soundtrack :
Teknologi yang membunuh!
Beberapa minggu sebelum raya korban itu ari, satu malam tu guwa didatangi seorang member. Guwa nama kan member guwa tu si polan la dalam cerita ni. Eh kejap! Tak sedap. Cliche. Guwa bagi nama 'Mohd Tekno' la. Kasi rare sikit.
Mohd Tekno ni student tahun tiga jurusan mekanikal di universiti guwa. Jadi, cerita nya begini. Malam tu macam biasa la student. Kalau dah nama nya student, takde la keje nya nak study malam-malam. Especially student engineering. Kalau study karang, kata orang tu seolah-olah menentang hukum alam. Sama macam menyuruh pontianak mengilai di tengah hari buta. Kan menentang fitrah tu..
Bagi student engineering, siang adalah waktu belajar. Malam adalah waktu bermain. Kalau study pun, bukan la study sangat. Setakat buat lab report dengan copy paste data dekat wikipedia saja.
Ok. Sambung cerita Mohd Tekno.
Kedatangan Mohd Tekno malam tu sebenarnya nak pinjam mesin scanner guwa. Kebetulan guwa takde buat apa time tu. Malam-malam begitu, biasanya keje guwa tak lain melayan lagu dekat Suria FM je. Bukan nak dengar lagu sangat sebenarnya.Tapi lebih pada nak dengar suara DJ Lin. Seksi bhai suara dia. Lu orang try la dengar. 'Suria Cinta' ke apa entah nama program dia. Guwa tak ingat.
Jadi, lepas Mohd Tekno serahkan drawing dia pada guwa, guwa terus bubuh bawah mesin scanner.
Lepas tekan button 'scan now', dekat screen laptop guwa keluar la gambar drawing yang di scan tadi.
Guwa belek Mohd Tekno punya drawing.
Hurmm..
"Apa benda ni Tek?" soal guwa sebaik melihat drawing beliau.
"Oh, ini design untuk alat menyembelih haiwan" - jawab Mohd Tekno ringkas.
"Alat sembelih?" -soal guwa lagi.
"Yup."
"Kitorang kene design satu alat menyembelih binatang yang efisyen dan canggih." -terang Mohd Tekno lagi.
"Yang segitiga ni apa?" soal guwa sambil merujuk kepada drawing beliau.
"Tu kepala lembu"
"Yang petak besar ni?"
"Tu kira macam alas sembelih lembu tu la"
"Ohh.. tak sembelih atas tanah...."
Dah macam freemason pun iya juga guwa tengok drawing Mohd Tekno. Siap lembu tu terkangkang lagi. Kaki lembu tu empat-empat kene ikat ke atas mengadap langit. Siap ada hydraulic pump untuk kasi adjust alas tikar lembu tu. Fuhh!
*****************
Lepas Mohd Tekno balik, guwa meneruskan pekerjaan guwa melayan DJ Lin.
Tapi fikiran guwa masih lagi pada lembu yang bakal disembelih menggunakan alat penyembelih Mohd Tekno tadi.
Guwa just terpikir.
Guwa rasa kadang-kadang.. tak semua benda perlu diteknologikan..
Ada benda yang mungkin lu patut kekal kan sebagai tradisi.
Biar lah benda tu kuno sekalipun, tapi 'value' dia yang mahal.
Kalau hari raya korban orang-orang kampung dok pakat sembelih binatang guna mesin, apalah lagi meriahnya raya korban? Yang sebenarnya, suasana tolong menolong masa nak sembelih lembu tu yang mahal. Sorang pi pegang kaki lembu, sorang tolong ikatkan, lepas tu sembelih guna pisau tajam. Habis sembelih, sama-sama lapah. Cara macam tu walaupun tradisional, at least lu orang happy sebab dapat ramai-ramai pakat buat keje sama-sama. Meriah.
Jadi guwa terfikir, sejauh mana releven nya teknologi-teknologi ni?
Guwa admit. Guwa mengaku. Yes, teknologi memang perlu. Kalau diperhatikan zaman sekarang ni, dah macam-macam teknologi ada. Contohnya itu hari guwa ada terbaca pasal teknologi 'auto-parking' yang kampeni Ford buat pada kereta diorang.
Bagi lu orang especially makwe-makwe yang selalu berdepan dengan masalah masa nak parking kereta secara serong (side parking), kini tak lagi jadi masalah. Kereta tu akan detect ruang kosong secara otomatik dan pusing sterang lu orang dengan otomatik. Tak payah nak tegang urat leher dok jenguk belakang.
Kalau lu orang pencinta kucing pula, ada teknologi yang dah menghasilkan alat mainan kucing.
Tak payah nak susah-susah terlari-lari main kucing dengan lidi penyapu.
Hurmm..
Banyak lagi la teknologi lain.
Malas guwa nak petik banyak-banyak contoh.
******************
Ada satu teknologi ni.
Teknologi ni dah lama guwa perhatikan.
Teknologi 'cebok-tak-payah-guna-hos-paip' nama dia.
Dulu masa guwa kecik-kecik, guwa membesar dengan jamban cangkung macam ni. Lepas berak, tarik tali pam dekat atas.
Lepas lama sikit, orang barat bawak masuk teknologi tandas duduk macam yang lu orang selalu jumpa ini ari.
Masa tu guwa culture shock. Masih tak dapat menerima hakikat sebuah tandas yang mana lu orang boleh 'bisnes' sambil duduk. Masa tu, fenomena cangkung masih lagi kuat dalam lubuk hati guwa. Sehinggakan jamban duduk pun guwa cangkung kan juga.
Tapi bodoh guwa tak lama.
Sampai satu tahap guwa dah boleh guna tandas duduk sambil duduk. Siap boleh baca majalah lagi. Tabiat guwa kalau buang air besar, guwa suka membaca. Tak dapat surat kabar, ingredients belakang botol syampu pun guwa baca. Tak tau mana guwa ambik tabiat tu.
Sehingga la satu hari teknologi 'cebok-tak-pakai-hos-paip' diperkenalkan.
Teknologi ni dah lama guwa jumpa. Since guwa di Jepun lagi.
Dalam banyak-banyak teknologi, teknologi ni yang paling guwa rasa tak perlu. Cukup guwa menyampah. Tak berak pun takpe lah. Sikit guwa tak ralat. Esok pun boleh berak apa?
Jamban pattern ni ada hutang darah dengan guwa.
Nak bagi lu orang nampak betapa marahnya guwa ke teknologi ni, guwa gagahkan juga cerita.
Secara basic nya, kalau lu orang perasan, kebanyakan tandas awam dibina dengan sistem saluran paip air bercabang.
Alahai macam mana guwa nak cerita bagi lu orang paham eh?
Kejap guwa lukis.
Ha, macam ni la lebih kurang.
Makna kata, air dari tangki tu akan dikongsikan bersama oleh tiga jamban-jamban terbabit.
Kalau lu tengah berak dekat jamban C , dalam masa yang sama jamban A dan B takde orang guna, secara otomatik lu akan dapat kelajuan air yang cukup selesa dan sempurna. Tak payah pulas kepala paip kuat-kuat. Kalau tak, teknologi 'jamban-cebok-tak-pakai-hos-paip' akan membunuh lu secara kejam. Tak percaya boleh cuba. Laju air dia boleh sampai menusuk usus kecik. Boleh buasir siap!
Nak dijadikan cerita...
Satu hari guwa ke mega mall.
Tiba-tiba nafsu berak guwa datang.
Guwa pun bergegas mendapatkan jamban terdekat.
Ha, pattern jamban dia jenis 'cebok-tak-pakai-hos-paip'.
Dan saluran paip dia pula macam dalam gambar guwa lukis.
Jamban time tu fully occupied. Penuh.
Guwa dapat position Jamban C. (sila rujuk diagram di atas)
Dalam masa yang sama, jamban A dan B ada orang tengah guna.
Jadi, masa guwa nak cebok, air paip tu guwa dapat haluuuusss je.
Sebab air dah di-distribute sama banyak ke jamban-jamban bersebelahan guwa.
Mungkin kami cebok pada masa yang sama. -.-"
Jadi, untuk mendapatkan laju air yang optimum, guwa pusing kepala paip sampai abis.
Air pun ditembak keluar sedap-sedap rasa.
Dan guwa pun meneruskan aktiviti mencebok guwa.
Untuk dua tiga saat tu guwa bahgia seketika.
Entah macam mana tiba-tiba air yang keluar tu mak datok punye laju!
Gua saspek mesti brader-brader sebelah dah habis cebok. Sebab tu air guwa laju.
Purrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr~~!!
Dia punya pancut, sampai pintu jamban.
Habis berterabur air depan pintu. Becak lecah!
Habis berterabur air depan pintu. Becak lecah!
Ah sudah. Cilake.
Sekarang guwa berdepan dengan satu masalah besar.
Dekat luar ada orang tengah tunggu turn. Macam mana guwa nak hadap ni.
Guwa pakai seluar, zip siap-siap.
Macam biasa..
Guwa tarik muka tenang.
Guwa capai henset dalam poket.
"Ha, jap jap. Guwa on da way dah ni. Dalam lima minit guwa sampai"
Sambil berjalan keluar dari jamban, guwa jeling cermin singki.
Guwa nampak ada brader gelak-gelak tutup mulut.
Memang..
gampang.
Subscribe to:
Posts (Atom)