4 February 2010

Cerita kartun dulu dulu

Aku kalau masuk bab cerita-cerita kartun ni, aku memang tak amik port sangat. Ye la, umur pon da 23, tahun ni da masuk 24. Dah tua. Janggut pun da lebat. Kalau kawen, silap-silap da beranak empat. Ok, itu tipu.

3 tahun lepas punye kes, aku ingat lagi. Merengek-rengek cik awek nak ajak aku tengok cerita Enchanted. Ntah hapa yang best nye pon aku tak tau. Nak tak nak, aku download kan aje. Bagi die tengok sorang-sorang. Bukan main seronok lagi aku tengok muke die masa layan citer tu. Die punya feel mengalahkan orang baca novel Bukit Kepong!

Ada sekali tu time aku balik bercuti kat Malaysia, time tu wayang tengah sibok main citer katun "Geng".

Kebetulan hari tu, cerita tu bertindih dengan cerita hape ntah. Aku tak ingat. Tapi yang pastinya aku tak nak tengok citer katun tu. Masa tu cik awek mula la tarik muncung 2 inci setengah. Dah boleh sangkut hanger baju da gamaknya.

Sayang punye pasal, takpe lah. Aku mengalah.

Boley tahan la cerita tu. Nasib baik ada dua karektor comel kepala botak yang macam toyol nama upin ngan ipin. Kalau tak, alamatnya konfem aku lelap dalam movie tu. Aku senang betul tertido kalau dalam wayang. Nak nak kalau tengok citer genre romantic. Tapi kalau bawak aku tengok citer "jangan pandang belakang" ke, "Santau" ke, ha time tu 90 darjah tegak aku duduk. Khusyuk!

*******************************
Kalau nak di ikutkan sejarah perkatunan kat Malaysia ni, aku rasa not bad laa... Ada improvement.

Kalau dulu, tak kire la kartun apa pun, baik Usop Sontorian mau pon Keluang Man, kalau masuk bab bercakap je, gerakan mulut die mesti ke atas ke bawah je. Ekspresi muka plak sama je. Monotonous. Tapi skang, da ok skit. Malaysian animator pon da pandai bikin graphic. Skrip pon lebih natural dan bersahaja. Upin ngan Ipin tu so far aku rasa the best la kot.

Kalau dulu time aku kekecik dulu, bile masuk ari Sabtu, pukul 8 pagi aku da mandi sarapan sumer siap2! Knapa? Sebab pukul 9 satgi ada KFC Hour.  Ada banyak kartun best time tu. Ada Tazmania devil, Roadrunner, Tom n jerry, memacam lagi ah. Memang tak boleh miss punye.


Lepas tu pukol sepuloh, ada cerita Dragon Ball. Ha, ini da macam rancangan wajib bagi kanak-kanak zaman tu. Kalau terlepas satu episod, rasa macam taknak pegi sekolah ari Isnin. Sebab nanti kengkawan berborak, tak boleh nk join. Tapi, kadang-kadang aku menyampah gak ngan citer ni. Tetengah sedap Hero tu baru nak berlawan, dandan tu citer abis. Paling menyampah bile dengar orang kat tv tu cakap "Bagaimanakah nasib Goku seterusnya? Adakah die berjaya menumpaskan Fliza? "...Sangat anti-klimak ok?


Lepas tu masuk pukul seploh setengah, da abis cerita dragon ball, ada cerita Sailormoon plak. Cerita golongan akak-akak. Time tu, aku da keluar gi main guli ngan memember dah. Tak kuasa aku nak layan citer ni. Merepek ok? Pakai skirt singkat tak hingat, tapi bile time berlawan, tak pernah skali pon kantoi spender die. Tak logik!

Aku dengar akak-akak aku cerita, kononnya heroin die ni ada tongkat magik. Kalau dalam bahaya je, die hayun tongkat die pastu posing gaya macam gambar kat atas ni sambil kangkang kaki, then die cakap "dengan kuasa bulan, akan menghukummu!", secara otomatiknya tongkat magic tu akan kluar satu cahaya laser. Hakhak!

Pastu, watak paling tak boleh blah - tuxedo bertopeng. Tugas die just datang bilemana kesemua sailormoon ni tadi dalam bahaya. Kire Hero la. Time tu mula la die campak bunga ros berduri. Eceh! Hero tak main bunga la bai... Bawak la pedang ke, pistol ke... Macho la jugak.


Tapi apa pun, respect jugak la kat citer ni sebab lagu die best. Versi bahsa melayu. Sekali dengar layan gak ah. Dua kali dengar, dah jadi lawak plak. Hakhak!

**************************************

Ok, masuk bab cerita kartun sebelah petang plak. Seingat aku, pukul 5 ada cerita power rangers. Skarang ni da macam-macam power rangers aku tengok ada kat tv. Dah bertukar-tukar da costume die. Tapi still tak boleh lawan citer power rangers yang awal-awal dulu. 'Mighty morphin power rangers' kalau tak silap.


Wallawei! ni paling old skul dalam adik bradik power rangers. Akak aku awal-awal da booking power rangers pink (Kimberly). Aku pulak minat yang kaler itam tu sebab weapon die kewl ! Macam kapak, tapi kadang-kadang boleh jadi senapang. Haha. 

Nama die Zack Taylor kalau tak silap. Well, aku tak macam kengkawan aku yang lain. Diorang sumer pilih power rangers merah (Jason) je. Konon-konon hero la dalam team tu.

Hek eleh! Lame! Buat apa tiru orang kan?
Part yang best dalam cerita ni, bilamana diorang tengah berlawan ngan musuh-musuh, tetiba sampai satu tahap, diorang macam da tak berdaya. Ha, time tu yang paling best sebab masa tu diorang akan combine kan semua weapon2 ni jadi bapak weapon! Besssaaar punye! Ha, time tu memang bersepai la segala resaksa yang ada. 

Cerita die tak abis takat tu je. Ntah hapa sihir yang orang jahat tu hembus ntah, tetiba je resaksa yang bersepai tadi tu tetiba akan bercantum jadi lagi besar. Dan benda yang  sama berulang untuk setiap episod! Ha-Ha. Aku layankan aje. Bebudak kan? Mana la pandai nak mengkritik time tu. Akal singkat lagi.

Sebagai power rangers, mesti la kene power kan? Masa tu mula la memasing seru robot memasing. Ada robot yang datang dari gunung berapi, ada robot yang muncul dari permukaan air laut, dan ada yang datang dari celah ceruk mana ntah! Tetiba je.

Pastu bercantum jadi robot baaapak besar dan akhirnya berlawan ngan resaksa tadi. Selalunya menang la macam biasa...

****************************************

Menjelang senja kang, cerita Doraemon pulak. Ha, yang ni aku taknak sentuh sebab aku da buat entry pasal ni dulu. Sesapa tak baca lagi, boleh usha sini

Apa yang aku cerita ni baru masuk part hari sabtu. Ahad citer katun lain plak. Haha! Sumpah seronok bile ingat-ingat balik zaman kekanak riang dulu. Langsung xde masalah. Kiranya cuti sabtu ahad tu memang heaven ah! Lupa semua keje skolah cikgu bagi. Tapi time tu keje skolah pon rilek-rilek je. Paling susah pon stakat buat buku scrap je. Tu pon tak susah mana. Stakat gunting2 kertas warna, pastu tepek2 guna gam je.

Ok,kite sambung skit lagi. Skang ni masuk part citer kartun yang advance skit. Ingat lagi tak 'suria baja hitam'? Ada sesetengah bebudak panggil 'suria perkasa hitam'. Bebudak jepon panggil 'kamen rider'. Mat salleh plak panggil 'masked rider'. Kire nya memang femes sangat la kot sampai satu dunia ada bagi gelaran memasing. 
Tapi apa pun gelaran yg ang bagi, pada aku mamat ni tetap legend. Pergh! lu tengok la moto die. Suzuki lama tu. Mana nak carik moto camni brader! Yang bestnya, moto die ni paham bahasa melayu! Kalau tuan die dalam kesusahan, tetiba je die datang sendiri. Haha. Lepas tu, kalau orang jahat tembak, sah-sah tak kene. Mesti peluru tu sekadar kena tanah kat belah kiri ngan kanan moto je. Dari episod 1 sampai la final. Tak tipu punye!

Yang menariknya pasal mamat ni, tali pinggang die je sebenarnya. Bile tekan je, scara otomatik hero die bertukar jadi suria baja hitam. Pastu jurus yang paling hebat -Tendangan Padu Maut. Oh,okay! Padahal, yang sebetulnya 'Rider kick'. Tapi bile da translate, jadi lain plak. Tak pe la, janji cool !


Cybercops. Ok, ni pon antara fevret aku time kekecik dulu. Cybercops ni sebenarnya polis biasa yang makan gaji bulan-bulan. Tapi demi nak lawan org-org jahat yang semakin advance, diorg pon dilatih untuk pakai suit kalis peluru macam gambar kat atas ni. Dah macam robocop pon iye jugak.

Yang menariknya pasal cybercops ni, setiap member dalam group tu ada kad sorang satu tau. Kad ni plak macam kad telefon. Paling tak boleh blah, bile die cucuk kad ni kat memana public phone, tetiba je kluar weapon kat celah mana ntah! Kadang-kadang tu, dari celah pembetung pon boleh kluar briefcase yang ada weapon. Ntah hape hape.


Ok la, cukup la tu. Kang muntah darah plak ang nak baca panjang2. Kalau ikut ati aku, banyak je lagi nak tulis ni. Belum masuk part flashman, maskman, dash yonkurou sumer2. Hehe.

*******************************


p/s : aku tak tengok citer sailormoon, ok ? :D


.

107 comments:

  1. dulu suke sailormoon kaler biru tu. xsilap sailor mercury, sebab knon2nye die pandai. :)

    tak sangka igt lagi ea semua katun ni? haha

    ReplyDelete
  2. ang tengok citer kickers..citer dak2 main bola..layan dok..pas citer tu citer the three musketeers(ejaan tibai jerk)..sad ending plak citer tuh..hakhak..

    ReplyDelete
  3. mmg long term memory ang power la..semua katun yg telah ang paparkan semua aku tgk sampai mata aku rabun la ni..tudia la byk sgt tgk talibesen..aku menyesal sekarang sbb kena pakai spek akibat suka nak duduk seat vip tym kecik2..klu boleh, tv tu aku nak pelok biar aku sorang jer tgk...nanti aku ade anak aku tak bg diorang tgk katun..rosak mate dan minda..(ceh..diorang tu..bunyi macam ramai)

    ReplyDelete
  4. zack mmg dok tgu2 spender sailormoon nampak ke??haha

    ReplyDelete
  5. dragon ball bkn pkol 9 ke?
    sbb klu x sala aq,aq tgk sailormoon pkol 930
    bdak2 dulu cm ad jam sdrk jek
    tme kecik2 dlu pkol 9 mstih trbgn sdrk.
    lpas stu episode sailormoon aq ngamok kat akak aq
    sbb x kejutkn..haha
    lpas abes sailormoon ad cite wedding peach plk
    stok2 sailormoon.awek ad kuasa g lwn org jht
    haha..maji sonok zaman dolu2
    thanx la kery ngingatkn blk zaman dolu2 time tgah tensen exam nih..

    ReplyDelete
  6. huhu, sangat nostalgic..tak pasal2 terus recall time zaman kanak2 ribena dulu, pastu ade lagi 1 cite nih, big bad beetleborgs..cume cite dolu2 sangat mengujakan*ayat skema*best best!

    ReplyDelete
  7. suka tgok crita kartun,
    salah satu cara nak release tension,
    kadang2 tgok ngan anak2,
    bukan pe.. kena pantau gak,
    ada je bab2 yang x betul,
    kena bagibetul tanggapan mereka,
    rumah ni anak punya siaran je selalu.. 611, 613, TV9.. huhuhu

    ReplyDelete
  8. haha..kreatif la ko..mcm org jepon dh..haha..tringt aku zmn kecik2..asal jumpe hari sbtu & ahad,muka aku je dpan tv..xingat dunia dh..

    ReplyDelete
  9. suker kat sailormoon, doreamon, dan tengok kelab disney malaysia masa zaman kanak2. siap hantar lukisan kartun2 ke tv3 weh... tapi tak pernah bertuah. haha...


    skang, layan SHIN CHAN dengan maruko tahap kritikal. siap beli vcd dengan bantal gitew. keskeskes...

    ReplyDelete
  10. aku layan semua kartun, weh jangan kau kutuk hero bawak bunga ros berduri, sebab aku suka gila part tu. hahahahaha!

    ReplyDelete
  11. tuxedo mask bwk bunge tu macho gak ok. haha.

    ReplyDelete
  12. ade lagi satu cite katun tomatoman...snggup ponteng klas agama nak tgk tomatoman n buah buahan yg len..haha..:P

    ReplyDelete
  13. pasni citer pasal flashman dan maskman..paling suka citer tuh...

    ReplyDelete
  14. suka sailormoon merah
    tomato man pun best gak
    paling suka layan flashman ngan maskman tyme petang2 sambil tunggu mak ayah balik keje

    ReplyDelete
  15. saya peminat power rangers sejak dari dulu lagik..:D

    ReplyDelete
  16. argh, ini suma crita mengarut...hahaha...padahal aku la peminat no. 1 kat rumah aku masa kecik2 dulu(skang pun still bleh layan gak)...time waktu siaran...xda org bleh kacau...maklumlha time tu adik beradik xramai lg...xberebut la tv tu kan...menggamit kenangan entri hg zack

    ReplyDelete
  17. fulamak,aku punyela cari lagu tema sailormoon dari ary tuh g xjumpe2.maseh z!

    ReplyDelete
  18. erkkk seingat sy bukan "suria baja hitam" tp "kesatria baja hitam" :D

    lg satu xde citer pasal gaban plak dlm entry nih... zaman zack gaban dah xde kot ekkk???

    ReplyDelete
  19. sangat suka tengok sailormoon dolu2 hak3.. cardcaptor sakura x termasuk ke dalam ni??ngee

    ReplyDelete
  20. wah.. respect lorh.. hengat erkk.. mmg besh lorh cite2 katun tuh.. sunggup weh bgon awal nk tgok.. ahaks..

    :P

    ReplyDelete
  21. yg epal igt, epal da book siap2 ranger kuning..nama dia Tanya. :) pink akak epal, dan itam abang epal. jiran epal kaler merah. biru pulak sepupu. tu diaaaa..lengkap semua! hakhak.

    kalau ranger kuning beraksi, rasa macam bangga gile. padahal kau duduk depan tv je pelok lutut.haha..

    --- tak penah tgok pun citer cybercops tu.apasal haa?

    ReplyDelete
  22. ak dengar lagu salermon ni
    trus xbaca da yg bawah2
    haha

    camne nak buat lagu kluar camni?
    ajar2

    ReplyDelete
  23. rindu plak zaman dolu2.
    ye je xtgk sailormoon..besh 2!hehehe
    ape ek menatang y famly masked rider bela 2?comey je..;p

    ReplyDelete
  24. besh2!!
    sume citew kartun tue aku tgk..
    yg plg aku suka dragon balls..
    tiap2 pagi, aku akn ngadap tv 2 sbb nk tgk..
    hehehe..

    k0 tgk tak cad captur sakura?
    tue p0en besh gak!!!

    ReplyDelete
  25. kalau xtgk sailormoon, cmna ang taw plot dia weh??
    hahaha ;D
    siap lagu bagai ;))

    ReplyDelete
  26. naseb baek kau x kutuk2 ultraman. kalau x mmg nahas la kau,Zack! haha
    kipassusahmati Ultraman nie.

    dengan kuasa bulan, akan menghukummu!


    aku taw Zack paling suka part sailormoon nk bertukar . sbb time tu sailormoon akan bogel bogelan. sila mengaku.

    ReplyDelete
  27. haha.lagu sailormoon mmacam haram.beat dram dah gempak sekali kantoii dol.

    aku masih inginkan belalang tempur suria baja hitam.nasib takda jual.

    ReplyDelete
  28. wei dash yankuro aku suke sgt.. mmg addicted gile.. smpai rela xmkn kat skolah semata2 nk kumpul duit beli model kete TAMIYA punye.. hakhak.. mmg best ah~

    ReplyDelete
  29. hahaha..
    plg takleh lupa tyme lg sailormon mula2 niy...
    semua adik beradik aku menari2 dpn tv...mcm gila....hahah..tp smpi skang buat mcm tu lg...bila tgk conan.huahua

    ReplyDelete
  30. siyes aku pernah menangis coz takdapat tengok dragon ball! wtfish

    ReplyDelete
  31. lu dah buat gua rindu zaman masa budak2 dulu... lu kena bertanggungjawab ni zack.. sebelum gua nanges.. hahaa

    ReplyDelete
  32. mse kecik2 dragon ball n sailormoon jela lyn.. skng shin chan! hohoho.. :P

    *rase pelik lak dgr lagu sailormoon versi melayu!

    ReplyDelete
  33. tetibe t'igt blk aku ngn adik bradik lyn cite dragonball reramai ngn kazen mazen..
    BEST WOOOO~~

    kenangan oh kenangan!
    [waiceh]

    ReplyDelete
  34. ANIME rulez the world.
    tu jer yg aku nak ckp~

    ReplyDelete
  35. best entry ever!kuikui...kalo citer cartoon jer.....best entry ye cik itah?mmg psycho.....lalala.....


    p/s- ye ke leyh sangkut hanger?pnh cube ker? :p

    ReplyDelete
  36. kahkahkah
    aku style awek ko
    cite katun kt wayang sme nak tgk
    heheheheh

    ReplyDelete
  37. O damn rindu glyer zaman tu!!!!

    Ultraman tak tengok?

    ReplyDelete
  38. Salam :)
    Yeah..zaman itu sangat besh!
    er..kantoi tgk Salormoon!

    ReplyDelete
  39. waaa..hebat giler ingatan ang z@ck..siap pukul abpe sume igt..btw, sume katun2 yg ang sebut neh aku lyn..mmg besh..tingat zaman knk2 dahulu kala..

    p/s:aku pn cop power rangers pink, si kimberly tu..hakhahak..1more thing, aku suke sailormoon oke..agaaga~

    ReplyDelete
  40. doraemon , sinchan xnak masuk ke? feveret tuh.. hik2

    ReplyDelete
  41. haha..ak minat sume, tp yg highlight, tomatoman ngan cybercop la.. dragonball sume tuh mmg sume org suke..wakakaka...

    ReplyDelete
  42. aku ingat sume yg dlm entri ni...fuh..flashman...meriam katakkk!!!!

    ReplyDelete
  43. tomato man jgn lupe...aku suke cte tuh...haha..

    ReplyDelete
  44. Walaweh! Sailormoon aku layan skit2 jer. hehe. Tpi yg pling aku suke Power Rangers ar. Adik aku lg best! Mintak beli PR punyer seluar dalam. Cyebercops pun layan gak ckit2. Haha. Haih ~ Nak tengok kartun lagik!

    ReplyDelete
  45. power ranger merah tetap dihatiku.weee~

    ReplyDelete
  46. haha..lawak ouh lgu sialormoon tu.. ;D

    ReplyDelete
  47. Sume katun yang ko sebut tu aku layan..

    Cybercops dengan Power Rangers layan abehh..

    dulu slalu gak layang Keroro...katak ijau tu..hehe

    ReplyDelete
  48. ala, np tak tengok sailormoon?? rugi jek.. hehe
    sailormoon, slamdunk, dragon ball, mmg best.. hehehe

    ReplyDelete
  49. salam...semua kartun yang awak nyatakan tu akak tengok.....satu lagi awak tak masukkan.....miss comet....mioro attack....sailormoon akak tak tengok akak baca komik saja....paling suka mask rider...maskman...altraman....suria perkasa hitam...banyak lagi la...

    ReplyDelete
  50. suria baja hitam ker? bukan satria baja hitam ker? ker? ker?

    suke citer nih sbb msa tu hero dia hensem. haha. nie ikut pendapat masa kanak-kanak la. tak macam cerite gaban. tak hensem pon. pastu lagu penutup dia best :D

    ReplyDelete
  51. ang lupa 1 citer..,
    tomatoman.. aku fanatic giler citer ni dulu..
    haha
    citer ni dlu pkl 5 x silap aku..

    ReplyDelete
  52. power rangers saya suka hijau sbb dia hensem!

    ReplyDelete
  53. i command u to destroy the power rangers!! :D

    ReplyDelete
  54. Mat...lu tengok sailormoon ke...x boleh bla..

    ReplyDelete
  55. tipu x tengok sailormoon.kekeke. describe baik punya detail tadi.siap ada lagu tema lagi.haha=p

    ReplyDelete
  56. oit2..jangan nak kutuk2 sailormoon k. itu kartun faveret siap angan2 nak jadi macam mereka lagi. hakhak. itu masa kecik2 lah.

    jap nak ingat balik ada sailormoon, sailorjupiter, sailormars, sailorvenus, lagi satu hape ntah. ohho~rindu plak tetib nak tengok kartun tu. hehe

    cite maskedrider layan gak.

    ReplyDelete
  57. Ske cybercOps je!dpd tu ai de trigt nme katun ni..lpe..igt cOps je..thx la..kre dh igtkn la ni..=)

    ReplyDelete
  58. suka sailormoon!
    xsuka upun ipin
    suka power rangers!
    xsuka kamen rider

    hehe

    ReplyDelete
  59. HAHAHHAAHAH..ABG SY DA TGK SUME EWK~??HAHAHHAHA..NICEEEEEE

    ReplyDelete
  60. dlm semua katun ko snarai kat cni zack, aku xpenah tgk sailormoon..hahaha ;p

    tingat dlu zaman kecik2 cepat2 laju2 berlari ngn adik nk balik umah pas abes klas agama sbb nak tgk katun tomatoman..!sgt comellah!!hik hik ;p

    ReplyDelete
  61. bro
    komen video yg aku buat
    hehe
    ;)

    ReplyDelete
  62. tak suka katun. tak logik. tp lg menyampah cerita manusia yg berlakon tp katun. katun at least kita taw dia katun. bkn manusia. eh faham ke? ah. apa-apa je lah. haha.

    ReplyDelete
  63. flashman ngan maskman tak tgok ke?

    ReplyDelete
  64. rindu katun dragon ball!=p
    skunk katun dah byk xbest.. T____T

    ReplyDelete
  65. woi zack...aku suke cite kamen rider...yg ko cite 2 pasal kamen rider black...apsal x cite pasal kamen rider black rx...

    haha...papepn aku mmg fan hard die kamen rider...smpi skrg aku tgk...

    lpas zaman old skul...muncul zaman heisei lak: start tahun 2000-2010

    kamen rider kuuga 2000
    kamen rider agito 2001
    kamen rider ryuki 2002
    kamen rider faiz 2003
    kamen rider blade 2004
    kamen rider hibiki 2005
    kamen rider kabuto 2006
    kamen rider den-o 2007
    kamen rider kiva 2008
    kamen rider decade 2009
    kamen rider double 2010

    haha...terer x aku...ingt sume kamen rider yg ada...

    ReplyDelete
  66. Hahahaha..
    Xbleh blah siot entri kali ni..
    Mengimbau memori kanak²..
    Sumer best la, power la..
    Dah tua² bangka nih baru realize, mengarot sgt kan!

    ReplyDelete
  67. ninja turtle xde ker?? uja dolu siap beli set pinggan,cawan sudu siri ninja turtle ag..hahahaha...skunk cme lyn katon anime jer laa...katon len kureng ckit..huhuhu

    ReplyDelete
  68. eleh.. x tgk konon citer sailormoon... tp tau aje detail citer tue....
    hahahaha

    ReplyDelete
  69. bro cara awak phrase ayat sailormoon tu.. mcm real je.. maca selalu tgk je... terbaekk!!!ahahahha

    ReplyDelete
  70. salam..
    ni first time saya bka awak pnya blog..sgt menarik awak pnya entry..selalu ada je idea utk create..dlm byk2 entry awak saya paling ska yg ni..hahaha..leh ckp semua cartoon 2 saya tgk..paling ska cybercop..smpai ayah saya xberani nk tukar channel kalo time 2 saya tgh menonton..pas2 lg satu saya ska dragon ball..mmg xprnh miss kot..saya sggp ponteng tuisyen sbb nk tgk dragon ball..hahaha..

    ReplyDelete
  71. suria baja itam mmg power...hakhak

    dan paling aku suka crita gaban..ngee

    ReplyDelete
  72. perghh...igt lagi ke katun2 tu sume...wa tabik spring la sama lu...terel la hang...mst mnat gilerr ngn katun2 tu kan..

    ReplyDelete
  73. mana cite gaban sob3 =((

    ReplyDelete
  74. dash yankurou...hahaha..best gile citer tu..dulu2 kn pakai tape..tak pakai cd lagi...sanggup beli tape setiap episode citer tu...tambah siap beli kete dash yankuro..pasang sendiri..sume sbb pengaruh abg2 aku...ahaha

    ReplyDelete
  75. Shah Arif: bagus la ang zack.... kisah ko ni lebey kurang sama je ngan aku.... aku still ingat kartun2 dlu tu.... . teruskan zack... I follow....

    ReplyDelete
  76. zack..asal sumer katun jepun jek? sebab duk kat jepun ek? mane pegi usop santorian? along? yokkies? fruities? anak-anak sidek? and banyak lagi citer katun melayu..tak minat eh? hahaha

    ReplyDelete
  77. sume katun zmn ak ni.... sgt best... sbut dash yankurou igt lg ak tergedik2 pg crik kete yg bdk pompuan tu pnya apetah nama nye dancing doll... crik smpai ke ipoh, tp last2 kt tepeng gak ak jmpa...

    ReplyDelete
  78. haaha...zaman2 giler katon dulu..
    idup katon
    sampeai owg kta aku katon..apa2 ja la

    ReplyDelete
  79. bahahahaha
    salam..
    baru je jd stalker kat blog ko ni..
    ei
    gamba power rangers ko x masok yang ijau.tommy..aku admire die..zasssssss..
    sume katon ko tulis aku layan, kecuali dragon ballz, aku bace komik die je..

    ohhh..skang aku masih layan katon walaupon da kawen n tua sangat bangke..

    kat jepon One piece da episode bape? penat aku tunggu 2 tahun semate2 nak collect episode die banyak2..ni baru 400++ episode kat malaysia..apekehe lambat menauuu...
    komik die da jauh daa..eikhhhhhhh....

    ReplyDelete
  80. heheheh..ambe br jek join blog ni...mmg entry menarik la,yg pling menarik skali ofkos la entry ni...sumer2 citer tu mmg feberet la...xcept citer sailormoon la,juz minat tuxedo mask jek,hehehhe...power renjes tu smpai leni ambe minat lagi,hehehe...layan smpai tua...citer flashman, maskman pom peberet,still mencari2 lagi,saper ader episod dier ek,huhuhu

    ReplyDelete
  81. tomatoman pun bes..

    ReplyDelete
  82. semua katun diatas sngt2 dilayan
    tggu dpn tV on the dot :D

    Sailormoon ahad 9pg
    Dragon ballz ahad 930pg
    power rangers sabtu 5ptg
    Cybercorp sabtu 12 tenga hari :D

    ReplyDelete
  83. encik abg..haha
    eh..bkn kol 9 n 9.30 ke cite drgonball dgn sailormoon?
    haha..nyway..siyes..dulu2 punye weekend dari pkol 9 smpi lew 12 nuh mmg tcongok dpn tv xgerak2..huu
    skang neyh weekend 9-12 wktu memanjekan mate je..hahah

    ReplyDelete
  84. besh lau sal bab cite zaman dulu~~~
    suka power ranggers kaler putih~~ xtawla zaman y mn~~ tp suka~~ lupe da nama dy~~ ciap ad cd ag y power rngers tu~~ hihi~~~

    ReplyDelete
  85. wahaha.... sme2.. cme tmbh lagi satu je peberet aq... barney n friends!!! haha..

    ReplyDelete
  86. klu dulu msa kecik2, masi kat skola rndh, saya suka tengok sailrmoon... n watak yg paling saya minat sekali sailor mercury...heheh...bijak... kat mna2 pun bwa buku...
    sekarang pun masi suka tengok kartun...naruto....best giler...

    ReplyDelete
  87. Enchanted....sya suka,ada lagu..lagu dia pon sya hafal gak..ehehe..sailormoon,mmg minat sgt2...sya suka yg kaler hijau tu..Makoto @ sailor jupiter..kat skolah kitorg da gak main2 cm sailormoon nih..wah,mmg besh r zaman dulu2 nih..power rangers yg dulu2 pon sya layan gak dgn adik2..abis je cta tu,sibuk r kitorg nk lawan cam power rangers tu gak..hahaha...skrg katon yg sya minat shin chan n spongebob..tu yg sya paling minat..

    ReplyDelete
  88. wagh..lme x tgk citer katun dolu-dolu..huhu..sumer citer2 di ats ku tgk,xcept cybercops tue..
    tiap2 sabtu ahad mmg bangun awal punyer sbb nak tgk citer2 katun tue..straight dri pagi sampai tengah hari..dri kol 8 smpai kol 1...klo terbangun lmbt,mmg frust x hingat nyer..sedeyh dowh..
    katun laen yg bez mse zaman dulu kala nie, Dr.Slump,Card Captor Sakura,pe lgi yer..klo katun melayu,de silat lagenda,usop santorian,n ade 1 citer telur,x igt dah tajuk die..
    katun melayu pling bez waktu tue Silat Lagenda ar..teringin nak tgk..hukhuhkhuk

    ReplyDelete
  89. kuat gak memory hang ni dik ekk.. tapi seingat akak la kan, mighty morphin power rangers tu dah terkemudian punye batch, ada batch yg laaaaaaaaaaaagi awal, tapi kaler same gak la, kalo s xsilap la.. k blaja kt jepun kan? jgn kutuk otoman tau, habih ko kono buang U nanti.. hehee... org sana penyokong kuat otoman tuuu..

    ReplyDelete
  90. moero attak---- "sommersoult berpusing!!" heheeehh...

    tapi kan dragon ball tu kn, mk akak slalu mrh time kitorg tgk katun pasal time tu patut2 kitorg menyapu laman, tp yg x puas ati lepas2 tu mk akak pulak yg layan, kalo die miss bley tanye lagi, "goku cm ne? fliza dh mati ke?" mcm2 la pulak....

    ReplyDelete
  91. kehkeh... aku rase dah berpuluh kali dah aku bace blog ko dan entry ko yg ni... asal bace je aku gelak sorang sorang. asal bace je gelak.. kehkeh. Part yg sailormoon beraksi yg tak leh tahan gelak tu.. hahaha...
    ko memang blogger pilihan aku la wei. tak sia sia aku bace blog ko. haha..

    ReplyDelete
  92. ske giLos cite saiLormon tu....
    ade skali tu dah blaja kat poli dah rasenye....dpn mmbr2 ni, cdg nye nk nyanyi algu erra...

    dgn penuh penghayatan ni....
    Tiba2 kejaiban terjadi...
    kekuatan muncul di diri...

    pergh!!!kene gelak sakan dgn mmbr2 sbb deorg pon tgk saiLormon gak dulu2..terpadam dah cite2 nk jd penyanyi tros...

    sebenarnye lirik yang betul...
    tiba2 kulihat sikapmu tak seperti dulu....ah,cenggitu le....

    argh...best x hingat katun duLu2..

    ReplyDelete
  93. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  94. weh! ko lahir 1986 ek? aku pon, patut la cite2 klasik zaman budak2 tu lebih kuang cam cite aku! adeh, mengimbau zaman muda remaja betul la time baca blog ko nih! layan betoi! haha!

    ReplyDelete
  95. Aq igt lg ktun2 ni..wlpn time 2 aq bru drjah 1...bdk2 lg..hehe yg plg aq igt wtak majumia,maitibu,fliza ngn popo dlm dragon ball..aq igt sgt,bb kmi dlu siap pggl nma gelaran cm2..hak3!!ps2 sailormoon...ska texudo bertopeng..smart2!!!wlpn gya ja lbh...tp dia cool apa!hahaha

    ReplyDelete
  96. saya sudah tentunye sailormoon tu..hehe..siap nak buat rambut depan macam tu,yang belakang tu x leh,nanti berkutu mak kate..ahaks..paling tak suke batman..nyampah..hitam je,gelap je.macam orang nak tido

    ReplyDelete
  97. bukan chicky hour ke? Saya pun dulu layan Sailormoon ngan Power Rangers. Memang terbaik! Sekarang? Entah hape-hape punya kartun -_-'

    ReplyDelete
  98. salam zack, kesatria baja hitam lah zack...

    ReplyDelete
  99. Salam...saya suke satu kartun ni dlu..tapi lupe tajuk...kartun nii dia gune cermin bedak kompek ajaib tok tukar dia...sape ingat?tolong bgi tahu tjuk..tringin nk tgk blik

    ReplyDelete
  100. grander musashi dulu pukul brapa...sya nak thu lpas grander musashi... karton ape

    ReplyDelete

Kalau ang rasa ang suka dengan apa yang aku tulis ni, ang boleh tinggalkan komen kat sini ok ? thanks :)