Ayam, Cikgu Sains dan Sekeping Lukisan


Puan emak dah bising-bising. Katanya sejak balik bercuti ni guwa banyak buat benda yang tak bermanfaat dan tak mendatangkan hasil langsung. Kerja makan tido makan tido saja.

"Omak ni bebaya kau dulu, pepagi buto lagi dah nurun poie motong gotah. Takdo la kato dapek tido lamo sikit. Jangan mimpi. Karang kok tak motong, dapor tak berasap. Dah tu nak buek macam mano? Kok tak kojo kang, apo nak kedarah? Tak macam bebudak ni ari. Pomaleh! Namo la nak menolong orang tuo buek kojo-kojo ghumah, Haghammm.."

Begitu la antara lain isi kandungan bebelan puan emak dalam loghat nismilan. Tu belum masuk bab incik ayah lagi. Incik ayah punye kata-kata lagi pedih kalau kene. Tajam dan padu. Macam kene sengat tebuan tanah.

Jadi nak tak nak guwa bangun dan mula berkira-kira pekerjaan apa yang boleh guwa lakukan selain mentela'ah facebook dan melayan sinetron.

Guwa pandang keliling bilik guwa. Macam cilake. Tak cantik langsung decoration. Almari baju sebijik, katil sebijik, lepas tu barang-barang lain bersepah-sepah atas lantai. Mana satu lantai pun guwa tak pasti. Tak jumpa dasar. Punya banyak barang. Jalan setapak, terpijak kalkulator. Jalan setapak lagi, terpijak pen kilometriko. Kadang-kadang tulang ayam pun ada. Entah mana datang pun guwa tak tau. Dah macam stor tempat cinderella kene kurung dengan mak tiri pun iya juga. Siap tikus pun ada sama. Buat ramai.


**********

Tapi, memandangkan takde pari-pari datang menolong guwa mengemas bilik, mahu tak mahu terpaksalah guwa mengemas sensorang diri. Sambil mengutip sampah-sampah lama, guwa menyanyi hiburkan hati sendiri. Konon-konon tak nak bagi rasa tertekan sangat la. Kononnnn...

Sedang guwa memunggah buku-buku lama masukkan dalam kotak, tetiba guwa terjumpa buku latihan sains  masa zaman sekolah menengah dulu. Guwa selak selai demi selai. Ada macam-macam cerita. Cerita pasal klorofil la, pasal transpirasi la, protozoa la, fotosintesis la.. dan macam-macam cerita lagi.

Tapi dalam banyak-banyak cerita tu, pandangan guwa tertarik pada satu helaian dalam buku tu. Satu helaian yang mengandungi sekeping lukisan yang ada cerita dia sendiri. Tersenyum guwa bila tengok lukisan tu. :)

Lukisan tu guwa lukis di mukasurat akhir buku latihan sains masa tingkatan tiga sekitar tahun 2001 kalau tak silap.

Time tu sistem pembelajaran di Malaysia masih lagi belum mengada-ngada. Semua memurid pun belajar dalam bahsa melayu. Senang paham. Kalau tak paham apa yang cikgu ajar, memurid akan cepat-cepat angkat tangan tanya soalan. Tak macam bebudak ini ari. Cikgu dekat depan speaking omputih. Memurid pulak, english level baru tahap khatam buku 'the red riding hood'. Past tense present tense pun tak berapa reti nak guna. Jenis eja Tuesday dengan Thursday pun selalu tersilap. Tapi bila cikgu soal paham ke tidak, memasing angguk kepala gaya angkuh sambil jerit 'understandddd!'. Punya eksyen. Especially bebudak lelaki. Bukan apa, karang kalau tak angguk kepala, takut kene drop dengan makwe meja sebelah. Padahal, si makwe tu pun dua kali lima je. Bukan pandai sangat. Tapi sebab dek cun, belajar tak pandai pun tak mengapa. 

Jadi, satu hari tu cikgu sains guwa mengajar topik pembiakan. Atau bebudak ini ari cakap 'reproduction'. Ea? Tak sure ada ke tak topik ni.  Masa tu, guwa diperkenalkan dengan subtopik 'persenyawaan luar' dan 'persenyawaan dalam'. 

Oh ya. Mesti lu orang macam "Hah?! hamende ni nyawa nyawa ni??' Siap ada nyawa luar, nyawa dalam pulak?" Kan?

Takpe. Kita revise balik bab ni sikit-sikit. Guwa pun tak berapa ingat sangat. Tapi kalau tak silap guwa, dia kira macam ni la.

Generally, 'persenyawaan dalam' ni macam satu proses yang berlaku pada haiwan betina. Yang mana sperm si jantan akan bergabung dengan ovum si betina dalam badan si betina. Biasanya jadi dekat mamalia dengan reptilia. Mamalia tu apa? Mamalia ni kira macam sejenis kuih pengat pisang. Tapi inti kacang. Ha-Ha. -.-"

Jangan nak mengada sangat la mamalia pun tak tau.

Ok. Kita sambung.

'Persenyawaan luar' pulak berlaku dekat luar badan si betina. Alah, senang kira macam ikan la. Ikan betina bertelur dekat luar. Lepas tu nanti bergabung dengan sperm yang ikan jantan lepaskan. Lalu jadilah anak ikan. 



Sebab tu la lu orang tak penah nampak ikan pregnant perut boyot macam kucing betina mengandung. Sebab dalam perut dia takde baby. Just ada telur je. Baby dia bersenyawa dekat luar. 

Ikan paus? Ikan paus tu belakang cerita. Sebab dia mamalia.

Ok. So macam tu la lebih kurang ceritanya.

Jadi satu hari tu, cikgu sains guwa sedang menerangkan contoh-contoh haiwan yang menjalankan persenyawaan luar.

Jenis guwa pula, kalau dalam kelas guwa akan dengar dengan tekun. Sebab guwa jenis malas nak balik baca buku semula. Kalau tak paham, guwa akan tanya sampai paham masa dalam kelas tu juga. Tak suka simpan-simpan. Nak harap guwa study kemudian, memang tidak la.

Pada hari tu, guwa sedikit hairan bila cikgu guwa mengatakan bahawa ayam menjalankan persenyawaan luar. Guwa macam "ha?! biar betik."

Guwa lantas angkat tangan dan terus bertanya. "ayam persenyawaan luar eh miss?". Cikgu sains guwa tu cina kalau tak silap.

Masa tu cikgu guwa macam diam sekejap dan angguk nak tak nak. Guwa syak beliau pun tak berapa nak sure. Dan beliau cepat-cepat ubah topik.

Guwa pun malas nak argue panjang sebab guwa pun tak berapa sure sebenarnya. Bebudak lain pulak jenis belajar ikut buku. Kalau contoh tu takde dalam buku, takde la. Jenis belajar untuk exam.

Jadi hari tu guwa pulang ke rumah dengan perasaan bercampur baur. Betul ke ayam bersenyawa secara luar? Sebab bukan apa. Guwa penah nampak ayam beromen. Serius tak tipu. Ayam jantan tu dia akan tindih ayam betina, pastu gigit tengkuk dia sikit, pastu "chutttttt" dalam lima seconds, setel. Buat macam takde apa-apa pernah berlaku. Alaa.. lu orang pun mesti pernah tengok kan? Jap la guwa search kat youtube.



Ha. Ada pun. Lebih kurang gitu la.

Jadi persoalannya kenapa cikgu guwa ajar ayam bersenyawa secara luar?

Guwa cuba membayangkan ayam dan persenyawaan luar. Lebih kurang gini la kot.

Mula-mula ayam betina bertelur.


Lepas tu ayam jantan datang approach telur tu.

Dia terangsang tengok telur-telur yang comel. Lalu dia merembeskan sperm dia.

Then, sperm tu meresap cecelah kulit telur ayam tu dan bergabung dengan sel ovum ayam betina kat telur tu.
-.-"

Dan jadi lah anak ayam.

Macam tu la kot yang cikgu guwa bayangkan.

Ataupun satu lagi option.

Mungkin cikgu guwa konfius bila tengok ayam betina mengeram telur. Mungkin dia ingat mengeram tu satu proses persenyawaan luar.

Jadi guwa pendam soalan guwa tu tanpa jawapan sehingga hari ini.

Oh ya. Guwa pula ada satu habit yang guwa masih amalkan sehingga sekarang.

Kalau guwa marah, guwa bengang atau guwa konfius, guwa akan luahkan pada kertas dengan cara melukis dan menconteng.

Jadi, guwa ambik buku latihan sains guwa tu dan conteng gambar ni dekat mukasurat belakang.



Dengan harapan cikgu guwa faham maksud guwa. Ye lah. Takkan guwa nak pergi pada cikgu guwa dan cakap "cikgu, saya pernah nampak ayam beromen." ? Nak mampos? Termeninggal beliau karang.

Malangnya cikgu guwa tak perasan lukisan guwa tu. Kalau beliau perasan, mungkin sedikit sebanyak akan mengubah persepsi beliau terhadap statement "ayam menjalani persenyawaan luar".

Atau mungkin juga beliau akan beranggapan guwa seorang yang gila seks.

Begitu lah flashback guwa.

***********

Guwa tutup buku dan sambung mengemas.

Sambil tersenyum. :)



50 comments:

oyiesan said...

haha.

Anonymous said...

kehkehkeh epic

Rant Here Darl said...

kahkahhh. tipu laa kalau tak nah tengok ayam beromen. bandar nauu!

^lurve_purple^ said...

isk2.. kecik2 dah buat lukisan macam tu.. hahahaha.. nway.. awat lambat sangat hang nak update? terlepas gak rindu ngan blog ni... :p

Lieyanna Esmeralda said...

ha ha ha

Unknown said...

Sengalll.

afiqah ashiya said...

gila la lu.haha..tp ad gak info. haha.layann

cimon said...

Mcm harem. Hahaha ^^

hime s said...

-_- ....

Mohamad Syafie Samsir said...

batok....ahahha !!!
Nice one broo

nurdani said...

ahahahahah. mengkaji sungguh

Cik_Sha said...

hahaha.... abg zack,imaginasi tinggi ni kalah sponge bob! btw, nice one abg zack!

Anonymous said...

HAHAHAHAHAHA harap haraplah cikgu tu baca entry ni. --"

aque said...

speechless...

pestime tengok ayam romen...

hahaha...

HaFizaH aYu said...

Haha kocik2 dulu slalu tertaye2 apo la ayam tu dok buat gaya gitu

Shafiqah Rashid said...

hahaha !
hilang stress kejap bca entri ni xD

Anonymous said...

Ngiahahha. ..

Ezy Erika said...

hahaha... terbaik :D

Anismanis said...

hahaha lawak mcm ke hape...bijak pon ye jugak

Anonymous said...

xponah pulak tepikir ayam besenyawo mcm tu skali..

Fiza Rahman said...

Terbaik lah zack. Tergelak2 depan pc ni ha.

Anonymous said...

haha klaka la zack
berbaloi tnggu
waiting for the next entry ^^,

nZaOdonut said...

eksperimental toii....hahahaha!

gelak besaq baq hg...hahahaha!

Unknown said...

bese arr.. cikgu manusia gak. datang malas dia nak wat research benda yg dia tak reti, dia pki sebat je. kui kui kui.... sama cam cikgu math aku dulu.. =.="

LiaNa YuSoF said...

Mamalia tu apa? Mamalia ni kira macam sejenis kuih pengat pisang. Tapi inti kacang.

hahhahahahaha... berdekah2 gelak rasa takboleh berhenti..

best kan sebenarnya sains ni.. tapi tulah.. masa sekolah tak belajar sains betol2.. tu yang ape pon tak lekat kat kepala... btw, thanks sebab mengingatkan saya kembali tentang topic persenyawaan ni.. ^_^

Anonymous said...

kah kah kah kah ... ni lawak ...tp terima kasih la bg pemelajaran arini .... ;)

Miss Ayumi said...

guwa rasa guwa kenal sangat yg first komen tu. peminat tegar katanyaaa. haha.

Kekzamanis said...

Betul ke cikgu lu tu? Ajaran sesat tu.. Dah terang2 ayam tu melalui persenyawaan dalam.. Ish2, cikgu loh cikgu.. -.-#

Mass said...

ish..ish....adik zack lama gile x update blog..sekali updatee...amik ko topiknya.hehehe

Milin said...

hahahahahaha!!! senget >.<

Unknown said...

Alhamdulillah you're back :)

Cik Azz said...

Mujur la Omak ko tak jumpo gambar yang last sekali tu.. Kalau tak, pitam dio gak ehh...


Arliana Rashid said...

cicak beromen pernah tengok tak?

HAHA

Aalia Shahira said...

giler ko zack.. budak form 1 punyer imaginasi luar alam. har har kalau aku jadi cikgu sains ko n terjumpa lukisan tu, siap aku backhand sampai ke padang.

Sya_Merpati Putih 88 said...

memmang sesuai kalu jadik cikgu sains...
pasti lepas nie bebudak kat sekolah pakat2 minat sains..hehehehe..
lukisan ayam tue..hahahaha.. =p

Anonymous said...

dia is bes..gulin2 ambe baca..lu memang lejen bro..x sia2 godek2 blog lu jmpa entri baru :D

Sheqynne Hotloverzs said...

serius gelak sakan time baca entry ni ..

Unknown said...

Abis tu? ayam mengamalkan pensenyawaan luar atau dalam?? guwa pun frust ni tak dapat confirmation answer lagi. :/

IZAHAR™ AZIZAN said...

gua rasa kita kena buat eksperimen kat ayam2 ni.. kita jemput National Geographic buat rakaman.. lpas tu fofular le..hahaha aku pon buntu, tak dapat jawapan lagi

blog-tips-kurus said...

biasanya org buat eksperimen guna tikus kan...

:-)

Anonymous said...

hahaha :D

Mieza S said...

haahha, lawak ah

Unknown said...

kah2..best bro..layan=)

Puan Eka said...

hahahahaha

kalu dedulu, tengok ayam beromen.

eh mak, ayam tu dah kenapa?????

dah dah jangan tengok. halau2. kato omak den

fadzel zakaria said...

kehkehkeh sekian lama menunggu entri lu akhirnya muncul jugak...zack gua nak mintak tumpang promote sikit ye... http://atromen-atromen.blogspot.com

Unknown said...

Siot la terbaca cite ni kat mamak..x pasal2 org ingat gua gila ketawa sorg2

Cryptohunter aero8848 said...

ETHTRADE
SHARING PROFIT UP TO 25% - 30% PERMONTH
THE BEST .. LONG TERM BUSINESS ... STABLE N TRUSTED
THE REAL COMPANY WITH THE REAL ACTIVITY
https://ethtrade.io/@821745
https://ethtrade.org/@821745
✔ not hyip
✔ since April 16, 2016
✔ More than 32000 member
✔ Up to 25% (up to 30% by compounding) monthly profit
✔ Average Daily profit 1% ( monday - Friday )
✔ Automatic re invest (compounding)
✔ Lifetime contract
✔ invest in cryptocurrency trading with professional Team
✔ Start your portfolio with only 10$
✔ Use Bitcoin / Ethereum / Advcash
✔ Withdraw your profit or your investment anytime you want
✔ Marketing plan is very good for long term
✔ Build your team to get more benefits
JOIN NOW!!! DONT LEFT BEHIND!!! REAL PASSIVE INCOME!!!LET YOUR MONEY WORKS FOR YOU!!!
Join now .. free register : https://ethtrade.io/@821745

IFBT1 said...

gud sharing..keep it up!

Anas rashid said...

Mana lu hilang bro🤦🏻‍♂️🤦🏻‍♂️🤦🏻‍♂️

Taurus Spectrum Laser said...

Laser for Taurus Revolver : The new Taurus G3 pistol offers a number of preferable tactical attributes for a really reasonable price. What various other concealable 4" 9mm semi-auto deals an 18 round capacity, a single-action fire control unit with a 2nd strike capability as well as a Taurus G3 Accessories rail for just $345? Those that desire a standard 9mm gun for personal and also residence defense will certainly be hard-pressed to locate a well-appointed 9mm at a lower price. Taurus PT111 G2 Laser

Related Posts with Thumbnails