Showing posts with label orang melayu. Show all posts
Showing posts with label orang melayu. Show all posts

Cerita Kawen (part2)

Celik mata je da pukul 3 petang. Aku selak langsir bilik, tengok matahari da tegak mencanak atas kpala. Agaknya kalau matahari tu boleh bercakap, da lama die sound aku "hai, awal bangun ari ni brader?". Cilake. Ni sumer nescafe punye pasal la ni ! Lepas abis game MU malam tadi, terus tak boleh lelap dibuatnya. Nasib baik MU menang besaq 5-0. Kalau tak, tak berbaloi jugak ari minggu macam ni aku bangun lambat.

Ok, apa pun, malam ni ada game best punye. Arsenal lawan Chelsea. Dua-dua team aku tak suke. Tapi kalau ang tanya aku, aku personally prefer Chelsea lagi daripada Arsenal. Entah la, aku tak boleh masuk ngan Arsenal laa...Serius! Maybe sebab aku tak minat tengok muke arshavin kot. Muke bajet. Atas padang, die tarik muke macam die player paling mahal dalam arena bola sepak. Padahal, last game, masa 1-on-1 ngan Van der saar, rembat pon ke laut. Van der saar senyum nipis je. Boley jalan la lu brader.


Ok, tutup bab bola. Actually, aku baru balik makan tomyam Thai ni. Pergh! memang terbaik. Die punya nikmat, sama macam dapat segelas air sirap time bukak puasa. Heaven!

Photobucket
laporan cuaca untuk esok

Mana tak nya ? Tetengah sejuk buta ni, dapat hirup tomyam panas... sluurrp...! Sampai kat anak tekak, berderau darah dibuatnya. Aura pedas die tu lain macam skit. Tak sama macam tomyam yang ang buat kat umah tu. Setakat campak kiub tomyam Maggi 2 bijik, pastu bubuh air sama ayam, pastu campuq daun serai setangkai, memang tak kaw punye. Konfem!


Lepas tu, aku order kangkung goreng taucu pulak. Orang thai panggil 'paa-puun'. Harga die 800 yen. Macam biasa, jangan convert ke ringgit malaysia. Kalau convert jugak, jadi RM 30.96. Belum ada sejarah orang Melayu makan kangkung goreng sepiring sampai tiga ploh hinggit.

Sekali skala takpe la. Bukan apa, dua tiga menjak ni aku asyik mencekik Maggi je, mau menangis jugak usus kat dalam perut ni. So, ari ni makan sayur skit. Bagi balance.

*****************************************

Pergh, panjang plak intro aku! Hakhak. Nak citer apa sebenarnya ni ?

Oh ya, sambung bab kawen semalam kan? Ok ok... smalam kite da sampai bab kad kawen. Wah! aku tengok ramai pulak yang berkenan kad kawen aku tu. Hehe. Ala beb, ini ari zaman komputer laa.. Semua benda ang boleh bikin sendiri punye. Tak payah tempah-tempah. Mahal. Membazir.

Susah-susah, ang beli je kertas A4 selai, then ang gunting dua. Ang tulis atas tu, then ang print out 500 copies untuk 500 jemputan. Berapa hinggit sangat je pon modal nye. Hehe.

******************
La ni, kite masuk bab kenduri kawen pulak. Kalau dedulu, masa aku kecik-kecik, aku paling suke kalau ada orang kawen. Time tu meriah giler. Ang boleh saksikan macam mana eratnya hubungan orang Melayu kite dalam bab-bab kejiranan ni. Masa tu, para mak-mak dan anak-anak dara akan berkumpul kat satu sudut, sama-sama tolong siang ikan, kupas kulit bawang, perah santan, racik daun serai dan sebagainya. Sesambil buat keje tu, diorang akan bersembang dengan penuh santai. Antara perbualan yang ang boleh dengar termasuklah,

"Eh, Tijah. Anak ang si along tu bile lagi? Hehe. Aku tengok da macam boleh kawen da tu!"
"Entah la Nab, katanya boypren die tengah ngompol duet. Sabar je la. Nak buat macam mana kan? Anak-anak ini ari bukan boleh dipaksa-paksa. Ditegah sikit, merajuk! Lari rumah."

Photobucket

Perbualan-perbualan santai ni akhirnya berkesudahan dengan gelak tawa. Cukup mesra.

Pada masa yang sama, di satu sudut, ang boleh saksikan golongan abang-abang dan ayah-ayah pulak tengah sibok menghidupkan api, menanak nasik, memasang khemah dan segala bagai kerja orang laki-laki. Pendek kata, masing-masing bekerjasama dalam menjayakan kenduri kawen ari tu.


Ari ni... suasana macam ni dah susah kite nak nampak. Orang da tak pakai manual. Agak-agak sebulan lagi nak kawen, orang da call pihak catering dah. "Hello, anak I nak kawen bulan depan. I nak order lunch full set untuk seribu orang tetamu. Sekian".

Maybe sebab memasing dah duduk bandar kan? Mana pulak nak bubuh periuk belanga besar-besar? Mana pulak nak carik kayu api...

Tapi tu lah... Bile da jadi macam ni, semangat kejiranan macam orang Melayu dulu-dulu secara tak langsung, makin pudar... Adat tradisi orang melayu yang asalnya penuh dengan budaya ketimuran dah makin malap. Orang Melayu da tak bersatu padu macam dulu. Bile dah sampai tahap tu, jangan heran la bile ang dengar kes orang Melayu sendiri berani kutuk Raja Melayu. Ok, Aku malas nak bukak cerita.

Nanti kite sambung part 3.



 

p/s : 
Bile sebut pasal Melayu dulu-dulu, teringat cerita ayah aku. Katanya dulu-dulu, kalau nak pindah rumah bile masuk musim tengkujuh, ramai-ramai orang Melayu pakat tolong angkat rumah sama-sama... Bersatu padu.


Related Posts with Thumbnails