7 March 2010

Vending Machine di Jepon

Dari pukul doblas tengah malam tadi bawak la ke subuh, aku bantai port depan PC tak berganjak seinchi pon semata-mata layan bola punye pasal. Dari game Arsenal, turun ke MU sampai la ke Barca. Maraton tiga game sekali harung. Agak-agak brapa jam tu ek? Katakan satu game lebih kurang 100 minit termasuk masa rehat 1st half dan extra time. So, tiga game dah 300 minit. Giler. Layan cerita industan Mohabaten hat tiga keping CD tu pon tak lama macam ni. Punye lagha.

Bebudak pempuan kat twitter pulak lain hal nye. Selang lima minit dok update status pasal cerekarama "Dalil Cinta" lakonan Fahrin Ahmad sama Sharifah Amani. Dari awal crita sampai la ke sudah, lengkap segala scene sumer direview nye. Aku kat sini hanya perhati diam-diam sambil tarik senyum nipis je. Apa mau heran? Aku ari-ari celik mata, tengok cermin nampak Fahrin. Tinggal lagi body je takde ketul-ketul. Kalau tak, sebijik macam Fahrin! Ok zack. Sudah-sudah la perasan tu. Simpan untuk esok plak.

*****************************

Ini ari kite tolak tepi dulu cerita-cerita nostalgia dulu kala. Aku nak sambung cerita pasal jepon plak. Banyak betul entry tertunda. Dah tu nak buat maca mane? Tangan yang menaip cuma ada dua je. Tapi takpe, kite slow-slow ye? 

Bulan lepas, aku ada bawak ang sumer jalan-jalan sekitar rumah aku. Ingat lagi tak? Dalam entry tu, aku ada bagi intro skit pasal vending machine kat jepon ni. Lepas pada tu, banyak jugak komen yang aku dapat. Seperti yang aku jangka, akan ada komen yang kata "ala zack, vending machine hat tu, kat malaysia pon ada!".  Hehe.

Ok. Fine. Ari ni aku bagi details sikit pasal vending machine or dalam bahasa jeponnya "自販機” (jihanki) ni. First skali, macam yang aku cakap tu, vending machine diorang ada dua kaler. Merah untuk air panas, biru untuk air sejuk. Memang tak canggih mana pon. Tapi, yang canggih nya ialah bile ang boleh beli coke guna handphone.


Yup. Dekat jepon ni, ada satu smart card system nama die FeliCa (Felicity Card) yang mana membolehkan urusan pembayaran dibuat through handphone je. Tapi tengok jenis henset jugak la. Tak semua company henset ada sistem ni, tapi kebanyakannya kat jepon ni memang ada. Ang just dekatkan henset ang pada scanner kat vending machine tu, and then kluaq la air apa yang ang nak beli. Kire macam credit card arr.

Lepas tu, kadang-kadang ada company yang buat promotion bagi air percuma. Tapi, untuk dapatkan air yang free ni, ang kene subscribe kat website diorang. Bile da subscribe, diorang akan hantar email kat henset ang bila tiap kali diorang ada produk baru. Lepas ang baca iklan produk tu kat website diorang, ang akan dapat satu barcode khas. Barcode ni kire macam kupon la. Ang scan barcode ni kat vending machine tu, nanti baru dapat air percuma.

Tapi kalau tanya aku, pendapat aku lain skit. Ok, lets say air percuma yang ang dapat tu harga die 100 yen. Ang kene log in, masuk website diorang kat handphone, click sana sini, paling tidak mesti mau seminit dua jugak kan? Nak surf internet tu plak guna duit. Kos untuk tu je da sama dengan harga satu tin air 100 yen yang kononnya percuma tu. So, better aku guna syiling je kan? Ni sumer permainan marketing jer. (-_-")

*********************************

Next, kite masuk bab rokok plak. Eh, ang tau tak rokok kat jepon ni boleh beli ikut vending machine? Awal-awal dulu, isik je duit syiling, ang da boleh beli rokok. Tapi skarang ni krajaan diorang macam da serius skit. Nak beli rokok kene pakai kad 'Taspo' atau singkatan pada 'tabaco no pasupoto' (passport rokok -_-")

picture via wired.com

Fungsi kad ni macam Mycard la lebih kurang. Masa nak apply card ni, diorang akan mintak driving license, IC sumer-sumer yang mengesahkan umur ang 20 tahun dan ke atas. So, kalau bebudak skolah, memang tak lepas ah. Tapi sistem ni aku rasa takleh pakai kat Malaysia. Ini ari ang pacak vending machine rokok ni, esok lusa tinggal wayar je. Memang jahanam punye. Tak percaya boleh cuba. Konfem! Sedangkan ATM sebesar alam tu pon ada orang nak tibai. Inikan mesin rokok.


Kat jepon ni jugak ada sediakan perkhidmatan makanan panas dalam vending machine. Biasanya ang boleh jumpa dekat R&R. Ada french fries, taiyaki (wafer inti kacang merah bentuk ikan), nugget dan macam-macam lagi. Sumer panas-panas. Tinggal lagi beberapa menu je yang kurang. Lepas ni aku ingat nak usul kan kat kerajaan jepon supaya tambah satu dua menu lagi la. Karipap sardin sama goreng pisang. Amacam? Baru style!

*********************************

photo via 47news.jp

Apa lagi? Sayor? Sayur pon ada vending machine tau! Haha. Tapi so far, tak pernah jumpa lagi la kat nagoya ni maybe sebab banyak kedai sayur kot. Eh jap! Orang utagha panggil sayur apa? 'Sayuq' ?

Walau pon tak fresh macam ang beli kat kedai, tapi bayangkan la kalau terdesak tengah malam nak tumis sayur goreng tetiba takde bawang, at least takde la susah sangat. Memalam buta, mana ada kedai yang bukak. Time tu perut tengah lapaq. Segar ke tak, blakang kira. 


Tak cukup taiko, telor pon diorang jual guna vending machine. Yang ini, aku no komen. Tak tau la kenapa isu telor pon macam satu yang penting pada diorang.

photo via daninjapan

Beras kampit tak ketinggalan jugak untuk di'vending' machine kan. Yang ni aku tak penah jumpa lagi la so far. Maybe kat sesetengah kawasan je kot yang mana susah nak dapat beras.


Payung pon tak nak kalah. Boleh beli ikut machine jugak. Tapi aku rasa yang ni tak perlu ada kat Malaysia. Sebab kat Malaysia bebudak mana brani pakai payung. Tak macho, katanya. Kalau kat jepon ni lain ah. Ramalan kaji cuaca diorang pon boleh kata 80 peratus tepat. Stakat nampak brader pakai kot lengkap dengan necktie, naik basikal sambil pegang payung nak pegi ofis - itu biasa.

photo via photomann

Ok. Yang ni pulak boleh jumpa kat stesyen kretapi shinjuku. Vending machine jual bunga. Puas gak aku pikir apa rasional die. Last-last aku buat andaian sendiri. Macam ni, stesyen kretapi shinjuku ni kalau ang tau, antara stesyen kretapi tersibok kat jepon. Sgala macam train kat Tokyo tu semua berkumpol kat sini. Kire macam KL Central la. Kan ada ktm, putra, klia express segala bagai kat situ?

So bile da reramai tu, maybe ada yang nak hantar awek balik kampong naik ketapi kan? Tak nak bagi awek nangis punye pasal, hadiahkan la bunga tanda perpisahan. Amacam? Lojik?


photo via sunoja.jp

Surat kabar? Pon ada vending machine jugak.

Ok la. Kalau nak suruh aku senaraikan semua, memang boleh buat dua-tiga entry. Antara lain termasuk la kondom, majalah porn, battery, ais, ramen, dan macam-macam lagi.

Aku ingat kalau Malaysia buat macam ni, statistik rakyat menganggur meningkat naik kaw-kaw punye. Sumer orang da takde keje. Goreng pisang jual ikut mesin. Sawi sama sayur bayam pon jual ikut mesin. Nak beli beras pon da tak payah pergi Giant atau Tesco dah. Guna mesin je. Mak-mak sama ayah-ayah kat rumah boleh duduk depan tv sambil gilir-gilir cabot uban je. Punye senang idop.


p/s :
kalau burger mekdi sama ayam kentaki di'vending machine' kan, nice jugak tu.


.

81 comments:

  1. hoyeaaahhh!!

    org pertama tu...
    ngeee~

    ReplyDelete
  2. huhu,, gler byk vending machine,, letak sume kt ruma,, x kuar2 lar nmpknye,,

    ReplyDelete
  3. hmm.. mcm best.. patutlaa diorg byk syiling.. huhu

    ReplyDelete
  4. pergh! byk giler bnda yg boleh di vending machine kan? haha. zack, kirim satu mesin tu! nak letak kat rumah. haha


    BTW eh betul gak kan pasal Fahrin Ahmad tue. Haha

    ReplyDelete
  5. kahkahkahkah.
    aku tak paham laa semua bnda nak tauk dlm machine.
    katanyaaaa kemajuan.
    haih!

    ReplyDelete
  6. haha.. gile banyak vending machine nye..

    hahhahahaa..

    ReplyDelete
  7. mcm2 vending machine ade..huhu...

    ReplyDelete
  8. macam2 ada..kreatif org jepon nie..:)

    ReplyDelete
  9. menarik tertarik vending machine kalo tarok kat hostel. xyah bersusah nak turun ke cafe segala..

    ReplyDelete
  10. sye xnak komen sal vending machine tu. sebab da tau da.

    saye nak komen sal fahrin ahmad. zack bukan macam fahrin la. ade sorang pelakon mesia. tapi saye xtau name die. memang ade iras2. memule tengok gambo kat chatbox tu. ingat kan zack gune pic pelakon tu.

    ReplyDelete
  11. zack..zack..zack..(intonasinya seperti teruja ye)..
    yg vending machine bunga tu, aku setuju dgn ko pny andaian..
    comel..comel..comel...
    hahaha

    ReplyDelete
  12. zack..zack..zack..(intonasinya seperti teruja ye)..
    yg vending machine bunga tu, aku setuju dgn ko pny andaian..
    comel..comel..comel...
    hahaha

    ReplyDelete
  13. oghang utagha sebut 'SAYOQ' untuk sayur en. zack...hahaha!!!

    Hang ni besh la..ghasanya mesti stress mengaji bidang teknikal ni, kan? kalau dak xkan hang dok menulis benda2 lagu ni...huhuhu (T_T)

    ReplyDelete
  14. kalu di hostel mesti dapat sambutan tapi akan ada kaki punyer yang akan pakai benang ler etc

    ReplyDelete
  15. bes gila..segala2nya machine..huhu

    ReplyDelete
  16. wakaka..porn magazine pn ade vending machine??bile nk ade kt msia tuh??huhu

    astaghfirullah~

    ReplyDelete
  17. org utagha kata sayoq ^_^
    giler semua dlm vending machine

    ReplyDelete
  18. macam2 betoi orang jepon ni kan...terlampau maju...

    ReplyDelete
  19. komen. advance komen intnse dtbs dah takde ke.

    eh vending mesin maju tul jepon. agak jakun saya melihat vending telor mesin tadi 3 times. thanks for yur entry jepon

    ReplyDelete
  20. seronok baca entry pasal vending ni..malaysia xperlu la ade..coz byk kedai runcit sana sini..eh tp perlu gak..sebab kedai runcit ade yg xbukak smp pg, kecuali 7e..tp 7e xjual la beras n brg2 dpur smua tu kan..ok,nice entry zack :)

    ReplyDelete
  21. amacam dgn cinema kat jepon??? ak tanya nie pasai bengang beratur hat lama gler nk beli tiket kat mid aritu...
    anyway entry nie mmg best bangat =)

    ReplyDelete
  22. aku prnh jumpa vending machine beras kt tmpt aku...

    ReplyDelete
  23. pijanfujiwara_(ノ><)ノ7 March 2010 at 20:25

    ooo..cambest beli barang kt vensing machine...
    aku ade satu hnset jepun ntt docomo..agak2 leh gune wat shoping kt vending machine x..?ahaha ε=ε=┏( ・_・)┛

    ReplyDelete
  24. bagus jugak bleh beli mekdi kat vending machine
    xyah drive tru
    hheee

    ReplyDelete
  25. klau arr kerajaan bekalkan setiap rumah satu vending machine..
    haha..
    bahagia idup..
    tapi kat sini susah nak jumpa vending machine..
    paling dekat yang saye pernah jumpa..
    dekat stesen ketapi ipoh..
    adalaa dalam 81 km..
    huh

    ReplyDelete
  26. uuu..bestnye vending machine camnie..kalau ade vending machine baju2 pun best!
    btw,banner ang.aq jeles!!

    ReplyDelete
  27. o..begitu rupanya. awat la malaysia tak canggih cmtu, tp entri pasal nostalgiya best lagih

    ReplyDelete
  28. hoooo...jepun jepun,,,,sonoknye sane

    ReplyDelete
  29. wahhh bestnye vending machine tu..kat sini ada banyak vending machine tapi macam biasa la rosak

    ReplyDelete
  30. rase2 kalo ader sume vending machine camni kat malaysia aku kot pelanggan satianya... :P

    ReplyDelete
  31. senang nye idop..
    nak beli sayur,toksah pi pasar yg basah2 tuh..
    pi vending machine aje..

    *kalau laa ada kat m'sia* ^_^

    ReplyDelete
  32. hehe,aduhai.kalo kat malysia.ade pula mat rempit ke mat2 lain pecahkan curik cikedess ke food ke..

    hmm sayur? huhu sangat senang lah hai.tapi sekali dapat yang xfresh.

    bunge ade logik mcm bro ckp kot.nk wat surprise ke kan.. jumpe awek jap.cakap nk pi toilet.tadaaa.. bawa bunge instant.

    ReplyDelete
  33. huwa... time kasih bawak jalan2 pegi jepon lagi... saya tgu entri jepun seterusnye~

    ReplyDelete
  34. fahrin???keh3...rsenye...
    zack zukhairi=fahrin ahmad+remy ishak..
    formula sendiri yg drasakan logik..
    wahh vending die xleh lg advance ke??hebat...
    tp hope diadekanla vending mekdi..sng zack bli mknn mlm2 tym lapor..kn??

    *da byk kali bkk entry ni tp xdpt tgk gmbr2nye..kureng asam nye tenet!!

    ReplyDelete
  35. slm.nice2 info.bile la mesia nk jd mcm n

    ReplyDelete
  36. bro..tenet sane ikut mase ke?ke ikut Mb?sakit seyh camtuh..

    ReplyDelete
  37. gilak byk mesin itu..
    post kt aku mesin rokok tuh..
    haha

    ReplyDelete
  38. penah tgk satu cite jepun,
    ada vending machine kondom..hahahahha tettttttt

    ReplyDelete
  39. btol zack, mesia takleh ada vending machine ni sbb 1. takut makin ramai tanam anggur 2. takut hr ni pasang, lusa dah tinggal wayar je...

    ReplyDelete
  40. sumpah giler~ setau aku ade gak vending machine jual hamburger kan?

    ReplyDelete
  41. wah mmg dasyat la teknologi dorang nie..
    wah wah

    ReplyDelete
  42. hehe..hebat teknologi jepun ni..nanti ape kata ko sendiri yang jadi supplier pisang goreng and karipap dalam vending machine kat sana..

    ReplyDelete
  43. hai..study kt NIT eh? my fyp's supervisor penah study and mengaja kt sane dulu..nice blog actually...sonok baca..=)

    ReplyDelete
  44. wooo~~
    baru tau wujud machine2 cmni
    jepun mmg hebat
    semua menda ade machine
    hehe~

    teringin nak g japan.bilakah?huhuw.,

    ReplyDelete
  45. kalo sume benda nak di'vending-machine'kan, abes la sume pakat dok simpan syiling
    tapi bab suh jual karipap sardin ngn pisang goreng tu, aku rasa ko bleh jd dealer terbesar kt sne r
    jual tepi jalan sure famous dowh
    eheheheh..

    ReplyDelete
  46. Uwaaa ! Jepun ni macam-macam ohh.
    If only Malaysia ada separuh maju cam dorang. Haih~

    ReplyDelete
  47. ko bukan tak suka makan ikan ke, zack?
    sardin ko leh telan lak ye?
    err..maksud epal karipap sardin..:)


    kalo kumpul vending machine tu kat satu pekan, mmg sunyi sepi la..kedai sume tutup.tinggal vending machine jek berderet.

    ReplyDelete
  48. @epalejau : kalau karipap sardin, aku makan! hehe. sebab takde bau ikan. especially kalau ada bubuh asam limau. :)

    ReplyDelete
  49. kalau la ade vending machine yg jual baju kan best..
    tekan2 dah dapat baju baru

    haha

    ReplyDelete
  50. vending machine air tin org Malaysia panggil ayaq gedegang. cuba kalau semua tu ada kat Malaysia. Surat khabaq gedegang, bunga gedegang, payung gedegang..ok huduh ngat bunyi nye. haha =D

    ReplyDelete
  51. zack,nanti hang try cipta vending machine macam nih kat malaysia nih!
    haha,lagi 1 aku nk mitak halal kat ang sebb aku pakai gambaq no way for gay nih! aku amik dari blog ang. Kalau hang marah,bagitahu la. Aku delete.
    :)

    ReplyDelete
  52. sakannya vending machine kt sana!
    pergghh!

    ReplyDelete
  53. Skrg pon mak bapak aku dah buat mcm jepun.
    Dok depan tv gilir2 korek telinga.

    Aku lak jadi vending machine depa.

    Mcm mana ni ?

    ReplyDelete
  54. zack..jepon xde ek vending machine beli underwear?? =)) my lecturer ckp machine tue ade tau tp x sure kat mane..kui3

    ReplyDelete
  55. nti kamu da jd engineer. kamu buat vending machine serba boley kat mesia ni satu..

    ReplyDelete
  56. oghang utagha sebut sayoq la zack. hehe. bguna nih.slalu malam2 kalau lapaq, nak masak selalu takdak barang kat rumah. :D

    ReplyDelete
  57. sayoq zack. semua benda jepun nak jual kat vending machine. haha. cool ah

    ReplyDelete
  58. wah,

    nape ek nak ckp wah.

    hehe

    tenz dtg belog saya.hehe
    abg fahrin dtg belog i lah


    :P

    ReplyDelete
  59. patot la dorang byk sgt gune syiling...syiling paling beso, 500 yen = RM 18 kan ?? duit kertas paling kecik, 1000 yen = RM 36 kan ??

    ReplyDelete
  60. peH..
    daSat La..
    ManYak gile..
    sume beNde Nk Ltak dLm meseN gedeganG,,
    Hahahaha,.,,
    ni Lah naMenye..
    kemudaHan.. :P

    ReplyDelete
  61. salam...

    benda2 canggih cemni la yang buat aku teringin nak g japan....huhuhu, enche zack, kirum salam dengan vending machine di sana ekk....

    ReplyDelete
  62. pasneh nak cari jodoh pn ikut vending machine ja lah. sng hidup. haha.

    ReplyDelete
  63. @otak ketat: kalau cari jodoh thru vending machine.. teruk la.. mesti boleh tuka tuka macam baju.. huhuhu.. tapi ai suka cadanagn u tuuu..hehehe..

    ReplyDelete
  64. apsal diorang x jual selipar jepun pkai vending machine??hahaha..ntah2 ada kat cerok mana2 x..

    ReplyDelete
  65. best sgt la kalau bnd 2 ad kt kolej saya nih!!!! tiada lg masalah lapa tengah malam... adeh!!

    ReplyDelete
  66. gilak ar .
    bnyk kott vending mesin .
    terpikir lak , dorang xde nk jual henfon gne vending mesin ke ?
    HAHA :D

    ReplyDelete
  67. err, kalau semue vending machine, orang jepon buat ape je aa?? hidup da senang.

    ReplyDelete
  68. jmpe vending machine ade burger nasi lemak mee goreng etc kt dlm kilang perodua..hehehehe
    n kbtulan tym ak dtg 2..
    brader anta mknan pn dtg..
    so dpat la tgk die bkak vending machine 2 n ltak mknan dlm 2..

    ReplyDelete
  69. hari tu dlm kls, bru lecturer sebut2 keunikan japan yg semua bende jual kat vending machine ni..

    sorg kwn ku pun, lei tny, 'da bc entry zack zukhairi psl vending machine?'

    kre ko ni ala2 wikipedia yg menarik lah.

    keep it up bro!

    ReplyDelete
  70. salam semua... just sharing my experience, aku dh keja kt company vending kt Malaysia ni dr thn 95 & aku dh masak sgt dgn problem2 yg related dgn vending machine kt luar sana...fyi, why Malaysia xleh nk install byk vending machine cam Jepun, sbb kt malaysia ni terlalu byk vendalisme yg akan jahanam kn mesin tu... even kitaorg install dlm kilang, kolej, U & sekolah pn still jahanam... unless kena install depan CCTV br ok... xkan setiap veding mc kt Malaysia ni nk kena install depan CCTV... fikir2 kan, that why not every place are secure to install vending mc....

    ReplyDelete
  71. link kan post nih dkat blog saya.boleh tak? =)

    ReplyDelete
  72. kalau kat Malaysia confirm habis jahanam.. public sedia ada pun rosak, ni apatah lagi vending machine tu..

    ReplyDelete
  73. aku paling suka vending machine rokok and vending machine air. yang rokok tu style sebab mudah nak beli, yang vending air macam gaban punya canggih. haha

    ReplyDelete
  74. tbe2 ak tepikir

    ak rse vending mshne bunga tu t0k org g uma mayat tu agaknye..kan salu2 jep0n ney ade umah abu mayat(ntah ape name dy tah) pastu ble ziarah uma tu,org letak bunga...ce chek mne tau train tu lalu kat mane2 uma abu mayat x..haha

    ReplyDelete
  75. Ever wanted to get free Facebook Followers & Likes?
    Did you know you can get them AUTOMATICALLY AND ABSOLUTELY FOR FREE by using Like 4 Like?

    ReplyDelete

Kalau ang rasa ang suka dengan apa yang aku tulis ni, ang boleh tinggalkan komen kat sini ok ? thanks :)