23 May 2013

Review Burger Bakar Abang Burn


Dah ramai orang sibuk perkatakan kehebatan burger dia. Tapi guwa tak percaya.

Dah beratus kali status di facebook mention pasal dia. Tapi guwa tak ambik port sangat.

Bebudak instagram tak payah cerita lah. Belum sempat bismillah, gambar dah up dulu. Lu nak angle mana? Bawah daging burger? Pandangan dari tepi sayur? Pandangan daging burger dari sisi gigi? Semua shot ada.

Pendek kata semua orang sibuk perkatakan tentang kehebatan dan keangkuhan Burger Bakar Abang Burn.

Tetapi tidak pada guwa. Jenis guwa, selagi sesatu benda tu tak terbukti sohih dan benar, guwa memang takkan percaya punya. Lu sogok la macam mana pun, selagi mana benda tu fifty-fifty, jangan harap guwa nak percaya.

Guwa ingat lagi Abdul kawan guwa masa di UM dulu. Bergaduh dengan guwa pasal burger juga. Isu remeh je pun. Abdul mati-mati pertahankan argument beliau bahawa Hamburger haram dimakan. Alasannya sebab ada 'ham' ataupun bahasa lainnya 'hirisan daging babi'.



Sebagai seorang sahabat yang sejati dan bekas AJK persatuan pembimbing rakan sebaya (PRS) di sekolah, guwa cuba bidas statement Abdul dengan penuh hemah.

“Tak semua hamburger tu haram just sebab nama dia ada ‘Ham’ dekat depan. Abis tu, siput babi pun jatuh hukum haram lah sebab ada perkataan ‘babi’ dekat nametag dia?”

Ujar guwa dengan konsep pendekatan logik akal yang guwa percaya lebih mudah untuk penghadaman akal Abdul.

“Ah! Tak kira! Haram tetap haram!” bentak Abdul.

Perkara macam ni memang guwa dah standby dalam otak. Guwa tak salahkan Abdul. Memang ramai orang yang mindset dia macam Abdul. Dalam subjek psychology, penyakit ni dinamakan “selective perception”. Yang mana sesorang tu hanya cenderung untuk pilih dan dengar benda yang dia percaya saja. Any argument yang selain daripada apa yang dia percaya, dia akan anggap invalid.

Jadi, tak dapat tidak, terpaksa lah guwa berhujah dengan fakta.

“Abdul, sebenarnya begini…”

Wah. Bukan main formal lagi ayat guwa.

“Hamburger ni just satu phrase ataupun perkataan yang diambik sempena nama tempat Hamburg dekat Jerman yang mana kononnya burger tu berasal dari situ. Dekat Jerman, makanan yang famous dekat sesatu tempat tu biasanya diorang akan bagi gelaran. Kira macam nickname la. Contohnya macam sosej. Ada orang panggil ‘frankfurter’. Sebab dia famous dekat Frankfurt, Jerman.”

Argue punya argue, baru Abdul puas ati dan percaya. Dan guwa pun dapatlah mencekik burger free malam tu.

**********

Berbalik kepada tajuk entry ni tadi.

Jadi, bila ada orang sebok perkatakan pasal kehebatan Burger Bakar Abang Burn ni, guwa pun rasa terpanggil juga lah. Apa yang hebat sangat pasal burger dia ni? Apabende yang rare sangat sampai bebudak sibok dok suruh guwa try.


Hormon ‘naktahuron’ guwa mula terangsang. Sikap ‘semangat ingin tahu’ yang mak ayah guwa terapkan sejak kecik dulu mula memabara. Guwa bukan boleh benda-benda macam ni. Eksaited dia lain macam sikit.

Satu malam guwa tekad.

Guwa, SB, Ujang dengan adik pempuan dia ke Ampang untuk mengkaji sejauh mana kebenaran berita kehebatan Burger Bakar Abang Burn ni. Adakah betul-betul power atau sekadar satu momokan.

Lebih kurang sekitar 9.30 malam macam tu, kereta proton inspira adik Ujang park tepi jalan besar. Susah nak carik parking punya pasal. Dari situ dah boleh rasa aura hebatnya penangan burger bakar kat situ.

Sesampainya guwa di Gerai Burger Bakar Abang Burn, guwa terus port satu sudut. Guwa perhati sekeliling. Memang ramai customer dia. Ada cina, india, pak syeikh, dan macam-macam bangsa sumer port situ pekene burger bakar dia.

Guwa usya satu korner. Kelihatan lebih kurang lima nam orang pekerja ber-tshirt itam lengkap dengan sarung tangan siap dengan bandana dekat kepala tengah rancak siapkan order customer. Fuh, memang bersih kerja diorang. Tak nampak langsung kobis sepah-sepah dengan sos melejeh-lejeh macam dekat kebanyakan gerai burger lain.



Ujang ke cashier buat order. Hal menu guwa serah ke dia sebab dia lebih arif. Guwa tak kesah sangat. Tank guwa pun 1.3 je. Tak besar mana.

Dipendekkan cerita, malam tu guwa pekene burger ayam supremo RM10.50. Guwa dengar cerita dari bebudak blog, Abang Burn ada menu baru. Meatball apakenama ntah. Desas desus kononnya Meatball tu sedap dan tengah trending, jadi guwa pun order la barang sepinggan dua untuk mengetest sejauh mana boleh perginya meatball dia.

Sesambil menunggu order guwa sampai, guwa pekena borak dengan Ujang. Ujang ni kira dah lama la pekene burger bakar ni dulu sebelum guwa. Menurut Ujang, gerai yang kitorang port ni sebenarnya kira macam dia punya HQ la. Abang Burn ni dah ada 14 cawangan seluruh Malaysia. Giler. Kagum kejap guwa time tu.

Tapi kagum guwa tak lama. Belum sempat nak layan kagum, order guwa sampai. Ada la dalam 10 minit macam tu. Cepat tak cepat kerja dia. Tak sempat nak berborak dibuatnya.

Sebelum makan, guwa pesan pada Ujang mintak dia tolong shoot gambar burger dua tiga keping. Nak harap guwa shoot, memang fail. Tak reti guwa bab-bab fotografi ni.
Elok-elok burger, karang kalau guwa shoot, terus jadi gambar kuih koci..

Ujang angguk tanda paham.

Ketik-ketik! Lebih kurang macam ni la bunyik kamera dia.


Guwa pejam mata rapat-rapat.

Guwa bismillah dalam hati.

‘kruuppp’

Kunyahan pertama guwa tepat mengenai sisi kanan burger.

Sebaik saja aroma dia singgah ke saraf neuron tekak guwa, terus guwa terpana. Betul la diorang cakap, burger bakar dia memang sedap. Super nice. Sayur dia segar. Ayam dia pun bakar cukup masak.



Yang bagusnya, sos dia tak melimpah macam burger bakar tempat lain. Saiz die pun sedang elok je. Tak terlalu besar dan tak kecik.

Lepas pekena burger, tiba la masa yang dinanti-nanti. Kira macam upacara klimaks la.
Guwa nak try dia punya meatball pulak.

Meatball dia datang combo dengan potato wedges. Guwa kira ada sepuluh bijik meatball dengan 3-4 keping wedges. Lengkap bermandi kuah sama mayonis. Memang nampak sedap. Harga dia RM9.90.

Apa yang special pasal meatball ni, dia tak guna tepung. Memang hundred percent daging dan rempah ratus.


Macam biasa, kunyahan pertama guwa lelap mata. Orang kata bila kita lelap mata, baru kita dapat rasa nikmat sesatu benda tu. Sebab tu Louis lane dengan clark kent dalam citer superman tu lelap mata bila scene ciom. Nak ambik feel gamaknyaaa..

Fuhh.. . dia punya meatball.. guwa tak tau nak describe macam mana.

Saat daging tu masuk tekak guwa, guwa loss kejap.

Rasa macam berada di dunia lain. Roh guwa terawang-awang. Rasa macam neelofa tengah suap guwa sambil ada background muzik dua tiga orang main biola lagu ‘kau mawarku’. Serentak tu jugak, emma maembong pula datang sambil tersenyum mengelap lebihan sos di bibir guwa. "Makan perlahan-lahan sayang.." ujarnya. Punya heaven! 

Adunan daging dengan rempah kuah dia memang well-mixed. Padu!

Ah cerita banyak-banyak pun tak guna. Lu orang kene try dulu baru tau.

Secara overallnya, dari skala lima, guwa bagi empat setengah bintang dekat Abang Burn. Tak boleh bagi full. Nanti selesa sangat, takde improvement di masa hadapan.

 



Jadi dalam kes ni, guwa dengan ini mengiktiraf Burger Bakar Abang Burn sebagai one of the best burger bakar yang guwa pernah rasa. Jujur.

Guwa susah nak review sesatu produk unless dia betul-betul best.

Jadi, untuk maklumat lebih lanjut lu orang boleh pergi ke fanpage Burger Bakar Abang Burn di sini :




 p/s : Abang Burn kene payung guwa lebih ni! keh keh keh


57 comments:

  1. abg jack. lama nyer x hapdet. windu lewwwwwww. kihkihkih

    ReplyDelete
  2. abg zack is back la..ok rasa nak try jugak

    ReplyDelete
  3. burger abg burn yg sedap tu cume kt HQ je yg sedap. kt laen2 cwngan x sdap. especially yg kt sg.ramal tu. sgt hambar. eh zack, try la satay willy pulakkk. dengan nasi arab restoran saba. superb mabelessss.

    ReplyDelete
  4. amboih nikmat sakan ye abg zack..

    x percaya slagi x rasa sendirik..nahh~

    ReplyDelete
  5. selective perception?aku ase aku ade penyakit tu kot.

    aku rase,dlm bnyk2 review bger abg burn ni,blog ko pling unik. :)

    ReplyDelete
  6. Akhirnya udpdate jugak. Entry yang buat gua tersenyum dan teringin dibelai emma maembong. Good job bro. hahaha

    ReplyDelete
  7. betoi kata mai punye blog. Kat HQ sedap. Aku mkn kat shah alam, indah khabar dr rupa. betul2 frust aku. Kita dah buat high expectation, bila msk je mulut ni ke burger bakar yg org dok heboh canang sedap sgt tu? Bg aku tak kat Shah Alam la.

    ReplyDelete
  8. haha, nice! entah mengapa i baca part yg explain burger tu mcm nada Qi dalam jalan2 cari makan pulak... hahaha

    ReplyDelete
  9. Haha. Kebetulan. Baru pergi Burger Bakar Abg Burn semalam. Hari Rabu ada usrah dan semalam usrah dilakukan sambil asyik masyuk makan meatballs. Burger? Tapau! Haha. Sebelum pergi dok Message abg Burn, tanya itu ini. Nampak macam byk songeh. Hehe.

    Rating lepas makan:
    Meatballs mmg padu. Nak main chak2 dgn meatballs ikea pun boleh. Sbb tapau burger kambing+salami. Balik rumah, panas dalam oven dan masih nyummy. Tapi branch kat Kajang ni takde onion rings. Agak kecewa. Apapun, 4bintang utk BBAB!

    ReplyDelete
  10. terliur tengok burger dia.. tangkap leleh

    ReplyDelete
  11. berbulan tak hupdate,, ingat pembaca ni tak rindu ke,, update je terus buat review,, adess,,, welcome back jugak la sikit,,, mmm

    ReplyDelete
  12. kelakau sangatttt tp berinfomasi

    ReplyDelete
  13. Abg jack pnye imagination mmg xmuleh blah kan? Nk gak dak neelofa ngn emma. Amik la rosnah mat aris ke.. Laju gak hadam burger tu ye dak?

    ReplyDelete
  14. haha. hamboih. cara cerita ni dah macam ulas match bola dah gua tengok ._. satu satu dia citer. hehe.

    *lama tunggu update. thanks sbb update. haha^^

    ReplyDelete
  15. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  16. Perghh terliur dibuatnya...

    ReplyDelete
  17. nampaknya guwa je la kempuanan nak merasa burger abg burn ni, ntah bila la dapat merasa

    ReplyDelete
  18. ada jugak member yang tak boleh nak terima hujah org lain...kalau nak cakap dgn kawan camni , mmg awal2 surrender la , malas nak bertekak...
    jenuh la neelofa n emma nak lap lebihan sos tu nanti :P

    ReplyDelete
  19. memang semua dok gilo2 ngan burn ni.. adoi~

    ReplyDelete
  20. Okey! Lepas ni ada misi baru! kalau pi semenanjung lagi mesti cari burger bakar abg burn! Wajib! Hahaha...

    ReplyDelete
  21. meatball tu memang terbaik!

    ReplyDelete
  22. Setahun skali updated..cite sal mkn lak tu

    ReplyDelete
  23. aik.. lisa dah kawen..
    angkut neolofa and maembong plak?
    melambong nanti... haha

    ReplyDelete
  24. meleleh camnih.

    ReplyDelete
  25. rindu same lu zack,
    bace blog lu leh wat guwa gelak2 sorang2,haha..
    imaginasi 2 tinggi arh,haha

    ReplyDelete
  26. rajin ko buat graph zack...

    aku terpana...

    hehe!

    ReplyDelete
  27. Okay. Lepas ni kena pergi terjah ni. ;)

    ReplyDelete
  28. baca cerita ni rasa macam nak p makan lak. sebab pernah jugak p burger bakar abg burn kat alor setar dulu . makan nya tak pun. duk tgk org makan ja . haha . . rugi gile . tapi tak lalu nak beratur panjang je . . haishh

    ReplyDelete
  29. Wahh berzaman nak tunggu senior wa ni update.


    Thanks for sharing! ^^

    ReplyDelete
  30. terbaekkkk!!!

    entry org laen ase teringin aje nk mkn burger nih...bace entry hat ni...perghhhh!! sat-sat ni jugak ase nk g mkn...mabeless tol!! hahaha

    http://nzaodonut.blogspot.com/

    ReplyDelete
  31. kena g makan jugak ni...x nak yang cawangan dia..tp nak HQ dia..huhuhh..

    ReplyDelete
  32. cuba try burger bakar kat gulai panas seksyen 7 bangi. sedap jugak. tapi belum femes lagi. harga pon bole thn murah sikit

    ReplyDelete
  33. Pergh! kena try sendiri la jawabnya nih. :D

    ReplyDelete
  34. HEAVENnyee nealofa semua ada , haha

    ReplyDelete
  35. TUMPANG LALU...1 June 2013 at 01:47

    !!!PROMOSI HEBAT KEMBALI LAGI!!!!!
    incik ZACK.. maaf ggu nak wat jualan langsung sikit kat sini ye.. kejap je...janji... =) V

    Celcom 1 malaysia :
    ~bleh kol, sms, mms
    ~harga RM 25 untuk internet sebulan tiada kontrak
    ~ stok sangat terhad.. nie last dari celcom.. LEPAS NI YF TINGGAL HANYALAH PENYESALAN...
    BACA KAT BAWAH NIE UNTUK PELAN DIA

    1) ADD FRIEND: (Max. 5 friends)
    hanya dengan RM1 per hari :
    ~Panggilan 1000 minit-boleh bergayut sampai meletup hp.
    ~SMS 1000 sms

    2)PANGGILAN:
    Celcom 28 sen per 10 minit (2.8 sen per 1 minit)
    Other 28 sen per 5 minit
    SMS:
    Celcom 1 sen per sms
    Other 5 sen per sms
    Credit RM5.00

    keterangan lanjut bleh pergi kat page ni ..

    https://www.facebook.com/PekSkmmCelcomInternetMurahDanTanpaHad

    ReplyDelete
  36. Bab emma maembong tu pon gua pon dapat rasakan apa yg lu tulis.. kah3.. gua pon blom try burger bakar abg burn lg.. agak2 kalau btul lah emma maembong suap & lap.. pehhh..hahahahaha

    ReplyDelete
  37. Saya rasa macam nak makan burger ni sekarang jugak.. Boleh x??

    ReplyDelete
  38. selective perception. ok ilmu baru ni. terima kasih...hehe

    ReplyDelete
  39. update je, terus cite pasal beger. hehe..

    ReplyDelete
  40. Assalamualaikum,

    Kenapa biarkan laman web dan blog anda yang baik dan berpotensi ini tidak diketahui orang?

    Sebarkan dan tambah pengunjung dengan bertukar iklan laman web di

    Produk Muslim Ads Network

    Baru dilancarkan.. Daftar segera ia percuma!!.. kelulusan serta merta...

    Terima kasih

    ReplyDelete
  41. Abg Burn kena bg kursus intensif pd semua kakitangan di semua cawangan supaya rasa makanan semua standard.

    ReplyDelete
  42. hahhahahha melampau betul review ni. kena datang kl la org sarawak ceni.

    ReplyDelete
  43. Pernah makan meatball abg burn ni. Tapi indah khabar dari rupa. Mungkin lain branch lain presentation nya kot. Memang frust.

    ReplyDelete
  44. belum berjaya lagi nak rasa kelazatan burger yang dikatakan lazat tu.. ;)

    ReplyDelete
  45. Skrang burger bakar abg burn sudah ade 19 cawangan....

    ReplyDelete
  46. Finally, u update jugak! Igtkan dah bersara.
    Perggghhhh tetiba rase lapar pulak.
    Nak kena makan burger bakar abang burn ni..

    ReplyDelete
  47. org yg suka menilai org ni org x reti bersyukur..rasa diri tu sntisa betul je...blah la....thuuuuuuiiiiii

    ReplyDelete
  48. burger bakar abg burn mmg thorbaik... abg burn pelopor industri burger bakar.. ramai yg muncul selepas abg burn.. tapi kitorang still vote for abg burn

    ReplyDelete
  49. ETHTRADE
    SHARING PROFIT UP TO 25% - 30% PERMONTH
    THE BEST .. LONG TERM BUSINESS ... STABLE N TRUSTED
    THE REAL COMPANY WITH THE REAL ACTIVITY
    https://ethtrade.io/@821745
    https://ethtrade.org/@821745
    ✔ not hyip
    ✔ since April 16, 2016
    ✔ More than 32000 member
    ✔ Up to 25% (up to 30% by compounding) monthly profit
    ✔ Average Daily profit 1% ( monday - Friday )
    ✔ Automatic re invest (compounding)
    ✔ Lifetime contract
    ✔ invest in cryptocurrency trading with professional Team
    ✔ Start your portfolio with only 10$
    ✔ Use Bitcoin / Ethereum / Advcash
    ✔ Withdraw your profit or your investment anytime you want
    ✔ Marketing plan is very good for long term
    ✔ Build your team to get more benefits
    JOIN NOW!!! DONT LEFT BEHIND!!! REAL PASSIVE INCOME!!!LET YOUR MONEY WORKS FOR YOU!!!
    Join now .. free register : https://ethtrade.io/@821745

    ReplyDelete
  50. Terimakasih sudah sharing artikel ini, sangat batlgus dan menarik. Say tau gak kalau kita hidup pada era di mana anak-anak remaja tidak lagi bercita-cita menjadi guru, polisi, tentara, atau dokter. Banyak di antara mereka yang lebih memilih menjadi youtuber terkenal, freelancer, traveller dan pekerjaan aneh-aneh yang lain yang dirasa gak menjanjikan

    Baca artikel menarik lainnya dari MantuIdaman Blog

    - Tips Naik Bromo
    - Generasi Milenial
    - Wisata Kabupaten Semarang

    - Wisata Sejarah Kabupaten Semarang

    Salam hangat, dari
    Latifah

    ReplyDelete
  51. Strange "water hack" burns 2 lbs in your sleep

    Over 160 000 women and men are losing weight with a easy and secret "liquid hack" to drop 1-2lbs each and every night while they sleep.

    It's simple and works every time.

    Just follow these easy step:

    1) Hold a glass and fill it up half glass

    2) And now use this amazing hack

    so you'll be 1-2lbs thinner the next day!

    ReplyDelete
  52. Body Cam : The Ruger lCP2 380 ACP Handgun is an inconspicuous gun ideal for concealed lug as well as individual security. The small framework of this 380 ACP gun suits a range of holsters as well as hidden bring tools, making it a wonderful option for mobile defense. Pistol Light This Ruger gun is developed with an alloy steel barrel, steel slide, and glass-filled nylon hold frame to provide a stable capturing system with dependable accuracy. For enhanced handling, the Ruger LCP II features a distinctive grip framework that has actually been made a little larger than the original Ruger Laser to extra successfully distribute recoil and lower muzzle rise. Light for Pistol

    ReplyDelete

Kalau ang rasa ang suka dengan apa yang aku tulis ni, ang boleh tinggalkan komen kat sini ok ? thanks :)