16 February 2011

Kelas Sains Darjah Empat

Malam itu cuaca sungguh baik. Nun jauh di langit, bulan sedang rilek-rilek baring diselimuti awan-awan gebu. Beburung yang dari pagi terbang riang tak henti-henti, semuanya sudah pulang ke sarang. Kucing-kucing yang berpeleseran di premis-premis kedai makan, masing-masing sudah mula menjilat bulu di blakang kedai tanda kenyang. Semut-semut yang dari tadi sibuk memikul lebihan-lebihan nasik sorang sebutir atas kepala, kini sekor-sekor dah boleh berlapang dada di dalam sarang. Walaupun hakikatnya mereka tiada dada.

Begitu lah lumrah fitrah kitaran alam. Penat lelah seharian memerah keringat di ofis mencarik sesuap dua suap nasik, kini bertukar santai. Tak kira la penjawat awam, buruh kasar, juru ukur, operator pengeluaran wanita, pembantu makmal, supervisor kilang papan, pembantu tadbir, kerani sekolah, semuanya mengambil kesempatan untuk berehat di sebelah malam. Pon begitu, di saat warga kota bersenang-senang duduk bergelak tawa bersama keluarga tercinta menyaksikan rancangan-rancangan yang disajikan di kaca telebisyen, lain pula senario yang berlaku di Pusat Tuisyen Warisan Pendeta (bukan nama sebenar), Seremban, Negeri Sembilan...

******


Jam 9 malam. Kelas sains darjah empat.

Fail hijau yang tersusun bersama fail-fail lain di atas ruang meja guru, guwa capai kemas. Sahelai demi sehelai lembaran kertas di dalamnya guwa selak ligat. Bebola mata guwa laju mencari helaian bertajuk "attendence form". Sesambil itu, hujung mata guwa melilau sekitar kelas mencongak bilangan pelajar yang hadir satu-persatu di dalam hati.

"Hurrmmm... Baiklah. Nama-nama yang saya sebutkan ni, sila angkat tangan ya?" ujar guwa ringkas sambil jari jemari guwa sudah bersedia menge'tick' nama pada attendence form pelajar.

"Ahmad Takiudin bin Abu Mansur?"

"Saya cikgu."

"Nurul Katriona Nabila binti Tan Sri Megat Tajuddin?"

"Yup."

"Chan Sow Lin?"

"Yes teacher!"

"Puteri Fathiatun Nadirah Syuhada Binti Ali?"

"Yes. Err... teacher!"

"Yup. Ada apa Puteri?" soal guwa.

"Bukan Fathiatun laa teacher.. Jamiatun!"

"Oh.. ok ok. Sori Sori."

Dan begitulah seterusnya sehingga guwa selesai menanda kedatangan memurid. Dari cara mereka menjawab soalan guwa tadi pon, guwa sudah boleh mengagak karektor masing-masing. Guwa sudah boleh mencongak pelajar mana yang agresif, pelajar mana yang pendiam, pemalu, peramah, attention seeker, ngada-ngada dan sebagainya.

"Sebelum cikgu mula kan kelas malam ni, kita baca doa dulu."

"Allah hum maftah 'alaina hikmata ka wanshur 'alaina min khoza iniroh mati ka ya arhamar rohimin...amiiin."

*******

Subjek guwa malam tu - Sains darjah empat. Nampak ringan, tapi guwa sedar guwa tak boleh pandang ringan. Walaupun guwa sekadar guru part time, guwa tak mahu kerjaya seorang guru dicemar dan dilacurkan demi wang ringgit semata-mata. Pada guwa, kerja ialah amanah. Guwa sedar setiap sen yang guwa terima ujung bulan nanti, takkan ada sesen pon yang terlepas pandang untuk dihitung dan dihisab di kemudian hari. Justeru, guwa harus dedikasi dan memberi sepenuh komitmen terhadap kerja guwa. (sambil membetul-betulkan tali leher)

"Orait. So... Hari ni kita akan blaja pasal "Basic needs" atau pon dalam bahsa melayu nya "Keperluan asas". 

"Keperluan asas ni hape mende cikgu?? Ok, die macam ni tau. "Keperluan" tu ialah benda yang kite perlu atau pon benda penting yang mesti ada. Contohnya macam duit. Duit kita perlu tak?"

"Perluuuuuuu...." jawab memurid guwa dengan hujung bibir terjuih ke depan. Die punye "luuuu..." tu doblas harakat ada guwa rasa.

"Ok. Duit tu memang satu keperluan. Tapi kalau kita tengok manusia zaman batu dulu, diorang takde duit pon tapi still boleh hidup. Diorang buat macam mana? Diorang berburu dalam hutan mencarik makanan. Jadi, kita kata 'duit' bukan lah satu keperluan asas bagi manusia. Sebab apa? why? Sebab takde duit pon, manusia masih boleh hiiii...???"

"duppppp....!"

"Pandai... :) "

Sengaja guwa puji diorang walaupun hakikatnya menyambung perkataan yang tak sudah, bukan la benda yang boleh dibanggakan pon. Tapi pada guwa, untuk mengajar bebudak, 1stly lu mesti tackle diorang dulu. Once lu dah dapat perhatian diorang, insya Allah diorang dengar kata. Guwa tak mau garang-garang dan tegas sangat. Ini bukan kelas tingkatan 5. Guwa mau rilek-rilek tapi input tak lari.

"So, 'keperluan asas' ataupon 'basic needs' ialah sesuatu yang kita perlu untuk hidup. Kalau takde je kita mati."

"Faham tak?"

"Faaaahaammmm...."

"Ok, kalau faham, saya nak tanya. Apa benda yang kalau takde je, manusia akan mati? haa, apa dia?"

"Udara cikgu!" jawab salah sorang student guwa yang duduk di barisan tepi.

"Kenapa pulak?" soal guwa sengaja menguji kefahaman beliau.

"Ye la. Kalau takde udara, macam mana manusia nak bernafas??".

"Bagus. Pandai!" 

"Lain?"

Kali ni guwa tengok muka masing-masing macam eksaited nak jawab tapi diorang tak tau jawapan. Jadi, guwa cuba pancing dengan teknik menyambung perkataan.

"Makaaa....??" soal guwa dengan lontaran vokal yang tinggi di bahagian hujung ayat.

"naaannnn!" jawab memurid dengan muka selamba. 

"Makanan... Kan? Kalau takde makanan, manusia boleh hidup tak?"

"Tak boleyyy....."

"Jadi, kita kata makanan ataupun 'food' ialah salah satu  'basic needs' of humans." terang guwa lebih lanjut sambil menulis nota ringkas di white board.

"Lagi, what else?"

"Tempat tinggggg.....??"

"Galllll.....!"

Wah. Tetiba guwa rasa macam tak boleh jadi. Senang bebenar bebudak ni. Takat nyambung perkataan je keje sekor-sekor.

"Eh class!. Kejap! Saya nak tanya satu soalan. Ayah nabi Muhammad bernama Abdul Mutaaa....???"

"libbb....!"

Haa, kan guwa dah agak. (-_-")

"Banyak la kamu punya Abdul Mutalib! Bapak nabi, Abdullah.. Abdul Mutallib tu datuk nabi. Haa, kan dah kena trap? Lain kali, fikir dulu. Jangan main nak senang je. Ok?"

"Teheee!" . Tersengih-sengih muka seko-seko. Mujur la guwa ni tak garang.

********

"Orait, skarang ni kita belajar pasal basic needs of animals pulak. Animals ni sama macam manusia. Keperluan asas dia tadi apa?? Air, food, water and ??..."

"Shelter!" 

"Good."

"Ok, cuba tengok gambar yang cikgu bagi dalam nota tu tadi."


"Haa, kenapa anak ayam tu mati?"

"Sebab mak die takde!" jawab sorang student guwa. Dari raut wajah dia, langsung tak menunjukkan yang dia bergurau. Jadi, guwa cuba tahan marah. 

"Hmm... memang lah mak dia takde. Tapi dia masih boleh hidup kan? Ok, sapa tau jawapan dia? Kenapa anak ayam tu mati?"

"Saya cikgu! saya! saya!"

"Ha, apa jawapan die Balkis?"

"Die mati sebab takde air!"

"Ok. Pandai. :) Binatang kalau takde air, dia akan mati. Sama macam manusia. Sebab apa?? Sebab air ialah salah satu basic needs binatang."

"Awak tau tak, unta kat padang pasir tu boleh hidup selama sepuluh bulan tanpa minum air??" Kali ni sengaja guwa bagi sedikit info buat student guwa yang masih hijau dalam kancah kehidupan.

"Sebabb... dia ada bonggol dekat blakang badan dia. Bonggol ni dalam dia ada air" terang guwa sambil melukis gambar seekor unta di white board.

Tiba-tiba telinga guwa sempat menangkap sesuatu.

"Teacher! Kenapa unta teacher macam zirafah je?" 

Cilake.

********

Jam di tangan guwa sudah menunjukkan pukul 9:45 minit malam. Ini bererti, guwa ada lagi lima belas minit untuk handle bebudak ni.

Guwa skarang dah masuk subtopik "Basic needs of plants" ataupun 'keperluan asas tumbuhan'. Tadi guwa ada terangkan secara details pasal salah satu keperluan asas tumbuhan iaitu sunlight, atau cahaya matahari. Guwa siap lukis gambar daun dan hubungkaitnya dengan cahaya matahari. Guwa cerita yang daun akan absorb cahaya matahari untuk buat makanan sendiri melalui proses fotosintesis. Guwa tanya "faham tak??", diorang jawab "fahammm...."

Jadi, guwa petik satu soalan sebelum mengakhiri kelas malam tu.

credit : Longman, Pearson Essential KBSR Science UPSR


"Ok, apa fungsi daun pada tumbuhan??"

Guwa tengok satu class senyap. Barangkali diorang leka buat latihan yang guwa beri tadi.

"Haa, Fatin. Cepat! apa kegunaan daun?" Kali ni guwa tukar pattern soalan biar senang dia faham.

"Hurmm..... buat herba, cikgu."


**********


Ok.

Minggu depan guwa dah boleh bawak rotan sama pembaris besi.


295 comments:

  1. hahhaa,, macam2 ragam kan bila mengajar . . .

    ReplyDelete
  2. mereka tu kreatif.



    evolusi arus menjadikan mereka lain daripada kita yang dulu.

    ReplyDelete
  3. ahahhahaha... cute..n interesting

    ReplyDelete
  4. adooiiiii..dudak2 bleh buat sakit perut jer walau geram semacam..^^

    ReplyDelete
  5. heheheeh budak2 skang nie mmg advance zack.. vee dl pun penah mengajar budak2 nie, pening kepala..tlebih pintar hehehehe

    ReplyDelete
  6. haha...cigu..kata takmau garang2..ni rotan sama pembaris besi neh apa kes..

    ReplyDelete
  7. lawak budak budak zaman sekarang.
    aku pun tak terpikir daun nak buat herba! hahaha
    tahniah cikgu zack! :p

    ReplyDelete
  8. HAHAHAHAAH... COMEL JEEE~

    BACE KALI KE DUA LA ^^

    ReplyDelete
  9. hahahh...ko ajar budak skola rendah pun da mcm2..tapi jujur...cuba terai ganti tpt aku nak x ajar budak sijil..laaaagggiiiiiii (12 harakat) byk loyar buruk...

    ReplyDelete
  10. ahahaha....comeiiii...budak2 tu tak lama lagi mesti pandai cam cekgu die...teehee~ :p

    ReplyDelete
  11. hahaha...bdk2 mmg mcm2 ragam..:)

    ReplyDelete
  12. unta mcm zirafah??
    hahaha budak2 main cakap jer
    apa diorang nk cakap..

    ReplyDelete
  13. ALAHAI COMEL JER ANAK2 MURID CIKGU ZACK..

    ReplyDelete
  14. AHAHAHA. nasib baik ko pandai lukis. bleh gak wat anak murid tu tertarik nak blaja. ok apa lukis unta rupa zirafah. sebab ko lukis org pun macam doraemon what. bhahaha!

    ReplyDelete
  15. betul ke blog zack ni? sbb ak rasa mcm masuk blog subject science darjah 4 plk...hehe. keep it up cikgu! hehe

    ReplyDelete
  16. wah laju giler korg komen... haha~

    ReplyDelete
  17. hahaha tergelak besar part unta macam zirafah tu.. *sambung gelak*

    ReplyDelete
  18. hahaha..cmtu la zamn budq2 dlu pown :)

    ReplyDelete
  19. best nye if cikgu saye dulu camnie..comfirm dapat A++ mse science dulu.. =D

    ReplyDelete
  20. hahaha..budak2 mmg la lawak:)comel jer..tp leh sakit jiwa gak:P

    selamat mengajar:)

    ReplyDelete
  21. Jangan garang2 sangat.
    nti bebudak banned tanak dtg tuisyen dh..


    keh keh keh..

    ReplyDelete
  22. tahan gelak x nak bg kentut! ahahaha

    ReplyDelete
  23. zack update!!! da elok kew lap top

    ReplyDelete
  24. haha. buat herba!! logik gk eh. takpe zack mungkin lu kecik2 dlu lebih kurang deme gk, so bersabar la ye mendidik anak bangsa. sat2 gi deme jadi dokter lu gak bangga. ;p

    ReplyDelete
  25. buat herba...hahahah kelakoo.. :))

    ReplyDelete
  26. entry paling panjang aku rasa..kehkehkeh...syok jek bebudak tuh kan menyambung2 ayat lu..hhahaha...kalau cmni aku pon nak join gak r tuisyen ang bro..hikhikhik

    ReplyDelete
  27. haha...IntersetinG!!

    tahniah cikgu Zack~!!

    ReplyDelete
  28. sekali dia buat herba..jauh betul perginya..hehe

    ReplyDelete
  29. skrg gua rasa, gua sendiri nk tuisyen dgn lu..

    keh keh keh!

    ReplyDelete
  30. hahaha...rilek2 la ckgu..kot da bwk rotan t tkot msuk suat kbar je kang.b'tmbah glamer ckgu zack..haha =D

    ReplyDelete
  31. aku tak tahan le nk gelak....
    asal bace skit je dh nk trgelak...
    hahaha :)

    gud job ckgu zack

    ReplyDelete
  32. HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAAHAHAHAHAHAH!!! MACAM CILAKE!

    ReplyDelete
  33. ok la dapat ngajar dak2..ak jap g kna ngajar dak f4-f5.. =.="..
    xdapat byg la cmne nk kontrol dak2 zmn skrg nih... btw, tengs memartabatkn profesion perguruan ni >.<

    ReplyDelete
  34. kenape nak bawa rotan? budak budak tu baik aje kan?

    ReplyDelete
  35. gimme 5!
    penat tau mengajar nih =.=

    ReplyDelete
  36. Hambek kau...panjang cam gabang...tapi dh habis bace...lawak doh!!!

    ReplyDelete
  37. hehehe....kecian la dorg next week..xD

    ReplyDelete
  38. be cool..tu lumrah kalau nak jadik tecer..macam kerenah..terima jawapan dorang puji dan betulkan..puji jwapan salah? means jawpan tuh betul tapi bukan tuh jawpan yang cekgu nak.. =)
    selamat mendidik~

    ReplyDelete
  39. haha..part yg last..buat herba..;p

    ReplyDelete
  40. Pelajaran kanak-kanak zaman sekarang tak sama mcm kita dulu-dulu. Kini mereka lebih advance.So memang patut cikgu kena kreatif dan bersedia dengan soalan yg tidak di jangka dek akal fikiran. Ibu baba pun tidak terkecuali dlm bab mendidik nih.

    ReplyDelete
  41. haha! sempoi r cikguu,
    comel jerk! (^^)v

    nxt week msti dyeorg senyap sbb ada rotan dh. haha!

    ReplyDelete
  42. hahaha, sgt comel and innocent lah budak2 ni :)

    ReplyDelete
  43. kiddo mmg xbosan!!! wlupun kekadang pning pale ngan dorg...

    ReplyDelete
  44. sbb tu la ak x ske ngaja bdk2..aku ni garang..hehe

    ReplyDelete
  45. srnk kot ngajar tak kesah la kt mane pown ye dak? yg penting dpt kembangkan knowledge..baki pglmn ngajar kt tusen yg tak sampe sebulan sgt2 berguna for me..sedih tgk prestasi sum of da students yg not perform well..tak puas kot 1 jam..n paling sadis, budak2 ni terbiasa bhs ringkasan sms n aplikasi dlm esei..nangis bc esei diorg..

    ReplyDelete
  46. fungsi daun adalah herba..!!
    hahaha

    ReplyDelete
  47. dulu penah ajar budak skolah rendah...memang best pengalaman tu..paling x blh lupa bila dapat surat layang dari budak tahun 6...dia bagi amaran jgn rapat ngan guru kelas diorang...hahahaha...punyalah jeles depa ngan aku...budak lagi tuuu..

    ReplyDelete
  48. Haha... terasa seh; budak2 kecik nih mcm ak mse skola rendah je dulu. Terlebih imaginasi =D

    ReplyDelete
  49. HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA..COMEL GILE ANAK MURID ANG..MEMAIN BANYAK NIH..BAEK ANG GARANG2 SKET WEH..

    PENGALAMAN AKU NGAJAR TUISYEN BUDAK FORM 1 YG PERANGAI MACAM BEBUDAK PUN SAKIT JANTUNG OWH..AKU EXPLAIN KAT DEPAN DEPA MEN KAT BELAKANG..RASE MACAM NAK LEPUK2 JE..NYESAL BUAT MESRA2 MASA MEMULA..

    ReplyDelete
  50. kalo sy jd ckgu tu, mau tergelak time bebudak tu bg jwpn..

    ''mati sbb mak die xdek...''

    ''buat herba..'' T_T

    hahahaha

    ReplyDelete
  51. tak garang, tapi tegas yang agak sopan.. good! :D
    hehee

    ReplyDelete
  52. kuat main ea bdak2 ni.haha..
    harap mr.zack bole share lg byak2 sal 'dunia cikgu' kamoo ni.
    bole gak jd bahan tuk kami2 bakal guru ni.huk huk :)

    ReplyDelete
  53. adeh..lawak2..mcm2 perangai depa. mmg nk kena babap sorang2..hahaahah!

    ReplyDelete
  54. herba xtahan tuh.. kita kecik2 dlu xtau pn padia la herba 2.. hahha

    ReplyDelete
  55. speechless...bleh ketawe je bile bace...so sweet...hahahaha... =p

    ReplyDelete
  56. hahaha..budak skrg memang pandai+bijak belaka...

    ReplyDelete
  57. COOL betul jadi cikgu rupernye kan? lagi2 ngaja bebudak ! haha. best2 !! :)

    ReplyDelete
  58. sambung-sambung ayat ! haha

    http://duniasyaf.blogspot.com

    ReplyDelete
  59. waaa,terbaik laa cikgu zack...:)
    anak2 murid pn jdi dgr cakp kan?:)

    ReplyDelete
  60. santai gilee boleh teacher macam ko zack. haha

    ReplyDelete
  61. aku rase jap ag ngko mental ah zack..
    baik ko prepare mental dan fizikal..bleh menjauhkan ngko dr jadik psiko..
    keh keh keh..
    pape pun..good job bro :D

    ReplyDelete
  62. hahahha..bes citer...btw, dak skunk ni memg advance lebey...so, kn ebebanyak la besabo ek...hahahahha...

    ReplyDelete
  63. ahahaha...loyar buruk xbleh blah...budak2...huhu

    ReplyDelete
  64. hahahahahaha...sgt3 kelakar...mcm2 ragam la bdak2 ni...biasala, bdak skola rendah...dieorg bkn tau, smbung2 ayat, tau la...hahahah... :D

    ape2 pn, trsgt3 klakar dgn gelagat dieorg...

    keep it up bro! have fun teaching... ^__^


    Lily

    ReplyDelete
  65. comel je la budak2 ni. nasib baik wa x jadi cikgu. hehe

    ReplyDelete
  66. alahai......"comel" sungguh budak2 skrg nih, keh3..^^

    ReplyDelete
  67. lawak la...patut la aku tgk muke cikgu tuisyen kadang nampak mcm tension..kadang2 dier bleh gelak sorang2....mungkin ini yg terjadi kat diorg erk....

    ReplyDelete
  68. penglamn ajar budak yg msih hijau ni seronok walupun hnya semntara.....

    ReplyDelete
  69. memang cikgu yg best...tak membosankan...heheh

    ReplyDelete
  70. hahaha..lawak la murid2 zack ni...
    nape la time wa dlu xde cikgu cam zack ni.. :D

    ReplyDelete
  71. Hahaha, seriously cute. ade jugak pengalaman mase ngajar dulu(jd GSTT). memang budak sekarang advance. dulu masuk kelas je terus tanye " cikgu ade pakwe ke?". giler ar. zack, takde ke student tanya zack macam tu. haha. :)

    ReplyDelete
  72. bestnya pat ckgu cmni..
    ckgu ajau murid 20 thn ke ats x??keke

    ReplyDelete
  73. terbaik ah zack..

    ternyata lu masih belum berkarat :D

    ReplyDelete
  74. waaaaaa,garangnyeee cikguu nak bwk rotan plak!takot! >.<

    ReplyDelete
  75. wahhhh.. macam bestnye jd cikgu:D
    tetibe garang lak cikgu zack di pengakhirannye..

    ReplyDelete
  76. haha , nasib baik herba . kalau jamu ? menangis la T___T

    ReplyDelete
  77. coolllll gila dak2 nie...huhu...^_^

    ReplyDelete
  78. teringat zaman kanak2 dulu..
    cekgu jawab satu,kite tolong sambung..
    hahahaah..
    tak berubah..

    ReplyDelete
  79. well done!!!
    aku dah happy, thanks to your entry, senyuman yang agak malas harini datang jugak.

    mintak kebenaran, tapi bukan nak amik ayat kat belog ni, cuma this entry url shj..:)

    ReplyDelete
  80. konfem ! aku tamao jadi cikgu. hahaa

    ReplyDelete
  81. comel lah student2 nih....:)
    tergelak sorang2 nih...hahahaha...

    ReplyDelete
  82. HA HA HA..klakar giler..knape unta teacher mcm zirafah...guling2 den baco ha...anyway..gud luck !

    ReplyDelete
  83. best der..hahaha~
    bdk2 mmg suka bab smbung2 ckp nie..hehehe

    ReplyDelete
  84. kuang..kuang..kuang..pengaruh daun ketum ke ape tu...ngeeee~

    ReplyDelete
  85. dang..unta ngan zirafah pun takleh beza..ckpla unta tengah jenguk jiran..jd tinggi..hoho

    ReplyDelete
  86. ayam mati sebab mak dia takde..wakakakaka..

    nasib bak tak cakap sebab makwe dia takde.. ;D

    ReplyDelete
  87. comel ah jd cikgu. ngahahahahaha

    ReplyDelete
  88. gwa lex je jdi ckg pndidikan khas.. :))

    ReplyDelete
  89. kalo mcm tu cara ko ajar,aku pon nk masuk kelas ko...ini da mcm kelas sambung ayat da ni bukan kelas sains...hehehehe

    ReplyDelete
  90. sape la ank murid abg zack nie..
    huhu

    ReplyDelete
  91. comel btul jawapan yg fatin tu bagi..
    bhahaha

    ReplyDelete
  92. hahahaha...suke pektaan cilake tu

    ReplyDelete
  93. hahahah..terbaik la cikgu zack ni..
    terrrrr ape? terbaikk..hahahaha

    ReplyDelete
  94. entry pertama yg aku baca sampai habis :)

    ReplyDelete
  95. haha lawak2! btw sy pon ajar tusyen science std. 4.mmg agak mncabar la science diorg. hehe

    ReplyDelete
  96. cikgu zack..
    bace entry ni serupa cam pi kelas tusyen cikgu je..
    hmm sabar la dgn budak2 tu..
    tapi ia mg sagt menguji kesabaranmu ea cikgu...
    pandai2 la nak ngajar seterusnya camne...

    ReplyDelete
  97. hahaha..kelakar2..rase tkut plak nk jd ckgu ni..susa nk aja bdk2..kne phm btol2..hehe..

    ReplyDelete
  98. hahaha..mmg xtahan nk gelak je bace entry ni..btw, welcome back! rindu woh~ :D

    ReplyDelete
  99. cikgu zack jgn sakit jiwe sudah..
    haha

    ReplyDelete
  100. hahah.

    dan cikgu jugak kena pandai melukis supaya anak murid tak salah faham antara unta dengan zirafah..hahah

    http://fentomatte.blogspot.com

    ReplyDelete
  101. uit..pembaris besi bagai..hehhe
    xyah la zack..ang ni kata xnk garang2..bwk rotan sudh..ang gertak ciket jeq..ang ketuk2 meja gne rotan sudh..hehe

    ReplyDelete
  102. ape kate bg gula2 kalo dpt jawab.. kan lebih bagus..

    ReplyDelete
  103. bersabarlah cikgu zack..memang ragam yang melucukan kan..tapi itulah kenangan sebenarnye...eheheheh

    ReplyDelete
  104. lawak la en.zack nie......kene ngan anak murid...pe2 pun..enjoy bce your story..

    ReplyDelete
  105. hahahaha,,,seriosly entry ni mmg best gile,,teringat zaman2 sekolah,,suke sambung ayat cikgu je,,,comel jeeeeeeeeee,,,bace entry ni,,buat sennyum memanjang!!!heheeh,,love this entry,, (^_^)

    ReplyDelete
  106. kahkahkah
    lu plak kene main ngan budak tu.

    ReplyDelete
  107. sejak bila Zack x reti melukis nie??Xkan lukis unta jadi zirafah? hakhakhakhak sengal tol..Bila baca ur entry ni rasa mcm cita2 nak jadi cikgu makin berkobar kobar,.isk isk...sadis tol x dpt jadik cikgu

    ReplyDelete
  108. haha..sblm ni aku ngajo part time dak pra pon da rase d permainkn diorg..pasni da jd ckgu betul xtau la cmne gamoknye..=)

    ReplyDelete
  109. HAHHA..x ley blah bebudak nie. mau jadi budak darjah 4 jugak ar. p blaja tuisyen ngn cikgu zack..huahua...

    ReplyDelete
  110. hahahah......jawapan yg last sekali lawak...hehe..tpi btol juga..hehe

    ReplyDelete
  111. hahahaa... ini macam, cikgu Zack pon naik tocang.. haha..sabar ye..1 day,u gonna miss this moment.. :) Best of luck ya..hati2 ya,jgn smpai muka hang msok paper gare2 pembaris besi dan rotan 2..ahhaha :)good job.!

    ReplyDelete
  112. guru adalah segala-galanya bagi murid. macam-macam karenah murid. boleh buat pening kepala. tetapi kadang kala pengubat duka :)

    Selamat datang ke alam perguruan ^^


    Miss Dill^^

    ReplyDelete
  113. hahaha. part unta macam zirafah tu legend.

    ReplyDelete
  114. kenapa ayam mati ?

    sebab mak dia takde!


    LOL. kllasik sungguh.

    ReplyDelete
  115. hahah...cumel je bebudak tu...
    tp nama bebudak zaman sekarang pepanjang kan..hadoi...esk spm nk hitamkan nama tu agaknya makan 10 minit kan..

    ReplyDelete
  116. hahahahahaa..
    budak2 mmg camtu..

    ReplyDelete
  117. comelnya murid-murid tu. alahai. nak bermanja ngn cikgu ja ni. 10 tahun baru kowt..haha

    ReplyDelete
  118. comelnya murid-murid tu. alahai. nak bermanja ngn cikgu ja ni. 10 tahun baru kowt..haha

    ReplyDelete
  119. comelnya murid-murid tu. alahai. nak bermanja ngn cikgu ja ni. 10 tahun baru kowt..haha

    ReplyDelete
  120. kehkhekhehe,....tergelak aku sorang2 baca blog zack ni....student sume leh tahan eh....jangan anak murid buli cikgu plak nanti..hehehehe...butdaway TAHNIAH berjaya satu fasa...yeay...

    ReplyDelete
  121. hak3.. cikgu layankan aje bebudak nih..

    ReplyDelete
  122. cukup hujung tahun zack dh ade darah tinggi.weeii..budak2 bkn senang nk handle

    ReplyDelete
  123. die jawab buat HERBA??
    lawok! lawok!;p

    ReplyDelete
  124. kegunaan daun = buat herba
    ahahahahahaha bakal pengusehe ubat ubatan tradisional murid ang zack.sekian

    ReplyDelete
  125. serius ak gelak bace citer ko..tp mmg,skrg ni budak kecik pn susah nk handle..dibuat nyer diorg tanye math tahap phD kt kita,x ke kantoi...hua3

    ReplyDelete
  126. hahaha best !
    gelagat cgu dan budak2 .
    Tak sbr nak jadi cgu dan ade pngalaman cmnie .

    =)

    ReplyDelete
  127. lama juga since last entri.. betul budak kecil ni macam2 karenah .. tapi best layan budak2 ni dari remaja.. dorang pun boleh bikin pecah perut..hhahaha

    ReplyDelete
  128. cikgu garang baru student pandai, siryes kagum ngan ncik z ngajar dah, rajin2 mngajar k :)tp jgn la rotan dorang -.- nt dorang tadatg tusyen kang :'( sy penah nangis takut cikgu rotan sebb tak siap hw tusyen

    ReplyDelete
  129. hahaha lawak giler..
    gud luck dgn profession baru...

    ReplyDelete
  130. buat herba ek? nice.. (=___=')

    hihihi~ comel je zack ngajar..
    naseb bek my students most of them x bleh ckp coz severe autism..
    klu x mst kreatif cm student zack gak..
    kikiki~

    ReplyDelete
  131. daun pisang buat ape murid2??

    lapik nasi lemak cikgu!!
    cikgu marah ker~?

    ReplyDelete
  132. mula2 baca igt cerpen tadi..hehe..
    zack, bila nak wat entry katun bulat2 tu lagik...

    ReplyDelete
  133. pembaris kayu yang panjang sedepa warna kuning tu pun cool gak!!
    heppy teaching!

    ReplyDelete
  134. sonok btul murid2 menyambung...hahahha



    pannn.....daaiiii......
    hahahah....

    ReplyDelete
  135. zack, lepas dia cakap pokok herba tu, hang bantai dia habis2san ke ? HAHAHAHAHAHAHAHHA

    ReplyDelete
  136. best!!..ayat dah boleh buat novel, kalo buat sure ramai nak baca, termasukla kite sekali...keep it up cikgu zack...

    ReplyDelete
  137. kalu aja dak drjh 4 5 ni bhase melayu lg sakit..tmbh2 rmai student india..sume perkataan nk kne terang..
    "cikgu, 'terik' 2 ap?"

    ReplyDelete
  138. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  139. sumpah ! kelakar gila. sakit kepala terus ilang baca entry inchik z nie.

    ReplyDelete
  140. hahahaha..sumpah kelakar gila! adehhh...budak2 la katakan...mcm aku gak dolu2

    ReplyDelete
  141. heh dah nama pun bebudak
    sabaq ja la zack~

    ReplyDelete
  142. ramai gil akomen kat sini! Smapai aku dah lupa nak komen apa. adehh..

    ReplyDelete
  143. ~welcome to edu world~
    (sekadar berkongsi cerita)
    dah nama pun budak2x..they're so cute..=)
    (berlaku sewaktu musim peperiksaan bm)
    perkataan yang di BOLD-membakar
    ayat: kejayaan kakaknya membakar semngat haziq..
    dia: cikgu,haziq tue apa??
    saya: nama khas bg org.
    dia: dia bakar haziq ye??
    saya: hah??

    ReplyDelete
  144. hahhahah kelakar pn ada
    budak-budak sekarang makin bijak
    bijak menjawab sebenarnya

    ReplyDelete
  145. gelak guling2..bce entri ni...hehehe

    ReplyDelete
  146. hahaha semamngnya lah mereka nih sejibik mcm sy dlu..huhuhu tlg lah cikgu...

    ReplyDelete
  147. hahaha..lawak-lawak..
    sabar yer cikgu zack.. :)

    ReplyDelete
  148. haha. tue memang kelakar.
    budak2 ney tahu menyambung ayat je. HAHA.

    ReplyDelete
  149. okey la tu, otak die berjalan jugak..kalo tnye aku waktu kecik2 dulu, aku jawab je guna tuk main2 beli brg..daun jdi duit.. -,-

    ReplyDelete
  150. LOL. nak gelak guling-guling aku baca. :P kretip betoi pemikiran diorg ni ha..

    ReplyDelete
  151. huhu... buat aku rindu kat zamn skola2 dulu jew...tp lucu la jwpn dak tu..buat herba..hahahahahahaha

    ReplyDelete
  152. eh betol ke de budak name chan sow lin tuh ????

    ReplyDelete
  153. hahaha kuang asam tul budk yg perli ko nye unta cam zirafah tu..ahahahaha

    ReplyDelete
  154. kerja adalah amanah....yup , memng betul tu...tahniah bro , sebab berpgang pada tanggungjawab sbg seorg guru...

    ReplyDelete
  155. Dugaan bila jadi cikgu..sabo je ar

    ReplyDelete
  156. budak2 bnyk ragam kn
    da bw rotan nt cne la plak gayanya sorg2 haha
    all the best la cikgu :D

    ReplyDelete
  157. hahaha.. macam2 ragam bdk2 sekolah ni.. teringt plak zaman skolah dulu..

    Saya Seorang Pelancong (5): Kundasang War Memorial

    ReplyDelete
  158. hahaha....sains masa darjah 4 memang seronok..kadang2...nak lagi kan bgus kalau cikgu zack yang ajar mase tu..hehe

    ReplyDelete
  159. hahahahahahaha... guling2 ak gelak doe. asyik kne bahan je ko kan zack.. ekekeke.. XD

    ReplyDelete
  160. hahahahaha..lawak la bro!!congrates cikgu zack!!tapi anak murid tu mmg la..reti nk nyambung je..haha aku kecik-kecik pun cmtu gak..lalalla

    ReplyDelete
  161. bahahaha...herba yg x bleh blah tuh !!

    ReplyDelete
  162. cikgu zack... mau tergelak sorng2 bce enrty ni...

    ReplyDelete
  163. zirafah??? unta??
    unta?? zirafah???

    ReplyDelete
  164. haha..siot je anak2 murid dia..

    ReplyDelete
  165. cikgu zack...
    hm.. tgh memahami karier cik awek ke?
    hehehehe

    ReplyDelete
  166. Salam, saya nak share kat FB and website. Tqvm. May Allah bless u. Monink cigu! :)

    ReplyDelete
  167. rotan besi tu yang pnting..dak skrg nakal..hehehe

    ReplyDelete
  168. adoiii budak2 ni best jugak bile dilayan kn. budak2 yg lawak or u yg lawak sbenanye ni...
    sangat suci pemikiran mereka ^^_

    ReplyDelete
  169. zack!! minggu depan aku nak jadi student kau!! kehkehkeh

    ReplyDelete
  170. hahaha
    best pulak bace
    macam-macam ragam
    celite la lagi

    ReplyDelete
  171. zack...hg nk mendera ka aper...hahha..be cooll...bdk2 jer tue...hahah.....siyes, best ar ko dpt jdik guru smbilan.....dpt handle bdk2 yg comel2 ...hahahhaha

    ReplyDelete
  172. anaklah ayam anak ayam mati seekor..lalalala

    ReplyDelete
  173. Zack . kau bawak penukul okay ? Senang nak hempuk kepala budak- budak . Minggu depan tengok tengok blog ni tak terupdate . Kenapa ? Sebab kau duduk dalam penjara dengan penukul kau Hakhakhak

    ReplyDelete
  174. teacher teacher! my fren says daun can make ganja meh :p sorry teacher. i go to toilet!

    ReplyDelete
  175. hahahaha
    sungguh comell
    :)

    ReplyDelete
  176. waaa.sangat comei anak murid ckgu zack..ngeee
    sakit perut gelak baca entri nie. minggu depan bleh tnye fatin lagi..:)

    ReplyDelete
  177. cikgu zack?? cool gile huhu.1st time class ngan budak2 deporg pun exicted dpt cikgu baru. pastu?? tunggu dan lihat lah huhu

    ReplyDelete
  178. teehehee...agaknya cikgu2 memang style nak ngajar memang mcm tu kot..sama la ngan sy bila ngajar bebudak tahun 2..

    mesti rajin baca buu...

    kuuu... ^_^

    ReplyDelete
  179. waaaa....mcm best je jadi cihkgu ni an..hehe...tapi kena banyak bersabar la abg zack..bukan mudah nak jadi mudah..huhu...

    ReplyDelete
  180. cekguuuuu, kenapa unta cekgu nampak seiras sgt dgn cekgu?

    :p haha

    sabar zack. kau dh baca notis pekeliling amaran tatatertib disiplin KPM bagi? kalau blum sila kaji skrg.

    ReplyDelete
  181. tergolek2 jah gelak ni... lawak la cikgu.. lagi2 tang unta tu... bijak sungguh la anak2 murid cikgu ni...

    ReplyDelete
  182. hehe..gler sronok ad cekgu cm zack neh..
    nk blk ke drjah 4 la..
    konfem sains ak A..

    ReplyDelete
  183. haha.murid2 skrg mmg cm2... kreatif n xtau tkut... aku yg duk ngajar smbiln pn cam2 gak...
    cikgu:awak sk ke kn mrh selalu?(dgn nada serius n ala2 mrh)
    semua murid:suka!!!! (germ je, rs dipermainkan)
    murid 1: mak kt,sape mrh cepat pndai?
    cikgu: (terpinga2) sape mrh cpt tua sy tau lah.
    murid 1:mak sy rotan sy sllu,sbb tu sy pndai.
    murid 2:mrh tnda syg.klu cikgu xmrh mknanya cikgu benci kami.
    cikgu:(adoyai!!!) sambil gelak guling2 dlm kelas...jujur btl ank murid aku!

    ReplyDelete
  184. hai zack..i love u....

    ReplyDelete

Kalau ang rasa ang suka dengan apa yang aku tulis ni, ang boleh tinggalkan komen kat sini ok ? thanks :)