Al kisah, di zaman dulu kala, di sebuah hutan yang terpencil, tinggal seorang gadis remaja belasan tahun yg bernama puteri salji. Kulit nya cukup putih. Rambutnya ikal mayang. Cukup cantik paras dan budi pekertinya. Dia cukup sygkan haiwan2, dan tumbuh-tumbuhan di hutan. Tiada lah lain pekerjaan nya sehari-harian melainkan bermain2 dgn haiwan dan memetik buah-buahan untuk dijual.
Semenjak kecil,puteri salji dibesarkan di bawah asuhan beberapa ekor orang kerdil yg sememangnya merupakan anak jati hutan tu. Orang-orang kerdil ini lah yg menjadi tempat puteri salji mengadu ketika hatinya gundah gulana.
Pon begitu,bumi mana yang tak ditimpa hujan? Cerah yg disangka hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. (Wah!)
Nun jauh di atas puncak gunung, tinggal seorang ahli sihir yg tua dan amat hodoh. Menurut sumber yg boleh dipercayai, ahli sihir ni mempunyai sebuah cermin ajaib. Cermin ajaib tu dikatakan boleh berkata-kata dan setiap butir perkataannya adalah benar-benar belaka. Cermin itu di simpan di dalam tandas. Setiap hari selepas mandi, ahli sihir ni akan melaram di depan cermin kesayangannya itu. (Edisi toilet camwhore).
Pada suatu hari, tergerak hati ahli sihir ni nk bertanya pada cermin ajaib nya. "Agak2 kau la cermin, ada tak pempuan lagi cantik dari aku dalam dunia ni?". Dengan tak semena-mena, cermin yg tak mampu berkata bohong tu pon terus meluahkan isi hati yg slama ini sudah puas dipendamnya.
Mendengar kata-kata cermin tu, panas la hati si ahli sihir ni. Dilemparnya cermin tu jatuh ke tanah. Berderai, retak seribu.
Merasakan dirinya tercabar dgn kejelitaan puteri salji, lantas ahli sihir tu segera membaca jampi serapah ke atas sebiji epal. Lagaknya seperti mahu disantau nya puteri salji tu.
Setelah siap di'manderem' epal tu, dia pon terbang menaiki penyapu nya terus menuju ke rumah puteri salji. Nak dijadikan cerita, ketika itu orang-orang kerdil tiada di rumah (office hour mungkin). Ini memudahkan kerja si ahli sihir untuk memperdaya puteri salji.
p/s : cuba tgk betul2 pada puteri salji tu. Korang nmpk tak apa aku nmpak? hehe
Puteri salji yg bodoh-bodoh alang itu terus memakan buah epal tadi tanpa syak wasangka. Barangkali lapar benar agaknya sehinggakan tangkai2 pon abis di'cekik'nya.Apalagi, dengan tak semena-mena rebah la puteri salji tu. Menurut riwayat buku melayu lama, dikatakan kononnya puteri salji ni koma tak sedarkan diri seminggu lamanya. Sehingga la pada suatu hari, seorang putera raja yg kebetulan berburu di hutan tu datang menziarahinya. Bergelora nafsunya tatkala melihat puteri salji tu yg sedang dalam koma. Lantas diciom nya puteri tu bertubi2. (napsu serakah manusia mmg begitu)
Ntah di mana silapnya, mungkin kerna tak tahan bau nafas putera raja yg wangi umpama longkang tu, puteri salji tu terus tersedar. Dan dengan tak semena-mena, putera raja tu pula bertukar rupa menjadi seekor katak yg sgt hodoh. Kalau stakat katak pisang yg kecil tu tak mengapa, ini katak puru! sudah la besar, menggerutu pula satu badannya.
Namun, katak yg masih terpinga-pinga tu cuba berlagak cool lalu berkata...
Jangan harap puteri salji tu nk menciumnya. Memandang rupa katak tu je da cukup menjijikkan. Tapi akhirnya, disebabkan dek pujuk rayu janji manis katak puru tu, puteri salji menggagahkan jua dirinya mencium katak tu smbil membayangkan die sdg mencium jejaka idamannya, norman hakim.
Sebaik sahaja bibir puteri salji bersentuhan dengan bibir katak puru tu, berlaku satu tindak balas kimia yg luar biasa. Lantas, Poof !!
Oh,okay!
Puteri salji terus rebah dan meninggal dunia.
Sekian.
p/s : adakalanya hidup tak seindah yang diharapkan...









