28 May 2010

Memori zaman darjah satu

Tengahari tu cuaca sangat cantik. Matahari bersinar megah, terang-berderang. Aku usha  ke langit. Terlihat sekawan burung layang-layang sedang terbang laju sambil memakai sunglasses, peluh menitik-nitik kat dahi sekor-sekor. Aku tersenyum nipis. "Mungkin kalian patut berehat sebentar...", bisikku dalam hati, lalu meneruskan perjalanan.

Sesekali, pipi aku disapa angin yang bertiup lembut. Dan tiap kali tiupan angin tu menembusi ruang-ruang  benang baju hingga sampai ke kulit badan, seraya itu aku menghela nafas, "aaaahhhhh..." sambil memejam mata rapat-rapat. Heaven! 

Betul la kata orang, cuaca yang baik mempengaruhi mood kita sehari-harian. 

Aku teruskan mengayuh basikal sambil menyanyi girang. Dalam tak sedar, lagu Ramlah Ram berjudul 'Diam Diam Jatuh Cinta" tu dah masuk kali ke tujuh aku ulang-ulang. Bile sampai part korus "Dulu malu, tapi mahu..kini baru ku tahu~~", sengaja aku tarik tinggi-tinggi. Serentak tu, kelihatan beberapa orang makcik japanese yang dari tadi sibuk berborak, mula terdiam. Masing-masing dahi berkerut seribu. "Fuckin tourist..." Agaknya itu lah yang dikatakan mereka dalam hati. Ah, lantak pi!

( Sila dengaq lagu ni bila ang da abis baca the whole entry. Keh keh keh )

**************************

Lebih kurang sepuloh minit melayan perasaan, akhirnya aku tiba ke destinasi yang dituju - kedai seratus yen. Kalau dalam bahasa jepon, depa panggil "Hyaku yen shoppu". Kalau kat Malaysia tu, saing-saing 'Hot Market' jugak la... Barang-barang dia semua around 100 yen (dalam tiga ringgit). Tapi tak la semua barang jual kat sana. Kalau ang nak carik kipas siling sama peti ais, memang sampai kiamat tak jumpa. Tapi kalau stakat benda-benda basic hat pinggan mangkuk sama alat tulis tu, insyaAllah ada...


Actually, aku nak carik 'mousepad'. Aku punye mousepad dah ilang masa pindah-pindah barang itu ari. Puas dok slongkaq sana sini tapi tak jumpa. Ntah mana aku lempaq pon aku tak tau. Biasa la orang laki-laki... Pelupa. Bak kata Incik ayah, "Kalau 'anu' ang tu boleh tanggal-tanggal, da lama dah ilang". 

*********************************

Masuk-masuk kedai, makcik cashier bagi setangkai senyuman manis dengan harapan supaya aku shopping banyak-banyak skit biaq beliau untung. Aku balas senyuman beliau dan terus berlalu pergi. Tersengih dalam ati mengenangkan duit syiling seratus yen ada tiga keping ja dalam poket sluaq. 

Sampai kat bahagian stationary, mata aku dok melilau carik mousepad. Dan di sini la bermula segala nya... 

Pandangan mata aku terhenti kat satu sudut. Terpandang satu objek yang cukup 'rare' pada aku. Objek yang satu tika dulu pernah mengajaq aku erti kesusahan... Objek yang mampu mengembalikan nostalgia aku di zaman bangku skolah, dulu-dulu...

Lepas bayaq harga mousepad sama 'benda' tu, terus aku balik ke rumah dengan hati yang garing girang...

Oh ya, makcik cashier sempat bagi jari tengah ke arah aku sebelum kluaq kedai...

Acah je.

*******************************


So, ini la dia 'benda' yang aku maksudkan tadi. Gam kanji! Err, sila abaikan meja aku yang tunggang langgang  tu ya? Orang darah seni macam aku ni memang tak boleh kemas-kemas. Alaa, apa orang kata ... "jiwa abstract" ? Ha, lebih kurang gitu la...

Lama jugak aku belek gam ni. Jangan memain woo... barang 'rare' macam ni susah nak dapat dah skang ni. Da boleh consider macam tapir dah. Binatang terlindung bawah akta. Lima enam tahun lagi, aku ingat anak-anak kita da tak jumpa da gam macam ni. Ye ar, la ni  kalau ang pi Popular, MPH dan segala macam kedai-kedai alat tulis, cuba ang perati betol-betol. Kebanyakan gam la ni, sume hat bentuk lipstick tu. Pusing tang bawah, baru kluaq gam. Kan ?

Dulu masa aku kekecik, ini lah dia gam yang mendewasakan aku. Eceh.

Teringat lagi masa aku darjah satu dulu. Time tu cikgu kelas aku nama Puan Siti Aminah. Beliau mengajar subjek Bahasa Melayu. Beliau sangat garang. Satu hari sebelum tamat class, beliau sempat bagi tugasan yang mana memerlukan memurid menggunting dan menampal keratan petikan yang beliau bagi semasa lecture.

Dah menjadi resam bebudak hingusan, bile abis skolah, jangan harap nak terus belek keje skolah. Paling tidak, main galah panjang depan rumah ramai-ramai. Yang bebudak pempuan pulak main teng-teng. Terkinja-kinja lompat atas jalan raya. Entah apa yang seronoknya pon tak tau la. Cukup guwa tak faham dengan permainan teng-teng tu.

Ok. Berbalik pada cerita tadi. Bila da puas main, menjelang senja Incik ayah da stanby depan pintu rumah sambil 'daring' tajam. Beliau tak payah cakap apa-apa, aku da berlari masuk bilik air pi mandi. Kalau sudah azan maghrib, ang tak siap mandi lagi, malam tu memang ang makan tali pinggang. Itu Incik Ayah punye style.

Lepas mengaji muqaddam sama Incik Ayah, masuk part buat keje skolah yang Cikgu Siti Aminah bagi tadi. 

Nak dijadikan cerita, time tu dandan takdak gam la pulak. Masa zaman tu, gam ada 2 jenis ja yang popular. Satu yang macam kat atas ni hat bentuk colgate. Satu lagi bentuk yang dalam mangkuk siap ada sudu. Harga dia dua posen. Sat, aku lukis. Bagi ang recall balik kalau-kalau ang da lupa.


Ha, lebih kurang gini la scara kasaq. Sorry la, lama tak melukis. Lukisan pon jadi macam bebudak tadika. 

Gam ni made from kanji. Kelemahan die, bila ang bubuh dalam beg skolah, die cepat tertumpah. Tambah-tambah bila berada dalam beg yang tuannya lasak macam setan.

Maka, malam tu bile nak guna gam, mula la aku kelam kabut satu rumah dok tanya akak-akak aku "ada gam tak?". Akak aku jawab 'takdak.' 

Incik ayah pulak tengah tengok berita perdana tv satu. Kalau mengadu gam takdak sebab da abis tumpah dalam beg, memang makan back-hand jugak aku ingat. Time tu Incik Ayah darah muda lagi. Sarjan rejimen askar melayu diraja la katakan. Risau jugak kalau-kalau hangin dekat kem tentera siang tadi beliau bawak balik rumah. So, nak tak nak, terpaksa diamkan aje.

*******************************

Puan Emak yang tengah khusyuk lipat baju, tetiba datang ke arah aku lepas beliau perasan yang aku duduk berteleku lama membelek buku latihan bahasa melayu...

"Pasai apa ni?" tanya Puan Emak.

"Gam takdak..." Jawab aku dengan nada berbisik takut-takut Incik Ayah terdengaq.

"Dah tanya akak ang ?"

"Dah. Takdak jugak..." jawab aku lagi dengan mata berkaca. Bebudak. Biasa la. Jati diri tak berapa nak strong lagi.

Puan Emak membelek buku latihan aku sambil menepuk-nepuk bahu aku perlahan-lahan supaya jangan nangis.

"Dah dah...Jangan nangis."

Tiba-tiba Puan Emak ke dapoq dan kembali dengan bawak nasik panas sekepal atas piring. Aku melopong ja. Tertunggu-tunggu apa yang Puan Emak nak buat lepas tu. 

"Mak aku ni nak buat magic ka hapa?" Bisik ati aku time tu.

Puan Emak ambik beberapa butir nasik panas, ditenyeh-tenyeh nye atas buku latihan aku dengan ibu jari. Lepas tu, ditampalnya kertas petikan yang Cikgu Siti Aminah bagi siang tadi. 

"Siap!"

Kata Puan Emak, tersenyum sejurus sebelum meninggalkan aku melopong sorang-sorang dengan seribu satu tanda tanya.

Sihir apakah?

Tak terfikir dek otak aku masa tu yang nasik jugak boleh dijadikan gam bile darurat.

Keh keh keh.


+++ Tamat Flashback ++++

*******************************

Alang-alang da melukis gambaq gam tadi, aku mula la main conteng-conteng! Tambah-tambah bile tengah takdak keja ni. Lagi pulak esok ari sabtu. Banyak masa lagi nak buat assignment. Ye tak ?

Kalau ang suma ingat-ingat balik, time kekecik dulu, alat tulis kita tak macam ari ni. Ang prasan tak ? Ini jam punye alat tulis da macam sedikit advance. Bebudak la ni mostly da pakai pensel tekan. Omputih panggil 'mechanical pencil'. Tu dia aih! Siap ada pensel tu hat goncang-goncang ja da kuaq lead.  Punya canggih.

Aku dulu-dulu pakai pensel kayu ja. Hat kaler merah ada tulis 'HB'. Bila muncong patah, kena asah lain. Nak asah tu pulak guna sharpener bulat hat ada cermin. Keh keh keh! 



Sharpener bulat ni sbenaqnya bukan guna untuk asah pensel sangat pon. Bebudak saing-saing aku dulu ramai guna untuk menyakat memember dalam class ja. Cikgu mengajaq kat depan, kitorang main pantul-pantul cahaya guna cermin sharpener. Tipu la kalau ang tak penah buat! :p

Lepas tu kalau nak lagi advance, ada yang guna sharpener ni buat main otromen-otromen. Kan otromen ada lampu lip-lap dekat dada ? Ha, time tu bebudak pakat buboh kat baju skolah sorang satu. Konon-konon Otromen Taro arr.. Ntah hapa-hapa.

Kalau anak orang kaya pulak, diorang tak main la sharpener bulat hat dua posen satu ni. Diorang main sharpener hat macam mesin tebu tu. Bubuh pensil lepas tu pusing tombol. Punye mengada-ngada.


Lepas tu pulak, yang bebudak pempuan sibok dok ngumpol patung getah yang boleh bubuh  kat blakang pensel. Termasuk la akak-akak aku. Entah hape yang best nye pon aku tak tau. Tapi dengaq crita, kalau terdesak, patung tu boleh jadi pemadam jugak tu. Tak tau la. Tak ingat la. Masuk bab patung ni, aku 'not in to' sangat...


Apa lagi ek ? Ha, lepas tu, kalau pemadam getah pulak, kebanyakannya yang ada gambaq bendera negara. Kan? Kalau tak silap, time tu ada game lawan pemadam. Main dua orang, yang lain dok pakat keliling jadi referee tak bertauliah. Pemadam sapa tindih pemadam yang lain, kire dapat 1 point la. Aku nak terang panjang lebaq pon, aku rasa ang tau kot. Ye dak ?



Kalau bebudak jahat, lain pulak hal nya. Bubuh paku tekan dekat pemadam, lepas tu gesek-gesek kat simen lama-lama, bubuh kat tangan member. Boleh merah jugak la melecuq kalau kene. Kawan aku nama Irwan suke buat macam tu. Aku ingat lagi satu kali tu die tenyeh dekat tangan budak pempuan kelas sebelah, sampai bapak budak tu datang skolah. Keh keh keh... Memory siot!

Kalau pembaris pulak, ada dua patern ja yang aku tak boleh lupa.


Satu yang jenis murah, dua posen kalau tak silap. Ni kire antara barang wajib ada jugak time tu. Ada dua lubang dekat pembaris tu yang aku tak tau langsung kegunaan dia. Bile da naik skolah menengah, baru tau yang lubang tu guna macam alat jangka lukis yang buat bulatan tu. Itu pon member aku yang ajaq. 

Kalau bebudak yang kaya skit, especially bebudak pempuan, biasanya guna pembaris yang merepek. Ada kanta dekat ujung, lepas tu siap ada menatang serbuk kilat-kilat la bagai. Ntah hapa motif, guwa pon tak tau.

Ok la. Sebenaqnya aku da letih menaip ni. Nak pi mandi.

Sekian.



150 comments:

  1. ok, aku baru nak komen~
    sebab aku gelak teringat zaman kanak2 aku~
    ha ha ha~

    dan ya, gam itu sangat famous~
    semua panggil gam hingus~
    bongok je~

    hahahaha~

    dan lagu yg tengah aku dengar ni dangsut kah? hahaha~

    zack, hang terbaik!
    aku tak guna pembaris perempuan~
    ha ha ha~

    ReplyDelete
  2. Hahaha
    Sweet child of mine

    II ne

    ReplyDelete
  3. memori lama, teringattttt balik. gua menangis2 nak sharpener ada tempat habuk rokok tu serius kool lh kalau ada. lagi kalau ada pembaris org kaya dlm ada air lepas tu ada macam ketas kaler2 cis sengal gila bila igngat


    // aku bkn anak org kaya, so kalau nk dpt tu payah gila :(

    ReplyDelete
  4. ohh nie sume masa 2003-2005 ada lagi masa sy sklh rendah (drjh1-drjh3)
    igt lg mase tu budak laki dok kumpul pemadam byk2
    cikgu ade ke tkde ke dlm kelas, bantai jugak dok maen bnde alah tu
    lepastu nk ltk paku2 pulak dlm pemadam

    anddd yg gam tu pun,
    sy perna gune
    aihh mcm comel je
    dulu suke beli byk2 padehal tk gune pun
    letak dlm beg, tumpah
    last2 bungkus dlm kertas/plastik/tisu

    skang adik sy yg drjh 2 tu, tkde nk kisah psl bnde2 ni
    pemadam ni dibuatnye mcm sampah
    ape la budak zaman skang

    *mcm sy ni besar sgt je HAHA*

    ReplyDelete
  5. zack, kita sezaman...suma yg ang dop crita tu suma menggamit kenangan lalu di kala aku jadi kanak2 ribena...

    ReplyDelete
  6. terbaik la zack... siap bleh flashback kaler itamputih jd nyer.. hihihi..

    ReplyDelete
  7. sharpener panggil gurmit kalau tak silap dulu.sharpener dulu 20sen je skang dah 80sen.

    ReplyDelete
  8. hahaha..yg sharperner utk anak org kaya tu mmg best.. kadang2 kwn bwk time exam, tumpang lah sekaki guna..hehehe

    kalo yg pemadam tu, geng2 aku suka kumpul yg ade sailormoon(skolah convent dulu).. smpy berebut2 nk beli pemadam yg ade gmbr sailormoon pakai gaun kemabang..

    best igt zaman kanak2 ni..

    ReplyDelete
  9. ko makan ape ek daya ingatan bleh jadi kuat?
    share la skit
    hehe

    klu masa darjah 1 yg plg ak ingat, maik nyorok2, 'nusuk' itu memang memori sebab terperagkap dalam almari sepetag

    ReplyDelete
  10. siriyes memory doe!!...ak pun ade sume2 tuh...pemadam mcm2 kaler..ade yg wangi2...gam dlm bekas tu paling ak rse nk smpn dlu.sbb ade sudu..da mcm main msak2....gam pakai nasi tu umi ak penah cerita msa die kecik mmg pkai nasi ja..huhu

    ReplyDelete
  11. wakakaka.. lama x nampak gam tu.. dulu kecik2 pakai gam tu la.. ehehe

    ReplyDelete
  12. syok ngat aihh lagu hang tuh...

    ReplyDelete
  13. a-ah a-ah semua penah ade... teringat zmn dulu2. ayah kmi pon penah wat gam dri nasi tueh,,, pelik gak dulu... a-ah men sharpener lekat kat baju bgi silau memng best la...

    ReplyDelete
  14. hahaha..tepat sekali semuanya psl zmn kanak2 nih...semua benda yg hang cita kat cnie semuanya bertepatan dgn zaman kanak2 aku...teheeeee

    ReplyDelete
  15. mase aku kicik,sume yang ang state kat atas suma ada.
    dari part pembaris yang ade cermin ngan corak2 katun,pemadam letak paku tekan gesek2 kat simen,pemadam letak kat ujung pensel tuh ngan men pantul2 cermin pengasah tuh
    huhu..nak jadik budak2 balik boleh dak.

    ReplyDelete
  16. wohhh..kenangan gile..mekaseh la bagi aku flashbeck balik memori zaman aku kanak2 dulu..ang memang penglipur lara yang terbaik la..hehehe..

    ReplyDelete
  17. best....wah teringat balik la zaman kecik dok lawan2 la...ish2...best la...zack gua respect lu r....

    ReplyDelete
  18. Pergh...semua benda yang kau cerita ni pernah aku try. Cuma part paku tekan tu xde r aku main kenakan kawan. Kejam owh.

    ReplyDelete
  19. haha. tang paku tekan tuh aku pn slalu maen gak dulu-dulu. mmg sedap efek nya. panas-panas sauna gitu. haha.

    ReplyDelete
  20. Ngilu doh baca part paku tekan tu gesek kat simen. eeeeeeeeeeeeeeeeee!!!!!!!!

    ReplyDelete
  21. hahah pembaris yg ada kanta dgn dust tu nak jugak jugak sampai merajuk ngan mama kalau tanak beli. -.-"

    ReplyDelete
  22. hahaha
    aku benci gam tu
    pasal gam tu darjah 1 aku trauma waktu tiba subjek pendidikan seni
    hahaha

    ReplyDelete
  23. waa..caya la zack..aku suka..!!

    aku just teringat gam aku sllu kena attack dgn tikus2 kat umah aku..

    bila nak guna ja..tgk2 dah hbis gam aku kena sedut dgn tikus2 durjana..

    hehe

    ReplyDelete
  24. hahaha.. memori sungguh.. budak-budak sekarang ni,koman-koman pun mesti nak ada pensel tekan PILOT sebatang. berbeda dengan dulu.. pensil kayu je..

    ReplyDelete
  25. waaa..sume benda tu memorable la zack..terror ekhang..bole ingat sume benda tu..



    zack...main teng-teng best tau!

    ReplyDelete
  26. best giler post yang ni. sekarang ada je, gam yang dlm tiub tu...cume kat kedai runcit adalaa...hahahah. sy pun dulu pakai pembaris hat yang perempuan punye tu, tapi kadang2 bengang sbb besar sgt tak muat pensilcase. hahaha.

    ReplyDelete
  27. aku ingat semua benda ang cerita. tapi kalau nak buat entry aku tak reti nak lukis. ang mmg terer zack. pembaris ada kilat-kilat tu ang toksah mengata. aku ada woih. haha

    sharpener anak orang kaya tu mmg aku kelip-kelip mata ja tengok. tak mampu masa tu. ang lupa ka ada pencil case macam2 pesen. yg pencil case besi siap ada sharpener kat tepi tu. huh, legend! haha

    ReplyDelete
  28. terbaek la ang.
    semua ang cakap semua betul
    cekap sungguh noh ingatan ang.

    *loghat kedah terus aku bantai*

    ReplyDelete
  29. hehehe...dulu time drjh1 kiter suke beli pemdam getah byk2...pastu potong kecik2,then baling at kengkwn yg dok bising time cg tkde...hehe...jahat tk?tu r sbnrnyer kuase sbgai pen.ketua kelas....huhu..biler suare dh ilang cz asyik jerit soh dak2 diam time cg tkde,tu je r care yg lebh afdhal&bernas..lelg blg at dak laki...

    ReplyDelete
  30. wey aku suka entry ni sebab aku suka tengk hang lukeh. hang habeh sekolah rendah dulu dari aku tapi hang lagi kuat ingatan. aku dah lupa semua pasai zaman sekolah aku. bila hang cerita balik tang ni, aku rasa nak tergelak. haha.

    ReplyDelete
  31. *top mata
    owh knape perlu fleshbek memori daun pisang ini.. T_T pmadam slalu kne amek sbb kalah..pastuh mama beli skotak sbb plik slalu sgt "ilang" hohoho...

    gam tumpah dlm beg, pensel kayu patah, dan sharpener cemin adelah terbaek!!! wiwit!!!

    ReplyDelete
  32. memang memori betul la . time sekolah rendah , barang barang tu semua famous kot .

    semua benda yang kat atas tu , saya pernah guna . kecuali , pembaris perempuan . hihi :D

    ReplyDelete
  33. betol r ape kau tulis ni zack..sama r..masa sekolah rendah memang wajib r mende2 tu..gam, pembaris, n sharpener tu..tapi tade r maen lawan pemadam..hahaha

    ReplyDelete
  34. haaha...mostly bnda k0 ckp 2..ak maen n guna gak..nak2 maen pemadan 2..siap buat koleksi ag.....hakhak..tringat zaman muda2

    ReplyDelete
  35. semua yg diceritakan, smua dah buat!!!

    ReplyDelete
  36. lol
    memang teringat balik zaman dulu2. terbaik wook!

    suka gila gambau2 tuh. ;)

    lagi best kalau ending ade lagu twinkle2 ke, bgn pagi gosok gigi ke, baru feel masyuk lagi. ;p

    ReplyDelete
  37. haha.. semua tue ak buat kecuali yg paku tekan n otromen tue.. ak sek pompn.. x main la otromen2 nih.. hahaha... lg2 gune nsik buat gam.. ak sowg je wat cm 2 kat kelas..
    ooohhh... nostalgia.. tetibe terase tua.. hahahaha

    ReplyDelete
  38. lagu xnk kalah~~ bwahahaha~~~

    memori sekolah rendah ?? alamak, ak ni sah2 memori low....

    ReplyDelete
  39. aaa rindu pembaris kanta tu.hak2

    ReplyDelete
  40. hahaha. kelaka gila bila aku ingat balik zaman darjah 1 ni... mmg kesah klasik lah!

    ReplyDelete
  41. gila lawak.. memang mengimbau memori.. nanti nak suh anak aku baca entri ko ni.hehe

    ReplyDelete
  42. nostalgia sgt ! mmg best . igt lg ble main gamkaji yg de sudu tu . letak2 goldust then wat2 mcm main msk2 kdg2 . hahaha .

    pastu igt lg tyme kecik2 dulu nk wat layang2 then gune nasi wat gam . mmg best

    ReplyDelete
  43. hahahhahaa..gelak sorang2 ak bace entry nih..sambil terbayang zaman hingus ijau dlu2 menggunakan benda alah2 tuh..hak3..

    ReplyDelete
  44. giller ah
    memory zaman dulu2
    haha
    cyez ta bole lupe

    terbaek

    ReplyDelete
  45. di kedah ni (kwsn utara lain cek xtau)mechanical pencil=pensel tit2, sharpener=germit
    seantero kanak2 malaysia (dulu):eraser=rubber (cek rasa~)

    ReplyDelete
  46. bestnya entry ni...mcm citer i masa kecik jer..me like all the drawings..so cute!

    ReplyDelete
  47. haha.lawak sungguh la cite hang ni
    teringat nostalgia zaman kekanak
    haha

    singgah pula ke
    ::: KAU ILHAMKU :::
    AKSI-AKSI MANUSIA YANG JARANG-JARANG ANDA DAPAT LIHAT'

    ReplyDelete
  48. ayah aku siap pernah buat sendiri gam kanji tu.dia buat guna tepung kot.ntah, aku pun tak igt..lgu masyuk woo..haha

    ReplyDelete
  49. lawa lukisan komik ang..ang lukis pakai apa..paint ka.ni ang tolh reply komen aku ni..bgtahu aku lekas..penat aku komen ni.

    awat tak cerita pasai pensel box.yang jenis bertingkat2 laa..yang jenis depan belakang la..yang rockers pi amik kotak video la buat kotak pensel..siap bubuh gambar artis2 lg.





    Latest Entri : Komen Puaka

    ReplyDelete
  50. teringat zaman kanak2 dlu..hehe

    eh best ape main teng2..try ar dlu baru tau best ke tak..dah lama tak main..dak2 skrg ni tah2 tatau pon teng2 tu ape..galah panjang ape..sume permainan moden je dah

    ReplyDelete
  51. salam to all respected readers, thanks skali lagi sudi datang sini dan drop komen. :) sronok baca komen2 ang suma. actually mmg bnyk lagi benda yg memory masa kite kekecik dulu kan ? cthnya, kotak video buat jadi pencil box..pergh! lupa plak nk bubuh. takpe2. kalau ada yg tertinggal tu, ang tmbah2 la kat komen ni.

    @fndrocka : aku lukis guna adobe photoshop. buat kali ke seribu tujuh belas ratus aku jawab ni. letih da jumpa soalan macam ni. keh keh keh.

    ReplyDelete
  52. ang lukis pakai pa??

    (saja bagi ang jawab buat kali ke seribu lapan belas ratus plak. hahah)

    ReplyDelete
  53. haha..zack memang nostalgia gile la..terkenang plak kat zaman muda belia dulu

    ReplyDelete
  54. haha aku terigt zaman budak2 aku
    wlaupon beza 8 or 9 tahun kita
    tapi aku main gk game2 dlu
    main tindih pemadam la
    sharperner ada cermin ngn sharperner anak org kaya
    pembaris yg ada lubang2 tu
    and pembaris bergerigi dan berkanta
    ngn pensel ada anak patung
    smua tu da rare skrg
    akak aku pye la tu
    patut aku ada dlu kwn2 aku smua xde
    bt skrg xde dah pensel 10 sen or sharperner 20 sen.
    dulu pon ada cm pemadam gasing
    since gasing asli ssh nk dpt dlu kt tmpt aku
    bwt la gne pemadam negara2 tu
    pstu letak stapler kt satu permukaan
    pstu spin cm gasing
    bst oh :)

    ReplyDelete
  55. haha..byk gak yg ko xphm kegunaan dia. tringat balik dulu2 sume benda2 ni. =)

    ReplyDelete
  56. lawak la heh brg2 camtu duluu. cam xcaya aku penah guna :P pensil pon nk beli y bau strawberi hahah!

    ReplyDelete
  57. adehh tak ingat sangat dah zaman kecik-kecik tu..mak yang lagi ingat kihkihkih

    eh,kat klang ni, sharperner tu kitorang panggil peraot. nape tah ye

    ReplyDelete
  58. awat pengalaman kita suma sama ja??
    mungkin kita membesar di era yang sama..
    hak3

    ReplyDelete
  59. 面白い!!!!あんたのブログを何回も読んだが、つまらなくならないよ。。

    ReplyDelete
  60. haha... comel nyer kchik2 dlu..
    gam 2 la pling nyampah nk gune oo..
    ceh!!! (tym kchik2 demand kemain!!)
    haha..
    cz syek terkluar je isik prot nyer..pastu kne kt tgn...
    gler tension!!

    ReplyDelete
  61. tabik spring la weh..suma yg hang cita tu aku pernah alami..tapi mak aku tak buat magik la..mak aku masak tepung apentah bg jadi gam isi balik dalam bekas gam yg ada sudu tu...aaaaaaaaaaaaaaaaa....rindu gila zaman kecik2..

    ReplyDelete
  62. tipu la hang tak main pepsi kola?

    ReplyDelete
  63. pergh..memori siut..ko buat aku rasa macam kanak2 je sekarang ni..terima kasih zack..mengembalikan kenangan indah masa dulu..

    ReplyDelete
  64. oh daku terasa XD

    pengasah pensel anak org kaya ye. wakakakakakaXD oh tersa sgt mengade2 jugak haha

    ReplyDelete
  65. Panjangnyee kisah riwayat hikayat 1000 1 malam..zaman2 kecik2 memang indah dikenang.Tak perlu tahu apa2 sgt..tahu makan,main,panjat pokok rambutan,naik basikal,mandi sungai..hehehe..best2.

    ReplyDelete
  66. hahaha...teringat zaman kecik2 dulu...

    ReplyDelete
  67. hahaha gam ingus!
    dulu waktu budak2 ske main patung kertas..siap boleh tukaq2 baju!
    wakaka gila bangang

    p/s..
    nangis dlm bahsa utara 'teghiak'
    haha
    keep it up!

    ReplyDelete
  68. zack ko mmg wat aku teringat la kat cikgu siti aminah yg garang tu.gile teruk aku kene bile x siap kerja sekolah hahaha...mcm2 lagi la kalo nak kire memori darjah 1 sampai darjah 6 dulu hehe...nice entry...

    ReplyDelete
  69. that reminds me A LOT of my past life...
    gyahahahahah~

    ReplyDelete
  70. eiii, semua mmg betul!.. tambah 1 lagik. kaler Luna pelbagai saiz. kalau anak org kaya. pakai kaler Luna saiz paling besar yang ada 24 warna.. pastu punye eksyen tunjuk kaler Luna dia!

    anak org sederhana cam aku pakai kaler Luna yang pendek tu je. hoho

    ReplyDelete
  71. betul2 pensel kaler luna
    mcm name aku
    hikhik

    ReplyDelete
  72. sori tak baca komen kau yang belambak2 ni.hehe.adobe photoshop..ok.

    ReplyDelete
  73. ya allah ~ memori betul lah ~ apa yang kau ckp tu sumenya aku pernah buat masa sek rendh dulu. haha. rnduuuuuuuu ! :D

    ReplyDelete
  74. zack..ajaq la aku lukis katon neh..ang gna software pa?

    ReplyDelete
  75. zack..ajaq la aku lukis katon neh..ang gna software pa?

    ReplyDelete
  76. ecehhh siap ada lagu ramlah ram bagai..memang nostalgia abess woohh..
    Hehe..tang yang gam dalam mangkuk ade sudu tu dedulu aku suke main gam tu mase main masak2..konon2 buat selet kat roti hehehe

    ReplyDelete
  77. hahahah . ske maen lawan pemadam . champion nie ! :D KEKEKE

    ReplyDelete
  78. aha suker2.. tp tetiba ase dh tua.. ahahaha =p

    ReplyDelete
  79. pencil box tape ingt?
    yg besar giler tu. pastu letak pic artis la kt atas tu. merepek je.

    ReplyDelete
  80. hahaha...terbaekk la bro...
    tibe2 terigat zaman sekolah dulu...so sweet...
    kdg2 benda2 cm ni la yg akan buat kite tersenyum sendiri...kite tgk zaman sekarang dh lain...yup, bergerak mengikut zaman...tp bukan melupakan zaman peralihan kita dulu..
    kdg2 manusia ni x igt ape yg dilalui..tp memikirkan apa yg akan dilalui..
    so, nostalgia cm ni la yg akan membangkitkan semangat kita utk terus tersenyum dan tersenyum...

    ReplyDelete
  81. haha..best r cte ko zack..mngimbau kenangan mse kecik2 dlu..trgelak ak ble ingat lek sal gam 2..mmg sllu tumpah dlm beg gam cm 2...yg main tindih pmdam 2 kn..smpai skang ni pn kdang2 ak men g..pnah ari 2 ak men mse lectrer mngajar..hahaha...nakal sgguh ak ngan mmber ak..=p

    ReplyDelete
  82. hahhaha..
    paling tak tahan tang yg lagu ramlah ram tu..hahhaha
    suka..
    mmglah..ape yg ang dok crita nie mmg memori kanak2..perkara wajib bg bdk2 yg lahir zaman 80 an..bdk2 zaman 90 an ngn 2000 ni tak tau lah plak kn..

    ReplyDelete
  83. hahaha mmg xbleh lupe gam tu..tiap kali nk wt p.seni tu lah gam yg cikgu bg..pembaris nk lawa2 jek..nk tunjuk kwn..

    ReplyDelete
  84. teringat zaman kanak2 dulu hehehe

    ReplyDelete
  85. a'a laaa....pensil case, pemadam, pembaris n gam tu...hahahahaahaa..nostalgia sungguh..hihihi..

    ReplyDelete
  86. haha .. lawak laa cita2 niy ^^
    abg niy asal mna eh ? ckp 'ang2' tuh .. hehe
    btw, suka ur blog (;

    ReplyDelete
  87. hehehe btol la...teringt jugak zaman skola rendah dulu.especially bab gam kanji,sharpener ngn pembaris tug hahaha aduh la ingt2 blik mmg klaka.
    gam:x ske gam neh sbb leceh tp kna gune gak sbb murah
    sharpener:kua kan cermin n wat pantul2 cahaya kaco irg tme ckgu ngajar
    pembaris:sape ade pembaris yg ade air tuh mmg stylo r (time tuh jeh)

    ReplyDelete
  88. hey , serius shemad . shukerlah youre blog . mmg hebad ah edit pict uh shumerr . eisyyttt . gggrrr

    ReplyDelete
  89. dasyat la..
    aq mmg salute la ngn ang..
    kebanyakkn cite ang mmg relate ngn khidupan dulu2..
    cmne ang boleh memorise semua nya ea...

    ReplyDelete
  90. nme aq irwan ...
    dan aq mmg buat pe yang hang cite pasai pemadam 2...hahahaha

    ReplyDelete
  91. Kita sebaya zack, memang apa yang ko cakap tu sebijik pernah aku lalui time skolah rendah dulu.. hahaha

    ReplyDelete
  92. huuhuu pmaianan mse kat skol rendah~
    #aku men peluru ketas..taruk ktas mampat kat getah..pastu tarik panjg2 n then lepaska...fuh mmg show gila men benda tu...

    ReplyDelete
  93. TERLALU REALLLLLLLLLLLLLLLLLLL.. WOHOOOOOOOOOOOO

    ReplyDelete
  94. hehe..sgt nostalgia...dlu gam tu mmg slalu tumpah dlm beg. abes buku2 tergam secara tak rasminya :P

    ReplyDelete
  95. wahh..da terlambat...hehhehe
    ape pon.. suweeet sgt kanangn mase budak2..
    material2 yg disebutkan mmg wujud mase zaman kicik dulu kala..hehehe

    ReplyDelete
  96. ko cite mcm nie teringat ak zaman sekolah dlu..zaman bdk2...

    ReplyDelete
  97. sweet..memg trngt sgt zamn kecik2..
    aku dulu..cg kelas y beli shrpener y cam mesin tebu 2..gune duit kelas..
    pas2 kn pg2 pakat bratur nk gune..huhu..gler...

    ReplyDelete
  98. di kala ke bosanan aku jmpe lak nlog ko nih...mmg memori giler citer ko nih..smua nyer sama...tp skrg nih budak2 kt sek nih pn still main lagik pemadam tu..lg satu time world cup ritu depa duk main game bola yg buat dr kotak colgate tuh..dlm ati cegu nk gelak gak sbb smua tuh aku main kah3..

    ReplyDelete
  99. satu lagi..bocorkan penutup botol air coz nk jadikan kononyer cam botol air yg kat kedai tu..(ala yg tarik penutup n then sedut je..)
    pastu ngan bangge yer aku picit botl air tu sambil muncungnyer aku hale kan kat kengkawan aku...hahaha

    ReplyDelete
  100. aiyokkkk...aku sgt shuke ngn flash back ang nih...sgt meruntun jiwa zmn knk2 ku dolu....

    gam kanji ni mak aku masak je...tp mak ang lg hebat la pkai nasik panas...hihihihi...

    sharpener cermin tu masih d gne kn lg d opis ku ini..hahahahha~agk kuno gk la opis aku..hahaha~

    pembaris air pon aku simpan lg...tp air de da kering...tgl gold dust de je...hikhikhik :)

    ReplyDelete
  101. hahahha mantap la bro...ko pnyer entri ni mmg best giler...ni ko pnyer entri 1st yg ak bce sume reflect ngn ak tyme kecik2 dulu...lagi2 part yg amek nasi panas wat gam...mmg terbaik giler...mak ak pon wat bnde yg same bile ak xder gam... mak ak pon wat gam kanji sendiri tok ank2...xyah susa2 bli gam mangjuk o yg picit tuh...hahha

    ReplyDelete
  102. siapa kamu zack....i fall in love with your writing....adoi...maybe bebudak engine mmg gile2 mcm kamu kot ek...hmm...tp best! =)

    ReplyDelete
  103. bile da prabih bce part shrpner 2 ttbe je ak duk tpkiq ssua2..awt shpner dak dolu2 de crmin ea? dowg2 ni bkn nye taw mlawo ag tyme 2.. dak hngusan lg..awt ea??

    ReplyDelete
  104. mmg teringat zmn dlu2 la... hahaha
    best..

    bab pembaris 2 lbung yg plastik 2 klu gnas2 gna kjap jer dh terbelah 2..
    i prefer game mcm colgate 2, tak tmpah.. tp sllunya msti tumpah jgk pas ltak beg kat kusi n sndar...isk2

    u kelakar la... :)

    ReplyDelete
  105. wah, gam yg ada sudu tu aku ingat!!! (nampak tak betapa seriusnya aku teringat) sebenanye sume pun aku lalu jugak. gile lah. aku ingat aku da takde memori zaman sekolah dah, byk lagi rupanya. eh, seriously aku cakap aku baru tau pembaris dua lubang tu boleh pakai jadi jangka lukis!ngaaaaa

    ReplyDelete
  106. rasenye cm dh lama kOwt tinggalkn zaman skOlah rendah..
    really miz dat tyme..
    darjah 1 thn 1995..
    lama siOt..

    ReplyDelete
  107. hahahaha..
    d sebabkan sharpener hat 2 kupang tu jari telunjuk tgn kiri aku hampir putuih..

    nostalgia2.....

    ReplyDelete
  108. terima kasih kerana mengingatkan dari mana kami bermula...teringat sungguh gam dengan sharpener tu

    ReplyDelete
  109. hahhaha...btul2 teringat blik msa skolh rndh...tp aq xsuke gam kanji tu bau dia busuk....tp nk xnk kna gk gna gam tu....sharpener yg ada cermin plak dlu bdk prmpuan kt skolah aq ska tgk cermin btulkan tudung diaowg...aq xbuat r mcm tu hri2 cma kdg2 jew...haha

    ReplyDelete
  110. I like this so much among the rest..suka la recap blk zaman2 budak2..tak bleh blah bile ingat time main getah zero point dulu..masuk kelas baju comot jek..dak laki lak ingat macho la masuk kelas bau peluh,collar hitam ketekaq..hingus lak kering je kt pipi akibat tarikan pengelapan..hishh..thanks to u..blog anda mmg best!tapi wa punya zaman dgn lu punya zaman beda la kot..time wa time dr martin..feminin..new kids on the block..fido dido dan ninja turtle di lupa jgn..ingat lagi cola allahyarham sudirman..apa nama brand tu?Sudir eh?? :) hihihi..

    ReplyDelete
  111. nostalgia..teringat zaman sek.rendah..kalo gam abis mak kite akan masak gam guna tepung ubi...masak dlm senduk besi hehehe...

    ReplyDelete
  112. wah... blog ko nie mmg terbaek la.... recall balek sume mende2 time2 zaman kite..... hehhehheeh...

    bebudak zaman skg nie, kalu bace blog ko nie baru de feel psl betapa bezanya dunia dulu n skg...


    ehhehheh

    ReplyDelete
  113. mmg memori gile la..
    i pon tak penah lupa suma tu..
    now da tak dak da..
    haih..
    memory yg indh..
    =)

    ReplyDelete
  114. ei ei, gam haha orng jakun ghine le

    ReplyDelete
  115. lol!!! dulu time aq msk darjah 3, pensel mekanikal ni br nk terkenal. ktrg panggil pensel tekan.. kt sekolah dulu lumba sape ade plg byk pensel tekan.. haha. dlm pensil case aq ade dekat 7 btg. ade satu hari tu mak aq wat spotcheck kt beg sekolah aq. pas2 mak aq mrh gler sbb aq byk pensil tekan tuh. haha..

    ReplyDelete
  116. bace entry nie wat aku ingt balik memori aku mase darjah satu. bila time nak antaq homework pakat pulun nak letak kat bawah skali, sb nnt bila time dpt buku balik,nama dia yg plg awal skali dipggil.
    Bila time pg2 plak, p skolah awal ngn harapn dpt tlg cikgu angkat buku.. x sgka gila mengipas gak aku masa kecik2 dlu...
    Satu benda yg xleh nak lupa smpai skrg, main zero point dlm kelas.. mber aku lompat zero point sampai spender terlondeh... hahaha... dah laa pkai skirt pendek... Moral valuenye, g skolah pkai laa sluar tut yg ketat2 bg mengelaknya drp tercicir..

    ReplyDelete
  117. oOoo...kalo tang orang pempuan je, sume ang kata tadak motif la, merepek la...amboi amboiii!

    ReplyDelete
  118. serius..cam nak nangeh un ada..
    dak laki simpan pemadam berjuta..sume latest design dowg beli..
    y perempun plak sume bende baru kat koperasi mesti nk beli..pelekat mcm2..

    *p/s: sharpener cermin tu still ade gune smpai skang..wat btulkn tudung..member ade yg bwk lam pencil case!HAHA

    ReplyDelete
  119. biasa la pompuan msti nk ade brg yg cantik2,yg bling2 kikiki..mmg lbh kurang sme je la nostalgia tyme skolah kita.gam tu,pembaris hehe..so sweet bila ingt blk.. tq la utk awk yg wat owg teringat smula ;)

    ReplyDelete
  120. hahahahaha en zack mbuatkan i ingat blik sume kengan2 kat sekolah rendah dulu ..nice entry i love it

    ReplyDelete
  121. wakaakakakaka.......5bintang aku bg..mmg buat imbau kembali kenangan time2 sekolah rendah dulu....hhahaa...gam kanji mmg bapak aku slalu tolong wat..topup ..hahaha....pemadam bendera pun best...pastu ade pemadam yg bentuk mcm2 color.belang hitam merah laa...sharpener mahal besar mcm mesin tebu pun aku ade time tue...hahaha...

    cita2 time kecik2 dulu -> http://www.yohanibrahim.com/blog/when-i-grow-up-i-want-to-be-a-superstar

    ReplyDelete
  122. wahhh..sweetnye kngn mse budak2 dlu..rinduu pulak nak tgk alat2 tulis yg old skul dlu :)

    ReplyDelete
  123. ni zaman2 aku gak...dulu2 kalau xdak gam time tdesak la kn...bila ngadu kat mak aku..dia dan2 masak tepung ubi...boh ayaq skit...pnskn dlm peyok..kcau2 jdla gam..tem tu asa donia cerah kembali...pasai wat qeja kolah last minit..hahah,,da tu sshkn oqg

    ReplyDelete
  124. sangat2 mengimbas kembali zaman nostalgia ketika sekolah dulu...xleh blah pasal gam ader sudu ngn pembaris tuh...hahahaha...dlu aku pon ader gak pembaris mcm tu bro...heheheh..

    semuanye mengusik jiwa la citer ko nih...

    ReplyDelete
  125. (^_^) sek ren dlu kalo xde gam,mak msk kanji wat gam....hari tu beli gam dlm bekas yg ade sudu,ank murid sy sgt teruja dgn gam cmtu..satu lg jenis pemadam yg hijau kt ats tu..gambar ikut abjad..A=AYAM..klo kwn pinjam,jgn tenyeh kuat sgt..klo pinjam sharpener,jgn tiup..nnt tumpul..kahkahkah

    ReplyDelete
  126. very de best long story..uhuhuhuh...

    ReplyDelete
  127. disebabkan aku menfollow up entry ini...maka minta izin ye untuk mempamerkan name dan link blog anda di blog saye....terima kasih....segala kesulitan amatlah dikesali

    ReplyDelete
  128. siot tol ah..
    mmg lbh n kure ah zman kite
    zack,ko pnh gna gelang getah (ala y bt bgkus nasi 2) bt pmadam..
    lilit gtah 2 blkg pensel n jdikn sbg pmdam..
    kesan dia, xyah citer la
    hbs hitam bku..
    knon nk jmatkn wang xnk bli pmdam

    ReplyDelete
  129. actually,ak pn pkai gam hingus ni ng sgla ap yg di tulis ole incik Z td..tp stat skola mnengah tanpa sedar(ayat!tak tahan!) bnda ni da pupus kt m'sia..nk cari punyalah pyh!!

    ReplyDelete
  130. wahh....bt0l2 menggamit mem0ri la kn..t'ingt zmn knk2 dlu..hak3..tyme sk0la rndh...siap kne denda ngn cgu ag..gara2 lwn tindih2 pmdm...bila ingt2 blk mmg mizz that m0ment laa..

    ReplyDelete
  131. hahaha...btol2 menggamit memori...
    tp xdenye balik umah baru kenal erti galah panjang.....time rehat da maen dulu...hahaha..kt umah bru men tengteng,police sentri,tuju selipar....sabor jelah...
    bace entry ni btol2 menggamit memori.....

    ReplyDelete
  132. gile best entry.. teringat zaman budak2 dulu... x lupe jugak ngn pencil box besi ngn yg ade lubang byk2 leh letak pensel pastu mcm men tembak2 ngn kwn :p

    ReplyDelete
  133. mak aii betul2 menggamit memori wei..
    adehh gam kanji lebih popular dipanggil gam hingus =)

    ReplyDelete
  134. zack..aku sezaman gak..dulu ade pensel yg boleh tukar mata dia..tarik kat bawah pensel tu then masuk kut atas pensel tu..ade x?hehe
    satu lagi pagi2 g skolah suke g awl sb nk book tiang nak main cop tiang..ngeeheee

    ReplyDelete
  135. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  136. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  137. Hahaha, tergelak gelak aku baca entry ang xD sumpah lawok :D Hahahahah

    ReplyDelete
  138. seriusly... yang pasal pembaris tu... aq baru taw funtion lubang tngh tu.. =.="

    ReplyDelete

Kalau ang rasa ang suka dengan apa yang aku tulis ni, ang boleh tinggalkan komen kat sini ok ? thanks :)