapi korang je yang tak sedar.



Sampaikan ada satu iklan tu, hanya dengan mengangkat ketiak yang telah disapu deodoran , berebut-rebut brader teksi tu nak hantar korang. Tak payah nak susah-susah tunggu teksi lama-lama.

Secara ringkasnya, kebanyakan lelaki memang suka kan kecantikan luaran. Aku sendiri pon, kalau ditanya, aku sukakan perempuan yang berbaju kurung dan free hair. Pada aku, baju kurung tu seksi. Kene plak dengan rambut panjang yang ditiup angin... pergh, cun! Santai gitu.


hai lisa! =)

Bila aku cakap camni, semua orang kata aku gatal sebab dah ada awek pon still suke pandang girl lain. Aku cakap 'Bullshit!". Hipokrit.

Cuba gi tanya ayah korang "ayah, siti nurhaliza tu cantik tak?", bohong la kalau die jawab tak cantik. Unless kalau korang tanya depan mak korang. Nak kene pelangkong , try la dia jawab "cantik"!

Kitorang lelaki ni, walaupun suka pandang girl yang seksi-seksi, cantik-cantik, tapi tu semua sekadar pandangan biasa seorang lelaki normal dan habis di situ je. Tak semestinya awek yang cantik tu kitorang nak buat bini. Teettt! lari tajuk.

Ok. Berbalik pada tajuk how to tackle a guy...

Tempat : Campus
Situasi : Korang memang minat sorang brader senior kat kolej korang ni. Hensem macam zack fahrin ahmad, hati tu kata mau tapi malu...

So,caranya camni. Bila ada peluang ternampak dia kat mana-mana,korang try snap gambar laki tu guna henpon canggih korang. Biar la jadi stalker skit, xpe. Tapi jgn smpai kantoi. Tak pon, susah-susah, amik je gambar die kat fecbuk. Lepas tu korang cuci gambar tu and print out. Letak dalam buku.

Pastu, masa korang jalan nak gi campus, korang timing nice-nice bagi die jalan blakang korang. Kebiasaannya brader macho, die takkan potong girl. Dia akan jalan slow-slow ikut je blakang korang.. Masa tu, korang pura-pura la cicirkan gambar yg korang buat penanda buku tadi. Then, korang jalan je buat tak tau...

Brader : Awak, tunggu... (sambil mengutip gambar tu)
Awek : Ya ? U panggil I ke? (ceh!)
Brader : Awak tercicir ni tadi...

Awek : Ya Allah! thanks! sorry tak perasan...huhu...
Brader : Tapi...ni macam gambar I ? Mana U ambil ?
Awek : Huhu...sorry...

(Music please! )



Time ni korang buat la muka comel. Gunakan ekspresi bibir dan lipstik merah jambu utk lebih efektif. Buat muka nak nangis sbb korang kena tau, lelaki mmg kalah dengan air mata... Dan sebagai perempuan, korang mesti nak jaga perasaan malu korang. So, jangan jawab apa-apa... cukup dengan ekspresi.

Brader : U curi gambar I ye?
Awek : Sorry....
Brader : Knapa U buat camni? (padahal die da tau jawapan die)
Awek : Huhu... pulang kan la balik! tu I punya... (buat muka comel)
Brader : U tak jawab pun soalan I lagi...
Awek : I ambik dekat Fecbuk U...
Brader : Tapi kenapa??
Awek : (Tunduk diam. Buat-buat nangis)

Brader : U suka kan I ya?
Awek : (Angguk perlahan...)
Brader : Kenapa U tak bagitau I awal2...Kenapa nak sembunyi2 macam ni.
Awek : I tau U tak sukakan I.. huhu...
Brader : Mana U tau ?! kalau U tak bagitau I, macam mana I nak tau...
Awek : I mintak maaf...U ambil la gambar U balik...

Lepas tu, korang blah je...jangan toleh-toleh belakang, Esok lusa, laki tu datang la carik korang punya.


Hakhak! Banyak sangat tengok drama ni!


Dah2. Aku nak mandi dulu. Chow.

.





Teknik mengorat 2010 part 3

Kpada pembaca-pembaca yang aku hormati sekalian, sila jangan praktikkan bulat-bulat apa yang aku ajar ni. Aku buat sekadar suka-suka je ni. Hakhak. Bidang ke'playboy'an ni dah lama aku tinggal dah. Terkejut gak bile tengok ada brader yang try teknik merapu aku ni.



Lu jangan macam-macam brader! Ok, lets take an example. Pasal teknik ngorat part 2 yang aku ajar smalam tu, skali esoknya lu tunggu awek tu lalu, tak pasal-pasal lu pegi langgar die. Buatnya minah tu menangis kaw-kaw ? masak lu brader! hakhak. Tak pon, kalau die jerit "tolong! perogol !!" Amacam? Heh! Aku tak tau. Lalala~

Okay, takpe2. Kalau die nangis, lu hulur ar tisu. Apa susah ye tak? Pelajaran hari ni tetap diteruskan seperti biasa. Teknik mengorat awek part III. Nawaitu aku memang nak turunkan semua ilmu aku kat lu orang. Memang xde kedekut ilmu punya meh!

Tempat : Kedai topup
Situasi : Lu memang nak usha sorang awek kedai topup ni. Cantik tertarik, die memang tembam. Kalau lu orang perhatikan, awek kedai topup ni memang jelita. Tak kencing lu. Kalau tak percaya, lu gi start moto, carik kedai topup Maxis. Kalau tak jelita, jgn panggil guwa zack la.

Cara lama :
Berlagak macho dan cuba selitkan unsur-unsur lawak skit. Lu jangan tak tau, perempuan memang suka lelaki yang pandai buat lawak. Ini fakta.


Brader : Ni apa citer ni?
Awek topup : Ini pack baru incik. Hotlink plan mudah, ada tempoh aktif berganda
Brader : kanda..? (buat2 silap dengar)
Awek topup :  Lima ringgit 7 hari, Seploh ringgit 14 hari.
Brader : 30 ringgit?
Awek topup :  60 hari.
Brader : wooo, xkahwin lagi ! (buat2 silap dengar lagi)
Awek topup :  lebih banyak encik tambah nilai, lebih lama encik boleh cakap dengan yang tersayang
Brader : tadi "kanda", sekarang "sayang".(buat2 paham sendiri)

Cara ni still boleh guna lagi, tapi guwa ada cara yg lagi baru. Hakhak.


Cara baru :
Sebelum lu pergi kedai topup tu, lu adjust alarm henset lu setting bagi die bunyik dalam masa seminit. Timing dalam kes ni adalah sgt penting. Dah siap setting sumer2, lu jalan dengan langkah yang macho ke arah awek topup tu. Kalau ada spekmata hitam lagi afdhal.

Awek topup : Ya bang, topup?

(Trreeett...treet...alarm lu bunyik)




Brader : Ops, kejap ya?
Brader : Walaikumsalam. Adik,ha ada apa? Abang kat kedai topup ni. Berapa? 30 ringgit? Ha, ye lah..Takpe. Pakai duit abang dulu. Nama pon adik bradik kan? Ha...ok..ok. Tunggu abg kat depan guard house macam biasa. Jangan pegi mana2. Nanti jap lagi abang sampai.  ( sila berlakon cakap sorang-sorang ok? )
Awek topup :  (senyum)
Brader : (balas senyum) Haaaii..macam ni la jadi abang... (buat-buat mengeluh kecil)
Awek topup :  (senyum je)
Brader : Risau nak lepas adik balik sorang2. Kang kene ragut ke apa,susah! Haish...(buat muka serius)

(Perkataan yang di 'blink' kan itu adalah point penting. Awek topup mesti beranggapan yg brader ni sgt protective dan bertanggungjawab)

Brader : Hurmm..bagi maxis 30 satu.
Awek topup :  Satu je? (senyum manja)
Brader : Beli satu dulu...Kalau beli banyak-banyak, esok takde alasan dah nak datang sini lagi. Tak dapat la nak tengok muka u yg cantik ni lagi... (ayat pancing)
Awek topup :  Hihi. Ada-ada je... (blushing)
Brader : Betul laa...Sebab tu i selalu datang sini.
Awek topup :  Ye lah tu... (senyum)
Brader : Eh, muka u macam familiar tau! u pelakon ek? (pancing lagi bro...pancing..)
Awek topup :  Eh, mana ada la. Hehe. Plakon mana plak ni.. (bangga jap)
Brader : Muka u macam diana rafar. Serius!
Awek topup :  Wah! cun tu! hehe.
Brader :: Ha, memang cun pun..anyway, i selalu dtg sini, tak tau pon nama u. I Roy. U ?
Awek topup :  Hehe...I Isabella...

Dialog lepas tu lu pandai2 la brader..hakhak!




p/s : Kalau awek topup tu tarik muka ketat, baik lu hentikan niat lu brader...

Related Posts with Thumbnails