Vending Machine di Jepon

Dari pukul doblas tengah malam tadi bawak la ke subuh, aku bantai port depan PC tak berganjak seinchi pon semata-mata layan bola punye pasal. Dari game Arsenal, turun ke MU sampai la ke Barca. Maraton tiga game sekali harung. Agak-agak brapa jam tu ek? Katakan satu game lebih kurang 100 minit termasuk masa rehat 1st half dan extra time. So, tiga game dah 300 minit. Giler. Layan cerita industan Mohabaten hat tiga keping CD tu pon tak lama macam ni. Punye lagha.

Bebudak pempuan kat twitter pulak lain hal nye. Selang lima minit dok update status pasal cerekarama "Dalil Cinta" lakonan Fahrin Ahmad sama Sharifah Amani. Dari awal crita sampai la ke sudah, lengkap segala scene sumer direview nye. Aku kat sini hanya perhati diam-diam sambil tarik senyum nipis je. Apa mau heran? Aku ari-ari celik mata, tengok cermin nampak Fahrin. Tinggal lagi body je takde ketul-ketul. Kalau tak, sebijik macam Fahrin! Ok zack. Sudah-sudah la perasan tu. Simpan untuk esok plak.

*****************************

Ini ari kite tolak tepi dulu cerita-cerita nostalgia dulu kala. Aku nak sambung cerita pasal jepon plak. Banyak betul entry tertunda. Dah tu nak buat maca mane? Tangan yang menaip cuma ada dua je. Tapi takpe, kite slow-slow ye? 

Bulan lepas, aku ada bawak ang sumer jalan-jalan sekitar rumah aku. Ingat lagi tak? Dalam entry tu, aku ada bagi intro skit pasal vending machine kat jepon ni. Lepas pada tu, banyak jugak komen yang aku dapat. Seperti yang aku jangka, akan ada komen yang kata "ala zack, vending machine hat tu, kat malaysia pon ada!".  Hehe.

Ok. Fine. Ari ni aku bagi details sikit pasal vending machine or dalam bahasa jeponnya "自販機” (jihanki) ni. First skali, macam yang aku cakap tu, vending machine diorang ada dua kaler. Merah untuk air panas, biru untuk air sejuk. Memang tak canggih mana pon. Tapi, yang canggih nya ialah bile ang boleh beli coke guna handphone.


Yup. Dekat jepon ni, ada satu smart card system nama die FeliCa (Felicity Card) yang mana membolehkan urusan pembayaran dibuat through handphone je. Tapi tengok jenis henset jugak la. Tak semua company henset ada sistem ni, tapi kebanyakannya kat jepon ni memang ada. Ang just dekatkan henset ang pada scanner kat vending machine tu, and then kluaq la air apa yang ang nak beli. Kire macam credit card arr.

Lepas tu, kadang-kadang ada company yang buat promotion bagi air percuma. Tapi, untuk dapatkan air yang free ni, ang kene subscribe kat website diorang. Bile da subscribe, diorang akan hantar email kat henset ang bila tiap kali diorang ada produk baru. Lepas ang baca iklan produk tu kat website diorang, ang akan dapat satu barcode khas. Barcode ni kire macam kupon la. Ang scan barcode ni kat vending machine tu, nanti baru dapat air percuma.

Tapi kalau tanya aku, pendapat aku lain skit. Ok, lets say air percuma yang ang dapat tu harga die 100 yen. Ang kene log in, masuk website diorang kat handphone, click sana sini, paling tidak mesti mau seminit dua jugak kan? Nak surf internet tu plak guna duit. Kos untuk tu je da sama dengan harga satu tin air 100 yen yang kononnya percuma tu. So, better aku guna syiling je kan? Ni sumer permainan marketing jer. (-_-")

*********************************

Next, kite masuk bab rokok plak. Eh, ang tau tak rokok kat jepon ni boleh beli ikut vending machine? Awal-awal dulu, isik je duit syiling, ang da boleh beli rokok. Tapi skarang ni krajaan diorang macam da serius skit. Nak beli rokok kene pakai kad 'Taspo' atau singkatan pada 'tabaco no pasupoto' (passport rokok -_-")

picture via wired.com

Fungsi kad ni macam Mycard la lebih kurang. Masa nak apply card ni, diorang akan mintak driving license, IC sumer-sumer yang mengesahkan umur ang 20 tahun dan ke atas. So, kalau bebudak skolah, memang tak lepas ah. Tapi sistem ni aku rasa takleh pakai kat Malaysia. Ini ari ang pacak vending machine rokok ni, esok lusa tinggal wayar je. Memang jahanam punye. Tak percaya boleh cuba. Konfem! Sedangkan ATM sebesar alam tu pon ada orang nak tibai. Inikan mesin rokok.


Kat jepon ni jugak ada sediakan perkhidmatan makanan panas dalam vending machine. Biasanya ang boleh jumpa dekat R&R. Ada french fries, taiyaki (wafer inti kacang merah bentuk ikan), nugget dan macam-macam lagi. Sumer panas-panas. Tinggal lagi beberapa menu je yang kurang. Lepas ni aku ingat nak usul kan kat kerajaan jepon supaya tambah satu dua menu lagi la. Karipap sardin sama goreng pisang. Amacam? Baru style!

*********************************

photo via 47news.jp

Apa lagi? Sayor? Sayur pon ada vending machine tau! Haha. Tapi so far, tak pernah jumpa lagi la kat nagoya ni maybe sebab banyak kedai sayur kot. Eh jap! Orang utagha panggil sayur apa? 'Sayuq' ?

Walau pon tak fresh macam ang beli kat kedai, tapi bayangkan la kalau terdesak tengah malam nak tumis sayur goreng tetiba takde bawang, at least takde la susah sangat. Memalam buta, mana ada kedai yang bukak. Time tu perut tengah lapaq. Segar ke tak, blakang kira. 


Tak cukup taiko, telor pon diorang jual guna vending machine. Yang ini, aku no komen. Tak tau la kenapa isu telor pon macam satu yang penting pada diorang.

photo via daninjapan

Beras kampit tak ketinggalan jugak untuk di'vending' machine kan. Yang ni aku tak penah jumpa lagi la so far. Maybe kat sesetengah kawasan je kot yang mana susah nak dapat beras.


Payung pon tak nak kalah. Boleh beli ikut machine jugak. Tapi aku rasa yang ni tak perlu ada kat Malaysia. Sebab kat Malaysia bebudak mana brani pakai payung. Tak macho, katanya. Kalau kat jepon ni lain ah. Ramalan kaji cuaca diorang pon boleh kata 80 peratus tepat. Stakat nampak brader pakai kot lengkap dengan necktie, naik basikal sambil pegang payung nak pegi ofis - itu biasa.

photo via photomann

Ok. Yang ni pulak boleh jumpa kat stesyen kretapi shinjuku. Vending machine jual bunga. Puas gak aku pikir apa rasional die. Last-last aku buat andaian sendiri. Macam ni, stesyen kretapi shinjuku ni kalau ang tau, antara stesyen kretapi tersibok kat jepon. Sgala macam train kat Tokyo tu semua berkumpol kat sini. Kire macam KL Central la. Kan ada ktm, putra, klia express segala bagai kat situ?

So bile da reramai tu, maybe ada yang nak hantar awek balik kampong naik ketapi kan? Tak nak bagi awek nangis punye pasal, hadiahkan la bunga tanda perpisahan. Amacam? Lojik?


photo via sunoja.jp

Surat kabar? Pon ada vending machine jugak.

Ok la. Kalau nak suruh aku senaraikan semua, memang boleh buat dua-tiga entry. Antara lain termasuk la kondom, majalah porn, battery, ais, ramen, dan macam-macam lagi.

Aku ingat kalau Malaysia buat macam ni, statistik rakyat menganggur meningkat naik kaw-kaw punye. Sumer orang da takde keje. Goreng pisang jual ikut mesin. Sawi sama sayur bayam pon jual ikut mesin. Nak beli beras pon da tak payah pergi Giant atau Tesco dah. Guna mesin je. Mak-mak sama ayah-ayah kat rumah boleh duduk depan tv sambil gilir-gilir cabot uban je. Punye senang idop.


p/s :
kalau burger mekdi sama ayam kentaki di'vending machine' kan, nice jugak tu.


.

80 comments:

::iniainithemovie::: said...

hoyeaaahhh!!

org pertama tu...
ngeee~

Anonymous said...

huhu,, gler byk vending machine,, letak sume kt ruma,, x kuar2 lar nmpknye,,

qismina said...

hmm.. mcm best.. patutlaa diorg byk syiling.. huhu

mysara newrie said...

pergh! byk giler bnda yg boleh di vending machine kan? haha. zack, kirim satu mesin tu! nak letak kat rumah. haha


BTW eh betul gak kan pasal Fahrin Ahmad tue. Haha

aNis aMirAh said...

kahkahkahkah.
aku tak paham laa semua bnda nak tauk dlm machine.
katanyaaaa kemajuan.
haih!

chah~ said...

haha.. gile banyak vending machine nye..

hahhahahaa..

cikWawa ORKID said...

mcm2 vending machine ade..huhu...

Miss CutiePie said...

macam2 ada..kreatif org jepon nie..:)

ain_dira said...

menarik tertarik vending machine kalo tarok kat hostel. xyah bersusah nak turun ke cafe segala..

Edriena Hazelina said...

sye xnak komen sal vending machine tu. sebab da tau da.

saye nak komen sal fahrin ahmad. zack bukan macam fahrin la. ade sorang pelakon mesia. tapi saye xtau name die. memang ade iras2. memule tengok gambo kat chatbox tu. ingat kan zack gune pic pelakon tu.

suria said...

zack..zack..zack..(intonasinya seperti teruja ye)..
yg vending machine bunga tu, aku setuju dgn ko pny andaian..
comel..comel..comel...
hahaha

suria said...

zack..zack..zack..(intonasinya seperti teruja ye)..
yg vending machine bunga tu, aku setuju dgn ko pny andaian..
comel..comel..comel...
hahaha

Makiko Saba said...

oghang utagha sebut 'SAYOQ' untuk sayur en. zack...hahaha!!!

Hang ni besh la..ghasanya mesti stress mengaji bidang teknikal ni, kan? kalau dak xkan hang dok menulis benda2 lagu ni...huhuhu (T_T)

Zephyr said...

kalu di hostel mesti dapat sambutan tapi akan ada kaki punyer yang akan pakai benang ler etc

a1zudd1n said...

bes gila..segala2nya machine..huhu

Fina Fento said...

sayur = sayoq

pameklampard said...

wakaka..porn magazine pn ade vending machine??bile nk ade kt msia tuh??huhu

astaghfirullah~

iza_fiza said...

org utagha kata sayoq ^_^
giler semua dlm vending machine

AyuE said...

macam2 betoi orang jepon ni kan...terlampau maju...

Nurul Hidayah Bt Jamal said...

komen. advance komen intnse dtbs dah takde ke.

eh vending mesin maju tul jepon. agak jakun saya melihat vending telor mesin tadi 3 times. thanks for yur entry jepon

emma said...

seronok baca entry pasal vending ni..malaysia xperlu la ade..coz byk kedai runcit sana sini..eh tp perlu gak..sebab kedai runcit ade yg xbukak smp pg, kecuali 7e..tp 7e xjual la beras n brg2 dpur smua tu kan..ok,nice entry zack :)

nadiahyahya said...

amacam dgn cinema kat jepon??? ak tanya nie pasai bengang beratur hat lama gler nk beli tiket kat mid aritu...
anyway entry nie mmg best bangat =)

athirah said...

aku prnh jumpa vending machine beras kt tmpt aku...

pijanfujiwara_(ノ><)ノ said...

ooo..cambest beli barang kt vensing machine...
aku ade satu hnset jepun ntt docomo..agak2 leh gune wat shoping kt vending machine x..?ahaha ε=ε=┏( ・_・)┛

joegrimjow said...

bagus jugak bleh beli mekdi kat vending machine
xyah drive tru
hheee

acap2405(1169) said...

klau arr kerajaan bekalkan setiap rumah satu vending machine..
haha..
bahagia idup..
tapi kat sini susah nak jumpa vending machine..
paling dekat yang saye pernah jumpa..
dekat stesen ketapi ipoh..
adalaa dalam 81 km..
huh

Emora Valeria said...

uuu..bestnye vending machine camnie..kalau ade vending machine baju2 pun best!
btw,banner ang.aq jeles!!

Bungakopi said...

o..begitu rupanya. awat la malaysia tak canggih cmtu, tp entri pasal nostalgiya best lagih

mashiatin said...

hoooo...jepun jepun,,,,sonoknye sane

Noor Azwan said...

wahhh bestnye vending machine tu..kat sini ada banyak vending machine tapi macam biasa la rosak

AmiRah AmiYuki said...

rase2 kalo ader sume vending machine camni kat malaysia aku kot pelanggan satianya... :P

myzairdina said...

senang nye idop..
nak beli sayur,toksah pi pasar yg basah2 tuh..
pi vending machine aje..

*kalau laa ada kat m'sia* ^_^

bellar0ssa said...

hehe,aduhai.kalo kat malysia.ade pula mat rempit ke mat2 lain pecahkan curik cikedess ke food ke..

hmm sayur? huhu sangat senang lah hai.tapi sekali dapat yang xfresh.

bunge ade logik mcm bro ckp kot.nk wat surprise ke kan.. jumpe awek jap.cakap nk pi toilet.tadaaa.. bawa bunge instant.

ムゾンケ光 said...

huwa... time kasih bawak jalan2 pegi jepon lagi... saya tgu entri jepun seterusnye~

::sAnG pEriNdU:: said...

fahrin???keh3...rsenye...
zack zukhairi=fahrin ahmad+remy ishak..
formula sendiri yg drasakan logik..
wahh vending die xleh lg advance ke??hebat...
tp hope diadekanla vending mekdi..sng zack bli mknn mlm2 tym lapor..kn??

*da byk kali bkk entry ni tp xdpt tgk gmbr2nye..kureng asam nye tenet!!

haway mutasawwil said...

slm.nice2 info.bile la mesia nk jd mcm n

rafiuddin the kacak said...

bro..tenet sane ikut mase ke?ke ikut Mb?sakit seyh camtuh..

halimah said...

gilak byk mesin itu..
post kt aku mesin rokok tuh..
haha

rossoneri said...

penah tgk satu cite jepun,
ada vending machine kondom..hahahahha tettttttt

Syima Boyd said...

btol zack, mesia takleh ada vending machine ni sbb 1. takut makin ramai tanam anggur 2. takut hr ni pasang, lusa dah tinggal wayar je...

kurogane_reyz said...

sumpah giler~ setau aku ade gak vending machine jual hamburger kan?

SaRaH NoRDiN said...

wah mmg dasyat la teknologi dorang nie..
wah wah

iyllienaz said...

hehe..hebat teknologi jepun ni..nanti ape kata ko sendiri yang jadi supplier pisang goreng and karipap dalam vending machine kat sana..

Fazlina said...

hai..study kt NIT eh? my fyp's supervisor penah study and mengaja kt sane dulu..nice blog actually...sonok baca..=)

hanna said...

wooo~~
baru tau wujud machine2 cmni
jepun mmg hebat
semua menda ade machine
hehe~

teringin nak g japan.bilakah?huhuw.,

Judiene said...

kalo sume benda nak di'vending-machine'kan, abes la sume pakat dok simpan syiling
tapi bab suh jual karipap sardin ngn pisang goreng tu, aku rasa ko bleh jd dealer terbesar kt sne r
jual tepi jalan sure famous dowh
eheheheh..

Sakira said...

Uwaaa ! Jepun ni macam-macam ohh.
If only Malaysia ada separuh maju cam dorang. Haih~

virulent lolita tan benihime said...

giler style..hahaha

epalejau said...

ko bukan tak suka makan ikan ke, zack?
sardin ko leh telan lak ye?
err..maksud epal karipap sardin..:)


kalo kumpul vending machine tu kat satu pekan, mmg sunyi sepi la..kedai sume tutup.tinggal vending machine jek berderet.

zack zukhairi said...

@epalejau : kalau karipap sardin, aku makan! hehe. sebab takde bau ikan. especially kalau ada bubuh asam limau. :)

intan payung said...

kalau la ade vending machine yg jual baju kan best..
tekan2 dah dapat baju baru

haha

ismishahril said...

vending machine air tin org Malaysia panggil ayaq gedegang. cuba kalau semua tu ada kat Malaysia. Surat khabaq gedegang, bunga gedegang, payung gedegang..ok huduh ngat bunyi nye. haha =D

apeky said...

zack,nanti hang try cipta vending machine macam nih kat malaysia nih!
haha,lagi 1 aku nk mitak halal kat ang sebb aku pakai gambaq no way for gay nih! aku amik dari blog ang. Kalau hang marah,bagitahu la. Aku delete.
:)

Farah oh Farah said...

sakannya vending machine kt sana!
pergghh!

Akulah Shy. said...

Skrg pon mak bapak aku dah buat mcm jepun.
Dok depan tv gilir2 korek telinga.

Aku lak jadi vending machine depa.

Mcm mana ni ?

liya said...

zack..jepon xde ek vending machine beli underwear?? =)) my lecturer ckp machine tue ade tau tp x sure kat mane..kui3

Nurrain Elfrisha said...

byknye vending machine..

eiy_Da said...

wow..bestnyer...

noharanutdya said...

nti kamu da jd engineer. kamu buat vending machine serba boley kat mesia ni satu..

izu ting ting said...

oghang utagha sebut sayoq la zack. hehe. bguna nih.slalu malam2 kalau lapaq, nak masak selalu takdak barang kat rumah. :D

bunga said...

sayoq zack. semua benda jepun nak jual kat vending machine. haha. cool ah

rathiqah azmira rosli said...

wah,

nape ek nak ckp wah.

hehe

tenz dtg belog saya.hehe
abg fahrin dtg belog i lah


:P

kurosagi said...

patot la dorang byk sgt gune syiling...syiling paling beso, 500 yen = RM 18 kan ?? duit kertas paling kecik, 1000 yen = RM 36 kan ??

♥ciK-t0ge ♥ said...

peH..
daSat La..
ManYak gile..
sume beNde Nk Ltak dLm meseN gedeganG,,
Hahahaha,.,,
ni Lah naMenye..
kemudaHan.. :P

HuRuL_AiNi said...

salam...

benda2 canggih cemni la yang buat aku teringin nak g japan....huhuhu, enche zack, kirum salam dengan vending machine di sana ekk....

otak ketat said...

pasneh nak cari jodoh pn ikut vending machine ja lah. sng hidup. haha.

Vava.Voom said...

@otak ketat: kalau cari jodoh thru vending machine.. teruk la.. mesti boleh tuka tuka macam baju.. huhuhu.. tapi ai suka cadanagn u tuuu..hehehe..

mOLLie said...

dah mule perasan dahhhh~

gadissebelahpintu said...

smart jugak eh!

lots_of_hatred said...

apsal diorang x jual selipar jepun pkai vending machine??hahaha..ntah2 ada kat cerok mana2 x..

Fana Mahfodz said...

best sgt la kalau bnd 2 ad kt kolej saya nih!!!! tiada lg masalah lapa tengah malam... adeh!!

Wanie said...

gilak ar .
bnyk kott vending mesin .
terpikir lak , dorang xde nk jual henfon gne vending mesin ke ?
HAHA :D

.Nurhan. said...

err, kalau semue vending machine, orang jepon buat ape je aa?? hidup da senang.

~cAhAyA kEmUL!aAn~ said...

jmpe vending machine ade burger nasi lemak mee goreng etc kt dlm kilang perodua..hehehehe
n kbtulan tym ak dtg 2..
brader anta mknan pn dtg..
so dpat la tgk die bkak vending machine 2 n ltak mknan dlm 2..

mysteque said...

hari tu dlm kls, bru lecturer sebut2 keunikan japan yg semua bende jual kat vending machine ni..

sorg kwn ku pun, lei tny, 'da bc entry zack zukhairi psl vending machine?'

kre ko ni ala2 wikipedia yg menarik lah.

keep it up bro!

Anonymous said...

salam semua... just sharing my experience, aku dh keja kt company vending kt Malaysia ni dr thn 95 & aku dh masak sgt dgn problem2 yg related dgn vending machine kt luar sana...fyi, why Malaysia xleh nk install byk vending machine cam Jepun, sbb kt malaysia ni terlalu byk vendalisme yg akan jahanam kn mesin tu... even kitaorg install dlm kilang, kolej, U & sekolah pn still jahanam... unless kena install depan CCTV br ok... xkan setiap veding mc kt Malaysia ni nk kena install depan CCTV... fikir2 kan, that why not every place are secure to install vending mc....

Afiqah Aisyah~ said...

link kan post nih dkat blog saya.boleh tak? =)

aizamia3 said...

kalau kat Malaysia confirm habis jahanam.. public sedia ada pun rosak, ni apatah lagi vending machine tu..

El said...

aku paling suka vending machine rokok and vending machine air. yang rokok tu style sebab mudah nak beli, yang vending air macam gaban punya canggih. haha

Anonymous said...

tbe2 ak tepikir

ak rse vending mshne bunga tu t0k org g uma mayat tu agaknye..kan salu2 jep0n ney ade umah abu mayat(ntah ape name dy tah) pastu ble ziarah uma tu,org letak bunga...ce chek mne tau train tu lalu kat mane2 uma abu mayat x..haha

Related Posts with Thumbnails