14 July 2010

Siri Bercakap Dengan Setan - Episod Minyak Pengasih. part 3.

Cuaca malam tu suam-suam kuku. Bulan mengambang nak tak nak sahaja. Angin bertiup lembut, segan silu. Sesekali kedengaran juga bunyi unggas-unggas hutan bersahutan riang dari dahan ke dahan. Riuh benar bunyi nya. Bagai tiada masalah dunia yang harus dipikirkan. 

"Ah... Alangkah senang nye hidup menjadi unggas..." - Hussin bermonolog, meredah kesunyian malam. Sesekali, kepalanya tersengguk-sengguk bila tayar depan moto menjengah lopak. Dan setiap kali itu juga lah mulut Hussin terkumat-kamit menyumpah seranah pekerja bangladesh yang menurap jalan bagai menyapu jem pada roti. 

"Buat kerje, tak ikhlas langsung!", bentak Hussin sambil membetulkan semula helmet Apollo yang lolos  sehingga menghalang penglihatannya.

Dalam pada jiwa berkecamuk, Hussin meneruskan perjalanan. Tiba di selekoh ladang kelapa sawit Lebai Manan, lampu moto Hussin tersuluh akan satu kelibat manusia berambut hitam, berbaju putih labuh...

"Ah sudah! Menatang apa pulak ni ?! " bisik Hussin dalam hati.

Hussin pijak gear belakang bertubi-tubi sehingga tertera abjad "N" pada dashboard moto, lalu merapati lembaga tadi. Direnungnya lama-lama wajah lembaga berambut panjang itu dari atas sampai bawah. Cutting model. Muka macam Juliana Evans.

"Sedari ni dari mana, nak ke mana? Bukan main lawa lagi.. Bukan orang sini kan?" sapa Hussin.

Gadis berambut panjang senyum tawar, mengangguk perlahan.

"Sedari ni mesti pontianak, kan?" tanya Hussin lagi.

Gadis tu menggeleng-geleng kepala seraya berkata, "Nama saya Umaira... Saya tinggal di kampung seberang."

"Ah, tak kire! engkau pontianak! engkau ingat aku bodoh?! " 

Paaaannngggg!

Sedar tak sedar, sekeping penampar Hussin hinggap di muka gadis berambut panjang. Tersungkur gadis tu dibuatnya. Sambil memegang pipi yang kemerah-merahan, gadis berambut panjang cuba bangun dan membetul-betulkan bajunya yang kotor terkena tanah.

"Taknak kasi tompang, dah la! Jangan la lempang-lempang tak memasal. Eeiii, Menci tau!"

Ujar gadis berambut panjang lalu terbang pulang dengan wajah kecewa. Baru dia tau penangan Hussin.

*****************************

Akhirnya, setelah mengharungi berbagai-bagai dugaan dan halangan, termasuk tayar depan pancit gara-gara tergilis hantu bungkus dan lampu depan pecah diranduk anak babi hutan sesat, akhirnya Hussin sampai jua ke warung Aji Leman.

"Aji, roti kosong sama teh o nipis satu! "

Kerusi plastik meja sebelah, Hussin tarik kemas. Sekotak rokok Nusantara hampir benyek, dikeluarkannya dari kocek seluar lantas dinyalakannya sebatang. Selesai membetul-betulkan posisi duduk, Hussin bersuara..

"Ha, macam mana? On ke tak ?"

Adi sama Mat Top berpandangan satu sama lain. Kotak rokok Hussin tadi dicapai Adi lalu dirembatnya sebatang tanpa sebarang keizinan bertulis mahupon secara lisan.

"Benda ni bukan benda kecik, Sin..."

Ujar Adi seraya memetik api lighter. 

Seketika kemudian, kepulan asap mula memenuhi ruang meja makan. Serentak itu juga kapel di meja sebelah memberi jelingan tajam pada Hussin tanda protes. Hussin singsing lengan baju sehingga menampakkan parut panjang sejengkal di lengan kirinya. Kapel sebelah cepat-cepat mengalihkan pandangan dan kembali menyedut milo ais dengan straw.

Hussin mengalihkan pandangannya pada Mat Top dengan sedikit body language.

"Betul cakap Adi tu Sin... Benda ni tak boleh bawak memain. Silap-silap, boleh syirik! "

Giliran Mat Top pula memberi respon.

*****************************

bersambung lagi... 



p/s : lepas ni part last. janji! keh keh keh...


31 comments:

  1. kasi pangg tu pontianak!
    hikhikhik

    ReplyDelete
  2. wuihhh...brutal btul si hussin tu...

    ReplyDelete
  3. Post je lah last part tu bro. Hehe.

    ReplyDelete
  4. aku tak kesah tunggu lapan belas jam z,tp kalo lapan belas ratus klik = 4-6 hari aku yg naik antu...plg aku benci citer episod2 nii...

    ReplyDelete
  5. gile berani si Usin p lempang pontianak tu..hahaha..kelakar weh..

    ReplyDelete
  6. hey.. cerita yang menarik..
    saya new bloggers.. hope u boleyh follow i balik..^_^

    ReplyDelete
  7. hey.. cerita yang menarik..
    saya new bloggers.. hope u boleyh follow i balik..^_^

    ReplyDelete
  8. macho nye usin.. kalah pak akob

    ReplyDelete
  9. zack,ak rasa pas ni ka bersara ar dari dunia pnulisan cerita bersiri nih.

    sakit jiwa ak weh baca sebijik-sebijik.adoyaii

    ReplyDelete
  10. haha.. pontianak mesti frust x sempat nk usha usin.. hehe

    ReplyDelete
  11. menyedut milo ais dgn straw..bule sedut guna menatang lain ka..haha

    ReplyDelete
  12. hahahaha..klaka siut...taley bla terlenyek antu pown tayar ley bocor,ape tajam sgt ke antu tuh???hahaha..ta psal2 babi utan pown ley sesat....hahaha..thanx bro..ang buat aku gelak sorg2 kat opis arinh..thanx gak buat tensen aku ilang..hee

    ReplyDelete
  13. kesian pontianak tu, ni pes time aku rasa kesian kt pontianak. kejam betol usin tu..

    ReplyDelete
  14. hahahaahah....lawak la part pontianak..adoi..sampai bos menjeling..sbb gelak kuat kat opish..
    bagus2

    ReplyDelete
  15. why do i have a feeling this have got something to do with paul sotong kurita itu?!? hahaha!

    ReplyDelete
  16. haha..kcian pontianak tu.baru nak mngorat da kena lempang..haishh..:)

    ReplyDelete
  17. pergh...first tyme dgq org lempang ponti...hahahaha gelak sampai guling2

    ReplyDelete
  18. cepat update final part!
    xsabar nk bace nie...

    ReplyDelete
  19. hehe bleh plak lempang si ponti..ndak plak ponti tu gedik cakap 'menci' haha best!

    ReplyDelete
  20. hahaha...leh lak dilempang si ponti tu~
    gler brani..
    menci! hak hak hak tui!

    ReplyDelete
  21. lempang jer? huiiii mak aiiii.....

    ReplyDelete
  22. kah33..
    xboleh blah tol soalan, "sedari ni mesti pontianak, kan?". mmg xde kalis2 la husin ni.. straight to the point.. chihuahuahua~

    ReplyDelete
  23. HAHAHA, cool gila part lempang pontianak tuh, :DD

    ReplyDelete
  24. cis, pontianak tu xngaku lak..igtkan dia dh salah lempang tadi

    ReplyDelete
  25. serius kelakar gila tampar pontianak ahahaha. Tiba tiba penampar sampai

    ReplyDelete
  26. nk agi zack...cepat2...xsbar nk bca smbungan dyerr....i'm waitting..

    ReplyDelete
  27. wallaweyh!
    kasi panggg aja?
    dasyatdasyat.


    mesti try kalau jumpa nih. haha

    ReplyDelete
  28. bru baca citer ni.. best.. wakaka.. tp dlm byk2 nme, cmne leh t'fkr gne nme Umaira tu ey? :p

    ReplyDelete

Kalau ang rasa ang suka dengan apa yang aku tulis ni, ang boleh tinggalkan komen kat sini ok ? thanks :)