Aku kalau masuk bab cerita-cerita kartun ni, aku memang tak amik port sangat. Ye la, umur pon da 23, tahun ni da masuk 24. Dah tua. Janggut pun da lebat. Kalau kawen, silap-silap da beranak empat. Ok, itu tipu.
3 tahun lepas punye kes, aku ingat lagi. Merengek-rengek cik awek nak ajak aku tengok cerita Enchanted. Ntah hapa yang best nye pon aku tak tau. Nak tak nak, aku download kan aje. Bagi die tengok sorang-sorang. Bukan main seronok lagi aku tengok muke die masa layan citer tu. Die punya feel mengalahkan orang baca novel Bukit Kepong!
Kebetulan hari tu, cerita tu bertindih dengan cerita hape ntah. Aku tak ingat. Tapi yang pastinya aku tak nak tengok citer katun tu. Masa tu cik awek mula la tarik muncung 2 inci setengah. Dah boleh sangkut hanger baju da gamaknya.
Sayang punye pasal, takpe lah. Aku mengalah.
Boley tahan la cerita tu. Nasib baik ada dua karektor comel kepala botak yang macam toyol nama upin ngan ipin. Kalau tak, alamatnya konfem aku lelap dalam movie tu. Aku senang betul tertido kalau dalam wayang. Nak nak kalau tengok citer genre romantic. Tapi kalau bawak aku tengok citer "jangan pandang belakang" ke, "Santau" ke, ha time tu 90 darjah tegak aku duduk. Khusyuk!
*******************************
Kalau nak di ikutkan sejarah perkatunan kat Malaysia ni, aku rasa not bad laa... Ada improvement.Kalau dulu, tak kire la kartun apa pun, baik Usop Sontorian mau pon Keluang Man, kalau masuk bab bercakap je, gerakan mulut die mesti ke atas ke bawah je. Ekspresi muka plak sama je. Monotonous. Tapi skang, da ok skit. Malaysian animator pon da pandai bikin graphic. Skrip pon lebih natural dan bersahaja. Upin ngan Ipin tu so far aku rasa the best la kot.
Kalau dulu time aku kekecik dulu, bile masuk ari Sabtu, pukul 8 pagi aku da mandi sarapan sumer siap2! Knapa? Sebab pukul 9 satgi ada KFC Hour. Ada banyak kartun best time tu. Ada Tazmania devil, Roadrunner, Tom n jerry, memacam lagi ah. Memang tak boleh miss punye.
Lepas tu pukol sepuloh, ada cerita Dragon Ball. Ha, ini da macam rancangan wajib bagi kanak-kanak zaman tu. Kalau terlepas satu episod, rasa macam taknak pegi sekolah ari Isnin. Sebab nanti kengkawan berborak, tak boleh nk join. Tapi, kadang-kadang aku menyampah gak ngan citer ni. Tetengah sedap Hero tu baru nak berlawan, dandan tu citer abis. Paling menyampah bile dengar orang kat tv tu cakap "Bagaimanakah nasib Goku seterusnya? Adakah die berjaya menumpaskan Fliza? "...Sangat anti-klimak ok?
Lepas tu masuk pukul seploh setengah, da abis cerita dragon ball, ada cerita Sailormoon plak. Cerita golongan akak-akak. Time tu, aku da keluar gi main guli ngan memember dah. Tak kuasa aku nak layan citer ni. Merepek ok? Pakai skirt singkat tak hingat, tapi bile time berlawan, tak pernah skali pon kantoi spender die. Tak logik!
Aku dengar akak-akak aku cerita, kononnya heroin die ni ada tongkat magik. Kalau dalam bahaya je, die hayun tongkat die pastu posing gaya macam gambar kat atas ni sambil kangkang kaki, then die cakap "dengan kuasa bulan, akan menghukummu!", secara otomatiknya tongkat magic tu akan kluar satu cahaya laser. Hakhak!
Pastu, watak paling tak boleh blah - tuxedo bertopeng. Tugas die just datang bilemana kesemua sailormoon ni tadi dalam bahaya. Kire Hero la. Time tu mula la die campak bunga ros berduri. Eceh! Hero tak main bunga la bai... Bawak la pedang ke, pistol ke... Macho la jugak.
Tapi apa pun, respect jugak la kat citer ni sebab lagu die best. Versi bahsa melayu. Sekali dengar layan gak ah. Dua kali dengar, dah jadi lawak plak. Hakhak!
**************************************
Ok, masuk bab cerita kartun sebelah petang plak. Seingat aku, pukul 5 ada cerita power rangers. Skarang ni da macam-macam power rangers aku tengok ada kat tv. Dah bertukar-tukar da costume die. Tapi still tak boleh lawan citer power rangers yang awal-awal dulu. 'Mighty morphin power rangers' kalau tak silap.
Wallawei! ni paling old skul dalam adik bradik power rangers. Akak aku awal-awal da booking power rangers pink (Kimberly). Aku pulak minat yang kaler itam tu sebab weapon die kewl ! Macam kapak, tapi kadang-kadang boleh jadi senapang. Haha.
Nama die Zack Taylor kalau tak silap. Well, aku tak macam kengkawan aku yang lain. Diorang sumer pilih power rangers merah (Jason) je. Konon-konon hero la dalam team tu.
Hek eleh! Lame! Buat apa tiru orang kan?
Hek eleh! Lame! Buat apa tiru orang kan?
Part yang best dalam cerita ni, bilamana diorang tengah berlawan ngan musuh-musuh, tetiba sampai satu tahap, diorang macam da tak berdaya. Ha, time tu yang paling best sebab masa tu diorang akan combine kan semua weapon2 ni jadi bapak weapon! Besssaaar punye! Ha, time tu memang bersepai la segala resaksa yang ada.
Cerita die tak abis takat tu je. Ntah hapa sihir yang orang jahat tu hembus ntah, tetiba je resaksa yang bersepai tadi tu tetiba akan bercantum jadi lagi besar. Dan benda yang sama berulang untuk setiap episod! Ha-Ha. Aku layankan aje. Bebudak kan? Mana la pandai nak mengkritik time tu. Akal singkat lagi.
Sebagai power rangers, mesti la kene power kan? Masa tu mula la memasing seru robot memasing. Ada robot yang datang dari gunung berapi, ada robot yang muncul dari permukaan air laut, dan ada yang datang dari celah ceruk mana ntah! Tetiba je.
Pastu bercantum jadi robot baaapak besar dan akhirnya berlawan ngan resaksa tadi. Selalunya menang la macam biasa...
****************************************
Menjelang senja kang, cerita Doraemon pulak. Ha, yang ni aku taknak sentuh sebab aku da buat entry pasal ni dulu. Sesapa tak baca lagi, boleh usha sini.
Apa yang aku cerita ni baru masuk part hari sabtu. Ahad citer katun lain plak. Haha! Sumpah seronok bile ingat-ingat balik zaman kekanak riang dulu. Langsung xde masalah. Kiranya cuti sabtu ahad tu memang heaven ah! Lupa semua keje skolah cikgu bagi. Tapi time tu keje skolah pon rilek-rilek je. Paling susah pon stakat buat buku scrap je. Tu pon tak susah mana. Stakat gunting2 kertas warna, pastu tepek2 guna gam je.
Ok,kite sambung skit lagi. Skang ni masuk part citer kartun yang advance skit. Ingat lagi tak 'suria baja hitam'? Ada sesetengah bebudak panggil 'suria perkasa hitam'. Bebudak jepon panggil 'kamen rider'. Mat salleh plak panggil 'masked rider'. Kire nya memang femes sangat la kot sampai satu dunia ada bagi gelaran memasing.
Tapi apa pun gelaran yg ang bagi, pada aku mamat ni tetap legend. Pergh! lu tengok la moto die. Suzuki lama tu. Mana nak carik moto camni brader! Yang bestnya, moto die ni paham bahasa melayu! Kalau tuan die dalam kesusahan, tetiba je die datang sendiri. Haha. Lepas tu, kalau orang jahat tembak, sah-sah tak kene. Mesti peluru tu sekadar kena tanah kat belah kiri ngan kanan moto je. Dari episod 1 sampai la final. Tak tipu punye!
Yang menariknya pasal mamat ni, tali pinggang die je sebenarnya. Bile tekan je, scara otomatik hero die bertukar jadi suria baja hitam. Pastu jurus yang paling hebat -Tendangan Padu Maut. Oh,okay! Padahal, yang sebetulnya 'Rider kick'. Tapi bile da translate, jadi lain plak. Tak pe la, janji cool !
Cybercops. Ok, ni pon antara fevret aku time kekecik dulu. Cybercops ni sebenarnya polis biasa yang makan gaji bulan-bulan. Tapi demi nak lawan org-org jahat yang semakin advance, diorg pon dilatih untuk pakai suit kalis peluru macam gambar kat atas ni. Dah macam robocop pon iye jugak.
Yang menariknya pasal cybercops ni, setiap member dalam group tu ada kad sorang satu tau. Kad ni plak macam kad telefon. Paling tak boleh blah, bile die cucuk kad ni kat memana public phone, tetiba je kluar weapon kat celah mana ntah! Kadang-kadang tu, dari celah pembetung pon boleh kluar briefcase yang ada weapon. Ntah hape hape.
Ok la, cukup la tu. Kang muntah darah plak ang nak baca panjang2. Kalau ikut ati aku, banyak je lagi nak tulis ni. Belum masuk part flashman, maskman, dash yonkurou sumer2. Hehe.
*******************************
p/s : aku tak tengok citer sailormoon, ok ? :D
.








