Showing posts with label sedih. Show all posts
Showing posts with label sedih. Show all posts

Awak, jaga diri baik-baik...




 
 
 
 


p/s :
Love is a cycle. When you love, you get hurt. When you get hurt, you hate. When you hate, you try to forget. When you try to forget, you start missing. And when you start missing, eventually you’ll fall inlove again.



.

Drama sebabak 2

ZACKZUKHAIRI PRODUCTION (C)
dengan usahasama Rumah Kebajikan Anak-Anak Yatim Kg. Piatu
membawakan sebuah lagi drama tragis yg berjudul...


Arahan sepenuhnya oleh : ZackZukhairi
Skrip oleh : ZackZukhairi

(note : sila klik soundtrack ni sambil baca, utk lebih feel.)


Khamis,31 Disember 2009
Di taman asuhan kanak-kanak Taman Cempaka, Kuala Lumpur.


Adik : Ayah! Ayah! Kejap tau! Adik nak salam cikgu Husni dulu.
Ayah : Ha, ya. Ayah tunggu ni. (sambil tersenyum di depan pintu pagar)

Beberapa minit kemudian,kelihatan kelibat anak kecil bernama Misya yg baru berusia 4 tahun itu terkedek-kedek berlari ke arah ayahnya. Ditangan nya tergenggam erat segulung kertas lukisan putih.

[Dalam kereta menuju ke rumah]

Adik : Ayah, tadi kan...kat skowah cikgu Husni suwuh lukis tajuk 'Bebas'. Cikgu adik kata, lukisan adik cantik tau! Ayah tengok la ni. Cantik tak? (sambil menunjukkan kertas lukisannya.)
Ayah : Adikk...ayah tengah drive ni. Nanti sampai rumah, ayah tengok ya?
Adik : Ala ayah...sekejap je. Please...
Ayah : Adik...kan ayah kata ayah tengah drive ni?


Misya akur. Digulungnya semula kertas lukisan tu tanpa banyak soal.

Setibanya di rumah, anak kecil tu terus berlari mendapatkan ibunya di dapur.

Adik : Ibu Ibu! Cepat tengok lukisan adik ni! Cantik tau! (sambil berlari)
Ibu : Ye ke? anak ibu lukis apa? (jawab ibunya acuh tak acuh sambil menyambung kerja di dapur)
Adik : Ala... Ibu tengok la dulu. (sambil menarik apron yg dipakai ibunya)
Ibu :  Ya sayang...kejap lagi ibu tengok ya? Ibu tengah masak ni.
Adik : Semua orang pon tak nak tengok lukisan adik... (sambil menjuihkan bibirnya.)
Ibu :  Cuba adik pergi tunjuk kat ayah. Ibu tengah masak ni.

Mendengar kata ibunya, dia terus ke ruang tamu mencari ayahnya.
Encik Mansur sedang membaca surat khabar.

Adik : Ayah, tengok la lukisan adik ni. Cantik kan?
Ayah : Cantik! Pandai adik lukis. (Sambil matanya tak lari dari surat kabar yg dibacanya)
Adik : Ayah tengok la betul-betul! (ujar Misya sedikit merajuk dgn layanan ayahnya yg acuh tak acuh)
Ayah : Adik...Ayah baca surat kabar ni. Ayah letih baru balik kerja. Adik simpan dulu. Nanti malam ayah tengok? Ok?

Melihatkan semua orang seperti tak menghiraukannnya, Misya terus mengangkat beg skolahnya dan masuk ke bilik.

*****************

Malam tu selepas makan malam,sekali lagi Misya datang ke ruang tamu dengan lukisan yg hampir keromot di tangannya. Sememangnya lumrah anak kecil, memang tak pernah putus asa... Perlahan-lahan dicuitnya bahu ayahnya yang sedang menonton tv.


misya? teettt! bukan! ni anak sedara aku.

Adik : Ayah... ni lukisan adik... (nadanya lemah)
Ayah : Adik, kejap ya? Ayah nk tengok berita ni. Pergi tunjuk kat mak.

Dilihatnya mak sedang sibuk mencuci pinggan.
Langkahnya longlai menuju ke arah ibunya namun digagahkan juga. Matlamatnya cuma mahu lukisan nya dilihat oleh ibunya.

Belum pon sempat dia berkata apa-apa...Ibunya terlebih dahulu bersuara,

Ibu : Ya adik, mak tau. Tapi kejap lagi laa...Kan mak sibuk ni?

Adik : Ok... (sayup suaranya...)

Misya balik ke kamarnya. Dipegangnya erat lukisan tadi. Tidur.

*************************

1 Januari 2010,pagi.

Ibu : Adik!! (Jerit ibu dari bawah.) Bangun sayang. Sarapan.
Adik : Sekejap bu.
 (jawab Misya sambil membetulkan keromot pada lukisannya gara-gara terhimpit semasa tidur semalam)

Di meja makan.

Adik : Ibu, semalam ibu janji nk tengok lukisan adik...
Ibu : Makan dulu sayang. Nanti sejuk mee ni. Kejap lagi lepas mandi wangi2, baru ibu tengok ya?
(jawab ibunya sambil senyum)

Agaknya sudah bosan dengan alasan ibunya, gadis kecil tu terus diam tanpa banyak soal.

******************

Sesudah mandi dan bersiap, di carinya ayahnya di bilik tidur.

Adik : Ayah, bangun la. Tengok lukisan adik ni...
Ayah : Adik...ayah mengantuk ni...Kejap lagi ya sayang?
(ujar ayahnya sambil menarik selimut...)

**********************

Misya turun ke halaman rumah. Krayon ditangan kirinya. Kertas lukisan di tangan kanannya.

Angin bertiup kuat.

Kertas lukisan Misya terbang sehingga ke kaki lima depan pintu pagar rumahnya...

Berlari anak kecil tu mendapatkan kertas lukisannya.
Tiba-tiba....

DAMMM!!!
Sebuah kereta Wira berwarna silver merempuh jasad kecil tu secara tak sengaja...

Darah membanjiri jalan...

"Ya Allah! anak aku!"

Misya dengar suara tu...tapi semakin lama semakin sayup...

Adik : Bu...lukisan adik....
(sambil menyentuh pipi ibunya. Tangan nye berlumuran darah. Merah dan pekat.)

"Ya Allah! Abangg!! Anak kita bang!!"
(jerit Puan Anita memanggil suaminya...)

***********************

2.15 petang, Hospital Besar Kuala Lumpur.

Doktor : Maafkan kami tuan...puan...Kami da cuba sedaya upaya kami. Pendarahan die terlalu serius. Maafkan kami...

******************

Hari ni...

1 haribulan januari 2010...

Tiada lagi rengekan anak kecil yang bersungguh-sungguh mahukan perhatian.

Yang tinggal cuma...sekeping kertas lukisan berlumuran darah.








  p/s : aku rasa aku tak boleh buat citer sedih ar. hakhak.

Related Posts with Thumbnails