Showing posts with label cikgu. Show all posts
Showing posts with label cikgu. Show all posts

Cikgu dulu vs Cikgu hari ni

Bakal 'orang rumah' aku tak lama lagi da nak start posting/mengajar.
Ini bermakna, tak lama lagi die dah dapat title 'cikgu'.

Bile sebut pasal cikgu ni, korang perasan tak ? Kalau dalam sekelompok pompuan/wanita yg tgh tunggu bas, agak2 korang boleh detect tak yg mana satu kerja cikgu ? Tak tau la,tapi kalau aku, maybe aku boleh detect.
'Aura' diorg ni cam lain skit. Biasa nya cikgu ni dengan name tag hitam die, dengan fail kat tangan, dan kebanyakannya pakai spek.

Err...sila jangan compare dengan 'cikgu syuhada' dalam citer syurga cinta tu. Cerita melayu memang selalu tak berpijak di bumi yg nyata.


Ok,aku tak nak kutuk cerita melayu ari ni. Tapi aku nak cerita pasal cikgu.

Kadang2, aku suka bile 'die' jadi cikgu. Gaji banyak, kerja pun stakat pergi pagi balik tengahari, pas tu boley la masak or kemas2 rumah. Tapi kadang-kadang aku risau dgn profession guru ni.

Cikgu ari ni bukan macam zaman kita dulu-dulu. Ari ni, ang rotan budak skit, esok-esok muka ang kuar fontpage paper, "Guru disaman gara-gara merotan murid".



Masa zaman aku skolah dulu, jangan kata nak tunggu cikgu rotan, 1st day masuk skolah je bapak aku da pesan siap-siap kat cikgu, "rotan je anak saya ni cikgu, kalau die tak dengar cakap". Time tu, kalau kat skolah, budak-budak cukup takut ngan 'rotan' cikgu.


Ingat lagi ada satu kes masa aku darjah 6 dulu. Ada sorang member aku ni kena libas gara-gara tipu cikgu konon-konon tertinggal buku latihan. Masa tu, kalau sapa tak siap keje umah yg cikgu bagi, mmg gerenti kena rotan punya. Member aku ni plak, takut punya pasal, die tipu la cakap die tertinggal buku kat umah. Dia ingat konon-konon cikgu tu suruh hantar esok je. Sekali cikgu tu check beg die, kantoi homework die tak siap lg. Huh,apa lagi. Makan nasik guna tgn kiri la nampak gayanya hari tu.

Tu ok lagi stakat kene rotan. Subjek 'kemahiran hidup tingkatan 2' Skolah Mnengah Tunku Ampuan Durah, Seremban. Sengaja aku mention nama skolah aku dgn harapan kalau cikgu tu baca, biar dia tau betapa aku bengang ngan die. hakhak!  Ada ke patut ketok jari aku ngan pembaris besi gara-gara aku tertinggal buku teks? sakit kot! 

Tapi dulu, budak-budak tak berani nk mengadu kat mak ayah. Mak ayah dulu-dulu memang takde bagi chance kalau betul ang yang wat salah.Tak macam mak ayah ari ni, "You touch my son, i'll see you in court!"





Sejahat-jahat budak zaman dulu, ari ni kene rotan,esok lusa die lupa la. Takde nk dendam-dendam ni. Budak ari ni ? Ang rotan tapak tangan die skit, sat lagi ang balik umah dengan kereta calar-balar la nampak gayanya. 

Bile dah rotan tak boleh, cubit pon tak boleh, maka budak-budak bertambah la setan nya.

Dah tak takut cikgu lagi dah. Cikgu pon disepaknya. Apa mau takut? Bapak aku ada!


Bile da jadi sampai tahap camni, aku hanya mampu geleng kepala dan senyum je. Orang yang ajar ang, bagi ang ilmu, ang boleh bantai tumbok terajang pulak. Sah-sah memang tak berkat ilmu ang. Haish, lantak ang ler...



Kalau tanya pendapat aku, aku rasa environment pembelajaran ari ni tak macam dulu. Kalau dulu, aku memang excited nak gi skolah. Nak jumpa kawan-kawan, nyanyi lagu Negaraku kat perhimpunan pagi, bile time masuk class, sumer blaja elok2. Kalau cikgu ada mesyuarat, sumer dok diam-diam je. Sumer respect cikgu.


Sistem pembelajaran ari ni, kalau ang pandai, ang dok class A.
Ang mana boleh campur ngan budak kelas E. Diorg tu bodoh. Nanti bodoh diorg lekat kat ang. Cikgu plak berebut2 nak ngajar budak2 class A. Maklum la, budak pandai ni tak banyak songeh.

Sistem pembelajaran ari ni, science ngan math da kene ajar dalam bahasa mat salleh. Bagi budak-budak bandar yg dok main ps3 ari2, dok panggil mak ayah pon "mommy-daddy", ok la. Tapi bebudak kampung yg baru nk ngenal "A for Apple, B for Ball", sdikit sbanyak mesti diorg rasa tak sronok nk blaja.



Dulu-dulu, every month ada cop "untuk diperiksa" kat buku latihan anak-anak. Mak ayah kene sign every month nk tgk prestasi anak diorg. Skarang ni mana ada lagi. Mak ayah skadar bayar yuran skolah, PIBG dan duit tuisyen je. Anak ang kat skolah tu belajar apa, buat apa, sumer ang tak tau. Anak ang kat skolah beromen pon ang tak tau ?



Aduhai, aku malas nk cerita banyak2. Letih nk menaip. 

Senang citer camni la. Aku ni simple je. Cikgu jgn bodoh, murid jgn cam celaka, mak bapak kene peka, 'org atas' sila jgn buta. Pikir la sendiri k?


p/s : Kembalikan la hak merotan tu. Biar la anak ang sakit sikit, daripada die jadi setan.

Related Posts with Thumbnails